Kisah Dan Sejarah Mereka Berura Ura Memerdekakan Pulau Pinang Dari Malaysia 9744



REMEMBER KALABAKAN (KONFRANTASI 1963)
JUNE 8, 2009 BY ADMIN
PERISTIWA KALABAKAN (VERSI MALAYSIA)

Satu peristiwa yang tidak mungkin dapat dilupakan, sekaligus menjadi satu titik hitam dalam lipatan sejarah 3 RAMD ialah Peristiwa Kalabakan. Dalam tragedi berdarah ini, seorang pegawai dan tujuh anggota Platun 1 Kompeni A3 RAMD terkoban, manakala 18 orang anggota lagi tercedera. Peristiwa berdarah ini berlaku pada tanggal 29 Disember 1963.

Tempat berlakunya tragedi berdarah yang menimpa 3 RAMD itu terletak tidak jauh dari tebing Sungai Kalabakan. Lokasinya kira-kira 30 batu ke utara Tawau dan 12 batu ke utara sempadan Kalimantan, Indonesia. Di situ terletak dua penempatan kecil Pasukan Keselamtan Malaysia yang terdiri daripada satu penempatan Pasukan Polis Hutan dan sebuah lagi penempatan tentera terletak di suatu lereng bukit.

Kedua-dua penempatan dipisahkan dalam jarak lebih 400 ela sahaja. Pos Polis yang dipagari dengan dawai berduri mempunuyai kekuatan 15 orang anggota, manakala penempatan pasukan tentera tidak pula berpagar. Anggota Platun 1 Kompeni A dan kemudiannya disertai oleh seksyen dari Palatun 10 Kompeni C 3 RAMD ditempatkan di situ. Kawasan perkhemahan ini terletak suatu kawasan lereng tanpa sistem keselamatan serta pertahanan yang lengkap. Ini berlaku kerana ketiadaaan bekalan peralatan walaupun usaha mendapatkannya telah berulangkali dilakukan.
Borneo24-Gambar merupakan sebuah firebase milik askar Komanwel di Borneo

Seramai 41 anggota 3 RAMS terlibat dalam peristiwa di Kalabakan, mereka adalah;

1. Mejar Zainol Abidin Bin Hj. Yaacob (5415)
2. Leftenan Muda Raja Shaharudin bin Raja Rome (11709)
3. 2380 Pegawai Waran Dua Awaluddin bin Kamoi
4. 5237 Sarjan Ab.Aziz bin Meon
5. 6775 Koperal Hitam bin Mahmood
6. 9899 Koperal Hashim bin Hj. Ahmad
7. 9894 Lans Koperal Osman bin Darus
8. 33876 Lan Koperal Isa bin Bujang
9. 13960 Lans Koperal Abdullah bin Abdul Rahman
10. 6357 Prebet Hashim bin Abd. Ghani
11. 7966 Prebet Ibrahim bin Ahmad
12. 9542 Prebet Che Amat bin Che Leh
13. 9808 Prebet Mokhtar bin Hassan
14. 10385 Prebet Othman bin Hj. Budin
15. 10557 Prebet Ramli bin Awang
16. 10787 Prebet Othman bin Darus
17. 11020 Prebet Harun bin Abdullah
18. 11955 Ramli bin Salleh
19. 1386 Prebet Adnan bin Jabar
20. 14241 Prebet Zainuddin bin Yaacob
21. 14630 Prebet Ahmad bin Abu Yamin
22. 14185 Prebet Mat Sa’at bin Yaakob
23. 14626 Prebet Ahmad bin Hussin
24. 11245 Prebet Abdul Aziz bin Abdul Ghani
25. 11471 Prebet Ismail bin Mat
26. 11509 Prebet Mohamad Zain bin Yaacob
27. 13784 Prebet Ismail bin Mansor
28. 14447 Prebet Yusof bin Sulong
29. 14469 Prebet Shamsuddin bin Yasin
30. 10277 Prebet Abdul Ghani bin Mohamad
31. 10530 Prebet Shukri bin Suratman
32. 10586 Prebet Mohamed Nafiah bin Yahaya
33. 10587 Prebet Mohamad Nor bin Ahmad
34. 11051 Prebet Yaacob bin Ngah
35. 1164 Prebet Mohamad Arfah bin Almunir
36. 11244 Prebet Ariffin bin Yusof
37. 11957 Prebet Abdul Wahab bin Mat
38. 13885 Prebet Yahya bin Hj. Yaacob
39. 14346 Prebet Ab Karim bin Mat Johan
40. 14571 Prebet Bidin bin Abu
41. 14655 Prebet Mat Saad bin Othman

Menurut laporan, seramai 130 orang tentera Indonesia daripada pelbagai pasukan bergerak dari Kalimantan menyusup ke kawasan Malaysia pada pertengahan Disember 1963. Pasukan ini singgah di Serudong dalam perjalanan menuju ke Selimpopon dengan melewati Tarakan untuk ke kem balak Teck Guan dekat Kalabakan. Mereka bermalam di situ pada 28 Disember. Mejar Zainol Abidin bersama dua seksyen dari Kompeni C digerakka ke penempatan Platun 1 Kompeni A di Kalabakan pada 29 Disember bagi memperkuatkan subunit berkenaan. Tiga buah kubu, setiap satu untuk tiga orang, dibina untuk tujuan pertahanan, Kubu berkenaan terletak di kiri dan kanan serta di Sebelah kanan belakang rumah atap dan digunakan untuk menenmpatkan senjata RISLB. Rumah berkenaan diberikan oleh Mr. Ress Pengurus Bombay Burma Timber Company Limited.

Leftenan Kolonel (Bersara) Raja Shaharudin menyatakan, beliau ada menerima maklumat yang menyatakan satu kumpulan tentera Indonesia sedang bergerak dari Kalimantan menyusup masuk ke kawasan Malaysia. Mereka dilaporkan telah merampas barang-barang dr sebuah kedai kepunyaan seorang peniaga Cina di kawasan Serudong Laut. Mereka dikatakan sedang bergerak ke arah kawasan Kalabakan.

Tidak lama selepas itu satu tembakan kedengaran memecah keheningan malam dan kemudiannya diikuti pula oleh tembakan yang bertubi-tubi. Ketika saya dan sebilangan anggota keluar dari rumah untuk ‘stand to’, anggota TNI telah pun mula melepasakn tembakan dan melemaprkan bom tangan ke kedudukan kami, cerita Lettenan Kolonel (bersara) Raja Shaharudin. Semua anggota bertempiaran keluar dari rumah mencari perlindungan. Sarjan Abdul Aziz berjaya menerjunkan diri ke dalam kubu dan berada bersama ketua platun serta dua anggota lagi. Kami membalas tembakan dan turut melontarkan bom tangan ke arah anggota TNI, saya kemudiannya memerintahkan anggota agar mengambil perlindungan dan tidak melepaskan tembakan kecuali mereka melihat anggota TNI.

Tembak-menembak berhenti kira-kira pukul 11.00 malam, terang Leftenan Kolonel (Bersara) Raja Shaharudin. Mr. Ress, besama seorang lalaki datang menemui Leftenan Muda Raja Shaharudin sejurus selepas pertempuran berhenti. Pada lebih kurang pukul 3.30 pagi 30 Disember 1963 satu platun bantuan yang diketuai oleh Leftenan Muda Wan Nordin bnin Wan Mohammad (12176) sampai ke lokasi platun di Kalabakan. Anggotanya diarah mengumpulkan anggota yang terkorban dan tercedera sambil memberikan rawatan sekadar terdaya. Apabila matahari pagi 30 Disember 1063 mula menampakkan sinarnya, anggota mula melakukan penggeledahan kawasan secara terperinci bagi mengumpul mayat dan anggota yang tercedera untuk dimaklumkan kepada markas batalion. Lapan anggota termasuk ketua kompeni disahkan terkorban, manakala 18 anggota lagi tercedera.

Anggota 3 RAMD yang terkorban ialah;

1. Mejar Zainol Abidin
2. Las Koperal Abdullah
3. Prebet Abdul Aziz
4. Prebet Ismail
5. Prebet Mohamad Zain
6. Prebet Ismail
7. Prebet Yusof
8. Prebet Shamsuddin

Anggota 3 RAMD yang tercedera ialah;

1. Pegawai Waran Dua Awaluddin
2. Sarjan Ab. Aziz
3. Las Koperal Osman
4. Las Koperal Isa
5. Prebet Che Amat
6. Prebet Abdul Ghani
7. Prebet Shukri
8. Prebet Mohamed Nafiah
9. Prebet Mohamad Nor
10.Prebet Yaacob
11. Prebet Mohamad Arfah
12. Prebet Ariffin
13. Prebet Abdul Wahab
14. Prebet Yahya
15. Prebet Mat Sa’at
16. Prebet Ab. Karim
17. Prebet Bidin
18. Prebet Mat Saad

Mengikut Leftenan Kolonel (Bersara) Raja Shaharudin, beliau menahan Sulaiman yang datang pada lebih kurang pukul 8.00 pagi itu. Saya mendapati tiga kelongsong peluru terselit di pinggangnya, ketika memeriksa laras senjatanya, saya mendapati laras senjara tersebut masih berbau serta ada kesan yang menunjukkan senjata tersebut telah digunakan. Sulaiman diserahkan kepada pihak Polis Kalabakan.

Sebelum itu, saya telahpun menahan seorang lelaki yang saya jumpai berjalan di hadapan pejabat Burma Timber Company pada pukul 4.oo pagi itu. Sebuah helikopter tiba ke tempat kejadian pada pukul 11.00 pagi dan 30 Disember bagi mengeluarkan anggota yang tercedera dan terkorban. Anggota tercedera diterbangkan ke Hospital Tawau, manakala yang terkorban diterbangkan pula dari Tawau ke Labuan dengan Pesawat Dakota. Pesawat Dakota sampai ke Labuan pada waktu malam. Penduduk tempatan di labuan telah membantu memandi dan menyempurnakan jenazah sebelum jenazah diterbangkan balik ke Semenangjung keesokan paginya. Ketibaan jenazah di Lapangan Terbang sungai Besi disambut oleh para Menteri Kabinet dan Pegawai tinggi Tentera juga para pembesar negara. Dari Kuala Lumpur jenazah dibawa pula ke kampung halaman masing-masing untuk dikebumikan.

Pasukan 1/10 Gurkha pimpinan Lieutenant Colonel Burnett dikejarkan ke Kalabakan bagi membantu 3 RAMD membuat penggeledahan Kalabakan. Berikutan itu, pada 12 Januari 1964, seramai 22 orang Tentera Indonesia berjaya dibunuh disamping banyak yang telah ditangkap. Batalion ini berjaya menangkap 3 orang anggota TNI. Walaupun bilangan yang ditawan itu agak kecil jumlahnya, tetapi ia telah membantu pasukan dalam operasi selepas itu. Beberapa kawasan di Tawau telah diisytiharkan sebagai kawasan terhad bagi memudahkan operasi pasukan keselamatan. Pada 27 Januari, satu kumpulan ronda dari Kompeni B di bawah pimpinan Leftenan Muda Ishar bin Sham (12221) menjumpai satu perkhemahan anggota TNI dan pertempuran berlaku. Seorang anggota TNI berjaya dibunuh, dua pucuk senapang, 12 butir bom tangan dan sejumlah peluru berjaya dijumpai.

Platun 6 di bawah pimpinan Leftenan Muda Abdul Aziz bin Shaari (12178) ketika membuat serang hendap di Merotai Estet pada 28 Januari berjaya membunuh tiga orang anggota TNI, selepas mengalami satu pertempuran sengit dengan mereka. Sehingga 10 Februari, seramai 29 anggota TNI berjaya dibunuh, 33 ditawan, manakala 22 menyerah diri. Selain itu, operasi di Pulau Sebatik terus dilakukan. Pada 25 Januari, Presiden Soekarnao bersetuju mengisytiharkan gencatan senjata. Walau bagaimanapun, anggota pasukan Keselamatan diperingatkan agar bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Pemberhentian pertempuran telah dipersetujui di majlis perdamaian yang diadakan di Bangkok antara Malaysia dan Indonesia. Ketika operasi Malaysia secara haram.

Oleh kerana kegagalan persidangan damai di Bangkok, keadaan menjadi tegang semula dan perhatian penuh mula ditumpukan semula di perbatasan. Penyusupan dan tembakan anggota TNI di Pulau Sebatik menyebabkan Kompeni A dihantar membantu Kompeni C di situ. Kampung Sungai limau merupakan salah satu tempat yang menjadi pusat pergerakan anggota TNI. Pada 19 April seorang anggota TNI berjaya dibunuh oleh satu seksyen yang membuat serang hendap. Penyusup telah cuba menawan kedudukan satu platun yang ditugaskan di situ pada 20 April, tetapi gagal kerana platun terlibat telah membuat pertahananyang teguh di kedudukan mereka.

Batalion kemudiannya kembali semula ke Alor Setar selepas lebih kurang lima bulan berkhidmat di Sabah. Sebagai penghargaan terhadap perkhidmatan cemerlang batalion ketika konfrontasi dua warga 3 RAMD, Pegawai Waran Dua Awaludin dan Prebet Mohamed Nafiah dikurniakan kepujian Perutusan Keberanian (KPK) sepanjang penglibatannya dalam era konftontasi, 3 RAMD, beroperasi dua kali di Tawau dan sekali di Sibu. Seramai lapan warganya terkorban, manakala 18 mengalami kecederaan. Dalam operasi bersama 1/10 Gurkha dan Trup 2 Peninjau sekitar Tawau, seramai 29 TNI berjaya dibunuh, 33 orang ditawan, manakala 22 lagi menyerah diri.

(Petikan dari : Penglibatan RAMD dalam Era Konfrontasi, diedit semula oleh Salmah Fazul Rahman) http://www.sabah.org.my/bm/daerah/daerah/twu/tawau/peristiwa_kalabakan2.htm
14/3/2003
PERISTIWA KALABAKAN (DARI KACAMATA RAKYAT INDONESIA)

Pembunuhan terhadap komandan Inggris ini terjadi di kampung Kalabakan. Saat itu Kalabakan merupakan perkampungan yang menjadi salah satu pos keamanan daerah tawau yang berdeketan dengan pelabuhan cowie.

Ada 2 posisi pertahanan berstelling (mesingan) dikalabakan, polisi (polis) setempat dan pasukan militer dari Royal Malay Regiment yang menempati 2 buah gubuk (rumah). Pihak Malaysia sama sekali meremehkan kemampuan tempur pasukan Indonesia yang mengakibatkan lemahnya penjagaan dan kewaspadaan mereka di Kalabakan hal inilah yang dimanfaatkan sersan Rebani (komander TNI) dan pasukannya untuk memulai serangan terhadap kedudukan musuh di Kalabakan.

Hal yang menarik dalam peristiwa ini ikut gugurnya seorang perwira inggris yang coba dicover oleh pemerintah inggris karena takut dipermalukan oleh dunia internasional, perwiranya tewas ditangan pasukan dunia ketiga disaat sedang santai pula.

Tapi berdasarkan beberapa catatan sejarah mengenai perwira2 inggris yang tewas di Malaysia bisa diambil beberapa nama antara lain Mayor RM Haddow, Mayor R.H.D. Norman, dan Mayor H.A.I. Thompson, yang pasti pihak Inggris berusaha menutupi nama perwiranya yang tewas dalam kejadian ini, bahkan pihak inggris pun mengarang cerita kepada pemimpin Malaysia Tunku Abdul Rahman yang mengadakan inspeksi bahwa tentara persemakmuran yang tewas di Kalabakan walaupun kalah memberikan perlawanan yang gigih dan pantang menyerah dimana kenyataannya mereka benar2 diserang mendadak dalam kondisi santai dan tidak siap atau istilah inggrisnya “caught with their trousers down”. Saat ini pemerintah Malaysia membangun monumen untuk menghormati korban mereka yang gugur disana

Tambahan Info : Pada masa Dwikora (nama operasi militari untuk menyerang Malaysia) Pasukan persemakmuran khususnya Inggris sangat menjaga gengsi dan prestise (prestij) mereka dimedan tempur, hal ini dilakukan oleh banyak covert operation yang mereka lakukan dimana covert2 operation ini sampai detik ini masih tergolong classified krn tidak semuanya berjalan mulus seperti yang mereka harapkan, bahkan SOP (Standart Operating Procedure) pasukan persemakmuran saat melakukan patroli dan raid mereka selalu sangat berhati2 terutama dalam menutupi jejak2nya, pasukan Indonesia banyak belajar mengenai teknik2 perang hutan yang sangat lihai diterapkan oleh musuh bahkan mereka tidak pernah meninggalkan korban2 dari pihak mereka bila terjadi kontak senjata, biasanya acuan bagi pihak Indonesia bila ada korban dari suatu kontak senjata adalah barang2 atau ransel yang ditinggalkan pemiliknya, hal inilah yang membuat perkiraan terhadap korban pasukan persemakmuran khususnya dari kalangan tentara non-Malaysia sangat sulit karena memang dalam setiap pergerakannya mereka menjaga benar existensinya dimedan tempur benar. tapi, pada serangan untuk yang kesekian kalinya. serangan pertama dipimpin oleh Kopral Sukibat dan Prajurit Subroto. Sasaran keedua dipimpin oleh Sersan (sarjan) Rebani dan sasaran ke tiga dipimpin oleh Prajurit Asmat. Masing2 berkekuatan 1 pleton 20-30 orang.

Singkat cerita, Rebani berhasil menewaskan satu orang perwira Inggris berpangkat Mayor dan 38 serdadu Inggris Luka Luka. Rebani juga merampas satu bren, tujuh SOR (Senapan Otomatis Ringan), 10 stengun dan sebuah pistol. kerugian di pihak KKo satu orang gugur yakni prajurit Gabriel Peristiwa ini disebut peristiwa Kalabakan. Setelah keberhasilan penyusupan, Rebani berusaha memimpin pasukannya ke basic namun, Rebani gugur karena kekurangan Logistik. atas keberaniannya. pangkatnya dinakkan menjadi Sersan Mayor Satu Anumerta
materi referensi:
Kompi X di Rimba Siglayan
museum Korps Marinir
Dan informasi dari pelaku sejarah.

NOTA PENULIS : AMAT JAUH BEZANYA PERISTIWA KALABAKAN VERSI MALAYSIA DAN INDONESIA. SAYA MENGANGGAP, VERSI MALAYSIA DARI LAMAN WEB ITU LEBIH SAHIH KERANA CATAT PERISTIWA ITU SEINGAT PENULIS ADALAH SAMA DENGAN MANA-MANA REKOD YANG PERNAH PENULIS BACA SEJAK DARI ZAMAN SEKOLAH SEHINGGALAH MELEDAKNYA DUNIA INFORMASI (INTERNET)

DI SEBELAH PIHAK INDONESIA, VERSINYA TERLALU JAUH BERBEZA. PERISTIWA KALABAKAN DIAGUNGKAN SEBAGAI KEMENANGAN MEREKA MENENTANG IMPERIALIS INGGERIS. ANEHNYA, CATATAN ATAU REKOD TERSEBUT SANGAT SUKAR DIPEROLEHI DARI ENJIN CARIAN YAHOO VERSI INDONESIA (CUBA PAKAI YAHOO INDONESIA, CARA INI SEGALA DATA YANG TERHASIL DARI IP INDONESIA AKAN KELUAR BERBANDING JIKA KITA MEMAKAI YAHOO INTERNATIONAL)

PENULIS JUGA PERNAH MELIHAT SEJUMLAH BESAR CAHCE SENJATA YANG DIRAMPAS DARI PASUKAN PENYERANG INDONESIA DALAM KESELURUHAN KEMPENG MENGAYANG MALAYSIA, SANGAT BANYAK JUMLAHNYA MUNGKIN LEBIH KURANG 1,000, JUMLAH INI BERSAMAAN DENGAN JUMLAH KORBAN MUSUH SEPERTI YANG DINYATAKAN DALAM ARTIKEL YANG LEPAS.

PENULIS JUGA PERNAH MEMBACA SATU ARTIKEL MENGENAI KONFRANTASI SATU KETIKA DAHULU DI MANA, TENTERA INDONESIA ADA YANG SANGGUP MEMBUANG PERUT PADA JENAZAH KAWAN MEREKA SEBAGAI SATU CARA UNTUK MENENGGELAMKAN MAYAT KE DALAM SUNGAI (HILANG BUKTI).

JIKA KALABAKAN MERUPAKAN BUKTI KEMENANGAN MEREKA, MENGAPA REKOD MENGENAINYA SUKAR DICARI MALAH SEOLAH-OLAH CUBA DITUTUPKAN. SENARAI NAMA DI ATAS MERUPAKAN BUKTI BAHAWA TIDAK ADA ORANG INGGERIS YANG TERKORBAN.

Kredit: 
http://www.militaryofmalaysia.net/2009/06/remember-kalabakan-konfrantasi-1963/

KALABAKAN, HARTAL DAN KOVIL
JUNE 20, 2009 BY ADMIN

 Kesemua mayat ini merupakan askar Indonesia yang ditembak mati
 Mayat tentera Indonesia yang ditembak mati







 Sebahagian dari Kem Kalabakan selepas serangan tentera IndonesiaLeft Kolonel (B) Malakan semasa muda
Saya mengalu-alukan sebarang gambar yang menunjukkan askar Malaysia yang berjaya ditembak mati. Setakat cakap, bukti tidak ada, baik tak payah cakap. Kalau betul, Malaysia berjaya dimalukan dalam konflik yang lepas, mana gambarrrrrrr…mana gambarnya pakkkk.

NOTA PENULIS :
Hari ini penulis menemui seorang pahlawan, pahlawan yang kita pinggirkan dan dilupakan apabila kita sama-sama berteriak di dalam hati untuk menyokong Chin Peng. Orangnya kecil, berbudi bahasa dan amat mengejutkan saya apabila beliau meminta maaf jika dalam penceritaannya ada yang terkasar bahasa semasa penulis hendak pulang.

Terkedu den, sepatutnya saya sebagai orang muda yang minta maaf tetapi tidak mengapa, penulis amat berpuas hati kerana banyak perkara dan ilmu yang saya dapat belajar dari pahlawan ini.

Beliau turut menemankan saya sampai ke motor, (mungkin nak tengok motor besar tapi buruk saya kotttt. Sempat pulak tanya pasal CC motor, wahhh pakcik ni handal juga pasal motor besar hahahaha)

Pertemuan kami turut ditemani oleh anaknya dan juga pembaca blog saya iaitu Rozmal Malakan. Rozmal bagaimanapun hanya menemankan kami separuh jalan kerana terpaksa pergi kerja. Sebelum itu, Rozmal sempat menjelaskan air minuman saya…hehehe terima kasih beb belanja minum, kalau saya tahu orang nak belanja, memang den order roti satu kedai hahahaha.

Saya berharap pembaca dapat membaca blog saya dengan tenang. Ada beberapa perkara yang sensitif seperti permasalahan perkauman tetapi jangan emosional (kalau saya emosional tak mengapa kerana ini blog saya hehehehe). Seperti yang saya katakan dalam komen-komen saya, saya menulis jika ada sumber yang sahih, nanti kalau saya keluarkan cerita itu dan ini, orang akan kata saya ini mereka-reka dan tidak ada krebiliti.

Tulisan ini 100 percent original dan tidak ada sebarang tapisan.

1. Baiklah, kita mulakan dari A sampai Z, kerana kisah yang disampaikan sebenarnya mempunyai kaitan dengan sejarah negara dan juga merupakan rekod kehidupan tuan Lef Kol (B) Malakan Kamaruddin sendiri yang ketika ini berusia 71 tahun, ayahnya Kamaruddin dan bundanya masih lagi hidup dalam usia lingkungan 90an (Ini benar-benar mengejutkan saya..bertuah Rozmal kerana masih ada datuk dan nenek).

2. Beliau lahir pada 13 Dis 1937 di Negeri Sembilan, mula memasuki tentera pada Jan 1958 dalam usia 21 tahun walaupun mempunyai kelulusan yang agak tinggi berbanding kadet-kadet lain yang rata-rata bersekolah Melayu atap.

3. Hasrat beliau adalah untuk menjadi pegawai. Budak degil dan suka melawan cakap ini mendapat latihan pertamanya di Kem Port Dickson tetapi pada awal 1959, keluar kerana gagal dalam ujian tertentu.

4. Pegawai beliau iaitu seorang Inggeris bernama Kolonel King membuat tawaran dengan nada sinis,”Kalau kau nak kerja kat luar, saya boleh carikan. Mahu jadi penoreh getak tak”.

5. “Beginilah Tuan, saya tidak berminat. Saya cuma nak jadi pegawai, Tuan hantarlah saya ke mana-mana unit,” balas Malakan.

6. Akhirnya, beliau dimasukkan ke 5 Melayu dan dihantar ke Kem Mentakab, Pahang dan dijanjikan pangkat Sarjan tetapi beliau sebenarnya tertipu, di Mentakab, beliau dibuli dan disuruh membuat kerja-kerja berat, tidak layak untuk seorang anak Melayu yang mempunyai kelulusan yang tinggi pada masa itu.

7. Di Mentakab, beliau bertanggungjawab mengangkat mesingan berat dan terpaksa keluar masuk hutan untuk mencari pengganas komunis tetapi tidak jumpa.

8. Masih tidak berpuashati kerana tertipu dengan tawaran Sarjan, Malakan mula buat hal dan kurang digemari oleh pegawai di situ menyebabkan beliau dihantar pula Kem Batu Road (kini bangunan Putra Word Trade Centre) dan melakukan banyak operasi memburu komunis di Rawang, Kuala Selangor dan sekitar Jelebu, Negeri Sembilan tetapi masih lagi gagal menemui aksi pertempuran.

9. Beliau ketika ini menggunakan raifel MK5 Point 303.

10.Pada tahun 1959, beliau diarahkan untuk menjadi pengawal yang menjaga pintu hadapan Istana Negara. Seorang pegawai Inggeris, Kapt Vickers menegur beliau, : “Kenapa samping pendek sangat (baju Melayu putih dan samping hijau),”.

11.Beliau jawap :”Mana samping saya pendek. All good and in order,” katanya yang menyebabkan beliau kemudian dihadapkan ke pegawai tertinggi iaitu Kolonel Tamin yang cukup garang tetapi kolonel ini memberi beliau peluang di mana Malakan ditukar dari Kompeni A ke Kompeni C di Kem North (Sekarang Flet Pekeliling).

12.Beliau masih tidak berpuas hati kerana gagal mendapat pangkat pegawai atau sarjan dan satu hari melahirkan rasa geramnya itu terhadap Mejar Gerald (veteran dari Perang Korea).

13.”Saya masih tidak berpuas hati kerana saya ada ilmu perang tetapi masih kupas kentang dan bawang di kem ini. Saya nak kerja yang setaraf dengan kelulusan saya. Saya nak jadi guru pelajaran (Zaman dahulu Angkatan Tentera Malaysia ada bahagian pelajaran),” katanya.

14.Mejar Gerald kemudian menelefon terus Kementerian Pertahanan di Jalan Padang Tembak untuk menyatakan hasrat Malakan dan tidak lama kemudian, askar muda itu dinaikkan pangkat dari prebet ke korporal dengan gaji berjumlah RM100 lebih.

15.Dulu semasa prebet, gaji beliau adalah RM60, beliau masih mampu menghantar RM20 untuk belanja maknya di kampung (RENDAHNYA KOS HIDUP MASA TU YAA).

16.Tahun 1960, Malakan ditukarkan ke Alor Setar dan pada 1961 ditukar ke Kem Sungai Besi untuk latihan jangka pendek selama tiga bulan.

17.Beliau tamatkan kursus pada Dis 1961 sebagai Leftenan Muda dan ditugaskan ke Batalion 3 RAMD di Alor Setar.

KONFRANTASI DAN KALABAKAN

18.Batalion tersebut sedang bersiap sedia untuk menjaga keamanan di Kongo, Afrika di bawah panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) apabila konfrantasi tercetus pada tahun 1963 dan penghantaran itu dibatalkan.

19.Batalion dengan kekuatan 1,000 anggota itu kemudian dialih ke Tawau, Sabah tetapi Malakan tidak dapat pergi kerana ditukar ke Port Dickson untuk melatih tentera-tentera baru.

20.Askar-askar baru dilatih selama tiga bulan sahaja kerana negara pada masa itu sangat memerlukan tentera akibat ancaman Darurat dan Konfrantasi, hanya tujuh batalion sahaja yang wujud pada masa itu.

21.Apabila peristiwa Kalabakan tercetus 29 Disember 1963, Malakan hanya mendapat khabar berita mengenai kematian kawan-kawannya selepas dua hari.

22.”Saya sedih dan geram,” katanya. Peluang untuk menuntut bela tertangguh sebentar apabila Malakan dihantar ke 7 RAMD di Sungai Besi pada tahun 1965 sebelum dipindahkan ke Kem Pengkalan Chepa di Kelantan untuk menangani satu lagi ancaman sedia ada iaitu komunis. Ya, negara diancam kiri kanan pada masa itu iaitu pengganas (yang kini diangkat oleh sesetengah bangsa Melayu sebagai hero) dan tentera Indonesia.

23.Peluang tiba pada tahun 1966 apabila Batalion 7 RAMD ditukarkan ke Tawau, Sabah malangnya sekali lagi Malakan gagal pergi kerana terpaksa menjaga kem.

24.Hanya selepas bergaduh dengan isteri komander kem, (suami takde, isteri naik Tokey arah orang sana sini), barulah Malakan dipindahkan ke Tawau.

25.Perjalanan ke Sabah dari Port Kelang mengambil masa selama dua minggu dengan kapal dan Malakan ditugaskan di Pulau Sebatik.

26.Separuh dari kawasan Pulau Sebatik berada di bawah zon kawalan askar Malaysia dan separuh lagi di bawah kawalan Indonesia.

27.”Ada beberapa pertempuran di Pulau Sebatik tetapi saya tidak terlibat. Pada waktu malam ada dengar pergerakan musuh seperti kereta perisai mereka tetapi tidak ada apa yang berlaku. Saya duduk di Pulau Sebatik selama 3 bulan sebelum dipindahkan ke Kem Kalabakan,” katanya.

28.Kem Kalabakan terletak di tepi sungai dan ada airstrip di situ. Semasa beliau tiba, kem itu telah pun diperkuatkan lagi dengan kubu-kubu pertahanan sebagai pelajaran dari serangan tentera Indonesia kira-kira tiga tahun lepas.

29.Bantuan hanya boleh dihantar melalui helikopter, kapal terbang atau sungai, jalan sungai mengambil masa dua jam dari kem terdekat.

30.Kem itu didiami oleh Kompeni Bravo dengan kekuatan 100 lebih tetapi dalam beberapa operasi, Malakan masih tidak menemui aksi pertempuran yang diidamkan.

31.Peluang melepaskan dendam akibat kematian rakan-rakannya semasa serangan di Kem Kalabakan 3 tahun lepas akhirnya tiba, apabila seorang pembalak membuat laporan bahawa dia dihampiri oleh tentera Indonesia yang meminta bantuan pakaian dan makanan.

32.Untuk pengetahuan pembaca, tentera-tentera Indonesia yang masuk ketika itu terbiar dalam unit-unit kecil tanpa bantuan dari markas utama, mereka juga tertipu kerana menyangka penduduk tempatan akan menyokong mereka sebaliknya keadaan rupa-rupanya tidak berpihak kepada Indonesia.

33.Malakan ketika ini berpangkat Kapten dan beliau menyiapkan pelan tempur di mana pasukan pemburu terbahagi dua iaitu satu, KILLER GROUP (grup utama) dan satu lagi CORDON GROUP (macam pasukan pengepung kot)

34.Malam 29 Disember 1966, kumpulan itu keluar ke zon pertempuran dan menunggu hingga ke pagi 30 Dis.

35.Pada pukul 8 pagi, dua lelaki berusia 20an dan 30an muncul dan berteriak “HOI” untuk memanggil pembalak tadi, pakaian mereka jelas cumpang camping.

36.Malakan yang bersenjatakan SMG kemudian meminta orang bawahannya menukar senjata Lite Mesin Gun.

37.Senjata Lite Machine Gun dengan magazin 30 kelopak peluru kemudian dilepaskan oleh Malakan dari jarak lebih kurang 15 meter menyebabkan kedua-dua lelaki itu terpusing akibat kederasan peluru, otak mereka berkecai.

38.”Busuk bau otakkk ni,” katanya kepada saya yang sedang cuba menghirup teh tarik sambil membayangkan bau otak mangsa yang ditembak tadi.

39.Selepas tamatnya konfrantasi, beliau masih di Tawau dan seperti biasa sebagai tanda persahabatan atau tanda damai, pegawai dari kedua-dua pihak akan melawat kem masing-masing.

40.Beliau berpeluang melawat kem tentera Indonesia di Nunukan dan Tarakan, sebuah pulau yang menghasilkan minyak untuk Indonesia.

41.Dalam satu majlis di kem tentera Indonesia, seorang pegawai tentera Indonesia telah berteriak kepada tetamu (pegawai Malaysia), : “Siapa bunuh Mahdi Hussin dan Abdul Rashid (dua askar Indonesia yang ditembak pada pagi 30 Dis sebelum ini).

42.Malakan menjawab, :”Saya” dan jawapan berani serta berterus terang pegawai itu menyebabkan pegawai Indonesia tadi tergamam dan suasana majlis senyap seketika.

PERISTIWA HARTAL, KAMPUNG KONVIL DAN 13 MEI

43.Pada tahun 1967, beliau kemudian ditukarkan ke Kota Bahru dan kemudian ke Ipoh, kemudian ke Taiping untuk memasuki Batalion 1 Renjer. Sebelum itu tidak ada batalion renjer, yang ada hanyalah Sarawak Rangers yang ketika itu berada di bawah pemerintahan British (Sebelum Sarawak menyertai pembentukan Malaysia).

44.Selepas Malaysia, ia disatukan dan Malakan melihat askar-askar dari peribumi Sarawak ini dengan penuh rasa kekaguman.

45.”Mereka ini semuanya Iban. Mereka banyak ilmu hutan dan tidak kekok semasa operasi. They are very loyal dan sangat sangat berani. Setaraf dengan kehebatan tentera Gurkha yang menjadi kebangaan empayar British,” katanya.

46.1968, peristiwa Hartal tercetus di Pulau Pinang di mana orang-orang Melayu di Bayan Lepas telah diserang dan dibunuh dengan kejam oleh kaum Cina. Batalion Malakan kemudian dihantar untuk mengawal keadaan di sana.

47.Beliau merupakan kumpulan pertama tentera di hantar ke pulau itu dan memasuki Georgetown dengan menaiki feri.

48.Sebaik sahaja mendarat, orang-orang Cina yang ekstrem telah memaki hamun askar-askar Melayu dan askar Iban ini dengan panggilan “Cibai…Lancau”.

49.Askar-askar Melayu dan Iban masih lagi bersabar sehinggalah mereka kemudiannya ditempatkan di Kem Batu Uban (tapak Universiti Sains Malaysia) sekarang.

50.Bandar Georgetown semasa itu agak lengang dan di jalanraya, askar meronda manakala penduduk kaum Cina duduk dalam rumah masing-masing kecuali segelintir pegacau keamanan yang terdiri orang Cina yang keluar secara sembunyi-sembunyi untuk bergaduh.

51.Selepas aman keadaan di Pulau Pinang, kekacauan kaum terjadi pula di Kampung Kovil, Bukit Mertajam apabila orang-orang India menyerang orang-orang Melayu di sana sehingga menyebabkan pembunuhan.

52.”Dalam perjalanan, orang-orang India memaki hamun dan meludah askar-askar Melayu dan kaum bumiputera lain dan kami masih bersabar kerana tertakluk kepada undang-undang,” katanya kepada saya yang baru sahaja menyalakan rokok yang ke 10 batang selama sejam kami berbual.

53.”Kami memperkenalkan curfew. Semua orang tidak boleh keluar untuk membolehkan kita mencari pembunuh sebenar,” katanya.

54.Mereka yang melanggar curfew ditangkap dan dihimpunkan di satu kawasan padang dan kesemua mereka terdiri dari orang Cina dan India.

55.Sepanjang berada di Kampung Kovil, pasukan Malakan menembak mati seorang lelaki Melayu kerana melanggar curfew.

56.Perkara ini menyebabkan kemarahan seorang ahli politik Melayu di sana tetapi Malakan menjawab, ini bukan askar Melayu kena bagi peluang kepada kaum sendiri tetapi ini pelanggaran undang-undang, tidak ada perbezaan warna kulit dan bangsa.

57.Selepas aman hubungan di antara suasana kaum di Pulau Pinang, Malakan kemudian balik ke Taiping dan pada akhir 1968, beliau dihantar ke Port Dickson untuk menjalani kursus dan ketika inilah rusuhan 13 Mei 1969 tercetus.

58.Kursus dibatalkan dan beliau sempat memandu kereta untuk balik bertemu dengan anak isteri di kampung di Negeri Sembilan.

59.Beliau kemudian bergerak ke Kajang dengan ditemani raifel SLR, Kajang sangat sunyi dan yang ada hanyalah sekatan jalan oleh pihak tentera.

60.Kesunyian juga wujud di Kuala Lumpur, tidak ada pergerakan awam kecuali kenderaan tentera sahaja.

61. Perang Vietnam sedang tercetus. Angkatan Tentera Malaysia pula baru sahaja mengambil alih British Army Guerilla Warfare Training Camp di Ulu Tiram, Johor yang kemudiannya ditukar kepada Pusat Latihan Tentera Darat atau PULADA.

62.Sebagai sebuah negara yang masih membangun, Malaysia memerlukan ilmu dan ketika inilah Kementerian Pertahanan menyuruh Malakan beserta beberapa pegawai lain pergi ke Sydney di Australia untuk belajar ilmu perang dari tentera di sana.

63.Beliau menaiki pesawat C-130 dari Butterworth dalam perjalanan 8 jam ke Darwin dan tambahan lebih kurang 6 jam lagi ke Sydney. Selama sebulan Malakan di sana dan kemudian diarah pula ke Vietnam untuk belajar ilmu perang dari tentera Amerika Syarikat (AS).

64.Kedatangan Malakan dan pegawai lain tidak dihebahkan dan dibuat secara rahsia, ketika sampai, operasi Tiet baru sahaja berlangsung dan beliau menyaksikan kerosakan yang amat dasyat ke atas bangunan di Saigon, sawah padi mereka pula berlubang-lubang dengan kesan bom.

65.Penulis bertanya jika Malaysia ada menghantar tentera secara aktif untuk membantu kerajaan demokratik Vietnam berperang dengan komunis Vietnam, Malakan tidak pasti kerana jika ada pun mungkin satu atau dua unit yang beroperasi secara rahsia.

66.Di Vietnam, Malakal menimbu ilmu rondaan sungai selepas mengikuti rondaan bot-bot patrol AS dan selepas pulang, beliau membuat satu laporan mengenai teknik rondaan di sungai, buku itu kemudian diciplak oleh seorang pegawai lain dan beliau tidak mendapat sebarang kredit ke atas usaha yang telah menyumbang kepada teknik perang gerila yang terpenting untuk pihak tentera.

67.Pahlawan ini bersara pada Ogos 1985 dalam usia 47 tahun sebagai Leftenan Kolonel dengan gaji lebih kurang RM2,000 lebih.

68.Selepas bersara, beliau cuba memasuki bidang perniagaan tetapi gagal…ketika ini beliau mengeluh kepada penulis, : “Once a soldier is always a soldier” dan saya akhirnya menamatkan rokok yang terakhir dari 18 batang yang ada di dalam kotak jenama LEAGUE (rokok lari cukai RM2 sahaja sekotak 20 batang).

NOTA PENULIS : Ada orang kata dalang kepada peristiwa Hartal ini adalah parti DAP, parti serpihan yang wujud dari PAP, Singapura. Malangnya, orang Melayu tidak pernah sedar dan mudah lupa. Orang Melayu melihat Arab diperbodohkan Israel, sedangkan orang Melayu sendiri tidak sedar mereka sedang mengali kubur mereka sendiri. Ada yang sanggup bersekongkol, ada yang sudah sedar sedikit.

Saya mengucap panjang (dalam hatilah) pada satu hari ketika menaiki teksi di Kuala Lumpur. Saya bertanya kepada pemandu teksi yang kelihatan seperti pandai berhujah mengenai politik selepas pilihanraya umum ke 12.

Beliau memberitahu, semasa PRU 12, beliau memangkah DAP malah turut membawa anak-anaknya dalam kempen-kempen DAP.

Perbualan kami kemudian diteruskan dengan cercaan kepada satu lagi parti Melayu yang didakwa menindas orang Melayu dan Islam.

Seteruk-teruk parti Melayu yang dia benci itu janganlah sampai tergamak menjual harga diri, ini pendapat saya yang tidak arif bab politik kecuali bab motor, tentera, jenama HP terbaru atau game terbaru.

PERISTIWA HARTAL (makna Hartal anda boleh cari dari wikipedia), ia berlaku sebanyak dua kali iaitu pada 1948 dan 1967.

28 NOVEMBER 1967 (ARTIKEL DI BAWAH INI SAYA AMBIL DARI SATU LAMAN WEB LAIN TAPI TIDAK INGAT DARI MANA)

Rusuhan kaum di Pulau Pinang dikenali sebagai Hartal.

Sebab utama terjadinya Hartal adalah kerana susutnya nilai matawang Paun Sterling seperti yang di istiharkan oleh Harold Wilson pada 20 November 1967. Akibat dari kejatuhan nilai mata wang itu, ianya turut menjejaskan matawang Malaysia. Matawang yg dikeluarkan oleh Bank Negara mengalami kesusutan (12 Jun 1967)
Contoh nilai yg susut:
1 sen – sama
5 sen – 4 sen
1.00 ringgit – 85 sen
Satu ribu – 857.10

Penurunan mendadak tanpa kawalan ini menyebabkan negara kita mengalami kerugian sebanyak 150 juta bagi setiap 1000 juta yg berada di luar Negara tetapi setelah 5 hari, kerajaan telah berjaya mengapungkan kembali nilainya kepada nilai yang asal.

Malangnya, rakyat di Pulau Pinang terutama kaum Cina (tidak semua) yang memegang ekonomi tidak percaya akan berita yang di isytiharkan oleh Menteri Kewangan Malaysia pada ketika itu, Tan Siew Sin.

Maka berlaku lah Hartal.

Semua kedai-kedai ditutup, puluhan bas dan teksi di bakar malahan kemuncak rusuhan ini, pembunuhan telah berlaku dan rusuhan ekonomi ini bertukar menjadi rusuhan kaum.

Sebuah sekolah asrama anak-anak Melayu (mungkin Madrasah al-Mashor) telah diserang oleh perusuh Cina. Orang orang Melayu yang tidak menutup kedai pada hari tersebut juga telah dibunuh dengan kejam. Huru hara ini telah berkembang dengan cepat sehingga ke Perak dan kedah.

Tun Abd Razak bin Husin, Menteri keselamatan Dalam Negeri mengisytiharkan perintah berkurung di seluruh Penang, Kubang Kerian, Bukit Mertajam, Utara Perak dan Bandar Baru, Kedah. Undang undang Keselamatan Awam telah dilaksanakan di tempat tempat tersebut.

Dilaporkan, setelah berlakunya pembunuhan Melayu di Pulau Penang oleh orang-orang Cina, maka ramai saudara-saudara Melayu dari luar Pulau Pinang telah datang untuk membantu tetapi berjaya dihalang oleh askar Melayu dan polis dengan ketat sekali.

Mereka berura-ura memohon untuk memerdekakan Pulau Pinang dari Malaysia seperti yang berlaku ke atas Singapura tetapi berjaya disekat lebih awal.

13 MEI

Bacaan tambahan 13 Mei, sila layari laman http://members.lycos.co.uk/nabirz/eko14.htm atau
http://ms.shvoong.com/humanities/h_history/1652218-peristiwa-13-mei/.
Kisah 13 Mei juga boleh ditonton pada laman http://www.youtube.com/watch?v=tStd1BEkIis&feature=related 
Kredit:
http://www.militaryofmalaysia.net/2009/06/kalabakan-hartal-dan-kovil/

MISSION FAILED
AUGUST 3, 2009 BY ADMIN
Motor Kapchai tidak ada di Mesir. Kebanyakkan saiz moderate buatan China (CC kecik lee bawah 250cc)Kumpulan kami baru tiba di Cairo, jeket PBSM itu saya beli dengan harga RM70, saya baru sahaja mendaftar menjadi ahli PBSM Malaysia pada 17hb Julai lalu. Apartment di Cairo, penduduk di sini baik kaya atau miskin akan tinggal di rumah pangsa. Setinggan dia orang pun duduk rumah pangsa tapi buruk lagi lah daripada yang anda lihat sekarang ini
1. Saya baru balik dari Cairo, Mesir. Tak jadi masuk Palestin kerana pintu sempadan tertutup rapat dan banyak Check Point tentera sehinggakan surat jaminan dari kedutaan Malaysia di sana tidak laku pada mata tentera Arab.

2. Tak banyak cerita yang boleh saya buat, cadangan saya hendak ke muzium PANORAMA, iaitu sebuah muzium yang menceritakan kemenangan tentera Mesir mendapatkan Semenanjung Sinai semasa Perang Oktober dahulu.

3. Cadangan itu bagaimanapun tinggal idea semata-mata kerana kawan saya yang lain asyik nak bershopping, rancangan saya hendak ke muzium tentera Mesir juga gagal.

4. Senario ketenteraan di Cairo sangat hebat malangnya, kesemua tempat itu diletakkan notis larangan mengambil foto.

5. Tetamu blogger Ondscene yang datang ke hotel penginapannyamendapat pengajaran apabila pihak tentera hampir sahaja menangkap beliau selepas ternampak kilaiaun camera dari tempat beliau menginap beberapa hari sebelum saya tiba di Cairo.

6. Dunia tentera di sana sangat sukar dilihat, kem-kem dibina di belakang tembok tinggi dari batu dan di setiap penjuru terdapat menara tempat askar berkawal, tidak seperti kem tentera kita yang hanya di kawal pada pintu masuk dan keluar sahaja.

7. Uniform dan kelengkapan tentera Mesir boleh dikatakan hebat juga, malangnya saya tidak boleh mengambil gambar.

8. Polis Mesir agak menyedihkan, lawa lagi pakaian seragam pengawal keselamatan hotel saya menginap.

9. Gaji mereka sangat kecil dan rasuah dilakukan terang-terang, mereka bagaimana lengkap bersenjata mesingan, pistol tak mainlah.

10.Dalam pada itu saya sempat juga berbual dengan rakyat Mesir serta pemangku duta kita di Cairo mengenai sebab-sebab Mesir menutup pintu sempadannya di Palestin.

11.Pemangku Duta Malaysia di Cairo Mohd Puzi Dahman memberi alasan bahawa Mesir terpaksa menutup pintu sempadan kerana ada perjanjian. Jawapan beliau, saya tidak perlulah kupas kerana tidak menarik.

12.Seorang sahabat saya, Ustaz Abu Syamah, rakyat Malaysia yang sudah menetap di Mesir selama enam tahun pula memberitahu, Mesir terpaksa menutup pintu sempadan kerana survival politiknya.

13.Mesir sudah tidak percaya kepada jiran-jiran Arabnya yang telah menikam belakang Mesir semasa Perang Oktober atau Yom Kippur War.

14.Ketika itu Mesir telah merancang untuk menyerang Israel dan merampas kembali Semenanjung Sinai.

15.Jiran-jiran Mesir sudah berjanji akan menyerang Israel, Syria yang kehilangan Bukit Golan dalam satu peperangan sebelum itu turut berjanji untuk menyerang Israel bagi mendapatkan Bukit Golan.

16.Sampai sahaja waktu serangan, negara-negara jiran ini tidak menyerang Israel dan Mesir bertindak sendirian, nasib baik menang.

17.Kemenangan itu bagaimanapun mendatangkan kesan ekonomi yang sangat teruk ke atas Mesir dan sehinggakan sekarang, Mesir gagal pulih dari kemelut ekonomi dan matawangnya yang satu ketika dahulu hampir sama taraf dengan Dollar Amerika, kini tersungkur teruk.

18.Kemudian saya bertemu dengan wakil penjual kereta Proton di Kompleks Otomotif Ezz-Elarab.

19.Bangga juga tengok kereta Proton di Mesir, ramai anak mudanya suka kereta Gen 2, golongan berkeluarga pula minat Waja.

20.Wakil itu, encik Habib Ibrahim Habib agak radikal sikit, Mesir terpaksa menutup pintu sempadannya kerana pejuang Hamas menggunakan Mesir sebagai platform untuk melancarkan serangan ke Israel.

21.Itu tidak mengapa, masalahnya, Hamas cuba membabitkan Mesir apabila memasang bom di tempat-tempat pelancongan negara itu dan membunuh pelancong barat.

22.Sebagai langkah keselamatan, Mesir terpaksa menutup pintu sempadan dan hanya membenarkan terak bantuan kemanusiaan sahaja yang masuk keluar.

Kredit
http://www.militaryofmalaysia.net/2009/08/mission-failed/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2020/02/kisah-dan-sejarah-mereka-berura-ura.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Lindungi Kegiatan Haram Di Pulau Pinang

Dap Lindungi Kegiatan Haram Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 284 hits
PADA 10 September 2019 Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dalam Ops Eagle di Terminal Kargo Utara Butterworth Pulau Pinang telah merampas sebanyak 12 tan kokain yang disembunyikan bersama 60 tan arang batu Dadah itu yang bernilai ...
Simpang Ampat Pulau Pinang Cuba Dulu Kuih Akok Viral Ini Pasti Korang Repeat Nak Beli

Simpang Ampat Pulau Pinang Cuba Dulu Kuih Akok Viral Ini Pasti Korang Repeat Nak Beli

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 1358 hits
Kepada peminat kuih akok area Pulau Pinang yang nak rasa kuih akok yang sedang viral kini boleh terjah ke 43 G Komplek Penjaja Taman Tasik Mutiara 14120 Simpang Ampat Pulau Pinang Harga cuma RM5 00 sebekas Untuk tempahan sila hubungi 017505...
Babi Lembu Anjing Kucing Di Pulau Pinang Dikenakan Caj Pindah

Babi Lembu Anjing Kucing Di Pulau Pinang Dikenakan Caj Pindah

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 744 hits
Oleh BERNAMA KERAJAAN Pulau Pinang akan melaksanakan caj bayaran kadar minimum Sijil Kesihatan Veterinar dan permit pemindahan keluar masuk semua jenis haiwan mulai 1 April ini Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Pembang...
3 Dikhuatiri Maut 12 Tertimbus Tanah Runtuh Di Pulau Pinang

3 Dikhuatiri Maut 12 Tertimbus Tanah Runtuh Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 388 hits
PULAU PINANG Tiga dikhuatiri maut manakala 12 lagi hilang dalam kejadian tanah runtuh di lokasi pembinaan lebuh raya di Bukit Kukus Paya Terubong Pulau Pinang Empat buah kontena tertimbus dalam kejadian tersebut Maklumat awal terdapat 10 ma...
Tanah Runtuh Pulau Pinang 2 Mayat Dibawa Keluar Dari Lokasi

Tanah Runtuh Pulau Pinang 2 Mayat Dibawa Keluar Dari Lokasi

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 633 hits
GEORGETOWN Dua mayat ditemui sementara seorang cedera dalam tragedi tanah runtuh di tapak pembinaan jalan raya berkembar dari arah Paya Terubong menghala ke Relau di sini tadi Ketiga tiga mangsa itu dijumpai kira kira jam 5 08 petang tadi n...
Makan Kari Claypot Ilyana Cafe Teluk Kumbar Pulau Pinang

Makan Kari Claypot Ilyana Cafe Teluk Kumbar Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 735 hits
MAKAN KARI CLAYPOT ILYANA CAFE TELUK KUMBAR PENANGAssalamualaikum semoga semua pembaca arzmoha com terus sihat dan diberi ketenangan hati serta selalu bahagia Hari minggu kebiasaannya merupakan hari untuk bersama keluarga samada berkunjung ...
Kedah Negeri Kedua Selepas Pulau Pinang Sedia Kemudahan Perpustakaan Digital

Kedah Negeri Kedua Selepas Pulau Pinang Sedia Kemudahan Perpustakaan Digital

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 373 hits
ALOR SETAR 3 Feb Kedah muncul negeri kedua selepas Pulau Pinang dalam penyediaan kemudahan perpustakaan awam digital kepada rakyat Perpustakaan Digital Kedah akan beroperasi Oktober tahun ini bagi memudahkan orang ramai mengakses bahan baca...
Jalan Jalan Utama Sekitar Pulau Pinang Ditutup Sempena Thaipusam Chap Goh Meh

Jalan Jalan Utama Sekitar Pulau Pinang Ditutup Sempena Thaipusam Chap Goh Meh

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 711 hits
Beberapa laluan utama di sekitar bandar raya ini akan ditutup secara berperingkat mulai Jumaat hingga Ahad ini bersempena sambutan Thaipusam dan Chap Goh Meh Ketua Polis Pulau Pinang Datuk T Narenasegaran berkata bagi sambutan Thaipusam pen...
Waktu Subuh Di Pulau Pinang Ditambah Lapan Minit Mulai Esok

Waktu Subuh Di Pulau Pinang Ditambah Lapan Minit Mulai Esok

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 288 hits
GEORGE TOWN 7 Feb Waktu solat subuh di Pulau Pinang ditambah lapan minit daripada waktu solat sedia ada berkuat kuasa esok 8 Feb kata Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor Beliau berkata mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Neger...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game