Kisah Daging Korban Jadi Penawar


Assalamualaikum. Hai

Dah tak lama nak raya haji pulak kan? Lagi seminggu lebih macam tu. Raya Haji nanti insyaAllah kami beraya kat Ganu je. Tak balik Penang kot. Nanti ada buat korban sikit kat sini. Ayah mertua beli lembu yang suami bela untuk buat korban. Oh. Ada kisah di sebalik kisah korban ni. Nanti aku ceritakan eh

Entri kali ni aku nak kongsi dulu kisah aku yang tetiba alergik dengan semua yang berasaskan daging lembu. Lepas tu dengan daging lembu korban juga yang jadi penawarnya. Kejadian ni betul tau. Aku pun memula macam tak boleh nak hadam, apa kaitannya. Tapi semuanya ketentuan Allah juga kan? So, aku nak coretkan la dalam blog ni sebagai kenangan


Inilah permulaan kisah nya.


Permulaan Tak Boleh Makan Daging Lembu
Oh. Untuk pengetahuan hangpa, sebelum berlaku kejadian ni aku memang boleh je makan daging lembu. Takde masalah alergik pun. Boleh je makan kalau ada depan mata macam daging masak kicap ke, rendang daging ke, sup daging ke, apa-apa je la masakan berasaskan daging. Aku kan spesis pemakan. Hahaha. Cuma aku kurang sikit la makannya. Kira bukan fevret sangat. 
Tapi, ada satu hari tu (tahun 2019) aku terdengar suara seekor lembu tu sayu je dia mengembu. Kat rumah jiran yang tak berapa jauh dari rumah. Depa nak buat kenduri kahwin hujung minggu tu. Jadi lembu tu la nanti jadi lauknya. Masa aku dengar tu, memang mulut aku ni kerja duk cakap 'kesiannya dengar bunyi suara lembu tu' berulang-ulang kali dah macam berzikir. Setiap hari

Sampai la hari kejadian. Aku memang tak makan pun lauk kenduri gulai daging lembu tu. Walaupun nampak sedap dan menyelerakan. Gulai masak kawah weh. Memang la sedappp. Tapi macam tak tergamak pulak aku nak sentuh. Sebab duk terngiang suara lembu tu mendayu-dayu selama beberapa hari sebelum kena sembelih. 
Lepas-lepas tu kan, kalau termakan masakan daging walaupun sikit memang aku akan sakit perut yang taktau nak habaq lagu mana rasa dia. Macam perut aku kena pulas weh. Sakit gila! 
Setahun lepas kejadian (tahun 2020), sehari sebelum tarikh yang sama aku kena lagi sakit perut yang maha azab. Penangan melantak daging masak merah yang mak mertua masak. Sedap oii air tangan mak mertua. Tak boleh tolak. Huhu. Padahal aku makan sikit je. Sehiris dua buat pelepas rasa. Tapi lepas makan kena tanggung la akibatnya. Sampai kena warning la dengan pak mertua. 
Maka itulah kali terakhir aku makan lauk daging. Tak tahu la kat mana logiknya. Tapi memang itulah yang terjadi lepas aku kesiankan arwah lembu tu. Kalau tak sebelum nya haku melantak pi la masakan berasaskan daging macam mana pun, okay je tambah lelemaks. 
Dan masa aku sakit perut bila makan daging tu kan, ada la aku gugel kenapa jadi macam tu. Keyword yang aku search 'kenapa sakit perut bila makan daging'. Gigih weh. Jumpa doktor taknak sebab takut. Pastu pi cari kat gugel pulak. Hahaha. Wehhh. Hangpa pun macam aku jugak kan?? Cari kat duktur gugel dulu. Hahaha

Bila baca kan, seram pulak weh. Katanya perut yang sakit bila makan daging tu tanda penyakit yang serius boleh bawak mati a.k.a kanser. Serius aku takutttt. Memang lepas tu aku terus tobat tak makan dah langsung lauk daging biar sedap macam mana pun. Sikit pun aku tak berani nak jamah. 

Encik CH suruh hisap hujung janggut dia. Katanya penawar sakit perut untuk isteri. Hahahaha.

Daging Lembu Korban Jadi Penawar
Tinggal area kampung ni bila raya haji memang meriah la orang duk hantar daging korban/akikah kat setiap rumah. Murah rezeki sangat. Tahun lepas pun banyak dapat daging. Berplastik-plastik. Sikit-sikit tapi bila kumpul dapat banyak la jugak boleh buat lauk makan sekeluarga untuk sehari dua. Alhamdulillah

Tahun ni insyaAllah macam tu jugak la rasanya. Sepanjang 9 tahun aku stay kat sini, memang tak pernah miss dapat daging korban orang sedekah. Syukur. Tak selalu dapat makan daging pun. Bila ada rezeki lebih baru merasa makan daging. Daging kan mahal. Tapi masa raya haji la selalunya mewah sikit dengan lauk daging

Ini la yang aku nak kongsi dengan hangpa. Raya Haji tahun lepas (2021), mak mertua masak la daging yang dapat tu. Buat daging masak merah kegemaran pak mertua. Mungkin mak mertua tahu yang aku teringin nak makan juga tapi takut sakit perut, jadi dia suruh la aku jamah sikit. Dia kata niat dalam hati daging korban tu jadi penawar.
Aku pun ambik la sehiris. Sebelum makan aku niat macam yang mak mertua pesan. Kuasa Allah. Memang aku tak sakit perut pun lepas makan daging tu. Kalau tak jangankan sehiris, secubit pun perut aku dah memberontak teruk. Hirup kuah sup daging pun tak boleh langsung tau. Tapi ajaibnya daging korban, Allah izinkan jadi penawar untuk aku.
Lepas dari kejadian tu, aku cuba memberanikan lagi diri untuk makan lauk daging kalau ada. Hirup sup pun dah boleh dah. Alhamdulillah memang tak sakit langsung. Sampai la sekarang ni. Syukur sangat. Aku dah dapat balik nikmat nak makan makanan berasaskan daging lembu kerana daging korban. Asbab kan? Allah juga yang izinkan. Alhamdulillah


Tapi itulah. Kisah tu jadi peringatan juga buat aku. Ada la tu hikmahnya kan. Allah nak suruh jaga pemakanan la tu agaknya. Makan biar berpada walaupun aku tak la gila makan daging lembu sangat sebab bukan kegemaran. 
Semoga jadi pengajaran juga buat hangpa. Daging memang elok dimakan. Tapi kena ada limit juga. Tak boleh melahap tak ingat dunia. Cara masakan pun kena pastikan masak elok sebab makan daging kurang masak tak bagus sebenarnya untuk kesihatan


Bisik-bisik :: Sebenarnya makan apa pun kita kena berpada-pada kan? Demi kesihatan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shahadafauzi.com/2022/06/kisah-daging-korban-jadi-penawar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Kari Daging Sedap Pekat Tanpa Santan Ala Kedai Mamak

Resipi Kari Daging Sedap Pekat Tanpa Santan Ala Kedai Mamak

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 297 hits
Menu Kari Pekat perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni memang istimewa dan nampak sedap Ada daging serta sayur sayuran yang dimasak bersama Malah ianya juga tidak menggunakan santan Bagi anda yang suka makan kari macam di boleh cuba resipi ...
Jelang Idul Adha Harga Daging Ayam Berangsur Turun

Jelang Idul Adha Harga Daging Ayam Berangsur Turun

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 217 hits
Harga daging ayam di Pasar PSPT Tebet Jakarta Selatan berangsur angsur menurun menjelang perayaan Idul Adha 2022 Saat ini harga pangan tinggi protein tersebut dibanderol Rp37 ribu per kilogram dari Rp45 000 per kilogram
Aturan Dalam Distribusi Daging Kurban

Aturan Dalam Distribusi Daging Kurban

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 176 hits
Aturan dalam Distribusi Daging Kurban Pertanyaan Bagaimana sebenarnya aturan dalam pembagian daging kurban Benarkah harus sepertiga disedekahkan sepertiga dihadiahkan dan sepertiga dimakan sendiri Dan bolehkah dibagikan kepada nonmuslim jug...
Kontroversi Cenderahati Mi Segera Perisa Daging Babi Cincang Penganjur Mohon Maaf Dan Kesal Ianya Tidak Disengajakan

Kontroversi Cenderahati Mi Segera Perisa Daging Babi Cincang Penganjur Mohon Maaf Dan Kesal Ianya Tidak Disengajakan

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 140 hits
Penganjur program derma daarah memohon maaf kepada orang ramai yang menerima beg cenderahati berisi mi segera berperisa daging babi cincang di pusat beli belah di sini kelmarin Pengerusi jawatankuasa pengelola program berkenaan Lou Kok Me
Patut Gigit Tak Lumat Sangka Daging Dalam Roti Canai Wanita Ini Terkejut Jumpa Tali Mop Lantai

Patut Gigit Tak Lumat Sangka Daging Dalam Roti Canai Wanita Ini Terkejut Jumpa Tali Mop Lantai

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 264 hits
Tular di media sosial TikTok baru baru ini apabila seorang wanita berkongsi pengalamannya makan di sebuah restoran Wanita itu difahamkan memesan set roti canai namun tidak menyangka 8216 benda 8217 lain pula yang dijamahnya var currentUrlTw...
Harga Daging Sapi Tembus Rp160 000 Per Kg Penjualan Anjlok Hingga 50 Persen

Harga Daging Sapi Tembus Rp160 000 Per Kg Penjualan Anjlok Hingga 50 Persen

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 132 hits
Harga daging sapi di Pasar PSPT Tebet Jakarta Selatan melambung tinggi mencapai Rp160 000 per kilogram dari harga normal Rp110 per kilogram Akibatnya penjualan daging anjlok hingga 50 persen
Yoo Jitae Kongsi Permulaan Kisah Cinta Bersama Isteri Kim Hyojin

Yoo Jitae Kongsi Permulaan Kisah Cinta Bersama Isteri Kim Hyojin

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 250 hits
Pelakon Yoo Ji Tae baru baru ini tampil dalam rancangan You Quiz On The Block dan turut berkongsi bagaimana dia dan isterinya Kim Hyo jin mula bercinta Dalam sesi rancangan bual bicara itu pelakon itu berkongsi bagaimana dia dan Kim Hyo jin...
Ending Memuaskan Welcome To Wedding Hell Dipuji Papar Kisah Persiapan Kahwin Realistik

Ending Memuaskan Welcome To Wedding Hell Dipuji Papar Kisah Persiapan Kahwin Realistik

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 233 hits
Pasangan suami isteri mahupun yang sedang membuat persiapan untuk melangkah ke alam perkahwinan pastinya perlu menonton Welcome To Wedding Hell Dalam 12 episod penonton di bawa melalui kisah Seo Jun hyung dan Kim Na eun dari fasa persiapan ...
Kisah Ulama Dengan Si Miskin

Kisah Ulama Dengan Si Miskin

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 200 hits
Suatu hari seorang ulama salaf melalui sebuah kebun Tiba tiba beliau terlihat seorang lelaki berkulit hitam sedang makan Ada seekor anjing duduk di hadapan lelaki itu Setiap kali ia menyuap sepotong makanan ke mulutnya ia melemparkan juga s...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut