Kisah Billionnaire Padang Pasir Yang Kini Hanya Tinggal Sehelai Sepinggang Ini Amat Mengejutkan Dunia


































“Bagaimana anda boleh memuaskan nafsu lapar anda sedangkan jiran anda menghabiskan malam mereka dalam keadaan kelaparan?” - Sulaiman Al Rajhi
“Kaizan, impian aku adalah untuk menjadi seperti Sulaiman Al Rajhi!” Kata Abang Zul dengan penuh bersemangat.

“Mu kenal dak siapa dia?” Sambung Abang Zul lagi dengan loghat Kelantan

Saya kebingungan. “hurmm…siapa dia?” Otak masih ligat memikirkan siapakan sulaiman yang dimaksudkan itu.

“Dia adalah seorang jutawan yang kaya raya tetapi dia pilih untuk hidup sebagai orang miskin dengan mengagihkan dan mewakafkan harta kekayaannya...hummm..mu mampu?”

“Hah..Biar betul?”

Itulah kali pertama saya mendengar nama itu. Sulaiman Al Rahji. Siapa sebenarnya dia?

Sulaiman Al Rajhi dikatakan antara 10 orang yang terkaya di Arab Saudi. Pada tahun 2011, nama beliau telah disenaraikan oleh Forbes sebagai seorang yang berpengaruh dan orang ke 120 terkaya di dunia. 

Kita perlu faham bahawa kekayaan yang dimiliki beliau bukan hasil daripada pemberian harta oleh ibu dan ayahnya, tetapi hasil daripada titik peluh beliau sendiri berusaha dari bawah.

Kerajaan Arab Saudi telah menganugerahkan Anugerah Antarabangsa Raja Faisal 2012 pada Sulaiman Ar Rajhi di Riyadh.  Penganugerahan ini diberikan atas jasa besar beliau dalam mewujudkan perbankan Islam yang terbesar ketika itu. 

Pada bulan Mei 2011, dunia telah digemparkan dengan pengumuman tokoh koperat Islam ini untuk memindahkan harta kekayaannya yang dianggarkan bernilai USD 7.7 bilion itu kepada warisnya dan sebahagian besar yang lain kepada badan-badan amal dan kebajikan.

Selepas pemindahan itu, kini beliau menjadi insan yang miskin. Namun beliau selesa dengan cara itu. Pelik tetapi inilah kebenarannya.Kata Sulaiman Al Rajhi dalam satu sidang media, jalan yang dipilihnya ini telah membuatkan jiwanya menjadi lebih tenang dan selesa. Baginya manusia ini hanyalah penjaga bagi sesuatu, seluruh harta kekayaan itu adalah hak milik Allah s.w.t. 

Baginya dengan pengagihan hartanya secara adil dan mewakafkan sebahagian besar hartanya, beliau dapat mengelakkan perebutan harta dan permusuhan dalam kalangan ahli keluarga. 

Teringat kisah-kisah sahabat Nabi seperti Saidina Abu Bakar As Siddiq, Uthman Bin Affan, Abdul Rahman Bin Auf dan baginda Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Kesemuanya merupakan insan-insan yang Allah berikan kekayaan harta.

Namun mereka tidak mewariskan harta kekayaan mereka pada ahli keluarga mereka, malah mereka memilih untuk mewakafkan hampir keseluruhan harta mereka dalam perjuangan menegakkan keadilan dan keamanan di dunia.

Apa yang mereka tinggalkan untuk diri mereka hanyalah barang-barang keperluan mereka sahaja untuk terus hidup dan menabur jasa buat ummat.

Tokoh hebat ini bukanlah lahir dalam keluarga yang berada, bukan anak menteri dan bukan juga berketurunan diraja.  Beliau membesar di Padang Pasir Nejd. Beliau telah mengambil langkah awal memulakan perniagaan dengan membuat bisnes menukar wang untuk pengembara yang merentasi padang pasir dari bandar Mekah ke bandar Madinah. 

Dari pengalaman yang dikutipnya di usia mudanya inilah yang menjadikan asas kukuhnya bagi menubuhkan Bank Al Rajhi yang dikenali di mata dunia hari ini.

Beliau sangat mengambil berat soal keperluan ummah dalam system kewangan. Beliau sedar bahawa perbankan Islam belum wujud walaupun di negara pasir tersebut. Beliau sendiri mengambil langkah awal berusaha dari bawah bagi membina sistem perbankan yang patuh syariah. Ini perjuangannya.

Beliau sangat arif dalam membina dan mengembangkan perniagaannya. Berkat ikhtiar dan usahanya, kini Bank Al Rajhi dilaporkan mencatat keuntungan paling tinggi di Arab Saudi. Kini Bank Al-Rajhi telah mempunyai lebih 570 cawangan di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Bank Al Rajhi juga telah dianugerahkan beberapa anugerah di peringkat antarabangsa. Ternyata Sulaiman Al Rajhi merupakan orang yang berbakat dalam perniagaan.

Walaupun kejayaannya setinggi langit namun beliau sering kali menundukkan wajahnya ke bumi. Beliau sendiri memiliki pegangan saham syarikat penerbangan, namun beliau tidak berminat menaiki penerbangan kelas tinggi apatah lagi memilki jet peribadi. 

Katanya, beliau lebih selesa menaiki penerbangan kelas ekonomi. Baginya harta dan kekayaan bukanlah untuk ditunjuk-tunjuk dan dibanggakan kepada orang ramai.

Jika Sulaiman Al Rajhi boleh kecek Klate pastinya beliau akan royat “Tok seh, cara gini lebih dekat dengan jiwa ambo”.

Teringat pada Arwah Tok Guru Nik Aziz, pemimpin yang cukup saya kagumi. Walaupun boleh sahaja beliau memakai baju-baju yang diperbuat daripada kain-kain mahal, menaiki kereta-kereta mewah dan besar.

Namun beliau memilih cara hidup yang sangat sederhana. Katanya beliau tidak mahu rakyat kecik hati dengan melihat gaya hidup pemimpin sebegitu. Al Fatihah buat arwah Tok Guru.

Tokoh-tokoh hebat tidak terlepas dari ujian-ujian yang hebat.Tokoh-tokoh hebat tidak terlepas dari ujian-ujian yang hebat. Termasuk juga Sulaiman Al Rajhi. Beliau juga tidak terlepas dari ujian.

Tidak kira apa jua bidang yang diceburinya pastinya ada ujian yang mencabar diri. Antara ujian getir yang dihadapi beliau apabila kilang ternakan beliau hangus terbakar menyebabkan beliau kerugian besar. Apabila diberitahu perihal kejadian itu, beliau tetap nampak sabar dan tabah. Beliau hanya mengucapkan ‘Alhamdulillah’.

Saya yakin, bukanlah percapaiannya dalam perniagaan yang membuat namanya naik terpacak pada mata dunia. Tetapi pada keperibadiannya yang begitu merendah diri, penyabar dan suka memberi sehingga namanya disebut manis oleh orang ramai.

Apa yang membuat saya bertambah kagum padanya adalah kerana beliau merupakan seorang yang tegas dengan prinsip Islam. Pernah beliau keluar meninggalkan satu majlis makan malam apabila mengetahui terdapat program hiburan melalaikan di majlis tersebut.  

Pihak penganjur menjadi resah. Setelah pembatalan program hiburan tersebut dibuat dan setelah dijemput semula oleh panganjur, barulah beliau menyertai semula majlis makan malam itu.

Sulaiman Al Rajhi merupakan seorang yang berjiwa besar. Jiwanya sangat rapat dengan kerja-kerja amal. Beliau telah mengasaskan Yayasan Kebajikan Sulaiman Al Rajhi yang juga dikenali sebagai Yayasan SAAR.

Ia merupakan sebuah organisasi kebajikan amal bagi menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.  Fokus beliau kini adalah lebih kepada melakukan kerja-kerja amal bagi menyumbang bakti. Ini semua beliau lakukan atas dasar kepentingan ummah. 

Beliau banyak menyalurkan bantuan kewangan, mencetak ratusan ribu salinan kitab suci Al-Quran dan mengedarkannya secara percuma ke seluruh dunia, terutamanya di Negara-negara yang susah. Beliau juga banyak menyumbangkan hartanya dalam pembinaan masjid, pembangunan masyarakat dan pembangunan ekonomi negara-negara susah.

Saya terpegun dengan kehebatan beliau, anda bagaimana?. Sering kali saya bertanya pada diri “bagaimana aku ingin menjadi sehebatnya. Mampukah?”.

Hidupnya bukan untuk diri tetapi untuk berbakti demi mendapatkan keredhaan Ilahi.
Aku juga ingin menjadi seperti Sulaiman Al Rahji.

"All wealth belongs to Allah, and we are only those who are entrusted (by God) to take care of them. There were several reasons that prompted me to distribute the wealth and that resulted in performing this virtue. Most important among them is to foster brotherhood and love among my children and safeguard their harmonious relationship. This is more significant than any wealth in this life." – Sulaiman Al Rahji

 Kaizan NazlanPenulis Buku Travelog Usahawan Muda



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://catatanusahawan.blogspot.com/2019/01/kisah-billionnaire-padang-pasir-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Hanya Ingat Saya Banyak Habiskan Masa Berjalan Kaki Sedar Sedar Ada Di Padang Rengas

Saya Hanya Ingat Saya Banyak Habiskan Masa Berjalan Kaki Sedar Sedar Ada Di Padang Rengas

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 686 hits
Saya hanya ingat saya banyak habiskan masa berjalan kaki Sedar sedar ada di Padang Rengas Saya hanya ingat saya banyak habiskan masa berjalan kaki menumpang tidur di surau minum pula hanya mineral dan makan roti yang dibeli menggunakan duit...
Masih Ingat Kisah Dua Sahabat Yang Kini Menjadi Madu Para Suami Yang Teringin Kahwin Dua Boleh Ambil Tips Ini

Masih Ingat Kisah Dua Sahabat Yang Kini Menjadi Madu Para Suami Yang Teringin Kahwin Dua Boleh Ambil Tips Ini

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 611 hits
Semasa berbuka dan bersahur bagaikan tidak sempurna jika tidak bersama madu justeru saya akan pastikan kami bersama Syukur Alhamdulillah tahun ini adalah kali pertama menjalani ibadat puasa bersama madu dan berasa sangat meriah selain membe...
Kisah Pria Yang Hanya Butuh Rp100 Ribu Untuk Makan 1 Tahun Begini Gaya Hidupnya

Kisah Pria Yang Hanya Butuh Rp100 Ribu Untuk Makan 1 Tahun Begini Gaya Hidupnya

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 260 hits
Di kehidupan modern ini rasanya tidak mungkin kita hanya membutuhkan sedikit uang untuk kebutuhan makan Belum lagi jika bahan kebutuhan pokok naik harganya Tetapi bagaimana jika ada orang yang hanya mengeluarkan Rp100 ribu untuk kebutuhan m...
Kalau Sayang Anak Anda Tolong Jangan Sesekali Letak Telefon Pintar Berdekatan Kepala Anak Kesannya Amat Mengejutkan

Kalau Sayang Anak Anda Tolong Jangan Sesekali Letak Telefon Pintar Berdekatan Kepala Anak Kesannya Amat Mengejutkan

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 411 hits
Ada segelintir ibu bapa yang selalu meletakkan telefon berhampiran dengan bahagian kepala anak bila si kecil tidur Namun tanpa menyedari tindakan itu sebenarnya boleh mendatangkan bahaya yang tidak kelihatan Menurut bekas jurutera syarikat ...
Sekelumit Kisah Dari Sebuah Sendok Sup Yang Kini Jadi Selebgram Udah Nerima Endorsement Belum Ya

Sekelumit Kisah Dari Sebuah Sendok Sup Yang Kini Jadi Selebgram Udah Nerima Endorsement Belum Ya

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 240 hits
Seorang cewek mengabadikan momen sendok sup kesayangannya saat dibawa ke mana mana Gini doang aja lucu dan gemes
Kisah Lelaki Dari Malaysia Memasak Untuk Pelarian Syria Di Greece Dapat Perhatian Dunia

Kisah Lelaki Dari Malaysia Memasak Untuk Pelarian Syria Di Greece Dapat Perhatian Dunia

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 318 hits
Rayyan Haries adalah seorang ahli strategi digital berusia 27 tahun dari Malaysia yang meninggalkan segala galanya di tanah air untuk menuju ke Greece Dalam dokumentari yang dihasilkan oleh digaPictures Ketua Pegawai Eksekutif Pengasas Pavl...
Terengganu Kini Miliki Pusat Keselamatan Bertaraf Dunia Pertama Di Pantai Timur

Terengganu Kini Miliki Pusat Keselamatan Bertaraf Dunia Pertama Di Pantai Timur

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 373 hits
Terengganu terus bergerak ke hadapan apabila bakal menjadi pusat mencari dan menyelamat bertaraf dunia atau dikenali sebagai Aeronautical Rescue Sub Centre yang berlokasi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang akan memulakan operasi pada Fe...
80 Persen Orangutan Kaltim Tinggal Di Luar Area Konservasi 1 Mati Jadi Sorotan Dunia

80 Persen Orangutan Kaltim Tinggal Di Luar Area Konservasi 1 Mati Jadi Sorotan Dunia

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 232 hits
Satwa Orangutan Kalimantan Timur kian terjepit aktivitas tambang batubara hingga kebun sawit lantaran sebagian besar hidup di luar areal konservasi Kondisi itu riskan bagi populasi orangutan Sebab kematian 1 orangutan akibat konflik bisa ja...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord