Kisah Bercuti Dengan Bihun Goreng Udang Kering Bergula Viral


Diam tak diam dah dekat 2 tahun kita Stay At Home kan. Disebabkan PKP yang berganda-ganda, yang ditambah dari masa ke semasa sememangnya membuat kita hampir dikunci dari kemana-mana. 
Disebabkan ada penurunan kes baru-baru ni, dapatlah kita bernafas sedikit. Ada sesetengah negeri yang dah dibenarkan untuk rentas daerah, dine-in dan yang paling kita tunggu iaitu bercuti. Sesetengah tempat seperti Langkawi dah dibenarkan dilawati pelancongan melalui Gelembung Perlancongan. 
Cakap-cakap pasai bercuti ni, korang rasa tempat mana best nak pergi ya? Dos vaksin dah lengkap 2 dos, walaupun tak boleh rentas negeri tapi tetap rasa nak bercuti kan!. Kalau ikutkan memanglah rasa nak pergi pantai berpasir cantik macam di Pangkor Laut Resort. Tapi tak apa demi keselamatan kita boleh je KL Staycation dulu kan!

Bihun Goreng 12 Sudu Gula Viral Bersembang pasal bercuti terus teringat nak masak Bihun Goreng. Ini kalau dulu-dulu bila nak bercuti sekeluarga, Mak Kekny mesti masak bihun. Goreng bihun kosong tak letak sayur apa sebab tak nak cepat basi. Goreng kering-kering tu. Tabur telur dadar kat atas! Makan kalau cekik kasi wash down dengan air kopi o suam yang diisi dalam termos. Pelan je bihun tu turun. Cekik tapi sedap! Haa makan lah bihun tu sepanjang berjalan ke destinasi percutian  hahaha.. Seronok betul!  



Itulah teringat bihun goreng simple ni sebab baru baru ni viral kat social media tentang Bihun Goreng 12 Sudu Gula. Kisahnya dekat group masak – masak ada seorang yang share bihun goreng resepi neneknya yang sangat simple tapi sedap. Bahan yang digunakan ialah bahan basic dan tanpa guna serbuk perasa, pes, sos dan sebagainya. Kicap lagilah tak digunakan. Katanya rasa bihun goreng bergula ni sangat sedap setelah dicuba! Eh Betul ke sedap sangat
Jangan tak tahu, gula ni bukanlah pelik sangat pun kalau kita taruh dalam masakan seperti bihun goreng. Dan tak dinafikan Kekny pun suka bihun goreng yang rasanya ada manis-manis sedikit. Bukanlah manis sangat kan. Orang kata untuk balance kan rasa dia. Kalau resepi moden sekarang pun kita masuk pelbagai jenis sos dan kicap dalam bihun kita. Bukan ke dah ada gula dalam semua bahan tu? Dan ianya memberi kemanisan kepada masakan? Jadi samalah konsep dia bila orang letak gula dalam masakan, sama macam kita letak sos dan kicap je. Cuma orang dulu mana ada sos dan kicap, masa tu nak beli mahal atau susah nak dapat. Gula tu senang dapat, maka masuklah gula sikit nak bagi sedap! 
Ok jom Kekny share resepi Viral Bihun Bergula tu
Resipi Bihun Goreng 12 Sudu Gula ViralBahan-bahan:
1 paket bihun (rendam air biasa)
Udang kering satu paket kecil
Bawang rose 3 biji*
Bawang putih 2 ulas*
Cili kering 4 biji*
Belacan bakar (sikit sahaja)
Asam jawa (agak-agak besar duit 20 sen)*
Gula 12 sudu teh (sudu kecik kfc)
MSG 2 sudu teh
Garam 1/2 sudu teh x 7 kali masuk
Serbuk kunyit 1/2 sudu teh*


Cara-cara:
Bakar belacan.
Kisar bahan yang bertanda (*) sampai hancur. Air jangan terlalu banyak.
Goreng udang kering dalam minyak. Bila dah agak masak, masukkan bahan kisar tadi dan tumis sehingga naik bau.
Masukkan perasa dan tumis seketika lagi. Bila dah nampak pecah minyak baru masukkan bihun.
Kacau sebati bihun dengan menggunakan api perlahan untuk mendapatkan hasil bihun yang tidak hancur dan lembut. Hanya masukkan air bila perlu,
Cara nak tahu jika bihun masak elok, akan nampak asap pada permukaan atas bihun.
Resepi dia agak pelik terutama sukatan tapi ramai yang mencuba katanya sangat sedap! Tapi Kekny hangpa memang dia selalu ambil idea je, dah tu derhaka kan resepi orang. Yang penting nak cepat siap hahaha

Bihun Goreng Udang Kering Simple Dan MudahSebab penggunaan udang kering tu macam menarik, maka ini pula Bihun Goreng Udang Kering versi Kekny yang lebih moden. Segera, mudah cepat. Pakai pes siap bihun Adabi, tambah sos sikit dah siap. Jom tengok resepi dan video macam biasa kat You Tube ya!




Resepi Bihun Goreng Udang Kering Simple Dan MudahBahan-bahan Bihun Goreng Udang Kering4 Sudu besar udang kering tanpa kulit direndam sekejap
6 Ulas bawang merah dihiris
6 Ulas Bawang putih dihiris
2 Pack pes bihun goreng Adabi - atau jika nak pakai pes cili boleh guna dalam 4 sudu besar dan tambah sedikit belacan
Fishacake atau fishball. Nak letak isi ayam pun boleh
1 pack bihun Jasmin direndam 10 ke 20 minit sahaja
1 sudu besar lada sula
1 sudu besar garam
5 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tiram
1 1/2 cawan air


Cara masak bihun goreng udang kering Panaskan minyak dan goreng udang kering. Masukkan bawang merah dan bawang putih.
Masukkan pes cili, sos cili dan sos tiram.
Masukkan lada sulah dan fishcakes, isi ayam dan sebagainya
Masukkan air dan biar mendidih.
Masukkan bihun dan masak sambil kacau sehingga bahan sos rata dan air kering
Bila air kering bihun akan masak sempurna dan lembut
Masukkan sayur yang kita suka. Siap
Untuk video boleh tengok dalam You Tube Eny Abdullah



Ok dah pandai masak bihun goreng ni, bolehlah pergi bercuti. Rasanya apa tempat best yang korang nak pergi jika kerajaan umum dah boleh bercuti nanti? Jom fikirkan dari sekarang!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.enyabdullah.com/2021/09/resepi-bihun-goreng-gula-udangkering.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tengok Video Viral Vip P0tong Barisan Nak Solat Jumaat Netizan Teringat Kisah Almarhum Tuan Guru Nik Aziz

Tengok Video Viral Vip P0tong Barisan Nak Solat Jumaat Netizan Teringat Kisah Almarhum Tuan Guru Nik Aziz

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 380 hits
Masa saya umur 19 tahun satu minggu sebelum saya terbang ke Australia menyambung pengajian di universiti Almarhum Tuan Guru Nik Aziz ATGNA minta saya datang solat Subuh di masjidnya di Pulau
Sambal Goreng Cheese Peberet Irfan

Sambal Goreng Cheese Peberet Irfan

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 376 hits
Dari sehari ke sehari dia tanya bila nak sampai sambal cheese pan mama Ala sabo ler tunggu ucu pos ler Dan bila dah sampai kemain girang hati dia Memang peberet dia sekarang ni Ni kali ke2 repeat dah sambal ni Kemain gaya dia amik gambo Kek...
Bukan Calang Calang Sambal Udang Petai

Bukan Calang Calang Sambal Udang Petai

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 224 hits
Assalamualaikum SALAH satu tujuan ke Pontian hari tu selain memancing membeli ikan kami rindu sangat nak makan udang Pontian Tapi kebanyakan udang yang dijual macam tak berapa segar Tak menggiurkan Tak mengancam Tapi sebab nak sangat makan ...
Kari Kepala Ikan Dan Kubis Goreng Stail Mamak Siap Tapi Lupa Masak Nasi

Kari Kepala Ikan Dan Kubis Goreng Stail Mamak Siap Tapi Lupa Masak Nasi

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 419 hits
Assalamualaikum HARI ini Pak Inche balik agak lambat Banyak kerja katanya Tadi pagi sebelum keluar rumah Sk bertanyakan cadangan lauk untuk malam ini Kari ikan jawabnya Macam dah lama pulak rasanya tak masak kari ikan jadinya Sk terus setuj...
Resepi Kuew Teow Goreng Chinese Style

Resepi Kuew Teow Goreng Chinese Style

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 193 hits
KUEW TEOW GORENG CHINESE STYLEBahan bahan 1 peket kuew teow2 Biji telur pukul slow je7 ulas bawang putih cincang haulsIsi Ayam atau Udang sotong kelangMinyak secukupnyer jangan banyak Daun kucaiTaugeh Bahan sos 1 sudu sos tiram1 sudu kicap ...
Ikan Temenung Goreng Tepung

Ikan Temenung Goreng Tepung

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 243 hits
Kenangan PKP 1 tahun 2020Ikan termenung goreng tepung air tangan abah budak budak niSemasa PKP baru diperkenalkan kepada seluruh rakyat Malaysia iaitu PKP 1 pada tahun 2020 seorang member aku tolong member dia jual ikan secara COD Member ak...
Petua Buat Cucur Udang Sedap Tak Serap Minyak Tanpa Guna Baking Powder

Petua Buat Cucur Udang Sedap Tak Serap Minyak Tanpa Guna Baking Powder

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 221 hits
Suka makan Cucur Udang yang sedap Ha meh sini nak belanja satu resipi best Anda boleh cuba resipi Cucur Udang yang dikongsi sendiri oleh saudari Tyra Manan Istimewanya beliau juga berkongsi petua membuat Cucur Udang yang tidak serap minyak ...
Taugeh Goreng Kicap Yang Sedap

Taugeh Goreng Kicap Yang Sedap

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 450 hits
Assalamualaikum semua follower Azie Kitchen yang dikasihi Semoga hari ini adalah lebih baik dari semalam buat kita semua Hari ini saya nak kongsi petikan kuliah tajuk Checklist Akhlak bab muflis Ustaz Syed Mohd Norhisyam oleh dimulakan deng...
Resepi Sambal Udang Nasi Lemak Padu Confirm Bertambah Tambah

Resepi Sambal Udang Nasi Lemak Padu Confirm Bertambah Tambah

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 333 hits
Resepi Sambal Udang Nasi Lemak Padu Confirm Bertambah Tambah Assalammualaikum dan salam sejahtera semua Macamana Cuti Hari Malaysia harini dah ada yang dah pergi berkelah bersama keluarga ke Bagi suri rumah tangga macam Cikza ni ada yang da...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian