Kisah Benar The Ugly Duckling That Turn Into A Beautiful Swan
Assalamualaikum..
I have a very special connection with most of my followers and readers. Yang I kenal and boleh borak and sayang and closely dear to my heart macam dah kenal bertahun, padahal only contact through sosial media je. Ada jugak yang pernah jumpa. You know who you are... Seriously I really appreciate and sayang nkorang semua macam yang I selalu pesan. 'Sayang pada semua yang sayangkan kita'. One of them is Alia Mansor. I nak share kisah dia dalam blog ni. Sebab I nak encourage nkorang semua mana yang down kena tinggal kekasih tu supaya get up and carik balik semangat yang hilang. Life is full of shit, just deal with it. OK? Taknak buang masa. Jom baca kisah Alia. So inspiring!
By Alia Mansor
Mesti korang pernah menonton movie atau series tentang perempuan kena dump dengan ex-boyfriend sebab gemuk, selekeh dan tak cantik walaupun selepas beribu duit dia habiskan untuk yang tersayang tu. Ya kisah tu wujud, aku antara salah satu watak yang malang tu. Aku Alia, umur 30 tahun. Dulu baju aku size XL, manakala seluar size 40. Kalau pergi ZARA seluar tak boleh button, pergi M&G size ngam-ngam (itu pun lepas tahan nafas haha), kadang-kadang kena pergi oversize section bila nak cari baju atau seluar. Nasib baik uniform kerja lama aku ialah coverall, jadi boleh lah aku sorok lelemak aku, dengan safety shoesnya sebiji macam Teletubies bila aku berjalan dekat site. Makeup? Foundation pun tak pandai beli haha.
Kisah cinta? macam perempuan lain, mesti ada kisah dongeng yang aku impikan. Tapi sebab aku tak ada rupa, jadi aku lebih banyak memberi dari menerima. Selalunya di social media boyfriend hantar surprise dekat girlfriend kan? Tapi aku sebaliknya. Bila datang waktu birthday aku, Boyfriend aku tiba-tiba tak wujud haha. Jadi bila birthday aku, aku akan menyanyi lagu birthday sorang-sorang depan kek Starbucks yang aku redeem sempena birthday aku haha. Orang lain boyfriend panggil sayang, ucuk, honey bunnyi, nini (eh tu nama kawan baik aku). Aku? Boyfriend aku panggil aku bibik :) sebab aku tak ada fashion sense dan rupa aku. Hari terakhir sebagai girlfriend dia cakap “Tak ada siapa pun akan suka kau, sebab kau tu buruk! sedar diri sikit,”
Dari situ lah titik permulaan aku ubah imej selain aku nak tukar kerjaya dari Project Manager kepada Stewardess. 12 kali aku pergi interview untuk pramugari kena reject, kali ke 13 selepas aku dapat ideal weight aku diterima di Malindo air (terima kasih Malindo!)
Transformasi aku bermula dengan aku follow satu Instagram akaun online coaching untuk kurus ni. Dua bulan aku ikut cara makan & rutin yang disyorkan coach tersebut. Masuk bulan ke 3, aku mula buat sendiri ikut keselesaan aku (weight lose journey its all about yourself). Apa aku buat:
Dalam 30 minute pertama selepas bangun tidur aku akan breakfast terus. Itu waktu terbaik. Aku makan muesli dengan almond milk, buah dan black coffee no sugar.Tengah hari aku makan nasi setengah senduk, ikan atau ayam tanpa kuah dan sayurPetang sebelum aku exercise aku makan 1 ketul kecil dark chocolate atau pisang untuk energy. Aku tak register gym pun sampai harini. Aku brisk walk je masa 3 bulan pertama aku diet. Dari 200 meter sampai aku berjaya jalan kaki 12km. Slow-slow aku belajar buat cardio dan lain-lain exercise dari youtube haha.Lepas exercise baru dinner. Aku makan buah, ayam dan vege.Aku tak amalkan cheat day. Aku ada cheat meal je. itu pun satu makanan je aku ambil dalam seminggu dan aku tak akan habiskan portion tu sorang-sorang.No dessert or fast food for first 3 months.
Disiplin, determination dan hati yang sakit buat aku berjaya berubah. Sepanjang aku dalam proses kurus, tak ada satu pun kawan aku yang tahu dan jumpa haha misi rahsia katanya. Dalam 7 bulan aku berjaya kurangkan 18kg. Berat asal aku 80kg. Sebaik aku dapat ideal weight aku terus pergi interview untuk pramugari di Malindo dan aku diterima. Sekarang berat aku 57kg dengan tinggi 163cm. Aku still nak kurang kan 2-3kg lagi. Current size? XS untuk baju dan seluar size 25-26 depends cutting.
Semoga kisah aku menjadi inspirasi untuk semua wanita diluar sana yang mempunyai kisah seperti aku. Alhamdulillah I’m still on track, why don’t you?
P/s: Tuan punya badan segan nak share dia punya personal IG.
-eNd-
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://surayasulatin.blogspot.com/2020/01/kisah-benar-ugly-duckling-that-turn.html