Sebuah Taman Nan Indah Buat Anak Adik Ibu Ini Gigih Gali Tanah Buat Kolam Pukul 1 Pagi


Betulah kata orang, bila kita dah jadi ibu ataupun bapa kita sanggup lakukan apa sahaja untuk keluarga demi melihat mereka tersenyum. Terkadang entah datang dari mana kekuatan untuk melakukan sesuatu yang diluar jangkaan tapi demi anak-anak tiada yang mustahil. 
Begitulah besarnya pengorbanan seorang ibu apabila dia berkongsi kisahnya menggali tanah lapang untuk dijadikan kolam buat anak-anak beriadah sedalam 5 kaki, panjang 10 kaki dengan tulang empat keratnya. Sesuatu yang luar biasa buat wanita yang bergelar ibu. Tangan yang lembut mampu menggali tanah lapang okay!

Ketika dihubungi oleh Pa&Ma, Puan Hezline Atherra 26 tahun yang juga mempunyai Diploma dalam Kejuruteraan Awam memberitahu kolam berkonsepkan garden tersebut dibuat khas untuk anak-anaknya, Mohammad Darryl Abrar 3, Mohammad Daiyyan Abrra 1 dan 5 orang adik perempuannya sempena hari jadi Puan Hezline sendiri pada oktober lepas.
Persiapan untuk membuat kolam tersebut bermula pada awal September dan jangkaan siap sebelum hari jadinya. Impian menjadi kenyataan apabila kolam tersebut berjaya disiapkan dalam tempoh sebulan sahaja. Bukan sesuatu yang mudah dan memerlukan disiplin yang tinggi untuk menyiapkan kolam tersebut.
Kediaman rumah Hezline Atherra Dia mula menggali tanah pada pukul 1 pagi sehingga pukul 3 pagi setiap hari kerana pada sebelah malam cafenya beroperasi seperti biasa dan pada waktu siang dia berniaga secara atas talian. Pada waktu hujung minggu pula dia sibuk dengan bisnes MUA. Ikuti perkongsianya tentang D.I.Y kolam garden dirumah.
Hadiah kolam garden buatan sendiri untuk anak-anak mummy sempena hari jadi mummy!

Seperti mummy janjikan 2 minggu lepas mummy nak share mummy buat kolam garden kan? So today mummy tunaikan janji..
Bersungguh mummy gali tanah, ikat bata, buat simen, untuk siapkan garden dan sebijik kolam mandi lebih kurang 5 kaki (dalam kannn, sebab mumi pon nak tumpang berendam) untuk anak-anak, family mummy lepak santai..
Kalau korang suka tengok hasil dia, boleh share tau.. mummy izinkan!
Tips nekad mummy senang je “cari bahagia untuk diri sendiri”
mummy bukanlah tulang besi urat dawai wehh.. tapi mummy suke buat sendiri if mummy rasa mampu guna tulang 4 kerat ni.. apa pon yang nak buat, usaha dulu, jadi tak jadi kemudian fikir.
Mummy tak lah mewah, tapi garden ni cukup bahagiakan mumi, tengok anak-anak happy main, membesar depan mate..mummy busy, macam-macamm maummy buat kerja dari jadi make-up artist, bisnes, sehinggalah buka cafe. Ni cara mummy cari kebahagian untuk diri dan keluarga, mummy punye impian dah nak masuk tahun ketige ni, barulah bersungguh nak jadikan realiti gitu.. ingatkan dah terkubur niat tu sebab kekangan banyak.
Alhamdulillah..Tadaaa dan ni hasilnye

Sebulan masa mummy target untuk siap kolam garden, dan Allah make it perfectly to me.. sebab bajet mumi tak besar, ni pon around 5k termasuk gazebo dan barang-barang sampingan lain tu..
Disclaimer: Mummy bukan buat sorang, ko gilerr ke?? 
2 minggu taw korek/gali tanah sampai pukul 3 pagi, nak buat sorang sorang?? Memang TAKKKK LAH! Adik-adik mummy ada dan ofcourse lah daddy(suami) bahagian pasang piping semua..
Haa jum share mummy ajar awak buat kolam garden cara mummy, dan mummy dah buat langkah, step step yang awak perlu ada di setiap caption gambar taw
Semoge menjadi insipirasi buat kawan2 AMINN. Nampak senang tapi to me nak separuh mati nak siapkan demi nak bahagiakan anak-anak dan keluarga.
Start ade pool dan garden, tiap2 malam lepak dan mandi.. Happy kan bile tengok anak anak adik adik senyum riang macam ni?
Satu tanah lapang dan agak membosankan. Hampir 3 tahun aku tenung port ni, nak buat “dok pakai cekok” takut behenti separuh jalan sebab modal ciput..So tunggu rumput panjang, mesin lagi dan lagi..Sampai lah tiba seruan..
Ok tak yah beleter panjang2. Dah! So first ni plan aku lah ye..
Korang kene imagine atau sketch, nak bentuk cmne , luas mane, piping belah mane, tempat pump dekat mane, dan paling penting kedalaman dan besar mane kolam yang nak.. Plan baik2, yang paling penting part ni, imiginasi kene tinggi..Kau ibarat kau dah nampak kolam tu dah siap lawa kat port kau nk korek tu..

Dah siap imaginasi yang kau lakar dekat A4 tadi, ko mula pacak tanda kat tanah yang ko nak korek tu..
Kalau mumi, mumi letak besi penanda dan “tali” keliling petak yang nk korek tu.. dan start korek slow2 , mumi ambik mase 2 minggu.. korek korek dengan adik adik , diorang lembik kecian tp dah bayang ni, nanti hari2 boleh mandi kolam..
Kalau ko nak dalam lagi, kene panggil backhoe lah korek, kalu ko korek sendiri mati lah kau dalam tu 
Mumi punye ni hampir 5 kaki lebih, tak kire actual.. sebab mumi naikan tinggi dinding atas sebab tak nak buat salur air limpah keliling kolam..
Parah kosnye nanti, tak pasal pasal aku makan nasi krik dinding nanti kang
Adik adik yang sangat membantu.. diaorang tak nampk lagi rupe mumi nak buat ape ni.. tp dieorang korekkk dan korekk je sebab kene marah hahaha

Ok part ikat bata ni memang win, sebab mumi ikat sendiri.. tak ade upah orang ikat ye..Ko tengok je muke aku lembut, sekali aku maki habis lah satu kampung boleh dengar..
Same kejadian dengan ikat bata ni.. Haha Dulu nak jadi arkitek, engineer lah ape lah, tapi tak kesampaian haha, nasib ade basic tu pon renyok petok ikat bata..
Ok siap separuh bata tu, mumy peratakan bahagian tanah bawah.. dan letak crusher run kasar..Then letak besi brc size lupe tp boleh je mane2 yang standard ,
Besi brc potong pakai cuter (ni keje laki aku) ni kalau aku buat, mau terpotong kuku aku. Dan lapiskan dengan campuran simen dan pasir.. (tunggu kering, baru sambung ikat bata) Jangan tanya aku macam mane nak ikat bata, encik google ade.. sile jangan malas

Tuhhh tengok dekat dua pagi kiteorang buat keje, sebab siang bz plus panas wehhh..
Sorry ladies sangat, skin kene jage takmau burn hahaha

Settle base konkrit bawah, then aku sambung bata, Dan buat piping flow in and out, kalu tu ko pakai baldi je la cebok air.
Tp mumi buat piping tanam dalam konkrit , sebab mummy ikat bata.. selebihnye daddy sambung lepas konkrit siap
Ok, cerite tentang tanam pipe flow in and out, Flow in mummy buat 3 saluran air, dan flow out satu salur air..
Dan mummy gune dua pump untuk filter air rolling dalam kolam, pump jename ape2 pon boleh ikut kemampuan dan kapasiti kolam.

Asyik hujan je , air bertakung dalam konkrit.. seminggu lebih tak ley buat kerje.. hold dulu..Part buang air pakai baldi tu memang win.

Darryl tiap tiap pagi bangun tidur die tanya “Mummi kolam siap dok ag!! “
Penat mummi, Siap2 mandi , die keluar main tepi ni.. tak sabar time ni nak tengok die mandi betul2 dalam kolam mumi die buat

Then mummy niat nak letak lampu dalam kolam, so letak or tak , mumy just buat dulu piping untuk wayar eletric (ni pon selebihnye sepupu aku cover job)
Then siap ikat bata pada ketinggian yang ko nak.. Tibe buat “melas” so ni pass job kat sepupu, sebab mami nak ikat bata untuk lantai luar plak..
Lantai garden pon same, nak besar mane dan ikat bata macam mule2 tadi…Ok lepas siap keje memelas dinding, process minyok plak lagi sekali untuk bagi effect licin pada lantai dinding kolam..

Suami dan sepupu buat part lantai garden ..

Dah datang gazebo mumi.. time pasang gazebo tak ade ye.. mumi bz tak sempat nak poteshut Ok part kolam plak ni adelah Proses Pengujian..Proses pengujian ni penting dimana kite nak tengok kot kot ade bocor dan crack
Tengok muke si daiyyan tu.. bahagia sangat wehh.. hati mak mane tak luluh

Untuk part kemasan dinding, mumi cat kolam dengan cat expoxy waterproof blue colour dan cat ni around rm 250 ke atas dan perlu tempah dua minggu ke atas baru sampai..
Ok mumi cerite sikit part cat ni,
Sebelum proses mengecat, bersih dulu dindang kolam, keringkan dulu, dan sapu2 habuk2 lantai tu..Untuk kemasan yang lawa buat 2-3 lapis, Lepas kering cat lagi dan lagi..Dan mengeringan yang sempurna ambik mase 4-5 hari..
Sebelum masukan air , kolam perlu bilas dulu sebab cat ni die punye aroma bau memang pergghh ! Padu beb! Haha Then baru masukan air 

Jadi seorang mak, dan kakak yang jage semua adik adik adelah satu tugas berat, so sisra nak mahligai yang sisra bina menjadi satu satunye tempat untuk dieorang happy, berkumpul,.. balik rumah tu rasa bahagia.. Tiada kate kate lain selain rase syukur .. Allah always beside me.. Alhamdulillah
And pada hari jadi sisra, its already done..Nah hadiah paling besar dari mumi buat anak anak adik adik sebuah taman nan indah

Happy dapat lepak buat makan2 macam ni..Kedalaman kolam hampir 5 kaki , so mak mak pon boleh berendam..

Tip keselamatan
Pastikan ibu ayah ada sewaktu anak mandi di dalam kolam.. If takut kedalaman tu dalam sangat, boleh buat kolam yang cetek. Pastikan air sentiasa ditukar..mummy tak letak klorin sebab baby pun mandi dalam kolam tu. Mummy selalu keringkan kolam dan bila nak mandi baru mummy akan penuhkan air dalam kolam.
Sumber: Hezline Atherra
**Tambahan artikel ini hasil temu ramah bersama Puan Hezline Atherra
The post “Sebuah Taman Nan Indah Buat Anak & Adik” Ibu Ini Gigih Gali Tanah Buat Kolam Pukul 1 Pagi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sebuah-taman-nan-indah-buat-anak-adik-ibu-ini-gigih-gali-tanah-buat-kolam-pukul-1-pagi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kumpulan Berita Tips Awet Muda Sering Disangka Kakak Adik Dengan Sang Anak Ersa Mayori Happy Jadi Ibu Tips Awet Muda

Kumpulan Berita Tips Awet Muda Sering Disangka Kakak Adik Dengan Sang Anak Ersa Mayori Happy Jadi Ibu Tips Awet Muda

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 300 hits
Hohoho selamat malam sesi kali ini akan menjelaskan tentang tips awet muda Kumpulan Berita TIPS AWET MUDA Sering Disangka Kakak Adik dengan Sang Anak Ersa Mayori Happy Jadi Ibu simak selengkapnya LifeStyle Sering Disangka Kakak Adik dengan ...
Lepas Ayah Adik Pula Meninggal Dunia Ibu Mengalir Air Mata Terima Ijazah Anak

Lepas Ayah Adik Pula Meninggal Dunia Ibu Mengalir Air Mata Terima Ijazah Anak

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 521 hits
Sambutan majlis konvokesyen masih lagi terasa untuk sesetengah universiti awam di Malaysia Ramai di antara alumni berkongsi foto tentang kejayaan mereka di media sosial Tidak kurang juga yang berkongsi detik yang memilukan apabila terpaksa ...
Ibu Pukul Anak Sampai Mati Kerana Kotorkan Lampin

Ibu Pukul Anak Sampai Mati Kerana Kotorkan Lampin

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 303 hits
Seorang ibu didakwa membunuh anak lelakinya sendiri selepas dipukul hanya kerana mengotorkan lampinnya Trinity Pittman 23 pada Sabtu lalu selepas membawa anaknya Conner Perry ke hospital pada Jumaat lalu dan mendakwa mangsa terjatuh dari tr...
Kasih Ibu Anak

Kasih Ibu Anak

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 431 hits
tanpa sempadan Semuga Allah sentiasa memberikan kesihatan yang baik buat my MIL
Betul Pukul Anak Sebab Nak Hukum Cumanya Jika Setakat Lepaskan Geram Silap Besar

Betul Pukul Anak Sebab Nak Hukum Cumanya Jika Setakat Lepaskan Geram Silap Besar

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 453 hits
Pukul anak untuk hukum atau mengajar Jika setakat nak lepaskan geram memang silap besar Ramai yang fikir memukul anak untuk mengajar Ya betul Tapi kena ada caranya Berdasarkan perkongsian ibu ini Ezzaty Suffian dia mengakui memukul anaknya ...
7 Doa Yang Setiap Ibu Patut Amalkan Untuk Anak Anak

7 Doa Yang Setiap Ibu Patut Amalkan Untuk Anak Anak

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 389 hits
Doa yang ikhlas dan penuh pengharapan hanya kepada Allah InsyaAllah akan diperkenankan oleh Allah Walaupun kita berdoa dalam bahasa Melayu ke Inggeris ke Allah faham semuanya Tapi kalau kita hafal doa yang datangnya daripada Al Quran tentu ...
6 Fakta Baru Ibu Masukkan Bayi Ke Mesin Cuci Mesin Menyala Sang Anak Dibungkus Plastik

6 Fakta Baru Ibu Masukkan Bayi Ke Mesin Cuci Mesin Menyala Sang Anak Dibungkus Plastik

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 251 hits
Fakta lengkap ibu masukkan bayi ke mesin cuci yang hidup kronologi penemuan hingga pengakuan pelaku ST seorang ibu yang juga bekerja sebagai Asisten Rumah Tangga di Palembang akhirnya diamankan polisi setelah memasukkan bayinya ke dalam seb...
Ibu Bangunlah Ibu Anak Menangis Tanpa Henti Ibunya Mati Dilanggar Lari Ketika Menyapu Jalan

Ibu Bangunlah Ibu Anak Menangis Tanpa Henti Ibunya Mati Dilanggar Lari Ketika Menyapu Jalan

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 1361 hits
The ReporterSeorang wanita yang bekerja sebagai petugas pembersihan maut selepas dilanggar lari di Jalan Metro Tanjung Bunga Kecamatan Mariso Kota Makassar Indonesia Kejadian yang menimpa mangsa Lina 37 berlaku pada 9 Ogos lalu dan gambar a...
Ibu Arfan Rindu Anak Arwah Mengigau Banyak Kali Semasa Tidur Panggil Ibu

Ibu Arfan Rindu Anak Arwah Mengigau Banyak Kali Semasa Tidur Panggil Ibu

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 586 hits
Anak arwah mengigau memanggil ibunya beberapa kali semasa tidur kerana terlalu rindu sebelum dia tidur semula Saya sedih mendengar rintihan cucu yang kehilangan ibu bapa kerana dia masih kecil dan perlukan kasih sayang mereka kata Fauziah D...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut