Kisah Baca Buku Pun Walaun Jadikan Kisah Penuh Sensasi Kalau Jenis Malas Membaca Satu Hapa Pun Tak Tau


 


Terima kasih tuan, Mohsin Abdullah. Baru perasan ada sebut tentang coretan saya beberapa hari lepas. 


[Kata beliau menerusi Facebook: “Anwar tidak membaca buku lucah apabila menghabiskan Until August. Bukan begitu tumpuan Marquez walau selalu muncul cerita anak haram, hubungan sulit, kecurangan atau pelacur dalam karyanya”.


Kata beliau, Marquez seperti sasterawan besar abad ke-20 mengupas persoalan budaya dan politik lebih besar melalui watak dan ceritanya. Mendiang bercerita tentang kolonialisme Eropah dan ingatan kolektif.


Lantas Fathi berkata kepada pengecam PMX “saya cadang elok mereka berkenalan dengan buku ini untuk mengenali siapa manusia bernama Gabriel Garcia Marquez”.]


Buku yang dimaksudkan itu judulnya Gabriel García Márquez: A Life (2010) kajian penyelidik terkenal Gerald Martin selama 17 tahun. Buku ini disifatkan biografi yang disahkan sendiri oleh Marquez. 


Untuk memahami novel pendek Until August dan mengenali secara ringkas pengarang Colombia ini, baca pandangan seorang lagi penyelidik. 


PAUTAN pada bahagian komen.

Anwar Ibrahim mendapat pujian hasil kenyataan tegasnya mengenai konflik di Gaza diluahnya semasa lawatannya ke Jerman tempoh hari. Apa yang dikatakan perdana menteri tidak perlu saya perinci di sini kerana pasti ramai sudah tahu. Cukup untuk dinyatakan bahawa Anwar “diasak” wartawan Jerman pada sidang media di Berlin mengenai pendirian keras Malaysia terhadap Israel dan keengganan menggelar Hamas kumpulan pengganas.

Ringkasan reaksi Anwar begini. Dasar Malaysia kata beliau adalah konsisten – menentang penjajahan, aparteid, penghapusan etnik dan rampasan harta di mana-mana negara tidak kira Ukraine atau di Gaza.

“Kita tidak boleh padam 40 tahun kezaliman dan pengusiran yang mengakibatkan reaksi dan kemarahan pihak yang menjadi mangsa. Hubungan kami dengan Hamas adalah dengan sayap politiknya dan kami tidak perlu rasa bersalah atau perlu minta maaf tentang hal ini,” kata beliau.

Sememangnya kata kata Anwar berapi dan tidak apologetik. Sidang media beliau masih boleh ditonton di YouTube secara keseluruhan atau pun sedutan beberapa klip. Yang jelas naratif media Jerman malah antarabangsa berbunyi “Malaysia lectures Germany on human rights”. Satu lagi “Malaysia condemns West hypocrisy”.

Paling menarik kenyataan keras itu dibuat di hadapan Canselor Jerman Olaf Scholz pada sidang media bersama di Berlin itu. Kita tahu Jerman menyokong Israel dan menyifatkan serangan ganas Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza sebagai hak Israel mempertahankan diri setelah diserang Hamas 7 Okt lalu. Pendirian Jerman, Olaf diulangi pada sidang media itu sebelum Anwar berkata apa yang beliau kata.

Podcast Keluar Sekejap dikendali Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan baru- baru ini mengulas kenyataan Anwar. Kata KJ perlu diingat sidang media diadakan di Jerman yakni “di gelanggang lawan” tetapi beliau kagum dan bangga perdana menteri “tidak berlapik, tidak beralas malah respons beliau bukan sekadar satu dua ayat tetapi respons yang komprehensif”.

Kata Shahril “dalam konteks ini PM kita tidak takut dan tidak terbawa-bawa dengan suasana sesuatu tempat. Maksud saya bila kita pergi ke tempat orang kita dikelilingi dengan suasana tertentu. ‘Mindset’ kita mungkin macam mana nak sesuaikan diri dengan keadaan dan kita boleh kompromi dengan apa yang kita percaya. Dalam hal ini saya yakin jika pemimpin yang tidak tegas dalam pendiriannya akan ‘just follow the flow’ dia akan keluarkan kenyataan yang ok ok untuk selesaikan soalan ini dan pergi ke soalan seterusnya”.

Kesimpulannya KJ dan Shahil berpendapat PMX “mengharumkan nama Malaysia dan tegas di hadapan pemimpin Jerman dalam isu Palestin”.

Dalam penerbangan pulang ke tanah air dari Hamburg setelah apa yang Anwar sifatkan “a hectic, punishing but highly productive official visit to Germany”, beliau mungkin untuk relaks membaca buku berjudul “Until August”. Gambar beliau membaca buku dalam ‘flight’ dipos di Facebook.

Bukan sesuatu yang pelik Anwar baca buku. Beliau dikenali penggemar dan pembaca tegar buku khususnya karya besar sasterawan dan penulis terkenal dunia. Buku “Until August” dikarang Gabriel Garcia Marquez sasterawan “luar biasa”, kata penggemar buku.

Anwar dikata banyak membaca karya Marquez atau Gabo. Tetapi karya kali ini agak berbeza. ‘For starters’ ia nipis. Cuma lebih kurang 130 muka surat. Menurut hantaran Facebook Anwar menyifatkan buku itu sebagai “a fine read” walaupun tidak mencapai kehebatan karya Gabo terdahulu. “But I am not complaining” kata beliau sambil menyifatkan buku itu sesuatu yang menarik dan sukar untuk berhenti baca.

“Until August” dicetak setelah Gabo meninggal dunia. Sebenarnya mendiang tidak mahu lantas tidak izin buku itu dicetak. Bagaimanapun anak-anaknya tidak pedulikan pesan si ayah. Lahirlah “Until August” untuk sajian seluruh dunia.

Sebaik hantaran di Facebook Anwar membaca buku itu seorang kawan menghantar mesej melalui WhatsApp untuk memberitahu mengikut ulasan di media sosial isinya “boleh tahan cabulnya”. Dan “jika ada musuh politik yang selidik tentang isi novel ini tentu riuh-rendah jadinya”.

Memang betul jangkaan kawan saya. Bukan sekadar riuh-rendah. Anwar dikecam dan diserang hebat. “Until August” menceritakan perihal seorang wanita yang sudah bersuami pergi ke Pulau Caribbean setiap bulan Ogos mencari cinta baharu dengan lelaki lain.

Pengkritik Anwar melihat buku itu bagai “porno”. Mereka pantas dan tangkas membidas, mengkritik dan menyerang. Pelbagai tuduhan dilempar di media sosial menggunakan bahasa kasar dan kesat yang saya tidak cadang mengulanginya. Sekadar menyatakan mereka mencemuh Anwar kerana membaca “Until August” terutama pada bulan Ramadan.

“Amalan membaca memang mulia dan sepatutnya diteladani. Menunjukkan kepada masyarakat kepentingan membaca juga sesuatu yang harus dipuji. Tetapi bukan semua buku sesuai dibaca oleh semua orang. Tak semua yang kita baca boleh ditayang kepada umum. Malah apa keperluan?” kata salah seorang pengkritik Anwar. Kritikan beliau adalah antara yang “sopan”. Tidak ramai yang sesopan itu.

Seorang kawan lama yang amat meminati presiden PAS menyiarkan di Facebooknya gambar Hadi Awang membaca buku mengenai takwa untuk dibandingkan dengan gambar Anwar membaca “Until August”. Mengiringi gambar ditulis kapsyen “dua-dua suka buku”. Rasanya boleh difahami mesej apa yang mahu disampaikan.

Saya tampilkan Fathi Aris Omar aktivis media yang umum tahu penggemar dan pembaca tegar buku-buku hebat. Kata beliau menerusi Facebook: “Anwar tidak membaca buku lucah apabila menghabiskan Until August. Bukan begitu tumpuan Marquez walau selalu muncul cerita anak haram, hubungan sulit, kecurangan atau pelacur dalam karyanya”.

Kata beliau, Marquez seperti sasterawan besar abad ke-20 mengupas persoalan budaya dan politik lebih besar melalui watak dan ceritanya. Mendiang bercerita tentang kolonialisme Eropah dan ingatan kolektif.

Lantas Fathi berkata kepada pengecam PMX “saya cadang elok mereka berkenalan dengan buku ini untuk mengenali siapa manusia bernama Gabriel Garcia Marquez”.

Nasihat yang bagus pada hemat saya. Cuma bagi pengecam Anwar mereka lihat apa yang mahu dilihat dan percaya apa yang mereka mahu percaya.

 

 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/03/kisah-baca-buku-pun-walaun-jadikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jenis Malas Membaca Sekolah Dulu Kaki Tuang

Jenis Malas Membaca Sekolah Dulu Kaki Tuang

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 135 hits
Walaun baca tajuk je kemain melompat Aku tengok kat komen tiba tiba ramai puji Padahal baru je keji secara berjemaah sebelum ni Dia baca peruntukan terus dia ingat peruntukan untuk Dasar walaun yang memang tak mahu baca sebelum komen Tu yan...
Akibat Malas Membaca Mengkaji Dan Berfikir Dengan Baik Lahirlah

Akibat Malas Membaca Mengkaji Dan Berfikir Dengan Baik Lahirlah

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 194 hits
GENERASI MUDAH TERBAKAR Zunar Cartoonist Fan ClubTelah lahir satu generasi yang malas membaca dan berfikir Mereka ini mudah dibakar dengan sentimen AGAMA dan PERKAUMAN Apa saja isu yang dikaitkan dengan 3R mereka akan menjadi sensitif dan b...
Inilah Akibat Dari Generasi Malas Berfikir Mengkaji Dan Membaca

Inilah Akibat Dari Generasi Malas Berfikir Mengkaji Dan Membaca

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 221 hits
Kebenaran biasanya datang lewat fitnah jalan dahulu Jika kita bersabar sekejap kita terlepas dosa yang tidak sepatutnya dibuat
Mengatasi Rasa Malas Baca Al Quran

Mengatasi Rasa Malas Baca Al Quran

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 225 hits
Tips mengatasi malas membaca al Quran1 Belajar tajwid dan sebutan huruf2 Baca setiap hari 3 Baca setiap kali selepas solat fardhu4 Mula baca walaupun satu ayat5 Rasa kagum dengan al Quran6 Mendalami tadabbur 7 Gantikan muzik dengan al Quran...
Keh Keh Keh Baca Buku Sendiri

Keh Keh Keh Baca Buku Sendiri

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 222 hits
Walaun dungu bila tengok post gambar baca buku punyalah sakit hati itu pun nak dibuat bahan tohmah Lepas tu nak bandingkan dengan Kononnya Hadi baca berbanding DS Anwar Sekali ada orang perasan Rupanya penulis buku yang Hadi baca tu adalah ...
Makan Tujuh Jenis Laksa Di Maklang By Ilham Ceramic Langkawi

Makan Tujuh Jenis Laksa Di Maklang By Ilham Ceramic Langkawi

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 250 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah baru baru ini berkesempatan mengikuti satu program Fam Trip di Langkawi selama 5 hari 4 malam Banyak tempat kami singgah dan lawati dan kali ini ak...
Ubat Panau Jenis Dan Cara Mencegah Jangkitan Berulang

Ubat Panau Jenis Dan Cara Mencegah Jangkitan Berulang

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 332 hits
Adakah anda sedang mencari ubat panau Masalah kulit yang disebabkan oleh kulat Malasezzia ini mudah berlaku di kawasan badan yang mudah berpeluh Ditambah pula dengan cuaca panas dan lembap di negara kita ini maka lebih mudah untuk seseorang...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization