Kisah Ayam Dan Walaun Yang Tak Tahu
Raya 2021 tak silap aku. Masa tu nak balik kampung, hari raya kedua. Lepas hantar mak aku ke rumah kakak aku 𝘱𝘭𝘢𝘯 nak makan di kedai.
Tapi kedai semua tutup. Ye la. Raya kan? Jadi aku pun menuju ke restoran makan segera. Mula-mula ke 𝗞𝗙𝗖. Bukak tapi tak ada ayam. Pulak.
Seterusnya ke 𝗠𝗮𝗿𝘆𝗯𝗿𝗼𝘄𝗻. Pun sama. Bukak tapi tak jual ayam. Lepas tu punya panjang beratur. Bayangkan restoran ayam goreng tak ada ayam!
Akhirnya aku ke kedai mamak. Aku order mee goreng mamak tapi kata mamak tu, 𝗮𝘆𝗮𝗺 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮. Anak aku pulak order roti tampal. Tapi makan dengan kari ikan.
Tahun tu memang 𝘀𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵. Hari raya tak ada ayam. Rekod. Untuk masak lauk raya pun kena berebut ayam. Dapat tapi harga na'uzubillah mahal.
Jika sebelum-sebelum tu, memang biasa ayam naik harga. Bukan setakat ayam, gula, minyak masak, habis semua kena sorok dan naik harga bila raya.
Dari zaman Mahathir sampai zaman Najib. Siapa yang tak tahu, bermakna dia 𝗕𝗕𝗡𝗨. Sama ada masih dalam buaian isap puting kopek atau masih di alam roh.
Pertama kali harga ayam, gula, minyak masak stabil tahun 2018. Dan bertambah stabil tahun 2019. Masa Allahyarham 𝗗𝗦 𝗦𝗮𝗹𝗮𝗵𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗔𝘆𝘂𝗯 jadi Menteri.
Lepas tu 𝗵𝗮𝘂𝗸. Bukan setakat mahal, ayam pun takde. Jem terus. Tapi Alhamdulillah, tahun ni tak berlaku lagi situasi begitu. Bekalan dan harga stabil.
Tapi biasalah, walaun yang kufur nikmat akan sentiasa mainkan naratif jahat. Walajib pun sama. Hakikatnya, bekalan makanan tahun ni paling baik sepanjang yang aku boleh ingat. 𝗕𝗕𝗡𝗨 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝗮𝗽𝗮.
Oh ya. Walau aktif cakap beras tempatan. Walaupun selama ni makan beras import. Beberapa hari sebelum raya lambakan beras tempatan 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗽𝗮𝘀𝗮𝗿𝗮𝗻.
Walaun mana tahu. Sebab dia bukan pernah pergi ke kedai pun. Masuk ke dapur pun tak pernah. Pergi je pasaraya, melambak beras tempatan dijual.
Alhamdulillah. Semoga tahun-tahun akan datang akan jadi semakin sempurna. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2024/04/kisah-ayam-dan-walaun-yang-tak-tahu.html