Ayam Percik Kelantan Yang Sedap Original And Authentic




Insya Allah esok kita akan mula masuk malam ke 20. Bermakna kita telah berada di 10 malam terakhir yang di dalamnya adanya malam Lailatul Qadr yang ganjarannya melebihi 1000 bulan. Jom kita sama sama memburu malam Lailatul Qadr dengan penuh keikhlasan kerana Allah Taala. OK kita masuk sedikit bab pesanan dari ustaz ustazah. 
Kalau sayang anak kena suruh dia solat. Tak boleh putus asa untuk terus bagi peringatan. Solat adalah tiang agama. Tak boleh biarkan anak tak solat tapi kita buat tak tahu jer. 
Namun ramai ibubapa yang tidak menegur anak yang tidak solat. Malah ada ibu yang tidak menegur anak yang dah besar panjang yang tidak berpuasa pun. Hidayah milik Allah tetapi ia bukan bermakna ibubapa boleh cuai dalam menjalankan tugasnya mendidik anak anak. 
Ibubapa akan bertanggungjawab di hadapan Allah jika hanya mendiamkan diri tanpa menegur. Selebihnya hendak lah ibubapa berdoa agar anak anak diberikan petunjuk dan jalan yang benar. Ibubapa juga perlu sentiasa memohon keampunan dari Allah atas kecuaian dalam mendidik anak anak yang diamanahkan Allah. 
Itu sebab bila kita memilih pasangan, cari lah orang yang tinggi ilmu agamanya. Lebih lebih lagi suami kerana dia akan menjadi ketua keluarga. Apa jadi pada kapal jika kaptennya sendiri tidak berfungsi. Ramai para suami sekarang yang bukan sahaja tidak bagus kedudukan kewangan tapi rapuh ilmu agamanya. Jom kita masuk pula bab resipi. 

Resepi Kelantan original adalah simple sahaja. Resepi inilah yang digunakan oleh arwah Bonda saya jika ingin menyediakan percik samada percik ayam atau percik ikan kembung. Lagi sedap jika ikan ada telur di dalamnya. Boleh lihat di SINI, entri ayam percik putih yang disediakan oleh kakak saya. Jika ingin percik merah, cuma letakkan sedikit cili kering seperti entri di SINI. Entri Ikan Percik Kelantan original pula, boleh klik di SINI. 
Semasa berchatting dalam group rakan sekolah, kawan saya cikgu Roslina Majid telah menulis resepi keluarga beliau yang sama dengan cara arwah Bonda saya menyediakan ayam percik. Tapi biasalah orang zaman dulu memasak main campak campak jer. Tiada sukatan. 
Jika kita rajin menyibuk di dapur untuk memasak bersama, kita akan pandailah mengagak bahan bahan yang digunakan. Jadi saya minta Roslina memberi sukatan agak agak yang beliau gunakan. Berdasarkan sukatan yang diberi, saya olah berdasarkan apa yang biasa saya gunakan juga untuk menghasilkan resepi yang secukup rasa sukatannya. Supaya ianya menghasilkan ayam percik yang bak kata Roslina "very original and authentic". 
Ada orang yang akan mengisar sekali serai bersama bawang tetapi saya lebih suka haruman serai yang diketuk sahaja di dalam kuah percik.


Jom layan resepi dulu. Untuk menikmati masakan Kelantan yang betul betul original, saya tiada pilihan melainkan menyediakannya sendiri di rumah. Tak sama dengan masakan orang yang berniaga di KL ni walaupun mereka berasal dari Kelantan. 
Ayam percik saya hari ini kelihatan sedikit nipis kerana saya celup dengan kuah percik hanya sekali sahaja kerana arang dah kehabisan. Masa nak makan, boleh lumur dan masukkan dalam air fryer jika mahu kuah percik yang melekat di ayam lebih tebal dan bersalut. Saya tak buat macam tu kerana mahukan aroma arang ketika dibakar ada pada ayam percik. 
Jangan lupa subscribe pada youtube Azie Kitchen channel dan follow Instagram Azie Kitchen. Video di Azie Kitchen youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...
  Ayam Percik Original Kelantan Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan: 1 ½ ekor ayam - guna 6 bahagian thigh 
700 gram santan pekat segar
1 keping asam keping
4 sudu besar gula - kena ada rasa manis
1 ½ sudu kecil garam 
1 sudu besar tepung beras/tepung jagung - opysenal
1 batang serai ketuk - opsyenal

Bahan kisar:
4 tangkai cili kering - guna 1 sudu besar cili kering kisar
15 biji bawang merah - kena lebih baru sedap

Bahan perap:
12 biji bawang merah
2 inci halia
Garam

Cara cara: Ayam dibuang kulit dan potong 4 dan dikelar kelar. Tumbuk halia dan bawang merah hingga lumat. Masukkan garam supaya lebih lumat. Lumur bahan tumbuk pada ayam. Biarkan dalam 30 minit. 

Lepas tu, ayam disusun dalam pengukus dan dikukus sehingga masak, sebelum dibakar. Nota: mesti kukus sampai masak supaya tiada lagi darah pada tulang ayam. 


Sementara. itu, kisar bahan kisar bersama dengan sedikit santan pekat hingga benar benar hancur. 
Masak bahan kisar bersama baki santan serta serai atas api perlahan sambil terus dikacau sehingga santan pekat. Masukkan asam keping, gula dan garam secukupnya. Boleh keluarkan asam, dikuatiri terlebih masam. Nota: kuah percik mesti sedikit ada rasa manis.


Akhir sekali, masukkan tepung beras yang dibancuh dengan sedikit air. Bila elok kepekatannya, bolehlah tutup api dan dilumur pada ayam yang sedang dibakar. 
Ayam dibalik balikkan dan lumur lagi kuah percik berulang ulang. 





Nota: Jika menyediakan ayam percik putih, tak perlu memasukkan cili kering. 

Kuah akan lebih pekat setelah sejuk, jadi jangan dimasak terlebih pekat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2017/03/ayam-percik-kelantan-yang-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramadhan Ayam Percik Original Kelantan

Ramadhan Ayam Percik Original Kelantan

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 180 hits
Di dalam bulan Ramadhan lauk ayam percik adalah lauk yang memang wajib dijual di bazar Ramadhan Tapi percik bukan versi Kelantan Versi percik berkuah Saya memang tak akan beli lauk percik seperti ini Lauk ayam percik Kelantan adalah kategor...
Bersahur Dengan Sup Ayam Simple Tapi Sedap

Bersahur Dengan Sup Ayam Simple Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 218 hits
Hai korang Makin hari bersahur makin tak berselera nak makan Selalunya aku beli makanan di bazar simpan untuk sahur Tapi semalam memang tak selera makanan bazar Decide masak sup ayam air asam dan ayam goreng Haaa barulah berselera sikit Nas...
Himpunan Resepi Ayam Kukus Sos Thai Sungguh Sedap Dan Memikat Idea Menu Sahur Mudah

Himpunan Resepi Ayam Kukus Sos Thai Sungguh Sedap Dan Memikat Idea Menu Sahur Mudah

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 184 hits
Jemu dengan menu sahur yang sama setiap hari Cuba Himpunan Resepi ini untuk kemudahan dan kelazatan juadah sahur anda Ayam kukus yang disalut dengan sos Thai yang sungguh sedap dan memikat inilah menu sahur mudah yang anda tidak boleh lepas...
Kanak Kanak Indonesia Berusia 11 Tahun Sampaikan Tazkirah Di Masjid Di Kelantan Yang Jadi Tular

Kanak Kanak Indonesia Berusia 11 Tahun Sampaikan Tazkirah Di Masjid Di Kelantan Yang Jadi Tular

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 189 hits
ASWANY OMARIbrahim menyampaikan tazkirah di Masjid Sultan Ismail Petra Mukim Banggol pada 10 Februari lalu Foto TikTok cikguayubKOTA BHARU Kanak kanak berusia 11 tahun yang tular di media sosial pada Ahad selepas menyampaikan tazkirah Subuh...
Hmmmm Sultan Kelantan Pun Ada Sama Standard Business La Kan

Hmmmm Sultan Kelantan Pun Ada Sama Standard Business La Kan

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 122 hits
Semalam Ahli Parlimen Pasir Mas Kelantan Ahmad Fadhli Shaari ketika perbahasan di Dewan Rakyat mengesyorkan pihak pihak yang mempunyai wang yang banyak boleh sponsor kepada pelajar untuk mempromosi diri mereka di dalam universiti Katanya pe...
Kelantan Lari Daripada Polis Kereta Terbabas Rempuh Rumah Penduduk

Kelantan Lari Daripada Polis Kereta Terbabas Rempuh Rumah Penduduk

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 218 hits
Syaherah Mustafaam hmetro com myKeadaan kereta Perodua Kancil yang terbabas IHSAN POLISPasir Mas Kereta dinaiki tiga lelaki terbabas dan melanggar sebuah rumah selepas mereka cuba melarikan diri daripada pihak polis di Kampung Kedondong Mer...
Kelantan Lelaki Selamat Selepas Terjun Jambatan Pulau Melaka

Kelantan Lelaki Selamat Selepas Terjun Jambatan Pulau Melaka

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 130 hits
N Faizal GhazaliSeorang lelaki berusia 49 tahun berjaya diselamatkan selepas bertindak terjun dari Jambatan Pulau Melaka di Kota Bharu malam tadi Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata pihaknya menerima maklumat kejadian ...
Kelantan Blocks Thai Tour Buses And Vans Cites Regulations

Kelantan Blocks Thai Tour Buses And Vans Cites Regulations

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 173 hits
This directive was issued by the Transport Ministry possibly in accordance with the Tourism Ministry s policy Tour buses and vans from Thailand have been prohibited from bringing tourists into Kelantan via the state s three entry points acc...
Resepi Karipap Pusing Yang Rangup Sedap

Resepi Karipap Pusing Yang Rangup Sedap

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 213 hits
Bahan bahan untuk inti karipap 3 sudu besar minyak masak3 ulas bawang putih3 biji bawang merah1 inci halia3 sudu besar rempah kari daging1 2 sudu besar serbuk cili200g daging kisar1 sudu besar lada hitam400g kentangAir secukup nya supaya ke...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense