Kisah Alfonso De Albuqueque Penjajah Yang Sangat Membenci Islam


Alfonso de Albuqueque dikenali sebagai orang yang bertanggungjawab menyerang Melaka pada tahun 1511 dan secara umumnya, masyarakat hanya mengenali beliau sebagai orang Portugis yang berjaya menjatuhkan kota Melaka ke tangan penjajah barat.

Alfonso de Albuqueque

Pencapaian Alfonso ini bolehlah dibanggakan sebagai bangsa barat pertama yang berjaya menduduki kepulauan Melayu. Namun apakah latar belakang Alfonso? Apakah yang menyebabkan begitu bersungguh-sungguh menawan kota Melaka?

Alfonso berasal dari keturunan Raja Portugal. Ia adalah satu keluarga yang sangat ternama di Castile.

Castile adalah salah satu nama kerajaan yang wujud di Portugal-Sepanyol sejak abad ke 10 lagi. Alfonso ialah anak lelaki kedua hasil perkahwinan Goncalo dengan Dona Leonor de Meneses.

Darah Raja yang mengalir dalam tubuh badan Alfonso menyebabkan beliau telah dibesarkan di Istana Raja Afonso V(1438-1481).

Peribadi Alfonso de Albuqueque

Dalam catatan anak Alfonso, ada menyebutkan tentang perbadinya;

“Kapten yang agung ini ialah seorang lelaki yang sederhana tinggi. Mukanya panjang dan mempunyai hidung yang agak besar. Dia sangat berjimat-cermat. Dia juga memahami bahasa Latin dan mempunyai kelebihan luar biasa untuk berdebat. Ketika berunding dengan orang Islam, dia seorang yang pintar. Dia ditakuti dan disayangi oleh semua orang.”

Kebencian terhadap Islam

Pada tahun 1471, Alfonso telah mengambil bahagian dalam pengembaraan, atas arahan Raja Afonso V yang bercita-cita untuk menakluk Maghribi dan mulai menanam kebenciannya terhadap Islam disitu.

Beliau telah mempelajari kaedah-kaedah peperangan yang melibatkan cara untuk menghancurkan bandar, membunuh penduduk, menyeksa dan mencacatkan tahanan dan pesalah dengan cara yang kejam.

Sesiapa yang meninggalkan agama Kristian misalnya, juga akan menerima seksaan yang mengerikan.

Setelah Maghribi ditawan, kebencian Alfonso terhadap orang Islam semakin membuak-buak kerana memang cita-citanya untuk menghapuskan orang Islam di atas muka bumi.

Atas asas inilah Alfonso mengembangkan empayar Portugal dan meletakkan kesetiaannya kepada segala arahan Rajanya.

Dalam tahun 1509, atas arahan Raja Portugal, Alfonso telah diberi tanggungjawab untuk menyerang Goa, India.

Ini kerana Alfonso sendiri yang berkeyakinan bahawa misi menawan Goa adalah suatu usaha yang mesti dijalankan.

Alfonso menulis kepada Raja Portugal;

“Jikalau Tuanku menawan Calicut dan Cambay serta Goa, tiada kuasa Sultan mahupun kuasa Turki yang boleh menghalang kita daripada mengambil rempah dari India, sebagaimana yang tuanku ingini.”

Kenyataan Alfonso ini jelas menunjukkan kegigihannya menawan sebanyak mungkin kawasan yang dikuasai oleh orang Islam.

Menurut strateginya, jika kawasan-kawasan tersebut berjaya ditawan, ia membolehkan kuasa Portugis bertapak kukuh di kawasan Asia dan pada tahun 1510, Goa berjaya ditawan sepenuhnya oleh tentera Portugis.

Ini kerana Sultan Bijapur yang baru, Ismail Adil Shah tiada dalam kawasan pemerintahannya kerana telah pergi ke Laut Merah disebabkan telah diperdayakan oleh Alfonso.

Penduduk Hindu di kawasan Goa sebenarnya ternanti-nantikan kedatangan Alfonso kerana mereka mendakwa mahu melepaskan diri daripada kawalan orang Islam.

Penaklukan Portugis di Goa India telah memusnahkan perikatan antara Gujerat, Mamluk dan Calicut yang semuanya dikuasai oleh orang Islam.

Penawanan Goa ini telah menjadikan Alfonso semakin berkeyakinan untuk menawan Asia dan muncul sebagai kuasa imperial di India.

Kebencian Alfonso terhadap orang Islam telah dizahirkan dalam satu suratnya kepada Raja Portugal;

“Kemudian, saya membakar kota tersebut dan membunuh setiap orang di situ. Selama empat hari orang-orang tuanku tidak henti-henti menumpahkan darah. Di mana sahaja kami pergi tiada seorang pun orang Islam yang terlepas..”

Alfonso bertindak sangat kejam di Goa, bahkan ada dikalangan orang Hindu membantunya untuk membunuh orang-orang Islam yang cuba melarikan diri.

Tiada satu pun bangunan yang dimiliki oleh orang Islam tidak dihancurkan dan sebahagian orang Islam serta orang Kristian yang murtad dibakar hidup-hidup.

Alfonso Menyerang Melaka

Dengan menggunakan pengalaman-pengalamannya di Maghribi dan Goa, Alfonso telah membuat keputusan untuk menyerang Kota Melaka atas restu Raja Portugal.

Alasan Alfonso adalah kerana kerajaan Melaka telah melarang orang-orang Portugis yang datang untuk berdagang.

Pada April 1511, Alfonso pun bertolak dari Goa dengan lapan belas buah kapal termasuk empat buah kapal kepunyaan Diogo Mendes serta satu angkatan kecil seramai lapan ratus askar Portugis dan dua ratus askar Malabar.

Pada 25 Ogos 1511, Alfonso berjaya menawan Kota Melaka dan peristiwa ini dirakamkan di dalam Sulalatus Salatin;

“Maka Melaka pun alahlah dinaikinya oleh Feringgi dari ejung Berunai. Maka segala Melaka pun larilah. Maka Bendahara Lubuk Batu itu ditandu oranglah dibawa lari. Si Selamat Gagah nama orang yang menandunya itu. Maka Feringgi pun datanglah berikut-ikut. Maka Feringgi pun diamlah di Melaka..”

Kematian Alfonso

Alfonso meninggal dunia semasa berumur enam puluh tiga tahun, selepas memerintah India selama sepuluh tahun. Alfonso dikatakan meninggal dunia pada tahun 1515.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
10 Empayar Islam Paling Kuat Dalam SejarahEmpayar-empayar Terbesar Sepanjang Sejarah Dunia
sumber: thepatriots



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/04/kisah-alfonso-de-albuqueque.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Didukung Kiai Bogor Ma Ruf Kenang Perjuangan Tokoh Islam Lawan Penjajah

Didukung Kiai Bogor Ma Ruf Kenang Perjuangan Tokoh Islam Lawan Penjajah

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 226 hits
Kiai Ma ruf mengatakan para ulama sudah sejak dahulu berjuang untuk negara seperti Imam Bonjol Pangeran Diponegoro KH Hasyim Asy ari serta lainnya Ketika Indonesia baru merdeka baru sekitar 2 bulan pada tanggal 22 Oktober dengan isinya mewa...
Kisah Wanita Australia Masuk Islam Dan Dinikahi Pria Aceh Kisahnya Berawal Dari Ini

Kisah Wanita Australia Masuk Islam Dan Dinikahi Pria Aceh Kisahnya Berawal Dari Ini

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 363 hits
Wynni Jones seorang mualaf asal Australia diundang menjadi salah satu pembicara di acara peringatan bagi korban serangan teror ke masjid di Christchurch Selandia Baru yang digelar oleh warga Castlemaine sebuah kota kecil di pedalaman negara...
Saya Cakap Ayah Saya Kena Convert Islam Satu Soalan Sahaja Ayah Tanya Mark Adam Kongsi Kisah Peluk Islam

Saya Cakap Ayah Saya Kena Convert Islam Satu Soalan Sahaja Ayah Tanya Mark Adam Kongsi Kisah Peluk Islam

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 507 hits
Berkongsi sedikit sedutan kisah memeluk agama Islam Mark Adam membuka rahsia yang disimpan rapi selama ini Ulasnya menerusi Program Al Hidayah penyanyi lagu Si Katak ini menyatakan ibunya menangis di saat dia meminta kebenaran untuk menukar...
Sis Gesa Amalan Bersunat Diharamkan Ph Penaung Puak Bahlol Islam

Sis Gesa Amalan Bersunat Diharamkan Ph Penaung Puak Bahlol Islam

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 368 hits
LGBT tidak pula dilarang walaupun dalil pengharamannya jelas1 SISTERS in Islam menggesa supaya amalan sunat bayi perempuan diharamkan Menurut mereka amalan sunat yang diamalkan oleh umat Islam ini tidak mempunyai faedah dari aspek perubatan...
Netizen Lancar Gerakan Boikot Keluarga Normah Damanhuri Memalukan Orang Islam

Netizen Lancar Gerakan Boikot Keluarga Normah Damanhuri Memalukan Orang Islam

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 563 hits
Netizen Lancar Gerakan Boikot Keluarga Normah Damanhuri Memalukan Orang Islam Netizen Lancar Gerakan Boikot Keluarga Normah Damanhuri Memalukan Orang Islam
Subhanallah Ketika Umat Islam Sedang Menunaikan Solat Jumaat Perhatikan Apa Yang Mereka Lakukan

Subhanallah Ketika Umat Islam Sedang Menunaikan Solat Jumaat Perhatikan Apa Yang Mereka Lakukan

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 590 hits
Menerusi siaran langsung itu dunia dapat melihat masyarakat New Zealand bersatu padu menentang kegan4san yang kini menjadi sejarah hitam buat mereka Hal ini kerana sewaktu khutbah dibaca ketika solat Jumaat ribuan hadir bukan hanya dikalang...
Sejarah Kebangkitan Bank Islam Selepas Hampir Muflis

Sejarah Kebangkitan Bank Islam Selepas Hampir Muflis

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 339 hits
Siapa yang ikuti laporan kewangan untuk tahun ini banyak syarikat di senarai awam agensi hatta GLC kerajaan termasuk Khazanah mencatatkan prestasi kewangan yang lemah dan mengalami kerugian Dalam banyak banyak GLC dan Syarikat di senarai aw...
Backing Dr M Instead Of Anwar More Beneficial For Islam Pas Spiritual Leader Says

Backing Dr M Instead Of Anwar More Beneficial For Islam Pas Spiritual Leader Says

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 382 hits
PAS believes that supporting Tun Dr Mahathir Mohamad instead of Datuk Seri Anwar Ibrahim will be more beneficial for Islam and Muslims PAS spiritual leader Datuk Hashim Jasin said to date Dr Mahathir was more willing and prepared to take ac...
Informasi Awas Ancaman Kelompok Islam Liberal Yang Jahil Di M Sia

Informasi Awas Ancaman Kelompok Islam Liberal Yang Jahil Di M Sia

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 619 hits
Contoh kenyataan penjahil penjahil itu MENGGUNAKAN rasional akal dalam menafsir agama dengan alasan membuka ruang dimensi berfikir semakin berleluasa di tanah air kita Dengan terjahan dunia langit terbuka kelompok ini dengan aktif menebarka...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa