Kisah Aku Dan Bapak


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hari ni katanya hari bapa ikut kalendar Masihi... 
Jadi, aku nak kongsikan sikit kisah bapa ku... 
Bapa aku, aku anggap hero yang tiada tandingan. 
Aku agak rapat dengan bapak... Satu² anak perempuan yang banyak ikut minat dia... Suka binatang... Dan suka ikut dia pergi bangsal lembu, kais tahi lembu... Perambat lembu masuk kandang. 
Aku agak manja... Diriku yang sering sakit masa kecik dulu, buatkan aku diberi perhatian lebih sikit. Maaf kalau kakak abangku terasa bab ni... Tapi aku kerap sakit waktu kecik kan... Tapi pada aku... Kasih sayang mak pak tak pernah berbeza antara kita 7 beradik...sama saja..

Aku lambat belajar basikal... Sampai darjah 5 pak masih kayuh basikal tuanya hantar aku ke sekolah... Nak masuk darjah 6, baru aku beranikan diri bawa basikal ke sekolah. 
Habis sekolah rendah... Aku teringin nak masuk sekolah terbaik di daerah ku... Pengorbanan pak turun naik PPD untuk mohon.. tapi tak berjaya.. aku tak nak sekolah... Pak pujuk, bawa aku temuduga sekolah Arab dekat sikit dengan rumah... 
Aku lulus temuduga... Belajar lah.. tapi habis tingkatan 3, sekali lagi pak turun naik PPD mohon ke tingkatan 4 sekolah tu.. sebab pak tau aku minat sains dan nak jadi doktor.. tu yang pak usaha juga... tapi tak dapat... Aku tak jadi tukar sekolah... Habiskan sekolah di sekolah Arab

Dapat keputusan SPM sederhana saja... Minta kerja kilang tak dapat... Minta masuk universiti pun tak dapat... Akhirnya, pak suruh ambil Tingkatan 6. 
Sekali lagi pengorbanan pak turun naik PPD, ambilkan borang.. isi dan hantar..semua pak uruskan... 
Alhamdulillah.. aku diterima masuk ke tingkatan 6.. lewat dari kengkawan yang lain. 
Masa ni pemikiran dah matang sikit..jadi aku belajar bersungguh-sungguh... Pulun habis... 
Alhamdulillah.. berjaya harumkan nama mak pak... Top 10 STPM Daerah Baling... Nampak riak wajah Pak bangga... Lihat anak dia naik pentas... Alhamdulillah... 
Aku mohon sambung belajar ke universiti... Mohon UPU... Mak kata nak tengok anak dia jadi cikgu..Allahu.. aku mana minat cikgu.. tapi takpe.. mak pak punya pasal..aku mohon juga kursus perguruan... 7 pilihan ... 4 kursus perguruan aku pilih... 
Dapat 2 temuduga... 2 2 bidang perguruan... Satu di USM dan satu di UTM.

Mak suruh aku ambil di USM je sebab dekat.. tapi kurang minat kursus tu.. aku pilih UTM... Sebab jauh, bapa jual lembu untuk tampung keperluan aku di universiti sebelum mohon PTPTN

Itulah sepanjang hidup aku berpisah jauh dari keluarga.. 19 tahun dok dengan mak pak.. tu pertama kali pisah jauh... 
Belajar lah aku 4 tahun kursus perguruan di UTM Skudai, Johor. 
Hari paling gembira... Bila aku nak konvokesyen... Tapi bertukar menjadi duka... 
Esoknya aku nak pergi rehearsal konvo... Bapak aku diserang sakit jantung... Menangis semahunya aku malam tu... 
Jadinya tak pergilah keluarga aku pergi konvokesyen aku. Peristiwa yang paling sedih dalam hidup aku rasa yang ni. Aku tak dapat lupa.. 
Bapa aku amanah kan bakal suami aku (sekarang dah jadi suami la) jadi wakil keluarga... jadi, masa konvokesyen memang takde keluarga aku yang menemani... Mujurlah ada juga en.bakal suami waktu tu ada..kalau tak... Lagilah sedih... 
Alhamdulillah.. lepas rawatan demi rawatan... Bapa semakin pulih... Tapi doktor suggest pasang Spring pada salur darah untuk elak serangan jantung kembali. 

Lepas habis konvo sementara tunggu tawaran kerja... Aku kerja... Struggle juga kerja. Dan dalam tempoh tu, aku berkahwin. 
Aku konvo bulan 9, bulan 11 aku kahwin..  riak wajah bapa nampak dia sedih... Tapi aku tau ini perjalanan hidup aku yang terbaik buat aku... 

Aku dah tak susahkan bapa aku jaga aku... Sebab aku sering sakit.. tanggungjawab tu beralih kepada suami aku.. 
Alhamdulillah tercapai impian mak pak nak tengok aku jadi cikgu... selepas 3 bulan kerja cikgu..  aku dapat gaji, aku usahakan duit untuk pak buat rawatan pasang Spring untuk jantung... 
Alhamdulillah... Syukur aku dikurniakan bapak yang bertanggungjawab, penyayang walaupun tak nampak kan... 

Alhamdulillah... Kini usia bapa aku dah 78 tahun... Masih sihat dan kuat... Penyakit dia pun dah beransur sembuh... 
Moga bapa aku terus dikurniakan kesihatan yang baik..  
Aku sayang sangat bapak aku... Dan aku syukur, rupanya Allah kurniakan aku seorang suami yang mirip bapak aku perangai dia.. kebolehan yang mirip bapa aku ada... Alhamdulillah... Allah sebaik-baik perancang kan..

Moga mak pak sentiasa dalam pemeliharaan Allah. Terlalu banyak jasa bapa aku yang tak kan aku lupa... 
Itu kisah bapa aku... 
Maaf dalam entry ni saya guna aku... Entry ni sebagai monolog dalam diri sendiri... Kerana itu penggunaan kata nama "aku" digunakan. 
Terima kasih pak... Doa anak mu ini tak pernah lekang di bibir untuk ku titip kan buat mak pak dari jauh... Moga Allah mengampunkan dosa mu Dan mengasihi MU sebagaimana kau mengasihi ku semenjak kecil... 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdz.com/2020/06/kisah-aku-dan-bapak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Bapak Belikan Ponsel Buat Anak Pakai Uang Receh Sekarung Dikira Cuma Mau Berteduh

Kisah Bapak Belikan Ponsel Buat Anak Pakai Uang Receh Sekarung Dikira Cuma Mau Berteduh

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 265 hits
Sebuah video viral di media sosial menampilkan sosok bapak membawa karung mendatangi sebuah toko yang menjual telepon seluler Video itu membuat netizen terharu setelah menyaksikannya sampai selesai Dalam keterangan video yang diduga direkam...
Kisah Cinta Mbah Gambreng Berawal Dari Anak Angkat Berakhir Di Pelaminan

Kisah Cinta Mbah Gambreng Berawal Dari Anak Angkat Berakhir Di Pelaminan

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 487 hits
Sejak pernikahanya viral di berbagai media massa dan media sosial banyak orang yaang terkejut dengan pernikahan unik beda usia Pernikahan antara Mbah Gambreng 65 tahun dengan Ardi 25 tahun Meskipun Mbah Gambreng bukan orang kaya Namun dia m...
Kisah Bintang K Pop 90 An Mati Dek 28 Kesan Cucukan Ubat Bius Haiwan Kekasih Terlepas Walaupun Banyak Bukti

Kisah Bintang K Pop 90 An Mati Dek 28 Kesan Cucukan Ubat Bius Haiwan Kekasih Terlepas Walaupun Banyak Bukti

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 335 hits
Walaupun dunia hiburan Korea nampak bergemerlapan tapi sebenarnya banyak perkara yang disembunyikan daripada pengetahuan ramai Bahkan terdapat beberapa kes jenayah misteri yang berlaku dan terus menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini Sala...
Hiburan Sudah Lupakan Kisah Kehidupan Lalu Farah Lee Akui Masih Trauma Kongsi Tips Move On

Hiburan Sudah Lupakan Kisah Kehidupan Lalu Farah Lee Akui Masih Trauma Kongsi Tips Move On

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 463 hits
Farah Lee yang merupakan bekas isteri kepada pengacara Ally Iskandar mengakui dirinya kini sudah melupakan kisah kehidupan lalu dan bertegas bahawa sudah move on Dia yang ditemubual secara langsung di laman Facebook menjelaskan bahawa untuk...
Kisah Lelaki Rusia Ada Hobi Pelik Suka Kumpul Mayat Wanita Kanak Kanak Untuk Dijadikan Patung

Kisah Lelaki Rusia Ada Hobi Pelik Suka Kumpul Mayat Wanita Kanak Kanak Untuk Dijadikan Patung

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 707 hits
Anatoly Yuryevich Moskvin merupakan seorang sejarawan yang mempunyai hobi pelik dan menakutkan mengawet dan menghias mayat wanita muda dan kanak kanak Kisahnya telah menggemparkan Rusia pada tahun 2011 apabila pihak berkuasa menemui beberap...
Kisah Inspirasi Murid Disleksia Akhirnya Menggenggam Segulung Ijazah

Kisah Inspirasi Murid Disleksia Akhirnya Menggenggam Segulung Ijazah

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 513 hits
Nama saya Natasha Nadira binti Mohd Zulkifli Anak kedua En Zulkifli dan Pn Noranida Dalam kalangan adik beradik sayalah yang paling tidak pandai Result tidak pernah umpph Setakat cukup makan tidak fail sudah buat saya happy Walaupun saya st...
Buasir Otak Tv Kisah Di Sebalik Lagu Hutang Part 2

Buasir Otak Tv Kisah Di Sebalik Lagu Hutang Part 2

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 477 hits
Memanda Fasola tikam di tapak kakinyaDah memang kau salah ku taboh kau pon tak apaTahukah anda kisah di sebalik lagu Hutang yang popular itu oleh kumpulan Floor88 Ini sambungan Bahagian 2 Jom tonton animasi ini
Kisah Seram Misteri Di Lebuhraya Pantai Timur 2

Kisah Seram Misteri Di Lebuhraya Pantai Timur 2

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 1233 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar buat semua rakan rakan dan peminat kisah seram sekalian Alhamdulillah kembali lagi dalam rancangan Kisah Seram Apa Minggu Ini Episod kali ini adalah berkaitan dengan tema balik kampung Disebabka...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet

Tauhu Bunga Untuk Sarapan Pagi

Lebai Risau Arak Dari Dadah Dadah Tak Haram Kah

Kemunafikan Pas

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall