Kisah Ah Teck






Saya nak berkongsi satu cerita.


Kisah ini berlaku semasa saya masih bertugas di Putrajaya. Tugasan yang diterima adalah untuk menjadi Pegawai Penyiasat bagi satu kes yang melibatkan aktiviti penyeludupan pasir. Aktiviti haram ini banyak berlaku secara berleluasa di Selangor pada masa itu.


Siasatan yang dijalankan mengambil masa yang agak lama memandangkan ramai saksi yang terlibat dan dipanggil untuk memberi keterangan.


Di akhir kes, siasatan ini telah berjaya membawa kepada pertuduhan di mahkamah. Seorang pengusaha pasir secara haram berbangsa cina telah berjaya disabitkan. Beliau telah mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman denda dan penjara 1 bulan.


Beberapa bulan kemudian berlalu.


Semasa berada di pejabat, saya telah didatangi oleh seseorang. Seorang lelaki berbangsa cina. Pada mulanya saya tidak kenal. Setelah diamati betul-betul, barulah di cam. Namanya tidak perlulah dinyatakan di sini. Cukupla dikenali sebagai Ah Teck sahaja (bukan nama sebenar). Dialah pengusaha pasir haram itu.


Saat ternampak saja saya, dia menjerit memanggil, "Tuan". Sambil tersenyum dia menghampiri saya. Saya menghulurkan salam, dia tak menyambutnya. Sebaliknya memeluk saya. Agak terpana seketika.


"Terima kasih tuan".


Tu perkataan pertama yang diucapkan. Kenapa pula, soal saya dalam hati. Sudahlah saya yang membuatkan dia dipenjara.


"Tuan sihat, lama tak jumpa". Sambungnya lagi selepas dakapannya terlerai "ok je, balas saya kembali.
Lalu dia menyambung lagi perbualan kami.


"Saya bersyukur tuan, sebab tuan tangkap saya. Sekarang saya dah berubah. Saya dah tak buat kerja macam dulu lagi. Dah insaf."


"Dulu saya banyak duit tuan. Saya pun suka minum, banyak mabuk. Tiap hari balik rumah pun isteri bising. Sekarang tak dah. Saya dah buat kerja lain, yang betul. Saya buat bisnes import export barang dari China".


Saya termenung dan masih mendengar ceritanya. Tanpa mencelah. Sesekali mengangguk kepala. Masih tekun mendengar.


Dia menyambung lagi bercerita, "Bisnes ni untungnya tak macam dulu tuan. Tapi sekarang saya tenang. Saya pun dah tak minum mabuk-mabuk lagi. Isteri saya pun dah ok dengan saya". Dalam bercerita tu, saya perasan matanya agak berkaca. Kelihatan air matanya bergenang. Nampak jujur dalam berkata-kata.


Masih lagi mendengar, tak banyak yang saya katakan. Sekadar mengiayakan sahaja.


Kami berbual-bual seketika dan dia meminta diri untuk beredar.


Akhirnya sekali, sebelum dia berlalu pergi dia ada berkata, " Tuan, jaga diri. Nanti senang-senang kita jumpa lagi. Don't worry tuan, saya tak ada simpan marah atau dendam sama tuan. Saya bersyukur saya kena tahan. Tuan pun layan saya baik semasa saya ditahan.


Dan itulah kali terakhir saya berjumpa dengannya..


Semoga ada iktibar dan pengajaran dapat kita sama-sama ambil dari kisah Ah Teck ni.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.nuaraca.com/2020/06/kisah-ah-teck.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Lesen Penjaja Untuk Peniaga Jalanan

Kisah Lesen Penjaja Untuk Peniaga Jalanan

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 381 hits
Satu perkongsian dari Ipoh Mali Hari ini viral cerita Anuar Musa Bagi lesen Penjaja kepada peniaga Jalanan tengok gambar Anuar Musa teringat Nasi lemak Anak Dara dulu Bagaimana Azmin sebagai MB Selangor turun bagi lesen kat Anak dara tu Tap...
Kisah Nyata Alangkah Nikmat Beristri Empat

Kisah Nyata Alangkah Nikmat Beristri Empat

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 655 hits
Nama saya Slamet Lengkapnya Slamet Surahmad Saya lulusan STM mesin Usia 45 tahun Setiap hari berjualan di pasar Jualan hasil bumi dan membuka toko pracangan Sebetulnya saya juga punya bengkel Tapi keponakan saya yang menjalankan Seringkali ...
Ardell Selamat Bersaiin Nadzmi K0ngsi Kisah Di Instagram Tak Tahu Nak Cakap

Ardell Selamat Bersaiin Nadzmi K0ngsi Kisah Di Instagram Tak Tahu Nak Cakap

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 371 hits
Setelah mengambil keputusan untuk berkahwin pada tahun lalu keluarga pasangan selebriti terkenal Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa kini semakin bahagia dengan kehadiran seorang cahaya mata sulung mereka Tahniah diucapkan selepas Nadzmi Adhwa b...
Kisah Penjual Pulut Durian

Kisah Penjual Pulut Durian

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 437 hits
Semalam Un teringin sangat nak jamah pulut durian Oleh sebab tak sempat nak mencari durian maka beli lah set yang dah siap dimasak Aku beli pulut durian di Kajang Semenyih ni secara online sahaja Photo kedua Aku dapat durian keras Maka aku ...
Kisah Bertemu Dengan Anwar Alkisahnya

Kisah Bertemu Dengan Anwar Alkisahnya

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 227 hits
KIRIMAN Arina Riana Sumber dari bilik sebelah cerita bab pertemuan Cg Bard dengan Anwar Cg Bard cari talian hayat rupanya sebab Azmin dan PN dah nak tumbang Sekarang dah takde job ke bard KLIA tutup ke bard power bank dah abis ke bard Azmin...
Dengar Suara Budak Gelak Doktor Kongsi Kisah Seram Diganggu Mainan Anak Dalam Rumah

Dengar Suara Budak Gelak Doktor Kongsi Kisah Seram Diganggu Mainan Anak Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 579 hits
Anak atau adik kau orang ada banyak anak patung atau binatang mainan tak di rumah Kalau ada baca cerita ni supaya tak kena gangguan macam aku kena Suatu malam dalam jam 2 pagi tekak aku haus bukan main Jadi aku pun turun ke dapur Masa aku n...
Kisah Seram Misteri Pelatih Diganggu Di Kem Plkn

Kisah Seram Misteri Pelatih Diganggu Di Kem Plkn

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 2114 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraKembali lagi dalam rancangan Kisah Seram Apa Minggu ini Episod kali ini agak berbeza sedikit kerana kisah kali ini disiarkan pada waktu pagi Tapi jika anda mahukan mood seram bolehlah anda membaca cerita k...
Pernah Terbaring Lumpuh Kisah Jatuh Bangun 10 Tahun Seorang Leukimia Survivor

Pernah Terbaring Lumpuh Kisah Jatuh Bangun 10 Tahun Seorang Leukimia Survivor

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 350 hits
Menghidap sakit leukimia adalah cabaran terbesar dalam kehidupan pemuda ini Adam Syakir berkongsi sedikit babak babak hidupnya yang menderita Leukimia sejak 2009 lalu di Facebooknya baru baru ini Jelasnya segalanya bermula pada 2009 lalu ap...
15 Lukisan Tribute Kisah Gajah Bunting Mati Termakan Nanas Berisi Mercun

15 Lukisan Tribute Kisah Gajah Bunting Mati Termakan Nanas Berisi Mercun

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 1124 hits
Berita mengenai seekor gajah liar bunting yang mati akibat termakan buah nenas yang diisi dengan mercun pada 27 Mei lalu telah mencetuskan kemarahan ramai Malahan Ketua Menteri Kerala juga turut menjanjikan tindakan tegas ke atas pesalah ya...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord