Kisah Seram Misteri Pelatih Diganggu Di Kem Plkn



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kembali lagi dalam rancangan "Kisah Seram Apa Minggu ini?". Episod kali ini agak berbeza sedikit kerana kisah kali ini disiarkan pada waktu pagi. Tapi jika anda mahukan mood seram, bolehlah anda membaca cerita kali ini pada malam nanti. Baiklah, kisah kali ini terjadinya di sebuah kem PLKN. Kepada mereka yang pernah berada dan menjadi pelatih di PLKN, mungkin anda ada kisah anda tersendiri? Apapun selamat membaca. ✌😎
KISAH SERAM : MISTERI PELATIH DIGANGGU DI KEM PLKN

Dah namanya pun hantu.. Memang la hantu ni tergolong dari golongan jin dan syaitan, selagi dia tak dapat sesatkan orang, selagi tu lah dia akan cuba.. Benteng pertahanan diri? Dekatkan diri pada Allah, of course.. Hiasi dengan bacaan Al-Quran dan zikir, InsyaAllah, diri akan selamat dalam lindungan Allah S.W.T

Kali ni, saya nak bercerita lagi kisah seram benar iaitu kejadian yang saya alami sendiri semasa berada di kem PLKN.. Kem PLKN mana tak perlu la saya nyatakan di sini untuk menjaga nama baik kem PLKN tersebut.. Kali ni, cerita hantu main peek-a-boo pulak..hahaha.. Sounds so funny, but seriously, memang bukak kaki langkah seribu la masa tu..huhu.

Taklimat Daripada Jurulatih Kem Pasal Hantu
Alkisahnya, di tempat saya menjalani latihan PLKN ni, ada satu bilik air ni kat area blok perempuan yang orang cakap sedikit keras (bilik air ni bercampur antara tandas dan ruangan mandi dan jugak kolah).. Kiranya ada la dalam 5-10 pintu untuk bilik air dan setiap group or batalion ada tandas yg berbeza².. Kat tempat ni, latihan memang ketat.. Contohnya pukul 12 tengah malam, dah wajib tidur.. Lampu wajib tutup.. Dan kat tandas pun, lampu kena tutup kecuali tandas yang depa cakap ade hantu ni.

Jurulatih cakap, tandas ni keras ada penunggu.. Jadi, jangan tutup lampu.. Jurulatih cakap lagi, malam² biasanya akan ada orang yang mandi kat situ (bukan manusia, okayyy) guna tandas tu dan sebagainya.. Tu pasal la tandas tu tak perlu tutup lampu sedangkan tandas-tandas lain memang kena tutup lampu.. Dan jangan guna tandas tu waktu malam lebih dari kul 12 tengah malam.. Kalau nak guna tandas dah tak tahan juga, jurulatih suruh guna tandas lain.. Kalau dah jurulatih pun dah kata gitu memang tandas ni mempunyai cerita hantu nya yang tersendiri la.

Masa kat sini, kami akan bergilir-gilir untuk berjaga setiap malam.. Kira ada shif la, contohnya, dari pukul 12 hingga pukul 2 pagi, akan ada 3 orang pelatih perempuan dan 3 orang pelatih lelaki yang akan berjaga untuk setiap shif.. Next shif untuk berjaga, pukul 2 hingga pukul 4 pagi dan last skali pukul 4 hingga pukul 6 pagi.. Setiap jam, pelatih-pelatih yg berjaga / mengawal ni wajib membuat rondaan di semua blok yang ada.. Kiranya pelatih perempuan akan buat rondaan kat blok² perempuan dan pelatih lelaki akan buat rondaan kat blok² lelaki.. Lepas buat rondaan, kena berkumpul dekat bilik berkawal yang disediakan.


Antara waktu 12 – 4 pagi, sememangnya waktu kemuncak biasanya kami dikacau.. Macam dah jadi perkara normal la pulak walhal dalam hati, kecut jugak lah.. Biasanya masa kat bilik berkawal, kami akan berkumpul dan baca yassin ramai-ramai.. Sebab kadang-kadang kat bilik berkawal tu pun kami pernah dikacau..huhu.. Contohnya orang lempar batu dekat tingkap atau pintu.. Bunyi yang macam-macam ada ‘benda’ yang terbang dari pokok ke pokok lain dan sebagainya.

Baca Juga :  Kisah Seram : Penunggu Asrama di UPSI
Cerita Hantu Sebenar Bermula
Alkisahnya pasal tandas ni, masa tu saya dan 2 orang lagi kawan amik shif pukul 2 – 4 pagi.. Waktu kemuncak hantu kem PLKN ni biasanya mengacau.. Masa tu kami buat la rondaan kat blok-blok perempuan.. Semua orang tengah syok tidur, kami pulak kena berjaga.. Memang jeles betul la.. Berbekalkan hanya lampu suluh dan berpakaian lengkap beruniform dan berkasut boot, kami pun meronda.. Suluh sana, suluh sini, tetiba saya tersuluh satu bayang manusia yang mengadap ke arah kitorang tapi jauh la dari kitorang masa tu.. Masa tu hati da start dup dap dup dap.. Dah macam lagu dangdut da.

Saya pun berbisik la kat kawan-kawan, “eh..korang..baca ayat kursi tau.. Buat pendinding diri.. Rasa macam tak sedap hati je neh..” Kawan-kawan dah start hairan.. Diorang tanya la kenapa? Saya pun hala lampu sekali lagi nak tunjuk la ke arah bayang-bayang tu, tapi memang da tak de da bayang-bayang tu.. Maka saya pun anggap la mungkin mainan bayangan saya je kot.. Tak pun pelatih nak pergi tandas ke (walhal dalam hati menafikan bukan camtu..) Bila da tengok benda tu takde, saya cakap la dengan kawan-kawan, nanti bila kat bilik berkawal nanti saya ceritakan.. Kami pun amik keputusan untuk terus meronda lagi.. Suluh sana, suluh sini.

Masa nak balik ke bilik berkawal semula, kami pun melintas la kat depan bilik air yang mempunyai banyak cerita hantu seram tu.. Tetiba ada semerbak bau sabun.. Wangi sangat-sangat.. Padahal masa mula-mula masuk tadi takde pulak bau wangi macam neh.. Entah macam mana, ada pulak kawan yang pergi tegur bau tu.. Kira terlepas cakap la.. Sedangkan jurulatih pernah pesan, kalau ada terbau pape yang wangi dari tandas ni malam-malam, jangan sesekali tegur.

Kitorang terdiam.. Dalam hati da kecut da nih.. Tapi entah macam mana, rasa nak tau jugak bau sabun tu membuak-buak.. Jadi, kitorang sepakat nak masuk tandas tu.. Masa sampai kat area tandas tu, bau wangi makin kuat dan siap bunyi orang mandi lagi.. Bunyi orang cedok air dalam kolah dan jirus untuk mandi.. Memang jelas sangat-sangat.. Lepas tu kami pun dengan langkah yang takut tapi buat-buat berani, nak jugak masuk dalam tandas tu.

Masa tu ada kawan saya ni (yang tegur bau wangi tadi tu) dia ni jenis berani la sikit berbanding kitorang.. Masa mula-mula dia jejak kaki kat pintu tandas, dia menjerit dalam tandas tu ” Helllloooooooooooo…” Terus serta-merta, bunyi orang yang mandi tadi hilang.. Tapi bau wangi tu still lagi ada.. Kawan saya yang berani ni terus masuk, cek satu-satu dalam bilik air.. Saya dan sorang lagi kawan berkawal kat pintu tandas je, takut la kami nak masuk.

Lepas kawan masuk cek berpuas hati, dia keluar, cakap semua bilik air kosong takde orang.. Tapi ada kesan basah macam orang baru lepas mandi dan bau wangi pun memang semerbak.. Nak kata ada orang cilok kuar dari situ masa kami mula-mula nak masuk memang mustahil sangat² la sebab kami duduk kat pintu tandas.. Pintu tandas yang satu lagi pun takde kesan tapak selipar yang basah.. Jadi agak mustahil la orang tersebut keluar.

Masa tu hati dah tak payah cakap la.. Memang jantung berdegup giler.. Last-last, kitorang pun nak blah.. Tapi kawan saya yang berani ni pergi tutup suis lampu tandas tu la pulak sebelum kitorang keluar.. Tak sampai 10 langkah kitorang keluar, tiba²…

“Tiiiikkkk….”
Lampu tandas terbuka semula.. Masa tu kami da pandang sesama sendiri.. Sape yang buka pulak ni?

Kawan saya yang berani ni tak puas hati.. Jadi dia pergi semula kat tandas tu.. Dia tutup balik suis lampu tu.. Pastu dia datang balik kat tempat saya dan kawan yang sorang lagi tunggu.. Baru je dia nak sampai kat tempat kitorang, “tikkk…” Lampu tandas tu menyala kembali.. Kali ni, kami andaikan suis lampu ni yang problem kot.. Masa ni, memang dah start takut dah ni.. Masa tu kami pun dah cakap kat diorang, dah-dah la tutup suis lampu tu.. Jurulatih kan tak bagi kita tutup.. Tapi dia tak mau dengar apa yang kitorang bagitau tu.

Walaupun dah 2 kali suis terpasang sendiri macam tu, kawan saya yang berani ni still tak puas hati.. Untuk kali ke-3, dia pergi lagi kat tandas yang banyak cerita hantu tu untuk tutup semula lampu tu.. Lampu suluh kami halakan pada dia la sebab dia nak masuk dalam tandas kan.. Lepas tu, dia tutup balik lampu tu dan dia berdiri dekat pintu tandas tu dalam 10-15 saat jugak la.. Pelik, suis tu tak pulak terbuka dengan sendiri masa dia ada kat situ.. Lepas tu, bila dia nak datang je ke arah kami, “tiiiikkkkkkkk…” suis lampu tu terbuka kembali.. (scaryyyy woooo)
Kali ni.. Tanpa berlengah-lengah ape lagi… Kami terus angkat kaki langkah seribu la.. Tak tahan wooo kena kacau macam tu.. Kami lari cepat-cepat balik ke bilik berkawal.. Lepas tu, kami cerita la kejadian yang baru kami alami ni kat pelatih lelaki.

Malam tu, ingatkan kami je yang terkena.. Rupa-rupanya pelatih lelaki yang berkawal masa shif saya tu jugak kena kacau.. Saya dah tak ingat dah cerita hantu diorang kena kacau macam mana.. Tapi yang pastinya diorang pun kena kacau dengan hantu dalam tandas jugak.. Cuma hantu tu bukan main dengan suis lampu la tapi main dengan benda lain..huhu.

Sejak hari tu, saya da tak nak dah berkawal antara shif 12 hingga 2 pagi dan 2 hingga 4 pagi.. Saya biasanya amik shif jam 4 – 6 pagi je, sebabnya pukul 5 pagi kebanyakan pelatih dah bangun untuk mandi dan bersiap² untuk solat subuh.. Jadi waktu untuk saya dan 2 pelatih berkawal yang lain kiranya tak sunyi sangat la sebab pelatih lain da bangun da kan.. hehe.

Adeh… Meremang sekejap bulu-bulu roma bila teringat balik kat cerita hantu kem PLKN ni.. Tu la antara pengalaman yang saya alami sendiri.. Untuk next part, saya akan kongsikan lagi pengalaman saya sendiri yang nampak bayang² kat tingkap tapi takde orang pun dan kawan saya sendiri pun nampak banyang² ni.. Selepas tengok bayang² tu, kami kena tindih.


Banyakkan la beramal dan ingat pada Allah.. Yakinlah hanya Allah sahaja yang paling berkuasa di dalam dunia ni.. Jin, Iblis dan Syaitan ini juga makhluk ciptaan Allah yang cuba menyesatkan manusia dengan menakutkan kita supaya kita lebih takutkan mereka daripada Allah.. Semoga kita semua berada dalam lindungan Ilahi sentiasa dari gangguan jin, iblis dan syaitan ni.. Amiiinn.

Baca Juga :  Sekolah Paling Seram di Malaysia
Sumber :  Kisah Seram
SEKIAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2020/06/kisah-seram-misteri-pelatih-diganggu-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dengar Suara Budak Gelak Doktor Kongsi Kisah Seram Diganggu Mainan Anak Dalam Rumah

Dengar Suara Budak Gelak Doktor Kongsi Kisah Seram Diganggu Mainan Anak Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 546 hits
Anak atau adik kau orang ada banyak anak patung atau binatang mainan tak di rumah Kalau ada baca cerita ni supaya tak kena gangguan macam aku kena Suatu malam dalam jam 2 pagi tekak aku haus bukan main Jadi aku pun turun ke dapur Masa aku n...
Tiga Kisah Seram Di Jalan Bukit Putus Negeri Sembilan

Tiga Kisah Seram Di Jalan Bukit Putus Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 953 hits
KISAH mengenai Bukit Putus sememangnya cukup popular dalam kalangan penduduk Negeri Sembilan terutamanya bagi pengguna jalan raya yang mahu menuju ke Kuala Pilah dari Seremban Penduduk tempatan menggelar laluan itu jalan ular seperti kata p...
Pengalaman Seram Diganggu Hantu Asrama

Pengalaman Seram Diganggu Hantu Asrama

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 483 hits
Title LOCKER USANG Kejadian berlaku masa aku form 3 Untuk pengetahuan aku sekolah asrama penuh premier yg dh berusaha lebih 100 tahun dh bangunan tuh Dari zaman british masuk jepun buat jadi markas bangunan sekolah tu dah ada So mmg byk cer...
Bukan Orang Rupanya Mekanik Kongsi Kisah Seram Disergah Penunggang Rxz Merah

Bukan Orang Rupanya Mekanik Kongsi Kisah Seram Disergah Penunggang Rxz Merah

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 448 hits
Tak semua orang pernah melalui situasi seram bertemu makhluk halus secara berhadapan Bagi mereka yang pernah melaluinya pasti tak dapat dilupakan biarpun bertahun telah berlalu Inilah dihadapi seorang mekanik yang mengalami peristiwa seram ...
Kisah Misteri Hantu Orang Tok Tok Di Madiun Teror Suara Tengah Malam Yang Bikin Merinding

Kisah Misteri Hantu Orang Tok Tok Di Madiun Teror Suara Tengah Malam Yang Bikin Merinding

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 444 hits
Buat orang Madiun pasti sudah hapal dengan kisah horor satu ini ya Suara tok tok di depan rumah tandanya ada
Kisah Misteri Hantu Cantik Maria Van De Velve Yang Menghuni Pulau Onrust Di Kepulauan Seribu

Kisah Misteri Hantu Cantik Maria Van De Velve Yang Menghuni Pulau Onrust Di Kepulauan Seribu

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 406 hits
Dulunya sempat jadi tempat karantina jamaah haji siapa sangka ada kisah misteri yang berkembang di sini
Kisah Mualaf Ying Penemu Rapid Test Putuskan Memakai Jilbab

Kisah Mualaf Ying Penemu Rapid Test Putuskan Memakai Jilbab

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 339 hits
Nama Profesor Jackie Ying mencuat seiring ditemukannya alat uji covid 19 tercepat pada tahun ini Ying adalah pimpinan Lab NanoBio perusahaan sains teknologi dan penelitian yang menemukan alat rapid test tersebut Dan Ying ternyata adalah seo...
Kisah Pilu Kakek Cari Makanan Di Tumpukan Sampah Untuk Buka Puasa

Kisah Pilu Kakek Cari Makanan Di Tumpukan Sampah Untuk Buka Puasa

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 379 hits
Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling dinanti nanti oleh umat muslim di seluruh dunia Di bulan suci ini umat muslim menjalani ibadah puasa setiap hari selama Ramadhan Meskipun suasana Ramadhan tahun ini sedikit berbeda daripada tahun tahu...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities