Nahas Tiga Kereta Gerak Hati Ibu Apabila Gps Anak Berhenti Jadi Kenyataan


Nahas Tiga Kereta: Gerak Hati Ibu Apabila GPS Anak Berhenti Jadi Kenyataan
JOHOR BAHRU, 27 Dis (Bernama) — Naluri seorang ibu apabila sistem penentu kedudukan global (GPS) anaknya berhenti berfungsi ternyata benar apabila menjadi petanda awal tragedi melibatkan Allahyarham Ammar Azwar Asri, 21, yang maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 45.6 Lebuhraya Senai-Desaru, awal pagi tadi.
Bapa saudara mangsa, Suhaimi Abu Naim, 58, berkata adiknya, Zeilawani berasa tidak sedap hati apabila pergerakan GPS telefon bimbit Ammar Azwar tidak berfungsi sejak 5.17 pagi sebelum membuat beberapa panggilan telefon tetapi tidak berjaya.
“Si ibu cuba berfikiran positif mengandaikan bateri telefon anaknya kehabisan kuasa. Namun perasaan resah itu semakin kuat sehingga beliau bertindak menyemak lokasi terakhir melalui aplikasi Google sebelum menghubungi adik kami yang bertugas sebagai polis bantuan untuk memeriksa kawasan berkenaan.
“Hasil pemeriksaan di lokasi terakhir GPS itu berhenti, barulah dimaklumkan telah berlaku satu kemalangan jalan raya dan anak saudara saya terlibat,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini hari ini.
Menurut pesara tentera itu, Ammar yang memandu kereta Proton Saga difahamkan dalam perjalanan pulang ke kampung untuk bercuti dan menghadiri beberapa majlis keluarga termasuk pertunangan sepupunya dan majlis doa selamat.
Suhaimi berkata arwah bagaimanapun pada awalnya agak keberatan untuk bergerak pulang pada awal pagi kejadian dan ada menyuarakan hasrat untuk berehat terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan.
Menggambarkan peribadi arwah, beliau berkata Ammar Azwar merupakan seorang yang ceria dan disenangi ramai. “Dia penggerak gelak ketawa dalam keluarga. Kehilangannya sangat mengejutkan dan sukar diterima.
“Saya difahamkan arwah baru sahaja bekerja sebagai juruteknik di Rapid Pengerang dan kali terakhir kami bertemu pada minggu lepas ketika menghadiri majlis perkahwinan ahli keluarga,” katanya yang turut memaklumkan Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Parit Siba, Batu Pahat malam ini.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Seri Alam ACP Mohd Sohaimi Ishak berkata kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 45.6 Lebuhraya Senai-Desaru pagi tadi dipercayai akibat sebuah daripada kenderaan terbabit memasuki laluan bertentangan sehingga berlaku perlanggaran yang meragut dua nyawa.
Beliau berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian membabitkan kereta Proton Wira, Proton Saga dan Perodua Myvi itu kira-kira 5.35 pagi.
Mohd Sohaimi ketika dihubungi berkata selain Ammar Azwar, mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai pemandu Proton Wira, Yen Jian Yao, 19, yang berasal dari Kangkar Pulai manakala tiga penumpang kereta itu dilaporkan cedera parah, iaitu Angel Loo An Qi, 15, Wong Teck Ong, 17, serta seorang lagi yang belum dikenal pasti.
Dua mangsa yang menaiki kereta Perodua Myvi turut cedera, iaitu Nur Nalea Nazlin Mahmud, 23, seorang jurutera di Rapid Pengerang Oil & Gas Project, dan Mohamad Adam Satiman, 25, seorang juruteknik mekanikal pemasangan yang bertugas di tempat sama.
Sumber: BERNAMA
The post Nahas Tiga Kereta: Gerak Hati Ibu Apabila GPS Anak Berhenti Jadi Kenyataan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/27/nahas-tiga-kereta-gerak-hati-ibu-apabila-gps-anak-berhenti-jadi-kenyataan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Kritikal Anak Kongsi Keadaan Ayah Runtun Hati Ramai

Ibu Kritikal Anak Kongsi Keadaan Ayah Runtun Hati Ramai

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 146 hits
Ibu Kritikal Anak Kongsi Keadaan Ayah Runtun Hati Ramai Orang kata untuk mengetahui setulus mana kasih dan sebesar mana cinta pasangan kita jangan hanya melihat saat semuanya indah dan sempurna Sebaliknya pandanglah bagaimana mereka melayan...
10 Model Kereta Pilihan Hati Rakyat Malaysia 2025

10 Model Kereta Pilihan Hati Rakyat Malaysia 2025

papar berkaitan - pada 28/12/2025 - jumlah : 102 hits
10 Model Kereta Pilihan Hati Rakyat Malaysia 2025 Setiap daripada kita pastinya mempunyai jenama kereta idaman tersendiri khususnya dalam kalangan golongan lelaki Tambahan pula setiap pengeluar kenderaan hadir dengan keunikan dan keistimewa...
Aqiqah Anak Lelaki Vs Perempuan Apa Bezanya Panduan Lengkap Ibu Bapa Muslim

Aqiqah Anak Lelaki Vs Perempuan Apa Bezanya Panduan Lengkap Ibu Bapa Muslim

papar berkaitan - pada 26/12/2025 - jumlah : 141 hits
Aqiqah Anak Lelaki vs Perempuan Apa Bezanya Panduan Lengkap Ibu Bapa Aqiqah merupakan salah satu sunnah muakkad yang sangat dituntut dalam Islam apabila dikurniakan cahaya mata Namun masih ramai ibu bapa yang keliru tentang perbezaan aqiqah...
Pasangan Suami Isteri Maut Dua Lagi Cedera Tersepit Dalam Nahas Dua Kereta Di Kampung Ketari Bentong

Pasangan Suami Isteri Maut Dua Lagi Cedera Tersepit Dalam Nahas Dua Kereta Di Kampung Ketari Bentong

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 186 hits
BENTONG Pasangan suami isteri maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kampung Ketari berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Sulaiman Kilometer 4 Jalan Kuala Lumpur di sini pada Rabu Mangsa maut ialah penump...
Dua Lelaki Maut Lima Cedera Dalam Nahas Tiga Kenderaan Di Lebuhraya Senai Desaru

Dua Lelaki Maut Lima Cedera Dalam Nahas Tiga Kenderaan Di Lebuhraya Senai Desaru

papar berkaitan - pada 27/12/2025 - jumlah : 94 hits
Johor Kejadian tragik berlaku awal pagi tadi di Kilometer 45 6 Lebuhraya Senai Desaru apabila dua lelaki maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan jenis Proton Saga Proton Wira dan Perodua Myvi Kemalangan berlaku kira kira pukul 5 37 pagi...
Tragedi Laut Labuan Bajo Jurulatih Valencia Cf Fernando Mart N Maut Bersama Tiga Anak Dalam Insiden Bot Terbalik

Tragedi Laut Labuan Bajo Jurulatih Valencia Cf Fernando Mart N Maut Bersama Tiga Anak Dalam Insiden Bot Terbalik

papar berkaitan - pada 28/12/2025 - jumlah : 89 hits
Keseronokan percutian keluarga bertukar menjadi detik hitam apabila jurulatih Valencia CF Femenino B Fernando Mart n meninggal dunia bersama tiga anaknya selepas bot pelancong yang mereka naiki terbalik akibat ombak besar dan cuaca buruk di...
Cuti Sekolah Dah Nak Mula Hati Ibu Pun Mula Berfikir

Cuti Sekolah Dah Nak Mula Hati Ibu Pun Mula Berfikir

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 175 hits
Minggu depan cuti sekolah dah nak mula Sebagai seorang ibu aku dah siap siap beli buku untuk Adha buat Bukan sebab nak tekan tapi sebab aku risau Risau kalau aku ambil mudah nanti dia yang tertinggal Kali ini aku kena straight dengan Adha m...
Apabila Lelaki Dijadikan Mesin Sejarah Gelap Stock Men Dan Maruah Yang Diragut

Apabila Lelaki Dijadikan Mesin Sejarah Gelap Stock Men Dan Maruah Yang Diragut

papar berkaitan - pada 21/12/2025 - jumlah : 94 hits
Apabila Lelaki Dijadikan Mesin Sejarah Gelap Stock Men dan Maruah Yang Diragut Oleh Sir Syahmi Bayangkan kau seorang lelaki dikurung dalam bilik bersama wanita asing dipaksa bersama bukan kerana cinta bukan kerana nafsu tetapi kerana ada tu...
Temporary Road Closure In Bukit Bintang For I Lite U Launch

Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025

Bayaran Perkeso 2026 Jadual Bayaran Faedah

Pemimpin Pas Mengamuk Kawan Sudah Pilih Untuk Jadi Lawan Kata Ahmad Fadhli

Ikan Talapia Merah Dan Ikan Puyu

Panduan Beli Rumah Pertama Tahun 2026

Makluman Motac Dan Tourism Malaysia Tidak Terlibat Dalam Penganjuran Acara Miss Amp Mister Celebrity International 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Tips Lengkap Dan Mudah Cara Berniaga Kek Coklat Moist Bermula Dari Rumah

Filem Duyung Legenda Aurora

Pas Perlis Strategi Gagal Kuasa Tergadai

Rodriguez Wan Hairee Francis Degum Degum Chord

Pas Kekal Konsisten Hulur Tangan Ingin Terus Bertaut Dengan Perikatan Nasional Kembali Bermusyawarah Bersama Umno

Makan Di Food Court Ss9