Kisah 2 Anggota Polis Di Aniaya Dapat Perhatian Ketua Polis Negara


RF8:SEPANG – Tak sampai 24 jam selepas Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengumumkan kesediaannya berjumpa seorang bekas pegawai, Md Ali Amir Batcha yang mendakwa dianiaya pasukannya, seorang lagi pegawai kanan polis tampil membuat pendedahan yang serupa.Kali ini ia melibatkan seorang pegawai berpangkat Asisten Supritendan (ASP) dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. Seperti mana Mohd Ali, pegawai berusia 36 tahun itu juga dari Bahagian Siasatan Khas (D9). Beliau banyak menyelesaikan pelbagai kes jenayah berat termasuk sindiket pengedaran senjata api, sindiket curi kereta mewah dan berjaya menembak mati ramai penjenayah bersama pasukannya.ASP Saiful Bahari Yunus yang turut dikenali dengan nama gelaran ‘Shadow’ turut menerima banyak surat penghargaan di atas keberaniannya bertempur dengan penjenayah, pernah mendapat perhatian media apabila pernah cedera parah di bahagian muka dan patah tangan setelah terjatuh daripada bumbung sewaktu mengejar penjenayah hingga pipinya terpaksa ditanam dengan ‘plet besi’sehingga kini.Namun menurut Saiful Bahari, semua kejayaan dan kesungguhannya dalam membanteras jenayah bagaikan tidak memberi makna apabila mendakwa difitnah kononnya membekalkan dadah kepada ‘sumbernya’ sebagai upah hingga menyebabkan beliau terpaksa meringkuk dalam penjara dan dipakaikan alat sistem peranti pemantauan elektronik (EMD) di kakinya.“Saya ditangkap oleh sepasukan pegawai dan anggota Narkotik ketika berada di pejabat pada tengah malam 17 Januari 2017, saya kemudian dibawa ke rumah saya dan rumah saya digeledah di hadapan isteri saya yang ketika itu tengah sarat mengandung anak ketiga kami.“Seorang pegawai berpangkat ASP menuduh saya dan beberapa anggota bawahan saya terlibat dalam sindiket dadah di Kedah, kononnya ia berdasarkan kejayaan mereka memintas perbualan telefon kami.“Kata mereka perbualan telefon saya dengan anggota saya itu sangat meragukan kerana perkataan ‘barang’ yang kami gunakan ketika berbual, puas saya jelaskan perkataan ‘barang’ itu merujuk kepada risikan senjata api (yang berkaitan dengan tugas kami), bukannya dadah, namun penjelasan itu langsung tidak dihiraukan mereka,” katanya pada Malaysia Gazette di sini hari ini.Sebelum ini bekas penguasa polis, Md Ali Amir Batcha meminta kerajaan menubuhkan sebuah tribunal khas bagi menyiasat kembali konspirasi tuduhan palsu melibatkan dirinya. Malah, Md Ali, 65, turut menggesa agar tribunal itu dikendalikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan bukannya Polis Diraja Malaysia (PDRM) ekoran beliau sudah hilang kepercayaan kepada pihak berkuasa berkenaan. Bapa kepada lapan orang anak itu mendakwa, beliau telah dianiaya oleh pihak-pihak tertentu hingga dipenjara tanpa bicara di bawah Ordinan Darurat (EO) pada 1997.Dalam pada itu, Saiful Bahari juga berkata, sepanjang proses soal siasat juga, beliau telah diugut untuk menandatangani beberapa keterangan atau berhadapan dengan ancaman tidak dibenarkan menerima lawatan daripada pihak peguam dan ahli keluarganya yang lain.Mengulas lanjut, katanya, pada 27 Januari tahun yang sama, beliau telah diberi jamin polis bagi kes 39B Akta Dadah Berbahaya dan ditahan semula di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.Katanya, beliau kemudian dibawa ke Penjara Simpang Renggam, Johor untuk ditahan selama dua tahun sebelum mendapat perintah baru tidak lama kemudian iaitu pergantungan perintah tahanan dan dihantar ke mukim Tebrau, Johor Bahru bagi menjalani hukuman sekatan dengan dipakaikan alat peranti EMD di kaki sehingga tamat tempoh baru-baru ini.“Saya melihat kepimpinan baru PDRM yang diterajui Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador sangat terbuka menerima pelbagai masalah yang diajukan, justeru saya berharap kes saya ini akan diteliti semula kerana jika kes ini disiasat dengan telus, saya percaya segalanya akan terbongkar.“Yang pasti, saya tidak akan mengkhianati pasukan saya dan negara, sekali saya dah pakai uniform ini, sampai mati pun biarlah dalam uniform ini.“Sesungguhnya doa orang teraniaya ni tiada hijab, baru-baru ini pegawai yang menganiaya saya dalam kes dadah itu telah ditangkap SPRM dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menerima suapan bernilai hampir RM3juta!“Inilah balasan bagi mereka yang tidak telus dalam menjalankan tugas,” katanya yang sehingga kini masih digantung kerja dan menjual alat penapis air bagi menampung perbelanjaan harian keluarganya. – Malaysia Gazette.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/05/kisah-2-anggota-polis-di-aniaya-dapat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lagi Pegawai Kanan Polis Dakwa Jadi Mangsa Fitnah Rayu Campur Tangan Ketua Polis Negara

Lagi Pegawai Kanan Polis Dakwa Jadi Mangsa Fitnah Rayu Campur Tangan Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 987 hits
Tak sampai 24 jam selepas Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengumumkan kesediaannya berjumpa seorang bekas pegawai Md Ali Amir Batcha yang mendakwa dianiaya pasukannya seorang lagi pegawai kanan polis tampil membuat pendedaha...
Jawatankuasa Pilihan Khas Bincang Pelantikan Ketua Polis Negara Dan Ketua Hakim Negara

Jawatankuasa Pilihan Khas Bincang Pelantikan Ketua Polis Negara Dan Ketua Hakim Negara

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 365 hits
Ketua Polis Negara dan Ketua Hakim Negara dilihat sebagai anti Anwar Ibrahim Jawatankuasa Pilihan Khas untuk melantik jawatan jawatan utama perkhidmatan awam dijadualkan akan bermesyuarat dengan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman pada hari Se...
Cermin Gelap Polis Tak Perlu Tunduk Pada Menteri Kata Bekas Ketua Polis Negara

Cermin Gelap Polis Tak Perlu Tunduk Pada Menteri Kata Bekas Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 606 hits
PETALING JAYA Bekas ketua polis negara Musa Hassan berkata polis sepatutnya berpegang kepada prinsip asal bukannya mudah akur dengan keputusan kerajaan dalam peraturan baru cermin gelap kenderaan yang dibantah pelbagai pihak Beliau merujuk ...
Kit Siang Bangkitkan Isu Kebajikan Anggota Polis

Kit Siang Bangkitkan Isu Kebajikan Anggota Polis

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 290 hits
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini membangkitkan isu kebajikan anggota Polis Diraja Malaysia ketika tumpuan diberikan terhadap penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah laku Polis Lim berkata Suruhanjaya Diraja yang mencadangkan ...
Dimediasi Dpd Kasus Pemukulan Anggota Pdip Terhadap Ketua Fraksi Berakhir Damai

Dimediasi Dpd Kasus Pemukulan Anggota Pdip Terhadap Ketua Fraksi Berakhir Damai

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 237 hits
I Kadek Diana anggota Komisi III DPRD dan anggota Komisi I DPRD Bali Dewa Nyoman Rai akhirnya berdamai setelah dilakukan mediasi oleh pengurus DPD PDI Perjuangan Provinsi Bali Mediasi kedua kader PDIP tersebut dilakukan di Kantor DPD PDI Pe...
Ugut Ketua Polis Pemimpin Ph Harus Tunjuk Contoh Baik Jangan Rasa Diri Hebat

Ugut Ketua Polis Pemimpin Ph Harus Tunjuk Contoh Baik Jangan Rasa Diri Hebat

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 416 hits
foto sumber internet KUANTAN 22 Mei Pakatan Harapan Pahang akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat dakwaan seorang pemimpin bahagian salah sebuah parti komponennya mengugut Ketua Polis Daerah Jerantut Pengerusinya ...
Ugut Ketua Polis Daerah Dap Serahkan Pada Polis Untuk Siasatan

Ugut Ketua Polis Daerah Dap Serahkan Pada Polis Untuk Siasatan

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 393 hits
foto sumber internetKUANTAN 20 Mei DAP akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap seorang pemimpin bahagian parti itu di Pahang yang didakwa mengugut Ketua Polis Daerah Jerantut kata Timbalan Setiausaha Agungnya Nga Kor Ming Beliau berkata...
Pemimpin Parti Ditahan Ugut Ketua Polis Daerah

Pemimpin Parti Ditahan Ugut Ketua Polis Daerah

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 282 hits
Pemimpin parti ditahan ugut ketua polis daerah Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 19 May 2019 11 00PM
Jokowi Dan Petinggi Negara Buat Kesepakatan Buka Puasa Di Rumah Ketua Dpr

Jokowi Dan Petinggi Negara Buat Kesepakatan Buka Puasa Di Rumah Ketua Dpr

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 309 hits
Jokowi dan Petinggi Negara Buat Kesepakatan Buka Puasa di Rumah Ketua DPR Jokowi berkelakar dirinya dan para pimpinan lembaga lain sepakat untuk hadir dalam acara buka puasa bersama di rumah dinas Bambang Soesatyo Rencananya buka puasa itu ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt