Kisah 1mdb Yang Tak Kesudahan Selagi Najib Diluar
Semalam banyak cerita di media arus perdana akan komentar Najib berkaitan hutang 1MDB. Nampak macam hebat. Penyokong Najib tak sedikit yang bangga sampai terlupa dialah punca negara kita menanggung hutang sebegitu banyak.
Hinggakan berita ini pun kurang mendapat liputan. Waris Sultan Sulu menuntut Malaysia membayar sebanyak RM62.59 bilion. Banyak tu! Lebih banyak daripada hutang 1MDB. Tapi bayaran apa?
Bayaran itu sebenarnya wang penyerahan yang asalnya ditandatangani oleh Sultan Sulu dengan syarikat Dent & Overbeck bagi menyerahkan Sabah kepada syarikat tersebut. Perjanjian itu kemudian diluluskan ke dalam Perjanjian Malaysia 1963 ketika Sabah menyertai Malaysia.
Tapi kenapa sekarang baru dituntut?
Kerana selama ini Malaysia tidak pernah culas buat bayaran. Sehinggalah tahun 2013, apabila berlaku pencerobohan di Lahad Datu oleh kumpulan militan daripada selatan Filipina. Kumpulan ini mengaku mempunyai hubungan dengan waris Sultan Sulu.
Dengan alasan itu, pentadbiran Malaysia membuat keputusan untuk menghentikan bayaran tersebut. Malangnya kaitan kumpulan militan itu dengan waris Sultan Sulu tak dapat dibuktikan. Maka pada 2019 waris Sultan Sulu telah memfailkan timbang tara yang berpihak kepadanya.
Rumit sebenarnya untuk dijelaskan. Kerajaan pun bercadang untuk mencabar keputusan timbang tara ini. Kalau berminat boleh baca sendiri di pautan ini: https://www.malaysiakini.com/news/613041.
Bayangkan, bayaran asal hanya RM5,300 setahun. Disebabkan pentadbiran Malaysia hentikan bayaran maka tuntutan ini dibuat. Dengan mengambil kira tukaran matawang sekarang serta hasil bumi Sabah seperti minyak, maka nilainya menjadi RM62.59 bilion.
Kalaulah bayaran tidak dihentikan dulu, mungkin perkara ini tak berlaku. Tapi siapa yang mengepalai kerajaan di tahun 2013? Najiblah! Siapa lagi? Mana Najib waktu itu? Kenapa Najib yang bijak sangat tak pastikan kerajaan tak ambil tindakan yang salah?
Waktu dia sendiri jadi PM, tunggang terbalik jadinya kewangan Malaysia. Tiba-tiba hari ini Najib jadi sangat cerdik dalam hal hutang 1MDB? Kalau Najib pandai bab ekonomi, negara kita takkan sampai seteruk sekarang ini.
Rakyat yang sayangkan Malaysia, yang mahukan masa depan yang cemerlang untuk generasi akan datang, yang tak bercadang nak berhijrah ke negara lain di masa depan, wajib menolak Najib. Tolak juga UMNO/BN yang biarkan Najib berbuat sesuka hati ketika itu.
Fikirkan nasib anak-anak kita. Jika orang seperti Najib dibiarkan terus berada dalam kerajaan, tak mustahil anak kita pula terpaksa jadi pendatang di negara lain nanti.
Aku akan cnp komen tentang penjanjian ini yang sangat bernas di ruangan komen. Guane boh?
Raja Gelap
.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2022/03/kisah-1mdb-yang-tak-kesudahan-selagi.html