Kiosk Service Sarawak Lokasi Waktu Operasi Semak Sarawakid
Bagi mereka yang ingin mengemaskini sendiri maklumat (Sarawak ID) seperti kemaskini emel, nombor telefon, lupa katalaluan, lupa nama pengguna boleh datang ke KIOSK Service Sarawak yang terletak di serata negeri Sarawak.
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) adalah bantuan kewangan khusus untuk anak Sarawak, yang boleh diakses melalui aplikasi S PAY GLOBAL (e-dompet). Untuk log masuk ke aplikasi S PAY GLOBAL, pendaftaran dan akaun SarawakID adalah diperlukan.
Bagi yang tidak mahu beratur panjang di kaunter, anda bolehlah menggunakan kemudahan ini secara alayn diri yang terdapat di beberapa lokasi utama setiap daerah serta Pusat Service Sarawak.
Pengenalan
Perkhidmatan bayaran Service Sarawak bertujuan untuk mempermudahkan bayaran bil kepada rakyat dengan menyediakan perkhidmatan bayaran bil secara bersepadu.
Service Sarawak diwujudkan oleh Kerajaan Sarawak sebagai salah satu inisiatif transformasi penyampaian perkhidmatan pelanggan perkhidmatan awam Sarawak. Service Sarawak dilancarkan oleh Premier Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg pada 2 Disember 2018.
Pelaksanaan Service Sarawak adalah berlandaskan konsep “One Government at Your Service” di mana perkhidmatan agensi-agensi barisan hadapan perkhidmatan awam Sarawak disediakan untuk dicapai secara sehenti sepadu melalui saluran-saluran Service Sarawak iaitu kaunter, kiosk, portal dan mobil aplikasi. Tujuan Service Sarawak dilaksanakan adalah untuk mempertingkatkan pengalaman rakyat semasa berurusan dengan Kerajaan.
Operasi Service Sarawak adalah dikendali oleh Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam, Jabatan Premier Sarawak.
Ciri-ciri utama perkhidmatan bayaran Service Sarawak adalah:
Perkhidmatan bayaran bill bersepadu untuk bil-bil seperti bil air, eletrick, Sarawak Gas, cukai pintu, cukai tanah dan water, electricity, Sarawak Gas, council’s assessment, land rent and premium, bil Kerajaan Negeri Sarawak (T304) dan lain-lain.
Memaparkan maklumat bil yang terkini
Menyediakan pelbagai saluran bayaran bil iaitu:
secara digital (service.sarawak.gov.my)
aplikasi mudah alih Service Sarawak – Play store (android), Huawei store (android) dan Apple app store (IOS)
Pusat Service Sarawak
Kiosk Service Sarawak
Lokasi Service Sarawak Kiosk
Jabatan Bekalan Air Luar Bandar, Lawas
Semua Service Sarawak Centre
Summer Mall, Kota Samarahan
Eastern Mall, Siburan
Sing Kwong Shopping Complex, Sibu
Pejabat Daerah Selanggau
Bintulu Development Authority, Bintulu
Emart Riam, Miri
Sumber gambar : Service Sarawak
Lokasi Pusat Service Sarawak:
UTC Kuching
UTC Sibu
UTC Miri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak, Bahagian Serian
Hotel Sri Simmanggan, Sri Aman
Pasar Lama, Betong
Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak, Bahagian Sarikei
Sumber gambar: Angellynne Vanemarshavel II
Waktu Operasi
Waktu operasi bagi Service Sarawak Centre Kuching, Sibu, dan Miri adalah seperti berikut:
Isnin-Jumaat : 8.00am – 7.00pm
Sabtu-Ahad : 8.00am – 5.00pm
(kecuali cuti umum)
Waktu operasi bagi Service Sarawak Centre Serian, Sri Aman, Betong dan Sarikei adalah seperti berikut:
Isnin-Jumaat : 8.00am – 5.00pm
(kecuali Ahad & cuti umum)
Kemaskini Sarawak ID Melalui Kiosk
Tukar nombor hp tanpa perlu keyin nombor hp lama.
Tukar email tanpa perlu keyin email lama.
Tukar password tanpa perlu keyin password lama.
Perlu Kad pengenalan (IC) dan cap jari
Screen terus memaparkan Data Sarawak ID anda selepas masukkan IC dan imbas cap jari.
Untuk Kemaskini no HP, email dan password tekan menu yang berkaitan.
Kemaskini paling cepat tak perlu beratur panjang di utc atau mana² kaunter Sarawak service.
Boleh login terus ke SPay menggunakan Sarawak ID yang tertera di skrin, pastikan password baru sudah dikemaskini.
Maklumat Lanjut
Untuk semakan penerima dan maklumat lanjut anda boleh layari pautan rasmi https://sarawak.gov.my atau rujuk panduan berikut:
Panduan untuk S PAY GLOBAL
Bagaimana mendaftar S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )
Lupa kata laluan dan tukar nombor telefon untuk S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )
Tukar telefon mudah alih yang digunakan untuk S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )
Panduan untuk SarawakID
Lupa kata laluan SarawakID [ Lihat panduan ]
Panduan untuk SKAS
Panduan membuat pengesah akaun untuk SKAS dalam aplikasi mudah alih S PAY GLOBAL [ Infografik ].
Panduan untuk menyemak status penerimaan bantuan SKAS [Video | Infografik].
Panduan untuk mengemaskini maklumat akaun S PAY GLOBAL dengan SKAS [ Video | Infografik ].
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan S PAY GLOBAL, anda boleh merujuk kepada soalan-soalan lazim bagi S PAY GLOBAL atau hubungi kami melalui telefon +6082-224599 atau emel ke
[email protected].
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/kiosk-service-sarawak-lokasi-waktu-operasi/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kiosk-service-sarawak-lokasi-waktu-operasi