Kedainya di atas tu, kami terus menuju ke meja makan di tepi sungai. Boleh jugak kalau nak makan dalam kedai, mungkin lebih selesa
Kami pilih duduk di sini. Menghadap sungai yang bersih dan sedap mata memandang
Jambatan di atas tu yang kami lalui tadi. Meriah diihiasi dengan bendera Malaysia dan bendera negeri Pahang. Masih dalam suasana Hari Kemerdekaan yang disambut 31 Ogos lalu dan Hari Malaysia pada 16 September akan datang. Kalau boleh nampak dalam gambar ni, di hujung sana kelihatan sekumpulan orang sedang seronok bermain air sungai. Satu pemandangan dan suasana kehidupan yang aman
Siap ada akaun Instagram dan Facebook, medium pemasaran yang bagus
Hidangan tengah hari kami - mee kari dan rojak. Ada juga pilihan makanan lain seperti bihun sup dan laksa. Makan tengah hari di bawah pokok menghadap sungai, cukup santai! Tapi kena la perhati kot daun ke apa jatuh dari atas kan 😄
Semuanya sedap, kena dengan selera saya dan suami. Cuma saya lagi suka kalau rojak tu ada cucur tepungnya sekali, lagi sedap! Kos makan-makan kami di sini sekitar RM13|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |