Cara Dr Mahathir Baling Batu Sembunyi Tangan Terhadap Arahan Beliau Untuk Keluarkan Ltte Dari Senarai Pengganas



 
Tentu kita masih ingat lagi bagaimana satu negara terkejut bila secara tiba-tiba Tommy Thomas, Peguam Negara ketika itu menarik balik tuduhan ke atas 12 orang yang telah didakwa atas kegiatan mereka menyokong pengganas LTTE

Lebih mengejutkan lagi bila Tommy Thomas bertindak melampaui batasan kuasa yang ada pada beliau bila mengarahkan pula Kerajaan Malaysia supaya mengkaji semula gazet Kerajaan Malaysia yang telah menyenaraikan LTTE sebagai kumpulan pengganas

Ramai yang tertanya-tanya, apakah asas Tommy Thomas mahu mengarahkan Kerajaan Malaysia supaya berbuat demikian!!

Ada juga teori yang mengatakan, pasti ada seseorang di belakang arahan Tommy Thomas kerana tanpa ada sesiapa yang berpengaruh dan berkuasa, tidak mungkin Tommy Thomas boleh besar kepala untuk keluarkan arahan begitu

Selepas Pakatan Harapan jatuh tersungkur, barulah segala-galanya terjawab

Tular di media sosial sekeping surat bertarikh 12 Februari 2020 dari Jabatan Perdana Menteri, yang ditandatangani oleh Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir yang telah mengarahkan Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri ketika itu supaya mengeluarkan LTTE dari senarai kumpulan pengganas yang telah diwartakan oleh Kerajaan Malaysia

Dr Mahathir di dalam respon beliau mengenai surat yang tular itu langsung tidak menafikan mengenai kewujudan surat tersebut, dalam artikata lain, beliau mengakui bahawa surat itu adalah asli dan bukannya palsu

Namun beliau cuba memutarbelitkan arahan yang telah beliau berikan itu dengan mendakwa masyarakat sudah tersalah tafsir apa yang beliau maksudkan dalam surat tersebut


"Saya tidak tahu apa tujuan surat bertarikh 12 Februari 2020 yang saya tulis kepada Menteri Dalam Negeri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan saya masih Perdana Menteri Malaysia, dikeluarkan untuk tatapan umum melainkan untuk memperlihatkan seolah-olah saya penyokong LTTE."
"Jika label terrorists diguna terhadap Tamil Tigers, maka mereka tidak boleh ikat jamin sementara menunggu perbicaraan."
"Bagi saya, jika Kerajaan dan Peguam Negara pada hari ini merasa terdapat bukti yang kukuh untuk mendakwa mereka, seharusnya mereka memulakan proses perundangan yang sewajarnya."
"Kerana itu saya membuat cadangan di atas kepada Tan Sri Muhyiddin ketika itu." 
"Saya memberi pendapat saya kepada Menteri yang bertanggung jawab berkenaan perkara ini. Pendapat saya bukan suatu arahan," jelas Dr Mahathir.
Surat yang Dr Mahathir keluarkan atas kapasiti sebagai seorang Perdana Menteri dan secara rasmi dihantar kepada Menteri Dalam Negeri, tidak boleh dianggap sebagai satu nasihat atau pandangan yang boleh dipandang ringan tetapi ianya lebih kepada berbentuk arahan rasmi dari Perdana Menteri kepada Menteri Dalam Negeri.
Malah bila Perdana Menteri menasihati SPB YDP Agong dalam isu perlantikan Peguam Negara, secara perlembagaan, ianya tidak boleh ditolak oleh SPB YDP Agong.
Apa atau siapa yang berada di sebalik nasihat aka arahan Dr Mahathir itu?
Tidak lain dan tidak bukan adalah parti DAP, kerana 2 dari 12 orang yang telah didakwa itu merupakan ADUN DAP, di mana salah seorang darinya merupakan EXCO Kerajaan Negeri Melaka ketika itu.
Sebab itu, pada 21 Februari 2020, 9 hari selepas Dr Mahathir mengeluarkan surat arahan tersebut, Tommy Thomas dengan angkuhnya telah menggugurkan kes 12 orang yang telah didakwa di bawah Seksyen 130J(1)(a), Seksyen 130JB(1)(a) dan Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan.

Malah Tommy Thomas dengan angkuhnya telah mengarahkan Kerajaan Malaysia supaya mengkaji semula gazet kumpulan pengganas yang telah dikeluarkan pada tahun 2012.
Kesimpulannya, tanpa surat arahan dari Dr Mahathir, tidak mungkin Tommy Thomas berani keluarkan kenyataan sebegitu.
Jadi tidak perlulah Dr Mahathir cuba memutarbelitkan kenyataan kerana internet tidak pernah lupa!!!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2020/09/cara-dr-mahathir-baling-batu-sembunyi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr M Minta Kdn Keluarkan Ltte Dari Senarai Pengganas Kamarul Yusoff

Dr M Minta Kdn Keluarkan Ltte Dari Senarai Pengganas Kamarul Yusoff

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 851 hits
Penganalisis politik Dr Kamarul Yusoff mendakwa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir telah menulis sepucuk surat rasmi pada 12 Februari 2020 kepada Menteri Dalam Negeri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya LTTE dikeluarkan dari senar...
Charge Ltte Suspects If Enough Evidence Mahathir Tells Govt

Charge Ltte Suspects If Enough Evidence Mahathir Tells Govt

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 760 hits
The Perikatan Nasional government should press charges against the alleged supporters of Liberation Tigers of Tamil Eelam if they feel that they have enough evidence said former premier Dr Mahathir Mohamad According to Mahathir when he was ...
Mahathir Cabar Tengku Zafrul Senaraikan Senarai Projek Penerima Tender

Mahathir Cabar Tengku Zafrul Senaraikan Senarai Projek Penerima Tender

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 777 hits
FMT Reporters PETALING JAYA Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mencabar Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz menyenaraikan 101 projek bernilai RM6 61 bilion bersama individu yang mendapat kelulusan menerusi rundingan terus itu M...
Tun Mahathir Cabar Menteri Kewangan Dedah Senarai Penuh Projek Rundingan Terus

Tun Mahathir Cabar Menteri Kewangan Dedah Senarai Penuh Projek Rundingan Terus

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 627 hits
KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencabar Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz untuk menerbitkan senarai penuh 101 projek bernilai RM6 61 bilion yang didakwa diluluskan oleh kerajaan Pakatan Harapan ketika mentadbir selama...
Penolakan Terhadap Mahathir Bersama Ph Amat Ketara

Penolakan Terhadap Mahathir Bersama Ph Amat Ketara

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 522 hits
DARIPADA 4 281 RESPONDEN 97 MAHU AGAR PH MENERUSKAN PERJUANGAN MENENTANG PENGKHIANAT KERAJAAN PINTU BELAKANG TANPA TUN MAHATHIRSaya telah mengemukakan kaji selidik poll bertajuk PAKATAN HARAPAN HARUS KE HADAPAN TANPA MAHATHIR Bersetuju atau...
Cuti Malaysia Penjawat Awam Cara Buat Tempahan Senarai Pakej

Cuti Malaysia Penjawat Awam Cara Buat Tempahan Senarai Pakej

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 591 hits
CUTI MALAYSIA PENJAWAT AWAM CARA BUAT TEMPAHAN SENARAI PAKEJ Tourism Malaysia hari ini melancarkan pakej istimewa sempena kempen Cuti cuti Malaysia khas untuk penjawat awam yang juga dikenali dengan singkatan CCMPA sebagai penghargaan kepad...
Tun M Perjelas Kenapa Tulis Surat Mahu Buang Label Pengganas Ltte

Tun M Perjelas Kenapa Tulis Surat Mahu Buang Label Pengganas Ltte

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 311 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui mencadangkan supaya LTTE tidak dilabel sebagai pengganas Bahkan beliau tidak tahu apa tujuan suratnya bertarikh 12 Februari lalu yang ditulis kepada...
Mahathir Batu Api Bersatu To Quarrel With Muafakat Nasional

Mahathir Batu Api Bersatu To Quarrel With Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 391 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad claimed Tan Sri Muhyiddin Yassin was weak and could not punish PAS and Umno leaders in his administration as he needed their support to keep the Perikatan Nasional government intact Dr Mahathir claimed in an intervie...
Serangan Masjid Christchurch New Zealand Masukkan Pesalah Dalam Senarai Pengganas

Serangan Masjid Christchurch New Zealand Masukkan Pesalah Dalam Senarai Pengganas

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 339 hits
143 total views 143 views today Pesalah yang bertanggungjawab ke atas serangan keganasan di Christchurch pada 15 Mac 2019 dimasukkan ke dalam senarai entiti pengganas demikian umum Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern pada Selasa Pene...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

The Merry Marvel Pantyhose Society Part One

Rahsia Usahawan Kecil Jana Rm1 000 Sebulan Dengan Bisnes Sabun Handmade

Makan Tengah Hari Di Laparoti Port Lepak Tepi Sungai

Clubsport V2 Made To Order Honda Cb750 Caf Racers By Mile Zero

Tak Semua Orang Akan Suka Kita

What To Know About The New Gender Rules For U S Passports

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Vietnam Rolls

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka