Kini Pemandu Uber Kisah Hakan K R Legenda Turki Yang Dibuang Negara


Dituduh mengkhianati negara, legenda bola sepak Turki tersebut kini terpaksa meneruskan kehidupannya dengan melakukan pekerjaan golongan marhaen di Amerika Syarikat.
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Bagi peminat sukan bola sepak terutamanya pada era penghujung 90-an, pastinya Hakan Sukur merupakan nama yang tidak asing lagi disebabkan aksi luar biasanya di kejohanan Piala Dunia 2002.

Penyerang Turki itu hanya memerlukan 10.8 saat untuk merekodkan gol terpantas kejohanan ketika menentang pasukan tuan rumah Korea Selatan dan rekod tersebut masih kekal sehingga hari ini.


Beliau merupakan pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Turki dengan 51 gol untuk meletakkannya selaku legenda bola sepak negaranya.

#30 of the 50 #VFSworldCup Biggest moments - Fastest Goal! Hakan Sukur takes advantage of a defensive error to score after just 11 seconds when Turkey 🇹🇷 played hosts South Korea 🇰🇷 in the 2002 #WorldCup pic.twitter.com/dfWuIfOhTm
— Vintage Football Shirts (@VFshirts) May 15, 2018 Tetapi disebabkan pergolakan politik di Turki beberapa tahun lalu, beliau terpaksa ‘melarikan diri’ jauh ke Amerika Syarikat dan kini sekadar menjadi pemandu Uber. Satu kehidupan yang tidak selayaknya buat seorang legenda bola sepak. Terjun ke dunia politik Hakan Sukur pernah menyertai Blackburn Rovers dan Inter Milan, namun kemuncak kariernya adalah ketika mewakili Galatasaray sebelum menggantung but pada 2008 dan diiktiraf sebagai legenda kelab Turki itu.

Sebaik sahaja bersara sebagai pemain profesional, beliau sempat menjadi pengulas sukan sebelum bergiat aktif dalam politik dengan menyertai Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) pimpinan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Turkish PM Erdogan and S. Korean PM J. Hong Won with Hakan Sukur and his son after ''Cultural Agreement'' ceremony pic.twitter.com/OuormVlZM1
— Anadolu Images (@anadoluimages) August 31, 2013 Hakan Sukur kemudian bertanding dalam pilihanraya dan diangkat menjadi Ahli Parlimen Turki pada 2011. Namun dua tahun kemudian, beliau telah meletakkan jawatannya dalam parti kerana kemelut skandal rasuah yang melibatkan menteri-menteri senior dan golongan yang rapat dengan Erdogan.


Pendedahan skandal ini dipercayai didalangi oleh Fethullah Gulen yang pernah menjadi sekutu rapat Erdogan sebelum ini. Gulen secara lantang mengkritik barah amalan rasuah dalam pemerintahan Erdogan.

Hakan Sukur pula dikatakan mempunyai hubungan yang baik dengan tokoh ilmuan Islam yang berpangkalan di Amerika Syarikat tersebut.

Meskipun begitu, kedudukannya selaku Ahli Parlimen masih kekal dan beliau kekal menduduki kerusi tersebut selaku wakil rakyat bebas sehingga tamat penggal pada Jun 2015. Dituduh mengkhianati negara Pergeseran di antara beliau dengan Erdogan mencapai kemuncak apabila berlaku percubaan rampasan kuasa pada Julai 2016 yang menyaksikan sekumpulan tentera yang berpaling tadah melakukan serangan ke atas Parlimen dan Istana Presiden.

‘Peristiwa hitam’ itu yang menyebabkan sekurang-kurangnya 238 orang terbunuh dan hampir 2,200 orang cedera.

Kegagalan kudeta tersebut menjadi permulaan kepada kejatuhan Hakan Sukur. Kerajaan pimpinan Erdogan telah mengambil tindakan drastik dengan berpuluh ribu individu ditahan kerana dituduh mempunyai hubungan dengan Gulen manakala lebih 140,000 kakitangan kerajaan dipecat.

Turkey jails 22 former soldiers for life over 2016 coup attempt https://t.co/KC3OVxZrAm pic.twitter.com/XPZnHzItdR
— Al Jazeera English (@AJEnglish) April 7, 2021 Ia dipercayai sebagai usaha untuk menamatkan pengaruh Gulen dalam semua institusi di negara tersebut walaupun tindakan itu mendapat kecaman boleh pihak Barat dan pejuang hak asasi manusia.

Status Hakan Sukur selaku legenda bola sepak Turki tidak menghalang untuk beliau menjadi buruan pihak berkuasa.

Hakan Sukur telah dituduh dengan kesalahan menghina Erdogan di Twitter. Beliau menafikan bahawa ciapannya ditujukan kepada Erdogan. Tetapi alasan itu ditolak oleh pihak pendakwaraya yang menyatakan ia ‘dengan jelas’ ditujukan kepada Presiden Turki.

Sekiranya didapati bersalah, Hakan Sukur boleh dikenakan hukuman penjara 4 tahun. Keadaan tersebut mendorongnya untuk berhijrah ke Amerika Syarikat dan mula memulakan kehidupan baharu di San Francisco. Ku sangka panas sampai ke petang Pada 2017, sebuah agensi berita Turki pernah mendedahkan bahawa Hakan Sukur hidup mewah dengan menginap di rumah berharga $3 juta (RM12.23 juta). Malah beliau juga dilihat menaiki beberapa kereta mewah dan memiliki kafe di kawasan mewah.

Tetapi entah apa yang berlaku, hari ini beliau terpaksa meneruskan kehidupannya dengan menjadi pemandu Grab dan menjual buku.

California Today: California Today: The Former Turkish Soccer Star Running a Bay Area Cafe: Monday: How Hakan Sukur left Turkey’s Parliament for Palo Alto, state Republicans face an unsettling possibility, and a graffiti art exhibit opens in Los Angeles. pic.twitter.com/3fRzzg5X9w
— SagittarioCase (@SagittarioCase) May 7, 2018
“Saya dah tiada apa, Erdogan telah rampas segalanya: hak saya untuk hidup bebas, kebebasan bersuara dan hak untuk bekerja,” ujarnya dalam satu temubual bersama media Jerman, Welt am Sonntag.

“Sehingga hari ini, tiada siapa dapat buktikan peranan saya dalam insiden tersebut. Saya tidak pernah melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang. Saya bukan pengkhianat atau pengganas.

“Saya mungkin dicop sebagai musuh kepada kerajaan ini, tetapi saya bukan musuh kepada Turki. Saya sayangkan negara saya.

“Selepas ‘berpisah’ dengan Erdogan, saya mula menerima pelbagai bentuk ancaman. Kedai isteri saya diserang, anak saya diancam, ayah saya disumbat ke dalam penjara dan semua aset saya dibekukan.

“Jadi saya ambil keputusan untuk berpindah ke Amerika Syarikat, mengusahakan sebuah kafe di California, tetapi ada individu mencurigakan selalu datang ke kafe. Jadi sekarang saya cuma memandu untuk Uber dan menjual buku.”

Ini pastinya bukan perjalanan hidup yang baik buat Hakan Sukur apabila beliau tidak dapat kembali ke tanah air tercinta walaupun namanya terpahat selaku legenda bola sepak negaranya.

SOURCE: semuanyabola.com

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://obsesbola.blogspot.com/2022/01/kini-pemandu-uber-kisah-hakan-sukur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kertas Siasatan Lengkap Nasib Zeti Nor Mohamad Yakcop Kini Ditangan Peguam Negara

Kertas Siasatan Lengkap Nasib Zeti Nor Mohamad Yakcop Kini Ditangan Peguam Negara

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 152 hits
PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan mengemukakan kertas siasatannya mengenai hubung kait bekas Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz dan 1MDB kepada Jabatan Peguam Negara FMT dimaklumkan kertas siasatan SPRM itu menyusu...
Lagi Kes Sijil Tipu Vaksin Dibuang Botol Dipulang Kepada Kkm

Lagi Kes Sijil Tipu Vaksin Dibuang Botol Dipulang Kepada Kkm

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 210 hits
Oleh Pihak berkuasa membuka kertas siasatan berhubung dakwaan sijil digital vaksin palsu GAMBAR HIASAN Abd Razak Aid POLIS menahan tujuh individu tempatan termasuk tiga wanita berumur lingkungan 20 hingga 35 tahun yang merupakan pekerja dan...
Selepas Dibuang Kerja Pemuda Ini Cuba Servis Akuarium Tak Sangka Rumahnya Jadi Persinggahan Kanak Kanak Menangis

Selepas Dibuang Kerja Pemuda Ini Cuba Servis Akuarium Tak Sangka Rumahnya Jadi Persinggahan Kanak Kanak Menangis

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 171 hits
DUA tahun mencari rezeki di sebuah kilang jejaka dari Kedah ini akhirnya diberhentikan kerja ketika pandemik c0v1d 19 sedang melanda Buntu dengan nasibnya ketika itu Mohd Fakhrul Affiq Yusoff berkata dia enggan terus meratapi apa yang berla...
Wall Street Journal Berkata Malaysia Adalah Negara Paling Korup Untuk Melakukan Rasuah Dalam Perniagaan

Wall Street Journal Berkata Malaysia Adalah Negara Paling Korup Untuk Melakukan Rasuah Dalam Perniagaan

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 222 hits
Transparency International berkata Malaysia mendapat markah paling teruk dalam Tinjauan Pembayar Rasuah Ia bertanya kira kira 3 000 eksekutif dari 30 negara sama ada mereka telah kehilangan kontrak pada tahun lalu kerana pesaing membayar ra...
Ojk Setor Pajak Dan Sisa Anggaran 2021 Ke Negara Lebih Dari Rp450 Miliar

Ojk Setor Pajak Dan Sisa Anggaran 2021 Ke Negara Lebih Dari Rp450 Miliar

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 189 hits
Otoritas Jasa Keuangan menyetorkan pajak dan sisa anggaran ke Negara lebih dari Rp450 Miliar pada tahun 2021 OJK berkomitmen untuk terus meningkatkan tata kelola penggunaan anggaran dan memenuhi kewajiban perpajakan kepada negara
56 Anggota Pegawai Polis N Sembilan Dibuang Kerja Dalam Tempoh 5 Tahun

56 Anggota Pegawai Polis N Sembilan Dibuang Kerja Dalam Tempoh 5 Tahun

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 216 hits
Terbabit dengan pelbagai kesalahan jenayah SEREMBAN Seramai 56 anggota dan pegawai polis di Negeri Sembilan telah dikenakan tindakan tatatertib dibuang kerja berikutan terlibat dengan pelbagai kesalahan jenayah dalam tempoh lima tahun sejak...
Anjing Corgi Malang Dibuang Ke Tempat Sampah Wajah Polos Dan Sedih Tuan Tidak Menginginkan Saya

Anjing Corgi Malang Dibuang Ke Tempat Sampah Wajah Polos Dan Sedih Tuan Tidak Menginginkan Saya

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 173 hits
Anjing yang beruntung dapat dirawat dan dicintai oleh pemiliknya sepanjang hidup mereka tetapi anjing yang tidak beruntung mungkin bertemu dengan pemilik yang tidak bertanggung jawab yang sesuka hati membuangnya seperti sampah
Ahmad Dhani Dimarahi Petugas Lapangan Terbang Turki Gara Gara Tak Pakai Pelitup Muka

Ahmad Dhani Dimarahi Petugas Lapangan Terbang Turki Gara Gara Tak Pakai Pelitup Muka

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 197 hits
Ahmad Dhani dimarahi petugas lapangan terbang Turki gara gara tak pakai pelitup mukaSource https www mstar com my spotlight bintang global 2022 01 20 ahmad dhani dimarahi petugas lapangan terbang turki gara gara tak pakai pelitup muka Ahmad...
5 Potret Fuji Unboxing Oleh Oleh Turki Dari Thariq Bikin Netizen Auto Senyum Sendiri

5 Potret Fuji Unboxing Oleh Oleh Turki Dari Thariq Bikin Netizen Auto Senyum Sendiri

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 341 hits
Thariq Halilintar baru kembali ke Tanah Air usai menikmati liburan dari Turki Harus menjalani karantina Thariq pun mengirimkan oleh olehnya dan tak bisa langsung bertemu Fuji pun melakukan unboxing oleh olehnya bersama Thariq melalui video ...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun