Kini Peluang Pas Usulkan Semula Ruu 355



Abdul Malek Hussein

Tepat dua tahun lalu, pada 5 April 2018, Dewan Rakyat ditangguhkan dan akan bersidang semula pada suatu tarikh selepas selesai PRU14.‬

‪Apa yang menjadi perhatian ramai dalam mesyuarat terakhir Parlimen Ketiga Belas pada hari itu ialah status usul persendirian MP Marang Abdul Hadi Awang bagi mendapat kebenaran Dewan Rakyat untuk mencadangkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau lebih dikenali sebagai RUU355.‬

‪Usul persendirian itu mencadangkan Akta 355 dipinda bagi mengenakan hukuman lebih berat di bawah kuasa mahkamah syariah. Ia mahukan hukuman "penjara selama tempoh melebihi 3 tahun atau denda melebihi RM5,000 atau sebatan melebihi 6 kali" digantikan dengan "penjara selama tempoh melebihi 30 tahun atau denda melebihi RM100,000 atau sebatan 100 kali" bagi kes-kes jenayah Syariah.‬

‪Pada 24 November 2016, MP Marang membawa usul persendirian itu bagi kali pertama di Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 49 (1).‬

‪Menurut Peraturan Mesyuarat, suatu usul persendirian bagi meminda apa-apa Akta perlu terlebih dahulu dibentang bagi mendapatkan kebenaran majlis mesyuarat Dewan.‬

‪Pada 26 Mei 2016, MP Marang membentangkan usul persendirian tersebut di Dewan Rakyat buat pertama kali dengan membacakan pindaan RUU 355 dalam versi baru yang dipinda lagi, tetapi pembentangan RUU 355 itu dan perbahasannya ditangguhkan.‬

‪Pada 6 April 2017, MP Marang diberi peluang sekali lagi membentangkan usul persendirian tersebut. Namun tiada keputusan dibuat oleh Dewan Rakyat bagi mempersetujui usul yang sepatutnya memberikan kebenaran kepada MP Marang untuk membentangkan pindaan Akta 355, dan sidang Dewan ditangguhkan tanpa sebarang keputusan.‬

‪Pada 5 April 2018, Kerajaan bentangkan usul yang menghadkan masa mesyuarat Dewan Rakyat hanya untuk menyelesaikan urusan kerajaan, tanpa memberi peluang usul persendirian MP Marang dibahaskan. Ahli-ahli Parlimen BN yang bermajoriti UMNO menyetujui usul tersebut, lalu sekali lagi tiada keputusan Dewan dicapai bagi membenarkan MP Marang mencadangkan RUU meminda Akta 355.‬

‪Menurut Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, sesuatu usul persendirian seperti usul MP Marang bagi meminda Akta RUU 355 perlu mendapat persetujuan Dewan sebelum ianya boleh dijadikan usul RUU Kerajaan.‬

‪Menurut Peraturan Mesyuarat juga, hanya Kerajaan sahaja yang boleh membentang RUU yang baru atau yang meminda Akta yang sedia ada.‬

‪Sebarang pindaan Akta dari Ahli Parlimen bukan kerajaan hendaklah terlebih dahulu kemukakan usul persendirian untuk mendapat persetujuan Dewan. Tanpa persetujuan majlis mesyuarat Dewan, usul persendirian itu tak berbangkit dan tertolak dengan sendirinya apabila Dewan terhenti bersidang atau ditangguhkan atau Parlimen dibubarkan.‬

‪Pada hari Khamis, 5 April 2018, Menteri BN-UMNO di Jabatan Perdana Menteri kemukakan usul Dewan Rakyat hanya menyelesaikan urusan kerajaan. Dewan Rakyat terhenti tepat jam 1:00 tengahari, walaupun pada hari Khamis lazimnya Dewan bersidang sehingga jam 5:30 petang. Menurut kelaziman, masih ada masa selama 3 jam lagi untuk membahas dan memutuskan usul persendirian MP Marang.‬

‪Oleh kerana, Dewan Rakyat bagi Parlimen Ketiga Belas telah ditangguhkan, usul persendirian MP Marang itu tertolak dengan sendirinya dan tak berbangkit lagi.‬

‪Usul persendirian MP Marang bagi mendapat kebenaran untuk mencadangkan RUU meminda Akta 355 tidak mendapat persetujuan Dewan Rakyat. Ia tidak menjadi kenyataan kerana putar belit Yang di-Pertua Dewan Rakyat.‬

‪Usul persendirian MP Marang tidak lagi bertaraf Rang Undang-undang yang sepatutnya kemudian dikemukakan oleh Kerajaan Persekutuan pimpinan PM Najib Razak ketika itu dan dibahaskan dalam Dewan Rakyat. Ia tidak menjadi kenyataan akibat putar belit BN-UMNO yang menguasai majoriti dalam Dewan Rakyat.‬

‪PAS dan para penyokongnya di peringkat akar umbi menjadi mangsa putar pelit politik BN-UMNO, dan di samping itu nyata sekali wujud kesilapan perhitungan strategi pimpinan tertinggi PAS yang termakan umpan PM Najib Razak.‬

‪Dua hari kemudian, pada 7 April 2018, Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRU14. Dalam PRU14 yang diadakan 9 Mei 2018 itu, BN tewas dan Pakatan Harapan (PH) menang untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.‬

‪Pindaan RUU 355 tak berbangkit sepanjang PH berkuasa kerana ia tidak menjadi agenda perjuangan PH.‬

‪Kerajaan PH tidak bertahan lama. Pada 24 Februari 2020, Kerajaan PH tumbang dan Perikatan Nasional (PN) merampas kuasa melalui pengkhianatan beberapa Ahli-ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat dan tindakan Bersatu keluar PH. ‬

‪Pada 9 Mac 2020, PM Muhyiddin Yassin mengumumkan Anggota Pentadbiran seramai 70 orang, termasuk 3 orang Menteri dan 5 Timbalan Menteri dari PAS.‬

Aku membangkitkan beberapa persoalan kini berkaitan pindaan Akta 355.

‪◾️Apakah kehadiran Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan Menteri PAS akan lebih membuka peluang untuk mencadangkan dalam Kabinet Kerajaan PN bagi mempersetujui Rang Undang-undang meminda Akta 355 dibawa ke mesyuarat Parlimen yang akan bermula pada 18 Mei 2020?‬

‪◾️Atau, adakah dengan MP Kota Bharu, Takiyuddin Hassan yang kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) pada kali ini akan mengemukakan usul Kerajaan bagi meminda Akta 355 dalam sidang Parlimen akan datang?‬

‪◾️Atau, apakah MP Marang, Haji Abdul Hadi Awang yang kini Duta Khas PM ke Timur Tengah bertaraf Menteri akan beliau sendiri membentangkan usul Kerajaan itu?‬

‪◾️Atau, apakah PAS akan menganjurkan satu lagi perhimpunan RUU 355 bagi mengenakan tekanan terhadap Kerajaan PN seperti yang pernah diadakan pada 18 Februari 2017 di Padang Merbok, Kuala Lumpur jika Kerajaan PN tidak bersetuju dengan pindaan itu?‬

‪◾️Atau, bersediakah PAS menarik diri daripada Kerajaan PM Muhyiddin Yassin sekiranya Kerajaan PN tidak mempunyai komitmen untuk meminda Akta 355?‬

‪◾️Atau, adakah PAS sendiri memutuskan untuk tidak lagi memperjuangkan pindaan Akta 355 kerana berkedudukan kerajaan kini lebih selesa dan tidak membawa keuntungan politik lagi jika isu RUU 355 dikemukakan kembali?‬

‪◾️Atau, adakah sebelum ini tuntutan PAS untuk meminda Akta 355 dahulu hanyalah suatu sandiwara politik yang cuma bertujuan mengabui untuk menarik sokongan undi orang-orang Melayu Islam dalam PRU14 sahaja?‬

‪Sesungguhnya, dua tahun lalu pada 5 April 2018, perjuangan PAS meminda Akta 355 tidak berupaya menjadi kenyataan. Tetapi kini PAS dalam Kerajaan Persekutuan. PAS mungkin tak berhalangan lagi untuk membawa dan menjadi pindaan itu suatu realiti.‬

‪🔴 Atau, mungkinkah RUU 355 kini telah meninggal dunia menjadi mangsa terbaru virus COVID-19?‬




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/kini-peluang-pas-usulkan-semula-ruu-355.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setiausaha Pan Kluang Cikgu Halim Sudah Kembali Semula Kepangkuan Pas

Setiausaha Pan Kluang Cikgu Halim Sudah Kembali Semula Kepangkuan Pas

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 178 hits
Pernah menjadi ALP PASTI Pusat Timbalan Pengarah PASTI Johor dan exco Dewan Pemuda PAS Johor Jawatan terakhir beliau adalah Setiausaha PAN Kluang Penyerahan borang kepada sahabat lama beliau yang juga merupakan YDP PAS Kluang dibuat selepas...
Bangga Umno Masuk Pas Kini Bangga Ke Pwtc

Bangga Umno Masuk Pas Kini Bangga Ke Pwtc

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 201 hits
Via WhatsApp Aku pernah berceramah bersama al Marhum Ust Fadhil Nor sebelum PRU 1999 di Kedah Dalam ceramah aku cerita ada JKKK Umno masuk Pas di Perlis Sampai giliran Ust Fadhil dia kata nak hairan apa di Perlis JKKK Umno masuk Pas Di Keda...
Lantik Hadi Duta Khas Pas Jilat Ludah Sendiri

Lantik Hadi Duta Khas Pas Jilat Ludah Sendiri

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 294 hits
Perlantikan Presiden Pas Hj Hadi Awang sebagai duta khas ke negara negara Arab membangkitkan bantahan rakyat kerana Pas sebelum ini pernah mempertikaikan perlantikan duta khas ke China yang dilakukan kerajaan Pakatan Harapan Timbalan Presid...
Jangan Hairan Kalau Pas Jilat Ludah Sendiri Tak Caya Dengar Saja Salah Satu Video Ini

Jangan Hairan Kalau Pas Jilat Ludah Sendiri Tak Caya Dengar Saja Salah Satu Video Ini

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 342 hits
Tahniah Setelah penat menebuk atap dapatlah habuan jadi duta khas taraf menteri PH ke 8 tak habis lagi bagi ghanimah pada saat negara dilanda krisis terburuk Covid 19 kata Mujahid Yusof menerusi twitter Perlantikan Hadi Pas jilat ludah send...
Hadi Duta Muhyiddin Lemahkan Pas

Hadi Duta Muhyiddin Lemahkan Pas

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 414 hits
Via WhatsApp Menyedari PPBM asalnya hanya ada 12 MP shj sblm ditambah dgn migrate UMNO dan Kartel PKR menampakkan mereka lebih MP dari PAS yg ada 18 MP Bila mengatur kabinet kita menjangkalan PAS akan dapat 5 Menteri sama dgn Amanah dapat d...
Pas Cadang Kecilkan Saiz Kabinet Buang Menteri Yang Cetus Kontroversi

Pas Cadang Kecilkan Saiz Kabinet Buang Menteri Yang Cetus Kontroversi

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 314 hits
MALAYSIA DATELINE Pas mencadangkan agar kerajaan mengecilkan saiz Kabinet dengan cara membuang mana mana menteri dan timbalan menteri yang memberikan cadangan kontroversi agar perbelanjaan mengurus kerajaan dapat dikurangkan Cadangan ini di...
Dasar Perjuangan Dan Perlembagaan Parti Pas

Dasar Perjuangan Dan Perlembagaan Parti Pas

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 328 hits
Riana ArianaSejak dahulu lagi ahli pas dimomokan dengan perjuangan Pas adalah menegakkan hukum Islam diMalaysia Sehingga didoktrinkan oleh pemimpin Pas jika ahli Pas mati melawan kerajaan Malaysia mati ahli Pas adalah syahid Malah jika ahli...
Ppbm Sedang Sekat Kemaraan Pas Dlm Pn Secara Licik

Ppbm Sedang Sekat Kemaraan Pas Dlm Pn Secara Licik

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 187 hits
MOd Zulaimi kazinMenyedari PPBM asalnya hanya ada 12 MP shj sblm ditambah dgn migrate UMNO dan Kartel PKR menampakkan mereka lebih MP dari Pas yg ada 18 MP Bila mengatur kabinet kita menjangkalan Pas akan dapat 5 Menteri sama dgn Amanah dap...
Surat Presiden Pas Kepada Gerakan Islam Halang Anwar Yang Disokong Freemason

Surat Presiden Pas Kepada Gerakan Islam Halang Anwar Yang Disokong Freemason

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 495 hits
Terjemahan Friends of HARAPAN Jordan Segala puji bagi Allah yang segala kekuasaan berada di tangan Nya dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu Katakanlah Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau...
Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Rare Footage Of Fish Rescuing Friend From Snake Catches Netizens Attention

Kacang Pool Roti Rentung Pertama Kali Merasainya

Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran