Kingslim D5 Dashcam Bajet Yang Menyerlah Dengan Rakaman 4k



Pada waktu kini, dashcam bukan lagi satu gajet yang dilambangkan sebagai bentuk kemewahan, kerana rakaman yang dibuat sewaktu memandu boleh dijadikan bukti sekiranya berlaku kemalangan. Ia menjadi unsur yang sangat penting kepada sesebuah kenderaan, tidak kiralah motosikal sekalipun.
Kingslim cuba memenuhi kerompongan dalam ruangan bajet, apabila syarikat ini mengeluarkan dashcam yang mampu dimiliki oleh ramai orang. Dengan model D5, kini sesiapa sahaja mampu menggunakan dashcam, dengan rakaman beresolusi 4K.
Mari kita tonton terlebih dahulu segmen buka kotak.

Apa Ada Dalam Kotak?
1x Kingslim D5 dashcam.
1x Pendakap GPS.
2x Pita pelekat dua sisi.
5x Klip kabel.
1x Pengecas (kereta).
1x Manual panduan pengguna.
2x Pelekat GPS.
1x Pry Tool.

Spesifikasi Kingslim D5:
Rakaman 4K Ultra HD:
Kingslim D5 merakam video UHD 4K (2160P @ 30fps) dan 2.5K (2560×1440 @ 30fps)/1080P @ 60fps video HD Penuh.
WiFi Terbina Dalaman:
Mudah menyambungkan kamera kereta D5 dengan aplikasi telefon melalui fungsi WiFi. Anda boleh memainkan semula dan memuat turun video tanpa mengeluarkan kad SD dan menyesuaikan tetapannya secara langsung melalui aplikasi telefon.
Rakaman & Penjejakan GPS:
Fungsi GPS terbina dalaman dan modul GPS disertakan, yang dapat merekod data laluan dan kelajuan pemanduan anda dalam video.
Sony STARVIS Night Vision:
Dilengkapi dengan sensor imej Sony, lensa kaca 6-lapisan dan bukaan f/1.8 yang besar, alat perakam dashboard ini mencapai penglihatan malam yang jelas dan terang walaupun dalam lingkungan cahaya rendah.
Pasang & Mainkan Dalam 5 Minit:
Kamera pemuka depan tunggal dengan reka bentuk palam dan main tanpa kerja pendawaian yang rumit, sesiapa sahaja boleh memasangnya dan menggunakannya dalam 5 minit.

Kingslim ialah anak syarikat kepada Akaso. Saya sudah pernah menggunakan beberapa model kamera aksi dari Akaso sebelum ini iaitu Brave 4 dan V50 Pro, jadi saya tahu apa yang boleh dijangkakan untuk kamera pemuka atau dashcam ini.
Menawarkan kualiti rakaman yang baik dengan sensor imej STARVIS oleh Sony, saya lebih tertarik untuk mencubanya di waktu malam kerana secara umumnya, kebanyakan kamera pemuka pada masa kini sudah boleh memberikan penggambaran yang bagus di waktu siang. Di hujung artikel ini ada dikongsikan kualiti penggambaran di kedua-dua belah masa, iaitu siang dan malam.
Kamera ini mempunyai sokongan GPS terbina dalaman, dan ia akan memaparkan koordinat GPS serta kelajuan semasa ketika rakaman berlangsung. Ini memudahkan pemungutan data tentang lokasi kejadian yang lebih tepat.
Untuk mewujudkan ekosistem yang lebih lengkap, ia turut menyokong aplikasi pihak ketiga iaitu Roadcam. Jujurnya, saya amat tidak sukakan aplikasi ini kerana ia meminta beberapa kebenaran (permission) untuk beroperasi, yang lebih dari sepatutnya.
Tidak lupa juga paparan antara muka pengguna yang kurang kemas, sambungan kepada ciri WiFi yang agak mengelirukan, dan ciri auto rakam di paparan muka depan agak menjengkelkan. Berikut adalah paparan aplikasi tersebut:

Tanpa aplikasi ini pun, Kingslim D5 masih dapat berfungsi seperti biasa, cuma jika anda hendak mengalihkan data dari kad SD mikro, anda perlulah mengeluarkan kad itu terlebih dahulu. Melainkan anda tidak kisah tentang keselamatan data dan hal privasi anda, maka silalah gunakan aplikasi Roadcam.
Selain itu, Kingslim D5 juga menyokong ciri:
Sudut pandang 170°. Skrin IPS 2 inci. Pemantau parkir. Rakaman kecemasan (G-sensor/pemantau parkir/pengesan pergerakan). Resolusi tangkapan gambar – 12M/10M/5M/3M. Super Night Vision dengan HDR. Berikut pula ialah beberapa gambar set aksesori Kingslim D5 yang diberikan dalam kotak, dan beberapa gambar close up. Set ini hanyalah beberapa aksesori asas sahaja, tetapi sudah cukup untuk anda mula menggunakan kamera pemuka Kingslim – asalkan anda sudah beli kad SD mikro terlebih dahulu. Oh ya, kamera ini menyokong kad berkapasiti sehingga 256GB.
Pelekat untuk pendakap GPS. Pengecas dalam kereta yang perlu dipalamkan ke dalam soket pencucuh rokok. Butang kuasa, dan slot untuk kad SD mikro serta plug kuasa USB. Paparan skrin depan. Lensa 4K dengan bukaan f/1.8. Pry tool, klip kabel, dan pelekat. Butang memilih pilihan dalam tetapan. Grill pembesar suara. Ciri GPS terbina dalaman. Sebuah kamera pemuka kereta yang lengkap, tetapi masih murah. Sampel rakaman video di waktu siang:

Melihat kepada kualiti rakaman waktu siangnya, selain kestabilan rakaman yang agak mengagumkan, ia juga menonjol dengan ciri HDR. Ini suatu fungsi yang selalunya ada pada kamera yang lebih mahal. Cuma apabila ditonton semula, dapat dilihat profil warnanya yang lebih ke arah ‘warm’.
Selain itu, di bahagian video juga disertakan informasi koordinat GPS, kelajuan kenderaan, tarikh dan waktu rakaman.
Sudut pandang kamera agak luas, yang mana merangkumi sebahagian besar cermin hadapan. Anda boleh pilih untuk lekatkan di tepi atau di tengah, sesuai dengan citarasa anda sendiri.
Perincian pada video bolehlah dikatakan agak baik, walaupun saya pernah melihat kualiti yang lebih bagus lagi dari ini. Asal saja anda rakamkan dengan resolusi 4K, perincian penting seperti nombor plat akan dapat dilihat selepas zoom.
*Bunyi getaran yang anda dengar tidak datang dari kamera, tetapi dari radio kereta saya. Maaf, ada duit lebih nanti saya tukar. Hehehe.
Sampel rakaman video di waktu malam:

Melihat kepada kualiti rakaman di waktu malam pula, terserlah ciri Night Vision yang diiklankan oleh Kingslim. Walaupun suasana agak gelap, video yang dirakamkan masih cerah dan sempurna, cuma kadangkala noise dapat dilihat dengan jelas.
Kualiti rakaman masih stabil, audio pula memuaskan. Cuma disebabkan tona warnanya yang agak ke arah ‘warm’ seperti dinyatakan di atas, adakala video kelihatan kekuningan.
Ya, ya, bunyi getaran radio saya memang menjengkelkan. Tapi nak buat macam mana, kedai aksesori kereta banyak yang tutup di waktu PKP (ini adalah sebuah alasan kukuh.)
Konklusi
Dengan harga sebanyak RM281, saya rasa kamera ini mampu memberikan anda satu kepuasan, terutamanya buat anda yang sudah lama menginginkan sebuah kamera pemuka untuk kereta.
Meskipun rakaman di waktu malamnya belum dapat menandingi kualiti hasil rakaman dari kamera yang lebih mahal, namun dengan harga bajet dan set aksesori lengkap, Kingslim D5 tidak menghampakan sama sekali.
Kalau ada kekurangan yang saya ingin sekali ia ditambah, atau ditambah baik, ialah ciri skrin sentuh. Walaupun butang yang ada amat mudah ditekan dan responsif, jika anda lebih menggemari skrin sentuh, mungkin D5 bukan untuk anda. Tetapi jika anda tidak pedulikan ciri itu, saya yakin anda tidak menyesali pembelian ini.
Beli di sini: Lazada.

The post Kingslim D5: Dashcam Bajet Yang Menyerlah Dengan Rakaman 4K appeared first on OMG! Hackers?.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/kingslim-d5-dashcam-bajet-yang-menyerlah-dengan-rakaman-4k/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banyak Lagi Pembersihan Harus Zahid Hamidi Lakukan Annuar Musa Yang Terawal Kongsi Audio Rakaman Semestinya Disiasat

Banyak Lagi Pembersihan Harus Zahid Hamidi Lakukan Annuar Musa Yang Terawal Kongsi Audio Rakaman Semestinya Disiasat

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 155 hits
Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi hari ini memecat Ahli Parlimen Pasar Salak Tajuddin Abdul Rahman daripada jawatannya sebagai Pengarah Pilihanraya UMNO Jawatan tersebut kini dipegang oleh Mohamad Hasan Timbalan Presiden UMNO yang juga Penge...
Rakaman Tugasan Pdpr Anak Sekolah

Rakaman Tugasan Pdpr Anak Sekolah

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 248 hits
Musim musim PDPR ni memang banyak kena buat video tugasan anak anak anak anak pula Bila nak buat rakaman je terus gugup Padahal sebelum tu dah elok elok hafal skrip Dah lancar membaca Bila kita 1 2 3 action Terus gagap suara tak keluar adoh...
Trailer Terakhir Snake Eyes G I Joe Origins Berikan Lebih Banyak Aksi Rakaman Terbaru

Trailer Terakhir Snake Eyes G I Joe Origins Berikan Lebih Banyak Aksi Rakaman Terbaru

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 194 hits
Paramount Pictures telah melancarkan trailer terakhir filem terbaru mereka yang akan datang Snake Eyes G I Joe Origins memaparkan lebih banyak aksi dan rakaman terbaru Anda boleh tonton trailer tersebut dipemain video dibawah Snake Eyes ada...
Viral Rakaman Mp Rina Harun Berjoget Ini Pendedahan Pembantunya

Viral Rakaman Mp Rina Harun Berjoget Ini Pendedahan Pembantunya

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 232 hits
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Rina Harun telah meninggalkan majlis Bersatu yang diadakan di sebuah dewan hotel yang dilihat dalam video viral menunjukkan sekumpulan orang menari menurut seorang pegawai menteri itu
Hiburan Tiada Peruntukan Atau Bajet Ke Rozita Che Wan Kecewa Lihat Persalinan Kontinjen Malaysia

Hiburan Tiada Peruntukan Atau Bajet Ke Rozita Che Wan Kecewa Lihat Persalinan Kontinjen Malaysia

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 412 hits
Selepas menyaksikan perbarisan kontinjen Malaysia ketika acara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo 2021 terdapat pelbagai reaksi pro kontra yang dilemparkan oleh netizen mengenai persalinan yang dikenakan mereka Merupakan seorang yang tidak genta...
Bajet Bakul Makanan Di Kawasan Pembangkang Rm1 Satu Kepala

Bajet Bakul Makanan Di Kawasan Pembangkang Rm1 Satu Kepala

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 312 hits
Persempadanan pilihan raya yang tempang dan digunakan oleh kerajaan BN sebelum ini untuk menang setiap pilihan raya menyebabkan bantuan bakul makanan hari ini sukar diagihkan secara saksama di kawasan pembangkang Hal itu berlaku di Parlimen...
Open Wardrobe Bajet Bawah Rm250 Taklah Sakit Mata Tengok Baju Tergantung

Open Wardrobe Bajet Bawah Rm250 Taklah Sakit Mata Tengok Baju Tergantung

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 430 hits
Rumah yang kecil agak terhad untuk meletakkan perabot besar Jadi bagi menampakkan ruang nampak lebih luas perlulah kreatif Seperti juga dalam bilik penggunaan perabot yang minimal akan menjadikan ruang lebih luas dan selesa Begitu juga bagi...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Asan Lembu The Movie

Hospital Kuala Pilah

Wan Ji Najib Dapat Layanan Sangat Istimewa Di Penjara

Potong Ikan Keluar Api

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Doa Doa Dalam Bulan Ramadan Yang Boleh Kita Amalkan

Mangkuk Correle 2024

Diy Toy For Toddler

Peristiwa Nuzul Al Quran Dan Bekalan Air

Swaylin Bechuanka Nuan Chord

Sanusi Henti Retorik Kxp Tumpu Projek Loji Rawatan Air