Kim Swee Mahu Fam Calonkan Gol Park Tae Su Untuk Anugerah Puskas


Kim Swee lega Sabah raih satu mata, mahu usul jaringan Tae-soo bagi Anugerah Puskas
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt) Kim Swee mahu usul jaringan Tae-soo bagi Anugerah Puskas Sabah meraih satu mata dalam aksi sulung Piala Malaysia pada Isnin setelah terikat 1-1 menentang PJ City tetapi apa yang lebih mencuri perhatian adalah jaringan jarak jauh dilakukan Park Tae Su.

Sepakan percuma dari jarak kira-kira 40 meter itu meroket ke gawang PJ City dan menewaskan Kalamullah Al Hafiz pada minit ke-20 untuk gol pendahuluan Sabah.

Ia ternyata memukau penyokong bolasepak tanah air malah turut mendapat perhatian daripada FIFA serta media antarabangsa.


Pengendali Sabah, Dato’ Ong Kim Swee ketika temubual di Nadi Arena menganggap jaringan itu bertaraf dunia dan mahu ia dicalonkan untuk Anugerah Puskas.


“Jaringan bertaraf dunia yang dilakukan Park itu akan memberikan impak kepada liga kita.


“Di situ terbukti bahawa liga kita mempunyai mutu yang cukup tinggi dan kita juga mempunyai pemain import yang baik.

“Pada masa sama, ia akan memberikan lebih keyakinan buat pemain yang beraksi dalam liga kita, terutama pemain Sabah, di mana ia mendapat pengiktirafan yang sebegitu besar.

“Kemungkinan saya akan berbincang dengan pihak pengurusan dan pemain itu sendiri, sama ada kami boleh mendapatkan persetujuan daripada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) untuk mencalonkan jaringan itu bagi Anugerah Puskas FIFA,” kata Ong Kim Swee.



Sementara itu mengenai aksi pertama Sabah di bawah bimbingannya, bekas jurulatih kebangsaan itu berkata dia melihat peningkatan dan banyak perkara positif dalam corak permainan barisan pemainnya.


“Mendapatkan satu mata merupakan satu keputusan yang baik, terutama ketika beraksi di laman lawan. Namun, saya percaya kami masih mampu memperbaiki prestasi, di mana kami mempunyai banyak peuang tetapi tidak dapat jaringan yang kami mahukan. Ia meletakkan kami dalam satu situasi tertekan.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya baru bersama pasukan selama seminggu dan sudah tentu kami masih belum dapat melakukan banyak perubahan. Apabila pemain cuba mengadaptasi corak permainan saya, sudah tentu akan ada kelemahan juga.

“Selepas menjaringkan gol, kami seperti terlena seketika dan ia memberikan ruang buat PJ City untuk mendapatkan gol penyamaan. Ia satu perkara yang tidak boleh kami ulangi, di mana kami perlu kekal fokus sehingga tamat permainan,” katanya.

SOURCE: Stadium Astro

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://obsesbola.blogspot.com/2021/09/kim-swee-mahu-fam-calonkan-gol-park-tae.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Gol Roket Dari Jarak 36 Meter Park Tae Su Curi Perhatian Fifa

Video Gol Roket Dari Jarak 36 Meter Park Tae Su Curi Perhatian Fifa

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 458 hits
Lain macam Gol meroket Dari Jarak 36 Meter Park Tae su Curi Perhatian FIFA Gol ajaib Park Tae su diiktiraf oleh FIFA Pertandingan Piala Malaysia 2021 baru sahaja memasuki pusingan pertama namun kita telah dihidangkan dengan beberapa gol men...
Fifa Anggap Gol Park Tae Su Dalam Saingan Piala Malaysia Berkelas Dunia

Fifa Anggap Gol Park Tae Su Dalam Saingan Piala Malaysia Berkelas Dunia

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 245 hits
Tae Su meraikan jaringan menakjubkan bersama rakan sepasukan ketika menentang PJ City malam tadi FOTO Sabah FC FIFA kagum gol roket Tae Su Nama Liga Malaysia dan Sabah FC mendunia selepas jaringan sepakan percuma roket yang dilakukan Park T...
Bukan Ahli Silap Mata Tetapi Ong Kim Swee Janjikan Nafas Baru Buat Sabah

Bukan Ahli Silap Mata Tetapi Ong Kim Swee Janjikan Nafas Baru Buat Sabah

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 891 hits
kepulangan Ong Kim Swee bukanlah merupakan Kepulangan Cerita Dongeng semata mata Datuk Ong Kim Swee akan kembali ke bumi Sabah selepas lebih dua dekad sebagai jurulatih terbaru mereka berbekalkan memori gemilang sebagai pemain yang pernah m...
Ong Kim Swee Tinjau Persiapan Pemain Menghadapi Piala Malaysia

Ong Kim Swee Tinjau Persiapan Pemain Menghadapi Piala Malaysia

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 322 hits
Ong Kim Swee bercakap kepada pemain di Stadium Likas KOTA KINABALU Ketua jurulatih Badak Sabah yang baru dilantik Datuk Ong Kim Swee tidak membuang masa terus bertemu pemain pemain sejurus selepas ketibaannya dari Kuala Lumpur pada jam 5 pe...
Kim Swee Akui Tiada Tekanan Dari Pengurusan Pasukan Dalam Kempen Piala Malaysia

Kim Swee Akui Tiada Tekanan Dari Pengurusan Pasukan Dalam Kempen Piala Malaysia

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 385 hits
Datuk Ong Kim Swee 50 yang pernah memenangi Piala FA pada tahun 1995 dan Liga Perdana 1996 ketika menyarung jersi The Rhinos mengatakan tidak ada penanda aras yang ditetapkan oleh Sabah FC untuk kejohanan berprestij yang menyambut ulang tah...
Ong Kim Swee Tiba Di Kota Kinabalu

Ong Kim Swee Tiba Di Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 329 hits
Ketibaan Kim Swe disambut pengurus pasukan Marzuki Nasir dan Pengarah Teknikal Sabah FC Scott Ollerenshaw dan terus dibawa ke Stadium Likas Kota Kinabalu Masanya sudah tiba Pengendali baharu The Rhinos Datuk Ong Kim Swee tiba di KKIA Kota K...
Denda Akan Dikenakan Kepada Skuad Sang Badak Kim Swee

Denda Akan Dikenakan Kepada Skuad Sang Badak Kim Swee

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 271 hits
Jika secara sengaja pemain mahupun pegawai melanggar Prosedur Operasi Standard gelembung sukan beberapa bentuk denda bakal menanti pemain dan pegawai terlibat Silap langkah kena denda Kim Swee Silap langkah kena denda itu amaran jurulatih b...
Nasib Baik Saya Ambil Sepakan Itu Park Tae Soo

Nasib Baik Saya Ambil Sepakan Itu Park Tae Soo

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 189 hits
Pertahanan Sabah FC Park Tae Su Kalau boleh saya mahu hantar ke PUSKAS Park Tae Su Pemain import Sabah FC Park Tae soo berkata dia bernasib baik kerana diberikan peluang mengambil sepakan percuma bersejarahnya ketika menentang Petaling Jaya...
Piala Malaysia Jaringan Gila Park Tae Su Dan Darren Lok Hiasi Pertembungan Pj City Sabah

Piala Malaysia Jaringan Gila Park Tae Su Dan Darren Lok Hiasi Pertembungan Pj City Sabah

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 711 hits
Sabah FC PJ City kongsi mata Foto Official Sabah FC FT PJ City FC 1 1 Sabah FC Darren 80 Park Taesu 20 Dalam perlawanan pertama kumpulan D Piala Malaysia hari ini pertemuan melibatkan pasukan Lembah Klang PJ City dan Sabah FC berakhir denga...
218 Fibonaci

Kecewa Makanan Potluck Sekolah Anak Tak Disentuh Ikutlah Apa Budak Suka Makan Bukan Kita

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

Persediaan Awal Haji

Biodata Faisal Halim Pemain Bolasepak Viral Malaysia

5 Tips And Ways That Can Help You To Reduce Body Fat

Wanita Dikenakan Bayaran Rm9 55 Untuk Nasi Putih Dan Telur Goreng Bungkus

Kkb Poll Indian Voters Might Make All The Difference



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Porsche Design Honor Magic V2 Rsr Menang Red Dot Award Product Design 2024

3 Cara Menuju Ikn Ibu Kota Negara Baru Indonesia

0138002039 Scammer Maybank Panggilan Palsu

Empat Maut Mpv Dan Kereta Api Berlanggar

Lelaki Ditangkap Curi Kawal 25 000 Akaun Facebook

Anwar Ibrahim Terima Mandat Rakyat