ARTIKEL BERKAITAN
Selepas Teater, Kim Seonho Sibuk Dengan Penggambaran Iklan Kini
Terbaru, bahagian jawatankuasa “Seoul Drama Awards Organizing Comittee” iaitu Pengerusi Kim Eui-chul dan juga Neowiz mengumumkan pemenang bagi anugerah “Hallyu Drama Male”, “Female Actor Award”, “OST Award” dan juga “Asia Star Award” yang telah dipilih oleh peminat Hallyu serata dunia.
Manakala, untuk anugerah “Female Actor Award” dimenangi oleh Jisoo BLACKPINK menerusi drama bersiri siaran JTBC iaitu “SnowDrop”. Jisoo yang membawa watak Eun young-ro dalam drama itu, berjaya melonjakkan rating drama sehingga 41.6%.
Bagi anugerah “OST Award” yang juga merupakan OST terbaik di antara kesemua OST terbaik drama Hallyu, dimenangi oleh penyanyi Lim Young-woo. Dia memenangi anugerah tersebut bagi lagu OST nyanyiannya iaitu, “Love Always Run Away” menerusi siaran drama KBS, “Young Lady And Gentleman”.
Anugerah “Asia Star”, yang dipilih berdasarkan 6 negara Asia iaitu Korea, China, Jepun, Thailand, Filipina, dan Taiwan. Bagi Korea, anugerah tersebut dimiliki oleh Kang Daniel, menerusi drama “Rookie Cops” yang disiarkan di Disney+ dan berjaya meraih rating sebanyak 45.00%.
Anugerah “Asia Star” dari negara Thailand dimiliki oleh Krit Amnuaydechkorn menerusi drama siaran Nadao Bangkok iaitu “I Promised You the Moon” dengan rating sebanyak 87.86%. Belle Mariano dari Filipina pula memenangi anugerah tersebut menerusi drama siaran ABS-CBN Corporation iaitu “He’s into Her”dengan rating sebanyak 62.34% dan Alice Ko dari Taiwan memenangi anugerah menerusi drama siaran Three Phoenixes Production iaitu “Rainless Love in a Godless Land” dengan rating sebanyak 38.17%.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |