Kim Bong Seok Lepas Geram Video Lee Gang Hoon Tular Moving Berjaya Raih Sambutan Penonton
Macam mana dengan 7 episod awal Moving? Okay tak Chingu? Fans Zo In Sung okay ke tu tengok Zo In Sung terbang 5 saat? Hahaha..
Ada yang rasa nak jadi macam Kim Bong Seok ke? Boleh terbang tapi tak boleh nak happy sangat atau korang nak jadi macam Lee Ganghoon, boleh lari laju cuma kawan tak banyaklah ataupun jadi Jang Hui-Soo, luka macam mana pun pasti sembuh.
Harini episod 8 dan 9 dah boleh streaming! Korang rasa apa yang Kim Bong Seok akan buat lepas dia luahkan kemarahannya dekat eomma. Fasal video viral tu pulak macam mana? Sekolah tu kena tutup ke?
Bagi korang yang belum tonton Kdrama Moving, pergi streaming sekarang di Disney+ Hotstar.
View this post on Instagram
A post shared by disneyplushotstarMY (@disneyplushotstarmy)
[AMARAN SPOILER!]
Kalini penulis nak bagi review episod 8 dan 9. Hmm, maybe korang jangkakan episod 8 ni akan cerita fasal 3 budak sekolah ni kan? Harap maaf, episod 8 dan 9 khas buat peminat Zo In Sung.
Episod 8 dan 9, korang akan kembali ke zaman muda Lee Mi-Hyeon (Han Hyoo Joo), Kim Doo-Shik (Zo In Sung) dan Jang Joo-Won (Ryu Seung-Ryong).
Korang akan tahu macam mana mereka semua ni bertemu, apakah fungsi organisasi superhero ni dan juga percintaan antara Lee Mi-Hyeon dengan Kim Doo-Shik.
Macam penulis kata, episod ni khas buat peminat Zo In Sung, screentime untuk dia sahaja dah banyak. So, terubatlah rindu korang yer~
Kalau cakap lakonan Zo In Sung berkarat? Hmm, penulis boleh kata a big NO! Come on, dia bawa watak Kim Doo-Shik menjadi tau, memang ada vibe Superman.
Wataknya yang serious bila bekerja tapi jadi kiyowo bila nak try Lee Mi-Hyeon. Setiap hari kena bawa duit syiling, semata-mata nak bersembang dengan Mi-Hyeon je. Hahaha, sumpah comel!
Korang perasan kan yang Kim Bong Seok kena kawal perasaan bila happy, kalau tak dia akan terbang. Korang rasa ikut perangai siapa? Yup, ikut perangai Doo Shik.
Mi-Hyeon pula sebenarnya ejen paling hebat dalam akademi superhero. Boleh katakan dia top student. Cuma masa first tugasan dia, jadi kucar kacir sampaikan dia jadi rabun. Tak pasal-pasal kena kerja office lepastu.
Untuk Jang Joo-Woon (Ryu Seung-Ryong), penulis masih tak nampak apa-apa yang special lagi, boleh kata dia just tukang comedy and partner Doo-Shik je. Walaupun dia paling berusia, tapi dia junior dalam organisasi rahsia ni. Senior dia Doo-Shik dan Mi-Hyeon, jadinya dia selalu kena hormat senior walaupun dia tahu, dia lagi berusia dari diorang.
Dari segi perjalanan cerita untuk dua episod ni, penulis rasa agak biasa cuma ada beberapa plot yang exciting. Kenapa biasa? Hmm, maybe sebab expectation nak tahu apa yang terjadi dekat Kim Bong Seok dan kawan dia lepas heboh pasal video viral tu, tapi diorang flashback ke zaman muda mak ayah dia pulak.
Bila dah flashback ni, korang kena fokus dengan setiap tahun yang ada pada setiap scene sebab dia relate dengan pertemuan Doo Shik dengan Mi Hyeon.
Penulis ada beritahu yang Mi Hyeon jadi rabun disebabkan tugasan pertama dan diletakkan bekerja di office kan? Ingatkan cuma kerja office biasa, tapi tak sebenarnya.
Mi-Hyeon dapat task untuk rapat dengan Doo-Shik, semata-mata nak tahu sama ada Doo-Shik ni okay ke tak kalau diberi tugasan. Nampak macam senang kan? Tapi sangatlah susah sebab Doo-Shik ni top ejen. Jawapannya misi Mi-Hyeon ni gagal sebab guna trick sama je.
Sebenarnya korang boleh rasa yang organisasi rahsia diorang ni ada agenda lain tau. Yela, diorang sanggup gunakan manusia hanya untuk kepentingan, kalau dah habis, diorang buang. Kejam kan?
Disebabkan tu Doo-Shik tetap suruh Mi-Hyeon berlakon walaupun dah kantoi dengan dia. Dia nak make sure Mi-Hyeon ni tak di apa-apakan dan at the same time dia dah jatuh cinta dengan Mi-Hyeon ni. Awhh!!
Plot yang excitingnya, pihak atasan dah tahu yang misi Mi-Hyeon ni gagal dan lagi surprise diorang dah rancang lama untuk suruh Mi-Hyeon rapat dengan Doo-Shik. Diorang tahu yang Doo-Shik sebenarnya dah jatuh cinta sejak first task Mi-Hyeon lagi.
Boleh kata Mi-Hyeon ibarat umpan untuk make sure Doo-Shik masih bekerja dengan diorang je. Tapi itulah pasangan couple ni lambat sedar and Doo-Shik pula buat hal masa tugasan baru dia. Tak fasal jadi sasaran utama organisasi superhero sendiri.
Nak tahu Doo-Shik mati ke tak bila kembali ke Mi-Hyeon, korang kena tunggu episod seterusnya di Disney+ Hotstar.
The post Kim Bong Seok Lepas Geram, Video Lee Gang Hoon Tular…Moving Berjaya Raih Sambutan Penonton! first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/kim-bong-seok-lepas-geram-video-lee-gang-hoon-tularmoving-berjaya-raih-sambutan-penonton/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kim-bong-seok-lepas-geram-video-lee-