Kilang Beroperasi 20 Tahun Atas Tanah K Jaan Dirobohkan


MALAYSIAKINI


Sebuah kilang papan yang beroperasi secara haram lebih 20 tahun di tanah kerajaan di Jalan Jeti, dekat Pelabuhan Klang, dirobohkan menerusi satu operasi bersepadu agensi kerajaan negeri hari ini.
Operasi bersepadu yang diketuai oleh Pejabat Daerah dan Tanah Klang itu turut disertai antaranya petugas Majlis Perbandaran Klang (MPK), polis, Lembaga Urus Air Selangor (Luas) serta Tenaga Nasional Berhad (TNB), dan ia merupakan kilang pertama dirobohkan di Klang tahun ini.
Penolong Pegawai Daerah Klang (Teknikal dan Penguatkuasaan) Mohamad Saiful Azri Mohd Fauzi, berkata operasi dijalankan setelah pihaknya menerima aduan daripada penduduk di Taman Teluk Gedung Indah di sana susulan aktiviti pembuangan sampah, pencemaran sungai dan bau pada Nov 2018.
“Siasatan di tapak itu mendapati terdapat kesan pelupusan sampah lama, struktur binaan stor, rumah pekerja dan kilang papan yang telah dibina di atas tapak (tanah kerajaan) tanpa kebenaran,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas operasi perobohan berkenaan hari ini.
“Pentadbir Tanah Klang telah mengeluarkan Notis Amaran Pencerobohan Tanah Kerajaan di bawah kesalahan Seksyen 425 dan 426A Kanun Tanah Negara 1965 sebanyak tiga kali, yakni pada 4 Dis 2018, 15 Jan 2019 dan 3 Feb lepas kepada pemilik untuk mengosongkan tapak,” tambahnya.
Mohamad Saiful Azri berkata perobohan struktur kilang di tanah kerajaan seluas 4,418 meter persegi itu melibatkan satu gudang stor simpanan barang, satu binaan kilang papan, dua rumah pekerja dan satu pondok sembahan.
Katanya sejak 2018 pihaknya telah mengaturkan perbincangan bersama pengusaha bagi memberi ruang kepada pemilik struktur untuk mengosongkan tapak.
“Memandangkan kedudukan kilang ini telah bercanggah dengan pelan Rancangan Tempatan (RT) MPK iaitu sebagai kawasan perumahan, maka tiada sebarang kebenaran pembinaan kilang boleh diberikan. Susulan itu, Pentadbir Tanah Klang telah mengeluarkan notis peringatan terakhir pada 3 Feb lepss bertempoh 14 hari kepada pemilik struktur untuk mengosongkan tanah berkenaan.
“Namun sehingga kini pemilik struktur masih ingkar dan enggan mengosongkan tapak dan membawa kepada pelaksanaan operasi pada hari ini. Selain perobohan, pemilik juga akan berdepan tindakan kompaun oleh Pentadbir Tanah Klang,” katanya.-Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/kilang-beroperasi-20-tahun-atas-tanah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2025 Mobil Berusia 10 Tahun Ke Atas Dilarang Mengaspal Di Jakarta

2025 Mobil Berusia 10 Tahun Ke Atas Dilarang Mengaspal Di Jakarta

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 331 hits
2025 Mobil Berusia 10 Tahun ke Atas Dilarang Mengaspal di Jakarta Gubernur DKI Jakarta Anies Baswedan akan melarang mobil pribadi berusia lebih dari 10 tahun untuk melintas di Ibu Kota Aturan yang tertuang dalam Ingub Nomor 66 Tahun 2019 te...
Penguatkuasaan Tanpa Mengira Kaum Ke Atas Penerokaan Tanah Dan Perlombongan Haram

Penguatkuasaan Tanpa Mengira Kaum Ke Atas Penerokaan Tanah Dan Perlombongan Haram

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 173 hits
KUANTAN nbsp Adalah mengecewakan apabila ada segelintir pihak menuduh atau menyindir Kerajaan Negeri kononnya bersifat berpilih pilih menurut kaum dalam kerja kerja penguatkuasaan ke atas tanah tanah diterokai atau dilombong haram di negeri...
Dua Anggota Polsek Batu Ceper Dituntut 7 Tahun Penjara Atas Kasus Narkoba

Dua Anggota Polsek Batu Ceper Dituntut 7 Tahun Penjara Atas Kasus Narkoba

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 268 hits
Dapot menjelaskan tuntutan JPU tersebut sesuai Pasal 114 Undang Undang No 35 tahun 2009 tentang Narkotika dengan ancaman pidana penjara paling singkat 6 tahun dan maksimal 20 tahun
Budak 4 Tahun Maut Kerana Tertelan Paku Tekan

Budak 4 Tahun Maut Kerana Tertelan Paku Tekan

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 320 hits
58 total views 58 views today Seorang kanak kanak berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia setelah tertelan paku tekan Menurut Mirror co ibu mangsa Ayla Rutherford yang sedih dengan perkara itu menggambarkan semula bagaimana dia memel...
Oneplus 9r Mungkin Adalah Nama Akhir Peranti Snapdragon 865 Oneplus Tahun Ini

Oneplus 9r Mungkin Adalah Nama Akhir Peranti Snapdragon 865 Oneplus Tahun Ini

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 216 hits
Seperti Samsung OnePlus juga ingin mempercepatkan pelancaran peranti mercu mereka Siri OnePlus 9 dijangka akan hadir pada bulan Mac ini yang mana mungkin akan mempunyai tiga peranti Variasi yang paling murah dikatakan adalah OnePlus 9E Ia j...
Video Nenek Berusia 80 Tahun Jadi Bintang Kecergasan Tiktok

Video Nenek Berusia 80 Tahun Jadi Bintang Kecergasan Tiktok

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 237 hits
Siapa sangka dengan video tarian berdurasi 12 saat dalam TikTok seorang nenek berusia 81 tahun di Jerman kini menjadi sensasi internet Ketika kebanyakan warga Jerman dikurung kerana COVID 19 pada musim bunga lepas Erika Rischko menyiarkan v...
Dibarisi Ramai Pelakon Lejen Netflix Kongsi Deretan Naskhah Korea Baru Bakal Temui Penonton Tahun Ini

Dibarisi Ramai Pelakon Lejen Netflix Kongsi Deretan Naskhah Korea Baru Bakal Temui Penonton Tahun Ini

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 250 hits
Netflix sememangnya dikenali sebagai laman penstriman terbaik untuk mencari kandungan asal Korea Bahkan ia turut rangkumi pelbagai genre hot seperti saspens thriller komedi dan juga romantik Sentiasa menyediakan yang terbaik untuk penonton ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin

Ramadan 2025 Malaysia

For Revenge Feat Wira Nagara Kala Luka Berpesta Chord