Dibarisi Ramai Pelakon Lejen Netflix Kongsi Deretan Naskhah Korea Baru Bakal Temui Penonton Tahun Ini


Netflix sememangnya dikenali sebagai laman penstriman terbaik untuk mencari kandungan asal Korea. Bahkan ia turut rangkumi pelbagai genre ‘hot’ seperti saspens, thriller, komedi dan juga romantik.
Sentiasa menyediakan yang terbaik untuk penonton setianya, Netflix telah mendedahkan pelbagai naskhah baru yang akan menemui penonton pada tahun ini menerusi sidang media ‘See What’s Next Korea 2021’

Drama bersiri The Silent Sea

Ianya berlatar belakang kehidupan masa hadapan di mana makanan dan air hampir habis di bumi dek masalah penggurunan global. “The Silent Sea” membawa kisah anggota pasukan khas yang berlepas ke bulan untuk menjalankan penyelidikan. Diterajui oleh Gong Yoo, Bae Doo-na, Lee Joon selain dihasilkan oleh Jung Woo-sung, naskhah ini menjanjikan pelbagai babak saspens buat penonton.
D.P

Naskhah ini menceritakan kisah Joon-ho, seorang tentera yang berkhidmat untuk angkatan tentera Korea yang secara tiba-tiba menjadi ahli unit ‘Deserter Pursuit’ yang ditugaskan untuk menjejaki tentera yang melarikan diri dan melalui pelbagai realiti anak muda yang keliru. Siri ini dijangka akan mengimbangkan elemen berdebar dan thrill dalam mengejar askar pelarian tapi dalam masa yang sama turut menonjolkan cerita mengenai penderaan mental dan kesakitan yang memaksa para tentera ini melarikan diri. “D.P” pastinya akan membuatkan penonton tak sabar menantikannya memandangkan ianya dibarisi oleh pelakon hebat seperti Jung Hae-in, Koo Kyo-hwan, Kim Sung-kyun dan Son Seok-koo.
My Name

“My Name” menceritakan kisah Ji-u yang menyertai polis sebagai pengintip dalam sebuah organisasi jenayah bagi membongkar rahsia sebenar di sebalik kematian ayahnya. Dalam misi tersebut, penonton akan disajikan dengan pelbagai babak saspens dek misi balas dendam Ji-u selain kebenaran yang memeritkan. Pastinya seronok kerana ia diterajui oleh pelbagai nama besar seperti Han So-hee, Park Hee-soon, Lee Hak-joo dan Jang Yul.
Move To Heaven

Siri ini menampilkan seorang lelaki muda bernama Geu-ru yang mengalami sindrom Asperger dan penjaganya, Sang-gu. Mereka kemudiannya memulakan perniagaan pembersihan trauma dan membongkar rahsia yang ditinggalkan si mati. Bagi menyampaikan kata-kata terakhir si mati yang pasti akan menyentuh perasaan penonton, pelakon Lee Je-hoon dan Tang Jun-sang bertanggungjawab melakukannya.
Squid Game

Ditawarkan hadiah kemenangan sebanyak 40 juta, penonton akan menyaksikan permainan survival misteri yang disertai ratusan orang. Dek babak saspens dan berdebar, penonton dijamin akan melekat di hadapan kaca televisyen apabila melihat kejituan para pemain yang sanggup menggadaikan nyawa mereka oleh pilihan yang ekstrem. Pastinya perlu dilihat nanti kerana “Squid Game” dibintangi oleh pelakon popular seperti Lee Jung-jae dan Park Hae-soo.
Love Alarm 2
Drama ini berkisar dalam dunia di mana notifikasi daripada aplikasi ‘Love Alarm’ menjadi satu-satunya tanda kepada cinta. Kisah sambungan kepada seorang gadis yang tidak mampu mencetuskan ‘Love Alarm’ miliknya dan dua lelaki yang mencintainya cuba menyelidik perasaan sebenar gadis itu. Jangan lupa saksikan drama ini yang membarisi pelakon sedang meningkat naik iaitu Kim So-hyun, Song Kang dan Jung Ga-ram.
Hellbound

“Hellbound” mengisahkan fenomena alam ghaib dialami oleh individu yang diseret ke neraka dek pertemuan tidak dijangka dengan malaikat maut. Diadaptasi daripada webtoon popular, ianya menyajikan pelbagai situasi yang tidak dikira keajaiban mahupun sumpahan. Disebabkan oleh kebangkitan kumpulan keagamaan baru yang menggambarkan kejadian itu sebagai keinginan ilahi, penduduk dunia cuba teruskan hidup dalam dunia yang kian menggila. Sesungguhnya hebat, ianya dibarisi oleh Yoo Ah-in, Kim Hyun-joo, Park Jung-min, Won Jin-ah dan Yang Ik-jun.
All Of Us Are Dead

Membawa kisah gerun mengenai sekumpulan manusia yang terperangkap dalam sekolah menengah di mana virus zombi sedang menular dan semua yang cuba menyelamatkan mereka melalui pelbagai situasi ekstrem dan kejutan dek kebenaran yang tidak dijangka. Siri ini menarik perhatian ramai kerana ia dibintangi oleh ramai muka baru seperti Yoon Chan-young, Park Ji-hu, Cho Yi-hyun, Lomon dan Yoo In-soo.
Kingdom: Ashin Of The North

Siri ini ialah sekuel sampingan buat drama sensasi “Kingdom” mengenai Ashin iaitu pewaris kepada kota Jurchen. Selain itu, ia turut menyelongkar rahsia disebalik kebangkitan zombi tersebut. Ia merupakan smabungan kepada babak apabila Lee Chang (Ju Ji-hoon) yang bertemu dengan Ashin di akhir musim kedua “Kingdom” ketika cuba membongkar rahsia disebalik tumbuhan penyembuhan itu. Bukan sahaja Jun Ji-hyun, drama ini turut akan disertai oleh Park Byung-eun.
Filem Night In Paradise

FIlem ini membawa kisah seorang lelaki yang menjadi sasaran geng penjenayah dan seorang wanita yang tersepit di penghujung nyawanya. Jangan lupa saksikannya kerana ia dibarisi oleh nama hebat seperti Cha Seung-won, Jeon Yeo-bin dan Uhm Tae-goo.
Carter
Belum didedahkan lagi tarikh tayangan serta pelakonnya, “Carter” ialah sebuah filem thriller pengejaran yang membawa ksiah seorang ejen yang kehilangan memori dan dicampak ke dalam sebuah misi misteri.
Moral Sense
Tidak dikongsikan lagi barisan pelakonnya, “Moral Sense” membawa kisah romantik lain daripada lain mengenai seorang lelaki yang mempunyai minat berbeza dalam kehidupan seksualnya dan seorang wanita yang tanpa sengaja mempelajari mengenainya. Berdasarkan webtoon dengan nama yang sama, ia menonjolkan babak kelakar apabila watak utamanya cuba menyorokkan ‘minat’ tersebut daripada pengetahuan rakan sekerjanya.
Sitkom So Not Worth It

Sitkom ini menceritakan kisah pelajar daripada pelbagai kewarganegaraan yang tinggal di bangunan asrama universiti yang sama di Seoul. Ia memaparkan pelbagai kejadian yang menonjolkan kasih sayang, persahabatan dan juga pengembaraan hidup. Ianya dibintangi Park Se-wan, Shin Hyun-seung, Choi Young-jae (GOT7), Minnie ((G)I-DLE) dan Han
Hyun-min.
Fuh! Banyak betul drama dan filem yang menarik bakal menemani anda sepanjang tahun ini di Netflix. Mesti dah tak sabar kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kimchidaily.my/dibarisi-ramai-pelakon-lejen-netflix-kongsi-deretan-naskhah-korea-baru-bakal-temui-penonton-tahun-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas 4 Tahun Girls Generation Dikhabarkan Bakal Kembali Dengan Lagu Baru Tak Lama Lagi

Selepas 4 Tahun Girls Generation Dikhabarkan Bakal Kembali Dengan Lagu Baru Tak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 280 hits
Dah nak dekat 4 tahun rasanya tak nampak 8 ahli Girls Generation keluarkan lagu sekali Rindu betul Tapi dengar cerita mereka mungkin akan bersama semula untuk kemunculan kembali Girls Generation tak lama lagi Kata satu sumber Meskipun semua...
Demi Hiburan Paling Favorit Netflix Habiskan 500 Juta Dolar As Untuk Konten Korea Tahun Ini

Demi Hiburan Paling Favorit Netflix Habiskan 500 Juta Dolar As Untuk Konten Korea Tahun Ini

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 193 hits
Netflix memang nggak pernah nanggung nanggung kalau bikin konten sih ya Demi film dan drama Korea
6 K Drama Pelbagai Genre Bakal Temui Penonton Pada Mac Ini

6 K Drama Pelbagai Genre Bakal Temui Penonton Pada Mac Ini

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 243 hits
Masuk bulan baru sudah pastinya makin banyak drama Korea baru yang akan hadir dan menghiburkan anda Jom kita saksikan senarai drama baru untuk bulan Mac ini Mouse tvN 3 Mac Drama thriller jenayah ini membawa kisah seorang lelaki yang telus ...
23 Tahun Beroperasi Saluran Ntv7 Akan Tamat Siaran Hari Ini Bakal Diganti Dengan Didiktv Kpm

23 Tahun Beroperasi Saluran Ntv7 Akan Tamat Siaran Hari Ini Bakal Diganti Dengan Didiktv Kpm

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 694 hits
Setelah bersiaran sejak 7 April 1998 Natseven TV Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai NTV7 akhirnya mengundur diri bagi memberi laluan kepada saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM pada Khamis ini Difahamkan DidikTV K...
Hebatnya Syazwi Gaya Macam Chef Baru 2 Tahun Tak Kekok Pun Memasak

Hebatnya Syazwi Gaya Macam Chef Baru 2 Tahun Tak Kekok Pun Memasak

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 186 hits
Baru usia dua tahun langsung tak kekok untuk memasak dan melakukan kerja kerja rumah Macam tak percaya tapi ini adalah realiti buat si cilik Syazwi Nufail bin Syazwan yang sekarang ini berusia 2 tahun 6 bulan Menurut ibunya Nurul Nazireen K...
Tips Deko Bajet Menjelang Tahun Baru

Tips Deko Bajet Menjelang Tahun Baru

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 170 hits
Menjelang tahun baru yang tinggal tak berapa bulan je lagi ni mesti ramai ibu ibu mula mencongak kos belanja untuk menyediakan keperluan barangan sekolah anak anak kan Tapi naluri kewanitaan tu takleh nak lari Bila nak masuk tahun baru kein...
Hiburan Hidup Porak Peranda Anak Sendiri Pun Tak Kenal Saya Ameng Kongsi Pengalaman 6 Tahun Dalam Penjara Akibat Dadah

Hiburan Hidup Porak Peranda Anak Sendiri Pun Tak Kenal Saya Ameng Kongsi Pengalaman 6 Tahun Dalam Penjara Akibat Dadah

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 362 hits
Penyanyi Ameng daripada kumpulan Spring mendedahkan hidupnya seolah olah berakhir apabila dia dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas kesalahan penyalahgunaan dadah pada tahun 2011 yang lalu Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminnudin Wan I...
9 Bandar Utama Di Malaysia Bakal Tengelam Menjelang Tahun 2050

9 Bandar Utama Di Malaysia Bakal Tengelam Menjelang Tahun 2050

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 848 hits
9 bandar utama di Malaysia bakal tengelam menjelang tahun 2050 Assalamualaikum dan salam sejahtera Agak mengusarkan juga bila terbaca mengenai cerita ini Khabarnya kadar peningkatan air laut bakal menengelamkan 9 bandar utama di Malaysia me...
Langkah Ketat Covid 19 Kekal Beberapa Minggu Lagi Selepas Tahun Baru Cina Lawrence Wong

Langkah Ketat Covid 19 Kekal Beberapa Minggu Lagi Selepas Tahun Baru Cina Lawrence Wong

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 180 hits
KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Langkah langkah COVID 19 yang lebih ketat sebelum Tahun Baru Cina akan kekal untuk beberapa minggu selepas perayaan berakhir kata Menteri Pendidikan Lawrence Wong pada Jumaat Langkah langkah itu termasuk h
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Diabetes Bayi Pun Boleh Kena Jenis Penyakit Yang Tak Kenal Usia

How Did Afif Know Of Alleged Rm100m Payment For Pjd Link Asks Pj Mp

Memikirkan The Unknown

Produk Nestle Naik Harga Harga Milo Dan Nescafe Akan Meningkat Ikuti Senarai Produk Nestle Malaysia

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke



Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi


Warrant Woes In El Paso An Attorney Can Help You Get Back On The Road

Media Orang Ramai Diingatkan Tidak Sebar Video Nahas Helikopter Tldm

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Tak Perlis Lah Kalau Tak Makan Harumanis

Helikopter Terhempas 10 Dilaporkan Terkorban

Resepi Tortilla Wrap