Kieslect Ks Jam Tangan Pintar Terbaik Gajet Yang Patut Anda Beli 2023
Sekarang ni seperti
kita lihat, ramai yang mengaktifkan diri dalam aktiviti sukan, Abe yakin pasti
korang memerlukan alat peranti mudah untuk membaca pergerakan kesihatan korang
kan?
Bukan saja handphone
berkembang pada zaman teknologi ini tapi barangan lain juga seperti mesin
basuh, televisyen, jam tangan dan banyak lagi turut mengalami perkembangan yang
positif. Kali ni, Abe nak berkongsi sesuatu tentang Jam Tangan Pintar yang
merupakan koleksi terbaru gajet yang Abe gunakan.
Jam tangan pintar terbaik boleh
membantu korang menjejak dan memantau tahap aktiviti korang, menjejaki senaman
korang dan menyediakan metrik pemulihan dan kesihatan. Ia juga memastikan
korang sentiasa berhubung dengan pemberitahuan dan panggilan telefon yang
dihantar terus ke pergelangan tangan korang, bersama-sama dengan aplikasi mudah
mesra dan banyak lagi.
Jam tangan pintar memberikan motivasi
jika korang bergelut untuk mengekalkan tabiat yang lebih sihat. Ia juga
menggalakkan korang untuk terus berjalan semasa larian atau senaman yang berat,
memberikan metrik utama seperti rentak, masa dan kalori yang dibakar semasa
latihan ketahanan.
Jadi, sama ada korang menjalani gaya
hidup aktif, mempunyai kebimbangan kesihatan atau hanya mahu jam tangan bergaya
dengan beberapa kepintaran tambahan, mungkin idea yang baik untuk korang
melabur untuk kesihatan dan gaya hidup sihat korang.
Misalnya, jam fitness ini (jam tangan
pintar). Hari ni, Abe nak kongsikan dengan korang jam tangan pintar terbaik
yang Abe gunakan untuk kegunaan harian dan untuk aktiviti sukan yang lebih
efektif. Sebelum tu, Abe cerita dulu kelebihan jam tangan pintar dan fungsi
sebenar jam tangan pintar untuk informasi korang semua.
Kelebihan Dan Fungsi Jam Tangan Pintar
Yang Abe Cari
Seperti alat peranti lain, industri jam
tangan tidak lepaskan peluang untuk membuat transformasi dengan pelbagai
kelebihan. Lihatlah, kini sudah ada jam pintar dan fitness tracker untuk
kita guna dalam kehidupan seharian. Misalnya....
Berfungsi seperti telefon pintar dimana
boleh menerima dan menjawab panggilan masuk, membuat panggilan keluar, menerima
dan menghantar Whatsapp, dapat memantau tahap kesihatan si pemakai, dapat
membaca pergerakan tubuh, dapat membantu membaca degupan jantung, kualiti
tidur, suhu badan, tahap oksigen individu selain empunyai sistem Bluetooth
untuk disambungkan dengan telefon pintar. Selain itu, jam ini mampu mengukur
tahap SpO2 atau jumlah oksigen dalam aliran darah dalam badan dan seperti jam
tangan pintar yang lain, jam tangan pintar jenama Kieslect boleh menerima mesej
untuk memudahkan anda melakukan senaman tanpa perlu melihat telefon.
Pandangan peribadi Abe, mungkin lima
tahun akan datang setiap daripada kita wajib ada smartwatch untuk melakukan
aktiviti harian.
Sebelum Abe beli jam tangan pintar
jenama Kieslect ni, Abe terlebih dulu ushar di semua media sosial. Bukan apa,
untuk mendapatkan jam tangan pintar yang terbaik, yang kena dengan bajet
kewangan Abe. Godek punya godek di tiktok dan instagram, Abe jumpa jem jenama
Kieslect ni. Kena dengan kehendak dan bajet Abe, apa lagi, terus Abe sambar
satu jam Kieslect model Kieslect KS.
Ciri-Ciri Jam Tangan Pintar Jenama Kieslect KS
Hasil survey Abe dan hasil ushar di
media sosial, Abe kongsikan dengan korang. Kieslect KS menggabungkan jam tangan
pintar dengan fitness tracker dalam satu alat peranti. Maksudnya, fungsi jam
pintar ini 2 dalam 1. Jika dilihat pada bahagan rekaan jam pintar dari
jenama Kieslect ini memang saiz skrin direka agak besar tapi ketebalannya nipis
dan tidak berat. Jadi memang sesuai untuk pergelangan tangan tidak kira kecil
atau besar.
Jam tangan yang berfungsi seperti telefon pintar seakan-akan menjadi
satu keperluan dalam kehidupan untuk menyenangkan pergerakan
seharian. Namun, terdapat pelbagai kategori jam pintar yang dijual
dipasaran. Survey punya survey, Abe mencari jam tangan pintar yang ada fungsi
wajib iaitu mempunyai sistem senaman, pengesan nadi, pemantauan tidur,
steps tracking dan merekod aktiviti.
Ciri lain pada jam tangan pintar ini adalah berfungsi untuk memudahkan
korang menjawab panggilan dan mengirim pesanan hanya melalui jam. Ciri-ciri ni
yang Abe cari sebelum Abe beli jam tangan pintar Kieslect KS ni. Semua fungsi
yang Abe idamkan ada pada jam tangan Kieslect KS ni.
Lebih canggih lagi, Kieslect KS ni
dapat memberitahu keadaan kesihatan Abe dan menghubungi orang terdekat secara
automatik jika pengguna jam tangan pintar pengsan atau tidak sedarkan diri.
Hebat bukan? Korang hanya perlu setkan sahaja details
Kenapa Jam Tangan Pintar Kieslect KS
Menjadi Pilihan Abe?
Kenapa Abe pilih Jam Tangan Pintar
Kieslect KS? Ni antara sebabnya yang korang pun wajib tahu. Jam Tangan Pintar
Kieslect KS ni pada Abe adalah gabungan gaya dan utiliti sempurna untuk
gaya hidup moden.
Ada Aplikasi khas yang perlu korang
install pada Telefon Pintar korang iaitu Aplikasi 'Kie OS' yang mana Aplikasi ni sangat mudah difahami dan mesra pengguna.
Disamping itu, Kieslect KS ini mempunyai Paparan Super AMOLED 1.78’’
(368*448), paparan besar berwarna-warni untuk gerak isyarat yang lancar.
Korang boleh tengok pada paparan skrin penuh tanpa bar hitam pada pemuka jam
ini. Ciri ni yang paling Abe suka. Macamana dengan sambungan Bluetooth pulak?
Meh Abe story. Kieslect KS diperkemaskan dengan
sambungan Bluetooth 5.2 yang sangat stabil, sambungan yang lebih kuat daripada
jam tangan pintar lain, bersama-sama pembesar suara dan mikrofon yang boleh
dipercayai untuk panggilan telefon sejernih kristal dengan bunyi semula jadi
yang neutral.
Kieslect KS juga peka dengan tubuh badan korang
tau... fungsi terbaik jam ini dalam memberikan Amaran Kadar Jantung Tidak
Normal, penderia denyutan jantung termaju yang memantau kadar denyutan jantung
korang setiap masa 24 jam sehari untuk ketenangan fikiran yang maksimum.
Paling menariknya, korang boleh tetapkan julat
kadar denyutan jantung tertinggi dan terendah yang korang inginkan, dan terima
amaran apabila ia berada di luar julat. Ini adalah fungsi yang sangat baik
untuk peminat sukan dan individu yang bekerja di bawah tekanan berat.
Jam tangan pintar Kieslect KS ni juga mempunyai
'Butang Kedua' berbilang fungsi yang mana ia menawarkan pelbagai pilihan, termasuk
memasuki mod sukan dengan sekali tekan, mengaktifkan pembantu suara dengan
menekan dua kali dan memasuki mod bantuan SOS dengan tindakan tekan dan tahan
selama beberapa saat. Hebatnya jam ni kan?
Selain itu, ada 100 mod sukan yang
boleh korang pilih, korang hanya perlu skrol dan setkan sahaja. Memang senang
dan mudah fungsi untuk korang pilih. Dengan fungsi mod 100 jenis sukan
ini, jam tangan pintar ini mampu mengira kalori, jarak langkah, kadar degupan
jantung dan banyak lagi dengan tepat
Dan ini yang paling Abe suka, Kieslect
KS mempunyai fungsi menjejak bacaan SpO2 korang, jejak degupan jantung,
fungsi pemantauan tidur, fungsi latihan pernafasan, ujian tekanan dan ujian
emosi. Sekaligus, ia akan memantau dan mengetahui keadaan kesihatan korang secara
menyeluruh dan secara otomatiknya akan sentiasa ingatkan pada korang tentang
tahap kesihatan korang. Terbaik, sebab tu Abe pilih jam tangan Kieslect KS ni
untuk jadi teman setia di sisi Abe sekarang.
Untuk pengetahuan korang, jam tangan pintar jenama Kieslect KS ni dilengkapi dengan Cip panggilan Teras 2-dalam-1 ke-3 di dunia, tidak jauh ketinggalan daripada pesaingnya iaitu Apple dan Samsung. Terima kasih kepada cip 2-dalam-1, penggunaan kuasa adalah 30% lebih rendah daripada cip dwi, membolehkan ia bersaing dengan 10 jam tangan nipis calina teratas dari segi hayat bateri. Nikmati pengalaman panggilan jam tangan pintar yang pantas, stabil dan cekap tenaga.
Dengan ada pengurusan prestasi ini
sekaligus memberikan kawalan lebih besar ke atas penggunaan bateri.
Kenali Kieslect
Apa itu jenama Kieslect? Ye lah kan,
nak beli jamnya, serba sedikit kenalah tahu jugak pasal pemilik jenamanya.
Hanya sekadar sebagai info tambahan je, Abe google info ni dan di sini Abe
kongsikan jugak dengan korang semua.
Hasil carian google: Kieslect telah
mewujudkan rangkaian pengedaran yang mantap, membekalkan jam tangan pintar yang
bergaya kepada lebih 5,000 kedai runcit di lebih 60 negara. Sejak penubuhannya
pada 2017, Kieslect telah bekerjasama dengan penyedia teknologi wayarless
terkemuka dan syarikat terpilih lain dengan teknologi teras untuk menerima dan
menerajui dunia baharu barangan pintar yang berkualiti dengan reka bentuk yang
elegan. Maknanya di sini, Abe dapati syarikat ini dah ada kedudukan yang
kukuh di persada antarabangsa sebab dah banyak negara memasarkan produk jenama
Kieslect. Ini menambahkan keyakinan Abe lagi untuk beli.
Kat google juga menyatakan yang
syarikat Kieslect telah menggaji 600 orang di seluruh dunia, dan semua
produknya diperakui dengan CE, RoHS, FCC dan UKCA, menunjukkan kebolehpercayaan
jenama dan pematuhan kepada piawaian kualiti.
Ditulis lagi, ‘Kieslect memfokuskan untuk membawa keyakinan dan keaslian orang ramai
melalui semangat kreatif mereka. Dengan menggabungkan teknologi wayarless termaju
dengan reka bentuk bergaya dan pemahaman mendalam tentang permintaan pasaran.’ –
tang ni Abe setuju. Pertama sekali Abe tengok rekabentuknya, Abe terus suka.
Kieslect telah memenangi beberapa siri anugerah
reka bentuk antarabangsa, termasuk Anugerah Reka Bentuk Titik Merah, Anugerah
Reka Bentuk iF dan Anugerah Reka Bentuk Jerman. Ini menunjukkan bahawa reka
bentuk produk Kieslect serta kegunaannya boleh memenangi hati orang ramai
dengan mudah.
‘Kieslect juga
memberi penekanan yang besar pada kegunaan produknya, berusaha untuk memberikan
reka bentuk yang menarik, kualiti unggul dan nilai terbaik untuk pelanggan.
Semua jam tangan pintar Kieslect didatangkan dengan pelbagai fungsi, termasuk
menerima panggilan terus pada pergelangan tangan, panggilan Bluetooth yang
stabil, pemain muzik yang elegan, mod sukan yang berbeza dan banyak lagi. Ini
memberikan pengguna rasa gaya dan kemudahan, membolehkan mereka menjalankan
semua keperluan mereka dengan mudah pada jam tangan pintar mereka.’ – Abe tak nafikan
rekebentuk simple dan elegen jam tangan pintar Kieslect KS ni faktor penyumbang
terbesar keinginan Abe untuk beli terus di Shopee.
Hebat bukan portfolio jenama Kieslect
ni. Hasil daripada carian google, membawa kepada carian di tiktok dan
Instagram, akhirnya Abe Berjaya mendapatkan satu unit jam tangan pintar
Kieslect model Kieslect KS ni. Bila Abe dapat tahu ianya dah dilancarkan di
Malaysia, terus Abe beli kat Official Online Shop Kieslect di Shopee.
Kehebatan Jam Jenama Kieslect
Kieslect telah memantapkan dirinya
sebagai jenama terkemuka dalam dunia jam tangan pintar dengan menyediakan
pengguna dengan jam tangan pintar yang bergaya dan berfungsi dengan baik
sekali. Tumpuan Kieslect pada kualiti, utiliti dan reka bentuk telah
mendapat pengiktirafan antarabangsa dan pangkalan pelanggan setia. Dengan
rangkaian jam tangan pintarnya, Kieslect menawarkan pengguna pelbagai pilihan
untuk memenuhi keperluan dan pilihan mereka.
Kieslect kekal komited untuk menambah
baik produk dan perkhidmatannya dan berdedikasi untuk meneruskan inovasi dalam
industri boleh pakai pintar. Malah, jam tangan pintar jenama Kieslect
fleksibel untuk digayakan dengan pelbagai gaya.
Pintar bukan? Jadi, perlu ke tidak
memiliki jam tangan pintar Kieslect? Jom tonton video berikut.
Korang
berkenan tak selepas tengok video tadi? Cantikkan….
Tawaran Terbaik Daripada Kieslect
KIESLECT menawarkan insurans jaminan
gantian selama setahun untuk memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggan.
Dalam tempoh satu tahun pembelian, pelanggan boleh menukar mana-mana produk
yang rosak (tidak termasuk aksesori) dengan unit yang serba baharu. Walau bagaimanapun,
jika produk rosak kerana faktor manusia, KIESLECT berhak untuk tidak
menggantikannya.
Macamana Nak Dapatkan
Jam Tangan Pintar Kieslect?
Bagi korang yang nak
dapatkan jugak jam tangan pintar jenama Kieslect macam Abe ni, di sini Abe
kongsikan terus details. Korang klik je terus kat link yang dah Abe sediakan
kat bawah ni, senang je. Abe dah permudahkan kerja korang
Platform Jualan Rasmi
Kieslect:
Shopee: https://shopee.com.my/kieslect.os
Menariknya jika
korang beli di Platform Jualan Rasmi Kieslect di shopee, korang boleh dapatkan
diskaun sebanyak RM10 dengan hanya memasukkan kod baucer seperti yang Abe
kongsikan di bawah ni yer. Siapa cepat dia yang dapat.
KS Bonus Discount
RM10 voucher: KIESKS
Platform Media Sosial
Rasmi Kieslect:
Facebook: https://www.facebook.com/Kieslect.MY
Instagram: https://www.instagram.com/kieslect_malaysia/
Twitter: https://twitter.com/KieslectMY
Lemon8: https://s.lemon8-app.com/s/NskchjxQQR
TikTok: https://www.tiktok.com/@kieslectmalaysia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.queachmad.com/2023/04/kieslect-ks-jam-tangan-pintar-terbaik.html