Kibar Bendera Asing Ppim Gesa Adun Ayer Keroh Disiasat Di Bawah Akta Hasutan Sinar Harian 31 10 2024


 

SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa agar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee bersama peserta lain dan penganjur yang terlibat dengan insiden mengibarkan bendera negara asing di tempat awam di Johor dan Perak disiasat di bawah Akta Hasutan.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan berkenaan perlu diambil kerana perbuatan mengibar bendera itu bukan sahaja menghina negara bahkan seolah-olah menghasut orang lain untuk melakukan perkara yang sama.

"PPIM juga berharap agar menteri dan menteri besar negeri-negeri terbabit mengeluarkan kenyataan-kenyataan bijak yang berdasarkan fakta dan akta serta bukan yang berbentuk bacul dalam kemelut yang berkaitan dengan kedaulatan negara ini.

"PPIM sentiasa menghormati dan menyokong tugas pihak berkuasa, namun dalam isu ini (kibar bendera asing) kita tidak boleh berkompromi.

"Apa yang kami bimbang adalah tindakan di luar jangkaan oleh orang awam yang mungkin menyebabkan ketegangan dalam negara ini," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini belum pun reda isu bendera China dikibarkan di Perak, dilaporkan timbul pula kes baharu apabila ada lagi kes bendera asing dikibarkan iaitu pada Pesta Kebudayaan Guan Gong Antarabangsa Malaysia yang diadakan di Johor.

Pesta yang turut disertai delegasi dari China, Vietnam, Thailand, Filipina, Hong Kong, Singapura dan Indonesia berkenaan dihadiri Chee Yee sebagai salah seorang peserta.

Ketika program tersebut berlangsung, ada beberapa peserta didakwa mengibarkan bendera China, Vietnam dan Thailand.

Pada 24 Oktober lalu, tular di media sosial satu perarakan di Dataran Menara Condong Teluk Intan, Perak yang menyaksikan ada beberapa peserta mengibarkan bendera China sekali gus menimbulkan rasa tidak senang di kalangan rakyat tempatan.

Nadzim menegaskan, pihaknya juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mencabar kedaulatan Malaysia.

"Kami amat kesal perkara ini boleh berlaku di negara ini dan meminta tindakan tegas pihak berkuasa menanganinya sebelum ia berada di luar kawalan," desaknya.

Artikel oleh: Sinar Harian

KIBAR BENDERA ASING: PPIM GESA ADUN AYER KEROH DISIASAT DI BAWAH AKTA HASUTAN

https://www.sinarharian.com.my/article/694092/berita/semasa/kibar-bendera-asing-ppim-gesa-adun-ayer-keroh-disiasat-di-bawah-akta-hasutan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2024/10/kibar-bendera-asing-ppim-gesa-adun-ayer.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kibar Bendera Asing Ppim Gesa Siasatan Telus Tindakan Tegas Sebelum Hilang Kawalan Malaysia Post 31 10 2024

Kibar Bendera Asing Ppim Gesa Siasatan Telus Tindakan Tegas Sebelum Hilang Kawalan Malaysia Post 31 10 2024

papar berkaitan - pada 31/10/2024 - jumlah : 291 hits
PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia menggesa pihak berkuasa tegas menangani isu kibar bendera asing di tempat awam yang tular baru baru ini Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata pihaknya amat kesal perkara itu boleh berlaku di negara ...
Polis Kibar Bendera China Penganjur Langgar Syarat Larang Warga Asing Berarak

Polis Kibar Bendera China Penganjur Langgar Syarat Larang Warga Asing Berarak

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 262 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Penganjur sambutan Guan Gong Sedunia yang terkait dengan pengibaran bendera China di Dataran Menara Condong Teluk Intan didapati melanggar permit melarang warga asing berarak Ketua Polis Perak Azizi Mat Aris berka...
Nak Kibar Bendera Asing Mesti Ada Sebab Yang Kukuh Mca

Nak Kibar Bendera Asing Mesti Ada Sebab Yang Kukuh Mca

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 178 hits
27 October 2024 MCA mencabar mana mana pihak yang boleh menyebut atau menyatakan kalau ada mana mana negara lain yang membenarkan kibaran bendera lain di negara mereka Ketua Penerangan Pemuda MCA Neow Choo Seong berkata sudahlah perhimpunan...
Part 2 Akta 342 Diluluskan Tapi Ramai Rakyat Yang Tidak Setuju Tv Ppim 22 10 2024

Part 2 Akta 342 Diluluskan Tapi Ramai Rakyat Yang Tidak Setuju Tv Ppim 22 10 2024

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 299 hits
Pada 14 Oktober lalu Dewan Rakyat telah meluluskan pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang bertujuan untuk meningkatkan kesiapsiagaan negara dalam menangani ancaman penyakit berjangkit Isu ini amat menarik perha...
Polis Siasat Insiden Kibar Bendera Asing Di Johor Bahru

Polis Siasat Insiden Kibar Bendera Asing Di Johor Bahru

papar berkaitan - pada 29/10/2024 - jumlah : 176 hits
freemalaysiatoday com29 Oct 2024 11 13 AMProgram anjuran sebuah pertubuhan kebudayaan di Sentosa itu kelmarin menghimpunkan penganut agama membabitkan lebih daripada 10 negara Ketua Polis Johor Bahru Selatan Raub Selamat berkata siasatan te...
Part 1 Akta 342 Diluluskan Tapi Ramai Rakyat Yang Tidak Setuju Tv Ppim 21 10 2024

Part 1 Akta 342 Diluluskan Tapi Ramai Rakyat Yang Tidak Setuju Tv Ppim 21 10 2024

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 297 hits
Pada 14 Oktober lalu Dewan Rakyat telah meluluskan pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang bertujuan untuk meningkatkan kesiapsiagaan negara dalam menangani ancaman penyakit berjangkit Isu ini amat menarik perha...
Pmx Dan Pkr U Turn Akta 342 Ipk Tv 20 10 2024

Pmx Dan Pkr U Turn Akta 342 Ipk Tv 20 10 2024

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 157 hits
Mana pergi 199 Ahli Parlimen semasa pindaan akta 342 diluluskan Hanya 23 undian sahaja bagi meluluskan akta yang amat penting Itulah persoalan yang diutarakan oleh Dato Nadzim Johan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM semas...
Isu Kibar Bendera China Dewan Rakyat Panas Ahli Parlimen Jelutong Lawan Ahli Parlimen Kuantan

Isu Kibar Bendera China Dewan Rakyat Panas Ahli Parlimen Jelutong Lawan Ahli Parlimen Kuantan

papar berkaitan - pada 2/11/2024 - jumlah : 165 hits
KUALA LUMPUR Dewan Rakyat pada Selasa tegang apabila Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer menggelar seorang Ahli Parlimen Perikatan Nasional sebagai batu api sehingga boleh mencetuskan sentimen perkauman Rayer menuduh ucapan Ahli Parlimen Kuant...
Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Seorang Jemaah Islam Maut Ditikam 50 Kali Dalam Masjid

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand

Sign Up Money Strategies Turning Bonuses Into Bankable Wins


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like

Ramai Yang Skeptikal

Full House Bangkok Residence A Modern Dual Family Home By Warchitect

Mca S Chong Short Sighted Says Umno Youth Leader

From Ai To Robotics The Creative Forces Driving Change In Dental Education

Man Hurt Trying To Stop Snatch Thieves Outside Kampung Pandan Temple