Isu Kibar Bendera China Dewan Rakyat Panas Ahli Parlimen Jelutong Lawan Ahli Parlimen Kuantan




KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Selasa, tegang apabila Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer menggelar seorang Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) sebagai batu api sehingga boleh mencetuskan sentimen perkauman.
Rayer menuduh ucapan Ahli Parlimen Kuantan Wan Razali Wan Nor, mengelirukan kononnya mengaitkan isu hangat, mengibar bendera China yang berlaku di Johor Bahru, Johor dan Teluk Intan, Perak, baru-baru ini.
Kekecohan itu bermula apabila Wan Razali mula membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 sambil memetik dua laporan Harian Metro pada 1 Julai lalu mengenai sasaran Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyelesaikan 17,000 permohonan kewarganegaraan tahun ini, serta KDN membuat keputusan 17,452 permohonan setakat 1 Oktober lalu.
"Pertanyaan saya, adakah kementerian mempunyai sasaran baru sehingga hujung tahun ini dan saya juga ingin mendapatkan maklumat berkaitan kelulusan kewarganegaraan sehingga 1 Oktober itu mengikut pecahan bangsa, negeri dan usia.
"Kewarganegeraan anugerah tertinggi bagi setiap yang berjaya mendapatkan kerakyatan, kita ingin ingatkan jangan ada kalangan mereka terlupa kesetiaan perlulah diberikan sepenuhnya kepada negara ini.
"Kita tidak mahu selepas mendapat warganegara, ada pula yang berhimpun membawa bendera masing-masing di negara yang kita sayangi ini tanpa mengikut saluran undang-undang kita," katanya.
Sebaik mendengar ucapan itu, Rayer bangun memohon kepada Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Alice Lau Kiong Yieng menggunakan Peraturan Mesyuarat 36 (6) dan 36 (10) (c) dengan mendakwa kenyataan Wan Razali tidak bertanggungjawab.
"Ucapan dibuat Yang Berhormat (Kuantan) tadi, beliau mengatakan selepas mendapat hak sebagai warganegara, kita tak boleh membawa bendera lain, kita dengar tadi.
"Dalam ucapan itu beliau memberi persepsi seolah-olah warganegara Malaysia berbangsa Cina mengibarkan bendera China itu tidak benar.
"Daripada laporan kita terima, semua bendera itu dikibarkan oleh rakyat China yang berada di situ semasa majlis itu. Ini satu tindakan yang mengelirukan Dewan (Rakyat) dan mengapikan sentimen perkauman," katanya yang meminta Wan Razali menarik balik kenyataannya.
Alice meminta Wan Razali menjelaskan kenyataannya dengan Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) dan Mohd Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar) turut mencelah meminta Rayer supaya tidak menjadi batu api sehingga Rayer menggelar Ahli Parlimen Kuantan sebagai kurang ajar.
Kekecohan semakin memuncak apabila Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Dr Shahidan Kassim bangkit menggunakan Peraturan Mesyuarat 36 (4) dengan memanggil Rayer sebagai kurang ajar.
Wan Razali meminta Rayer melihat semula hansard sambil mengulangi kenyataan awalnya.
"Kita tidak mahu selepas mendapat warganegara... jadi ada pula yang berhimpun membawa bendera masing-masing.
"Apakah yang salah di situ, kita tidak mahu merujuk kepada tidak mahu. Ini peringatan kepada semua tidak tertakluk kepada seseorang saja dan Jelutong kena faham sebagai seorang bijak dan orang lama.
"Jadi tak ada kena mengena dengan sesiapa, jadi apa masalahnya Jelutong? Saya sebagai warganegara Malaysia, saya ingatkan kepada semua bukan kepada sesiapa," katanya dengan nada marah.
Biarpun begitu, Rayer masih tidak berpuas hati, namun Alice berjaya mengawal keadaan dan meminta Rayer menyemak hansard dan menghantar usul sekiranya perlu.
"Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Kuantan tidak sebut mana-mana negara tadi, saya tak mahu bazir masa lagi," katanya. #HarianMetro
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/11/isu-kibar-bendera-china-dewan-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuduhan Kerajaan Diam Membisu Dalam Isu Kibar Bendera China Di Festival Kebudaya

Tuduhan Kerajaan Diam Membisu Dalam Isu Kibar Bendera China Di Festival Kebudaya

papar berkaitan - pada 27/10/2024 - jumlah : 169 hits
Tuduhan kerajaan diam membisu dalam isu kibar bendera China di festival kebudayaan adalah salah dan tak tepat Seorang pemimpin pembangkang fitnah menteri yang rasmi juga adalah salah dan tak benar Tak pasti jangan kongsi biarbetul The post ...
Insiden Kibar Bendera China Persatuan Guan Gong Mohon Maaf

Insiden Kibar Bendera China Persatuan Guan Gong Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 185 hits
IPOH 25 Okt Persatuan Kebudayaan Guan Gong Malaysia hari ini memohon maaf atas insiden pengibaran bendera China oleh satu daripada rombongan berkenaan pada malam perarakan Guan Gong Sedunia di Teluk Intan semalam Pengerusi Persatuan Kebuday...
Kibar Bendera China Penganjur Mohon Maaf Pas Desak Siasatan

Kibar Bendera China Penganjur Mohon Maaf Pas Desak Siasatan

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 151 hits
Malaysiakini nbsp Penganjur sambutan Guan Gong Sedunia tampil memohon maaf atas insiden pengibaran bendera China pada malam perarakan di Teluk Intan Perak semalam Pengerusi Persatuan Kebudayaan Guan Gong Soon Boon Hua menjelaskan perbuatan ...
Polis Kibar Bendera China Penganjur Langgar Syarat Larang Warga Asing Berarak

Polis Kibar Bendera China Penganjur Langgar Syarat Larang Warga Asing Berarak

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 264 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Penganjur sambutan Guan Gong Sedunia yang terkait dengan pengibaran bendera China di Dataran Menara Condong Teluk Intan didapati melanggar permit melarang warga asing berarak Ketua Polis Perak Azizi Mat Aris berka...
Pemuda Mca Selar Insiden Kibar Bendera China

Pemuda Mca Selar Insiden Kibar Bendera China

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 237 hits
Tangkap layar video tular mempamerkan peserta negara China mengibar bendera negara itu ketika perarakan sambutan Guan Gong Sedunia di Teluk Intan SHAH ALAM Tindakan mengibarkan bendera negara asing adalah perbuatan memalukan dan tidak patri...
Cukup Cukuplah Minta Maaf Akmal Kecam Insiden Kibar Bendera China

Cukup Cukuplah Minta Maaf Akmal Kecam Insiden Kibar Bendera China

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 136 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 25 2024Ketua Pemuda Umno Akmal Saleh menggesa kerajaan mengambil tindakan keras terhadap penganjur sambutan Guan Gong Sedunia berikutan insiden mengibarkan bendera China pada malam perarakan di Teluk Intan se...
Kibar Bendera China 17 Dirakam Keterangan

Kibar Bendera China 17 Dirakam Keterangan

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 140 hits
BernamaIPOH Sebanyak 17 peserta warga China yang terlibat sambutan Guan Gong Sedunia di Stesen Malaysia dan mengibarkan bendera asing ketika perarakan di Menara Condong Teluk Intan semalam diambil keterangan Ketua Polis Perak Azizi Mat Aris...
Kibar Bendera China Kenakan Tindakan Tegas Kepada Penganjur Dr Akmal

Kibar Bendera China Kenakan Tindakan Tegas Kepada Penganjur Dr Akmal

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 174 hits
bharian com myOleh Oktober 25 2024 Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh Foto fail NSTPMELAKA Pemuda UMNO mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan segera ke atas insiden pengibaran China ketika perarakan di Menara Condong Teluk Intan Per...
Bila Mata Anak Mula Merah Ini Mungkin Sebabnya

Barang Kemas Rm300 00 Hilang Warga Emas Terkejut Baru Balik Mengaji

Kesilapan Penggunaan Kad Kredit Yang Ramai Orang Buat

So Apa Sudah Jadi Malaysia

Smk Panggung Jaya Tempat Pertama Program Anjuran Th

Resipi Tauhu Goreng Crispy Cicah Sambal Kicap Sedap

Basic Structure Should M Sia Not Revert Its Position

Perlukah Ambil Ubat Statin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sle Autoimmune Disease

2 Koleksi Baru Louis Vuitton M A D Editions Yang Bakal Hebatkan Pengembaraan Anda

Saya Tak Pernah Kena Cakar Atau Terajang Adira Tepis Dakwaan Liar Bekas Madu Suruh Tanya Sendiri

Berita Basi Di Ayer Kuning

Dituduh Jadi Pembelot Bangsa Syahredzan Amp Rara Akan Saman Adun Kuala Sentul

China Dah Mula Guna 10g Tapi Ini Bukan 10g Yang Ramai Fikirkan