Kiasu Mahu Himpun Seramai Boleh Kaumnya Di Parlimen


Bertindak segera hantar calon Melayu, sabotaj rancangan kiasufazleensafina

DALAM diam-diam, secara sedar atau tidak, strategi kiasu sebenarnya mahu meletakkan seberapa ramai yang boleh kaum mereka di dalam Parlimen tanpa mengira sama ada ianya calon daripada MCA, DAP, GERAKAN hatta PKR sekalipun.

Oleh itu kiasu akan terus mendesak supaya MCA menuntut semua kerusi tradisi, yakni kerusi yang sebelum ini diletakkan calon Cina di kawasan yang berpotensi memberi kemenangan, walaupun kawasan itu jelas majoritinya Melayu.

Desakan ini lebih menggila terutamanya apabila MCA kini berada bersama Perikatan Nasional (PN), yang mana merupakan kerajaan Melayu-Muslim.

2. Dengan menguasai majoriti kerusi di dalam Parlimen, maka segala bentuk tuntutan dan cadangan penggubalan akta yang mewakili kepentingan kiasu atau kaum Cina akan menjadi lebih mudah.

Pertambahan kerusi Cina bermakna pengurangan kerusi Melayu.

Ini seterusnya akan mempengaruhi kuasa tawar-menawar di dalam Dewan Rakyat.

Kuasa politik Melayu tentunya berkurangan, lantaran perpecahan parti-parti Melayu sedia ada dan tidak senada.

Yang lebih memburukkan keadaan adalah ada di antara wakil-wakil rakyat Melayu tersebut merupakan barua kiasu dan Cina serta hanya menjadi Pak Turut seperti PAN mahupun rosak fikiran mereka dengan fahaman liberalisma seperti PKR.

Golongan ini tentunya tidak boleh diharapkan mewakili majoriti Malayu di Malaysia.

3. Seterusnya kita akan menyaksikan harapan untuk meletakkan Islam di tempat tertinggi berkecai.

Agenda mengangkat Mahkamah Syariah seperti Rang Undang-Undang (RUU) 355 akan menjadi kenangan.

Yang akan kedengaran kelak adalah cadangan membuang perkataan Islam dalam kad pengenalan dan juga cadangan pengiktirafan UEC.

Kesemua kebiadapan ini berlaku ketika mereka belum lagi menjadi majoriti.

Aspirasi kiasu Cina tentunya mendapat sokongan wakil rakyat non-Muslim yang lain yang mana akan memburukkan lagi keadaan.

4. Senario ini amat merbahaya dan umat Islam harus menyedari perkara ini sebelum terlambat.

Bagi mengatasi keadaan ini, Muafakat Nasional (MN) mesti bertegas dalam memastikan kesemua kawasan majoriti Melayu WAJIB diberi kepada calon Melayu Islam, tanpa berkompromi dengan sesiapa pun.

Jangan nanti kita hanya mampu tercenggang tanpa dapat berbuat apa-apa apabila hak keistimewaan orang Melayu dicabul, dan lebih parah lagi apabila ada usul mahu mengugut kedudukan Raja-Raja Melayu.

5. Sebelum ini dalam Barisan Nasional (BN) tidak ada PAS. Sekarang orang Melayu sudah ada MN gabungan PAS dan UMNO yang majoriti adalah Melayu Islam.

Kerusi tradisi UMNO tentunya terpaksa dikongsi bersama dengan PAS. Ini tentunya tidak menguntungkan permuafakatan politik sedia ada dan bakal mengundang konflik.

Bagi mengatasi masalah tersebut, maka adalah lebih baik kerusi majoriti Melayu yang sebelum ini dipegang MCA dan MIC diberikan kepada PAS.

Apakah setelah Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU140, UMNO masih mengharapkan kepada MCA dengan membelakangi PAS jika kawasan Melayu yang berpotensi dimenangi oleh calon Melayu.

Hanya dengan berselindung disebalik “setia kawan” sekalipun, jelas telah gagal maka perlu diserahkan juga kepada MIC atau MCA.

Adalah lebih baik sekiranya MCA memberi tumpuan kepada kerusi majoriti bukan Melayu yang nampaknya mempunyai prestasi buruk sehingga gagal dipertahankan.

6. UMNO dan juga PAS kena ingat dan sedar sekarang ini momentum menolak Pakatan Harapan (PH) semakin hari semakin menebal dikalangan orang Melayu.

Jangan kerana hendak menunjukkan setia kawan kepada MCA dan MIC, akibatnya orang Melayu mulai mual dan bosan dengan MN pula, sedangkan sudah terang lagi bersuluh MCA dan MIC GAGAL menawan pengundi bangsa mereka sendiri.

7. Cukup-cukuplah bermain strategik politik pusing sana sini namun masih beralasan mahu menjaga hati setia kawan, sedangkan kawan itu sendiri mengkhianatinya – hingga ke tahap kehilangan kerajaan dan akibatnya segala yang dibina oleh UMNO semasa mentadbir kerajaan sekian lama dalam sekelip mata tergadai dan lenyap dari pandangan akibat dilelong.

Apakah UMNO mahu mengatakan MCA dan MIC tidak bersalah?

8. Dan ahli UMNO harus ada Saja’ah (BERANI) bersuara menegur dan menasihati pemimpin yang sudah tamat tarikh luput atau sudah patut berundur kerana terpalit dengan sejarah yang tidak menyenangkan.

Dan pemimpin itu juga harus menerima kenyataan bahawa dirinya sudah menjadi liabiliti kepada parti.

Ahli-ahli bawahan sudah menyampah dan meluat dengan tingkah laku pemimpin-pemimpin yang buruk perangai itu.

Perubahan paradigma perlu dilakukan, UMNO dan PAS adalah parti sandaran majoriti orang Melayu, maka pemimpin harus berani menghadap cermin dan berani pula mengatakan di mana letaknya dirinya di dalam parti?

Adalah lebih elok pemimpin-pemimpin tersebut berundur secara terhormat.

9. Sekiranya MN masih pengecut dan tidak mempunyai kejantanan untuk berbuat demikian.

Pemimpin-pemimpin Melayu kena peka dan bertindak bijak serta segera menghantar calon Melayu di kawasan Melayu untuk mensabotaj rancangan kiasu dan Cina.

Umat Melayu Islam perlu lebih bijak dan berlepas diri daripada politik kepartian sempit.

Sebanarnya Melayu tidak ketandusan. Tanpa UMNO dan PAS, kita masih mempunyai parti-parti Melayu lain seperti PUTRA, BERJASA dan IKATAN.

Sekiranya MN masih meletakkan calon MCA, umat masih mempunyai calon Melayu Islam lain yang boleh dipilih.

10. Umat Islam mesti ada pilihan memilih Melayu Islam dalam setiap kawasan yang dipertandingkan.

Mesti ada calon Melayu Islam, tidak kira parti apa sekalipun, dan jika terdapat Melayu lawan Melayu, maka pengundi harus bijak memilih Melayu Islam yang mempunyai integriti, intelektualiti, spiritualiti (kerohaniah) yang tinggi serta berakhlak mulia, beradab dan tawadhu.

Semua ini perlu bermula dengan ilmu, mempunyai kefahaman dalam politik Islam dan bukan politik kepartian, ini perlu mula diajar di masjid-masjid sebagai pencetus proses overhaul politik Melayu Islam di Malaysia.

Haji Rashidi Haris
Ketua Media MUAFAKAT

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/06/kiasu-mahu-himpun-seramai-boleh-kaumnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usul Undi Percaya Pm Muhyiddin Boleh Bubarkan Parlimen

Usul Undi Percaya Pm Muhyiddin Boleh Bubarkan Parlimen

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 320 hits
Kredit Sayuti Omar Cadangan Pas untuk membawa usul percaya terhadap Muhyiddin Yassin sebagai PM di sidang parlimen dipersoalkan mengenai kewajarannya oleh Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub Katanya apakah cadangan itu Pas sudah bincan...
Isteri Kurang Tidur Boleh Menyebabkan Sleep Debt

Isteri Kurang Tidur Boleh Menyebabkan Sleep Debt

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 310 hits
Kenapalah saya asyik asyik nak marahkan anak aje abang Apa dh jadi dengan saya ni abang Pelbagai keluhan yang dapat kita dengar daripada seorang isteri Mengapa ini berlaku Isteri Kurang Tidur Boleh Menyebabkan Sleep Debt Credit Pic Hati hat...
Boleh Ke Mandi Waktu Malam Sebelum Tidur

Boleh Ke Mandi Waktu Malam Sebelum Tidur

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 472 hits
Anda selalu melalui detik sukar untuk tidur malam Selalu berasa tidak cukup tidur sewaktu bangun pagi Ini mungkin satu cara terbaik untuk anda dapatkan tidur yang lebih berkualiti Boleh Ke Mandi Waktu Malam Sebelum Tidur Boleh Ke Mandi Wakt...
Cpu Intel Tiger Lake Dengan Cip Grafik Xe Dilaporkan Boleh Menggerakkan Battlefield V Pada 30fps

Cpu Intel Tiger Lake Dengan Cip Grafik Xe Dilaporkan Boleh Menggerakkan Battlefield V Pada 30fps

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 272 hits
Teknologi komputer riba nampaknya akan menerima satu lagi berita baik tahun ini dari segi kemajuan pemprosesan grafik apabila CPU Intel Tiger Lake dilancarkan kelak Ryan Shrout ketua strategi di Intel baru baru ini telah menciap bahawa beli...
Redmi Note 5a Prime Tak Boleh Hidup

Redmi Note 5a Prime Tak Boleh Hidup

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 519 hits
Buat hal pula Redmi Note 5A Prime niHari ini telefon pintar Master si Redmi Note 5A Prime tu buat hal pula tak mahu hidup walaupun ada paparkan logo Mi dan kadar cas bateri sebanyak 36 Hasil carian Google mengatakan boleh hard reset untuk h...
Tak Boleh Letak Pokok Dalam Tandas Sebab Pokok Berzikir

Tak Boleh Letak Pokok Dalam Tandas Sebab Pokok Berzikir

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 2657 hits
Bila nampak post di grup Facebook yang memaparkan gambar pokok hiasan di dalam tandas seringkali saya jumpa komen berbunyi seperti berikut Eh kita Muslim tak boleh letak pokok dalam tandas sebab pokok tu berzikir Tak eloklah berzikir di tem...
Boleh Tahan Juga Bil Tnb Bulan Jun

Boleh Tahan Juga Bil Tnb Bulan Jun

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 577 hits
Salinan bil TNB yang penulis baru terima melalui portal myTNB semalam Boleh tahan juga kenaikan bil bulan Jun sejak musim PKP ni Ini ialah jumlah bil perlu dibayar bagi penggunaan sejak 27 Mei hingga 17 Jun 2020 Pembayaran terakhir dibuat p...
Tajuddin Umno Yakin Boleh Menang Besar Pru15

Tajuddin Umno Yakin Boleh Menang Besar Pru15

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 341 hits
Umno yakin parti gabungan kerajaan akan menang dengan majoriti lebih besar sekiranya Pilihan Raya Umum Ke 15 diadakan dalam tempoh terdekat ini Anggota Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman berkata rakyat kini selesa dengan kerajaan P...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn