Tak Boleh Letak Pokok Dalam Tandas Sebab Pokok Berzikir


Bila nampak post di grup Facebook yang memaparkan gambar pokok hiasan di dalam tandas, seringkali saya jumpa komen berbunyi seperti berikut :
“Eh...kita Muslim tak boleh letak pokok dalam tandas, sebab pokok tu berzikir. Tak eloklah...berzikir di tempat kotor”.
“Saya ada baca, orang-orang cakap kita tak boleh letak pokok dalam tandas sebab pokok sentiasa berzikir kepada Allah”.
Persoalannya, betul atau tidak? Pernahkah kita betul-betul dengar dari mulut para agamawan, atau pernahkah kita membaca berkenaan larangan sebegini dari mana-mana sumber penulisan yang berkredibiliti

Tidak, kita cuma bersumberkan ayat ‘orang kata’. Tanpa berfikir dan menyelidik, kita terus ambil dan terima pakai apa yang kita dengar dan baca. Kita seterusnya mengulang apa ‘orang kata’ kepada orang lain pula. Rantaian fahaman salah ini berterusan. Masalah malas berfikir dan mengkaji, main terima apa orang kata dan kemudian yakin sekali menyampaikan kepada orang lain

SELURUH ISI BUMI DAN LANGIT BERTASBIHDalam al-Quran surah al-Isra’ ayat 44, bermaksud :
Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.
Berdasarkan ayat di atas memang jelas pokok berzikir, lebih tepatnya bukan hanya pokok tetapi semua isi bumi dan langit. Semua - termasuk rumput yang kita pijak. Kalau dalam tandas tak boleh letak pokok sebab ia berzikir, sanggupkah kita memijak rumput yang juga sedang berzikir

LARANGAN BERZIKIR DI TANDASZikir seorang manusia adalah berbeza dengan zikir pokok (juga semua isi bumi dan langit). Hanya Allah yang mengetahui bagaimana pokok berzikir

Yang perlu kita tahu dengan pasti bahawa larangan berzikir (mengingati Allah) sewaktu di tandas adalah ditujukan kepada manusia mukallaf. Mukallaf bermaksud orang yang telah akil baligh dan diwajibkan ke atasnya mematuhi hukum-hukum Islam. Bukan anak kecil (yang sambil mandi sambil mengalunkan Asma’ul Husna 😅), juga pastinya bukan pokok

Ok, dah jelas kan? Jangan ragu-ragu lagi jika nak letak pokok di tandas ya


Pokok Money Plant yang saya letak di tandas rumah Negeri Sembilan. Entah apa khabarnya setelah hampir tiga minggu ditinggalkan. Saya ada letak bekas air berpenutup, siap lubang kecil untuk selitkan akar pokok...harap ia mampu bertahan sehingga saya kembali mengambilnya

Tujuan saya letak pokok dalam tandas? Sekadar hiasan penyejuk mata dan penyeri ruangan tersebut. Saya sukakan kehijauan, kalau ikut impian memang nak pokok merimbun di mana-mana ruangan. Tapi tak praktikal, cukuplah sekadarnya saja



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2020/06/tak-boleh-letak-pokok-dalam-tandas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pokok Viral Salah Cara Letak Dalam Rumah Bahaya Bagi Individu Lemah Sistem Imuniti

Pokok Viral Salah Cara Letak Dalam Rumah Bahaya Bagi Individu Lemah Sistem Imuniti

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 428 hits
Sejak kebelakangan ini tular mengenai beberapa jenis tanaman dalam rumah seperti lidah jin yang dikatakan mampu menyedut udara kotor selain memberi kesegaran kepada ruang rumah Disebabkan menjadi tular tanaman ini antara yang menjadi terlar...
Cara Letak Baja Di Pokok Orkid Hutan

Cara Letak Baja Di Pokok Orkid Hutan

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 714 hits
Assalamualaikum dan Salam SejahteraKali ini noe nak kongsi perihal Pokok Orkid noe yang dah bertahun tahun tak berbunga Pokok ini pemberian arwah bapa mertua yang noe panggil sebagai Uncle Arwah Uncle memang penggemar pokok orkid Kalau dia ...
Teknologi Anemokinetik Boleh Menghasilkan Tenaga Dari Pokok

Teknologi Anemokinetik Boleh Menghasilkan Tenaga Dari Pokok

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 459 hits
Dalam hukum termodinamik tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan Tenaga sentiasa wujud dalam alam semula jadi sesuatu tenaga itu terjadi kerana ia telah diubah untuk kegunaan lain dan ada yang ada masalah untuk diubah Paling kritikal ad...
Fenomena Letak Pokok Hiasan Dalam Rumah Guna Pasu Reject Atau Plastik Je Dah Cukup

Fenomena Letak Pokok Hiasan Dalam Rumah Guna Pasu Reject Atau Plastik Je Dah Cukup

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 806 hits
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dikuat kuasa ada satu fenomena baharu yang mula mendapat perhatian ramai iaitu menghiasi dalaman rumah dengan tanaman pokok hiasan Selain jenis pokok perkara lain yang perlu diambil kira ialah pas...
Ketahui Pandangan Pakar Mengenai Menanam Letak Pokok Hiasan Dalam Rumah

Ketahui Pandangan Pakar Mengenai Menanam Letak Pokok Hiasan Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 1707 hits
Viral tanam dan letak pokok hiasan dalam rumah Fenomena menghias rumah dengan pokok hiasan terutama pokok Daun Lidah Jin atau Lidah Mentua telah menuntut ramai pakar memberikan pandangan Setiap perkara akan ada baik dan buruknya Begitulah h...
Betul Ke Botol Berisi Air Sirap Boleh Elakkan Kucing Kencing Di Pokok Bunga

Betul Ke Botol Berisi Air Sirap Boleh Elakkan Kucing Kencing Di Pokok Bunga

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 716 hits
Betul ke Botol berisi air sirap boleh elakkan kucing kencing di pokok bunga Hari hari memang umi suka menjengah pokok bunga umi tu sebelum masuk rumah Kalau The post appeared first on
Jalil Perlu Pulangkan Gaji Lumayan Di Pnb Dan Zeti Perlu Letak Jawatan

Jalil Perlu Pulangkan Gaji Lumayan Di Pnb Dan Zeti Perlu Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 1076 hits
Lembaga Pengarah Permodalan Nasional Berhad pada Isnin 15 Jun 2020 mengumumkan bahawa mereka telah menerima peletakan jawatan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Jalil Rasheed Peletakan jawatan Jalil sudah dihidu sejak Sabtu lepas ketika ...
Letak Jawatan Selepas 17 Hari Kalau Tiada Apa Apa Masakan Tempua Bersarang Rendah

Letak Jawatan Selepas 17 Hari Kalau Tiada Apa Apa Masakan Tempua Bersarang Rendah

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 371 hits
Tindakan Datuk Seri Noh Omar meletakkan jawatan Pengerusi MISC selepas 17 hari dilantik menjadi tanda tanya di kalangan pelbagai pihak bahkan di kalangan pengkaji politik Kalau tidak ada ada masakan tempua bersarang rendah tulis bekas Penas...
Kenapa Tak Boleh Makan Telur Tamat Tempoh

Kenapa Tak Boleh Makan Telur Tamat Tempoh

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 972 hits
Sedih bila mendengar berita tentang seorang daripada 99 mangsa puding buih meninggal dunia hari ini Semuanya gara gara telur yang digunakan telah tamat tempoh Salam takziah kepada keluarga mangsa Untuk semua ketahuilah cara terbaik menyimpa...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Strengthening Digital Citizenship In Malaysia S Fasih Digital Initiative

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Telaga Semulajadi Antara Terdalam Dia Dunia

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Importance Of Domain Valuation

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Lirik Lagu Bae Sobar Bae Raya Den Manjo Deqnee Dn Man Khan Rosalinda

Febian Siapa Kita Chord

4 Senarai Dan Jenis Tombol Pintu Rumah Terbaik Dan Ideal

Lengkong Sirap Sejuk Tekak Makan Waktu Buka Puasa