Kia Kembali Ke Malaysia Melalui Penyertaan Langsung Kia Corporation


Kia Kembali Ke Malaysia Melalui Penyertaan Langsung Kia Corporation Kia Sales Malaysia Sdn Bhd (KSM), bersedia untuk mencipta pengalaman serba baharu kepada peminat yang mendekati jenama Kia di seluruh Malaysia.
Kia bersedia menangani sebarang persoalan yang timbul dengan menjawab soalan yang mungkin bermain dalam fikiran orang ramai, ‘Kenapa Pilih Kia?’
“Di peringkat global, Kia ialah pengeluar automotif ke-9 terbesar di dunia. Fokus kami ialah bergerak ke hadapan pada kadar yang mapan untuk jangka panjang.
Matlamat kami bukan sekadar menjadi jenama terpantas berkembang, tetapi jenama yang memberi perhatian kepada pelanggan, pengedar dan industri automotif Malaysia,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kia Sales Malaysia Sdn Bhd, Hyung Ho Kim. 

Malaysia Memainkan Peranan Penting Dalam Pertumbuhan Rantau APAC 
Berkongsi wawasan Kia bagi Malaysia, Pengarah Urusan Kia Sales Malaysia Sdn Bhd, Emily Lek, berkata, “Ini merupakan masa yang penting bagi kami memulakan langkah kembali ke pasaran Malaysia sebagai entiti tersendiri.”
“Jenama ini tidak lagi diwakili oleh pengedar, tetapi diterajui oleh syarikat induk yang mengawal sepenuhnya suara, nilai dan wawasan kami.”
“Dengan sistem yang kukuh dan rancangan yang jelas, kami bersedia untuk mengembalikan pengalaman jenama Kia yang sebenar.” 
Malaysia menempatkan ibu pejabat Kia Asia Pacific, yang berperanan sebagai pusat pemikiran strategik bagi rantau Asia. ​Kia APAC memantau enam anak syarikat yang termasuk Kia Sales Malaysia (KSM) dan unit pengeluarannya, Kia Malaysia. ​
​Kia APAC menguruskan operasi di 33 pasaran termasuk negara-negara ASEAN, Australia dan New Zealand. ​Di rantau APAC, ​Kia menguasai 3.4% bahagian pasaran, hasil jualan lebih 165,000 unit pada 2024.
Disokong oleh lebih 100 orang kakitangan, ibu pejabat Kia APAC telah mewujudkan peluang pekerjaan sambil memanfaatkan bakat tempatan.
Di bawah model pimpinan prinsipal langsung baharu yang berkuat kuasa 1 Januari 2026, KSM bakal mengawal sepenuhnya kehadiran jenama, pemasaran, jualan, pengalaman pemilikan dan latihan di seluruh Malaysia.
KSM juga telah memperkenalkan secara rasmi Organisai Jualan Negara di Malaysia yang diterajui pasukan kepimpinan berpengalaman lebih 100 tahun secara kolektif,
Di samping Presiden dan CEO, Hyung Ho Kim, dan Pengarah Urusan, Emily Lek, pasukan pengurusan kanannya terdiri daripada: 
Pengarah Produk dan Perhubungan Kerajaan, Hafiz Zaim,  Pengurus Besar, Jualan, Victor Chan, Pengurus Besar, Pemilikan, Rafhan Saiah, ​ Pengurus Besar, Pemasaran, Vince Yeoh, dan Pengurus Besar, Saluran, Phang Chee Wei.  

Kia Kembali untuk Membina dan Mengukuhkan Semula Kedudukan di Malaysia 
Kia memberi tumpuan kepada tiga tunggak utama dalam usaha mengukuhkan semula kedudukkannya. 
Tungak pertama ialah pelaksanaan piawaian operasi global bagi mengukuhkan asas pertumbuhan. Tumpuan turut diberikan kepada strategi penjenamaan dan pemasaran bagi menjawab persoalan “Kenapa Plih Kia?”
Tunggak kedua, KSM bercadang untuk membina semula rangkaian pengedar dengan pendekatan lebih menyeluruh. Matlamat Kia adalah untuk memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggan dimana setiap titik perhubungan pelanggan akan mempamerkan pengalaman Kia yang sebenar. ​
Tunggak ketiga dan terakhir ialah pendekatan KSM untuk mengukuhkan semula barisan produknya. KSM menekankan bahawa usahanya akan memberi tumpuan terhadap produk terbaik, yang dipilih teliti dan dilengkapi untuk memenuhi keperluan pasaran Malaysia. 
Seiring kemasukan semulanya ke pasaran Malaysia, Kia berusaha untuk memupuk semangat slogan jenamanya. ‘Movement that inspires’ (Pergerakan penuh inspirasi) dalam setiap titik sentuh pelanggan. Jenama tersebut menerangkan bahawa ‘Movement’’ mewakili pergerakan yang membawa kemajuan, perubahan dan kemungkinan.
Bukan setakat pergerakan fizikal dari satu tempat ke tempat lain, Kia berusaha mencetus pergerakan peribadi penuh emosi dan kreativiti, membawa insan ke hadapan dalam hidup sambil membolehkan mereka meneroka, berhubung dan berkembang maju. 
​‘Inspiration’ (Inspirasi) ialah gerak hati yang ingin dicetus oleh Kia bukan sahaja menerusi kenderaan, tetapi dengan setiap pengalaman jenama. Kia berhasrat untuk menjadi jenama pemangkin yang mencetus inspirasi dalam perjalanan hidup insan. 
Portfolio Kenderaan Dikenali dan Diyakini, Pengalaman Serba Baharu Kia 
Kia berjanji menawarkan pengalaman yang serba baharu dan lebih baik kepada pelanggan untuk menyokong rangkaian produk semasanya bagi Malaysia. 
Portfolio Kia menawarkan gabungan dinamik yang sesuai untuk peminat Enjin Pembakaran Dalaman (ICE) dan juga Kenderaan Elektrik (EV). Barisan ini terdiri daripada kenderaan utiliti sukan (SUV) Kia Sportage, model SUV EV perdananya, Kia EV9, dan kenderaan serba guna Kia Carnival (MPV).
Kia Sportage 2025 (NQ5) SUV generasi kelima menggabungkan penampilan dan pergerakan penuh yakin dalam empat versi: 2.0L, 2.0L High, 1.6T High dan 1.6T High AWD. Dua versi pertama dipacu enjin 4 silinder 2.0 liter Smartstream yang menghasilkan kuasa 154 HP dan tork 192 Nm, digandingkan dengan transmisi automatik 6-kelajuan.
Bagi mereka yang ingin menikmati keseronokan pemanduan berkuasa lebih tinggi, pilihan 1.6T memaparkan enjin petrol empat sebaris cas turbo 1.6 liter Gamma II yang menghasilkan kuasa 177 HP dan tork 265 Nm, digandingkan dengan transmisi dwi-klac (DCT) 7 kelajuan.

Kia Carnival (KA4) memang sudah menjadi kenderaan kegemaran ramai dalam dunia automotif Malaysia selama lebih dua dekad. MPV generasi keempat ini mengetengahkan rupa bentuk yang anggun, kontemporari dan direka cipta dengan teliti untuk nikmat seisi keluarga.
Disediakan dalam konfigurasi 7, 8, dan 11 tempat duduk, Carnival dipacu oleh enjin 4 silinder turbodiesel 2.2 liter Smartstream yang menghasilkan kuasa 199 HP dan tork 440 Nm, digandingkan dengan transmisi automatik 8-kelajuan, yang menawarkan keseimbangan antara kuasa dan kecekapan. 
Menjanjikan tahap prestasi dan kemewahan lebih tinggi dalam dunia elektrik, Kia EV9 GT Line EV SUV merupakan model utama dalam rangkaian KSM. Ditawarkan dalam dua konfigurasi iaitu 6 dan 7 tujuh tempat duduk, EV9 menggunakan rangkaian kuasa AWD dwimotor yang menghasilkan kuasa 380 HO dan tork 700 Nm. Bateri 99.8 kWj membolehkan jarak pemanduan sehingga 505 km, disokong oleh keupayaan pengecasan pantas DC sehingga 350 kW, untuk kemudahan tambahan. 
Menyentuh hala tuju masa depan bagi Kia di Malaysia, Kim menambah, “Masa depan jenama ini ternyata menarik. Sasaran kami ialah untuk melangkah maju pada kadar yang mampan dalam jangka panjang. Kami mempunyai pasukan kukuh yang diterajui oleh pakar industri untuk merealisasikan matlamat ini, dan kami bersedia untuk merancakkan pasaran Malaysia.”
Untuk sebarang pertanyaan jualan dan khidmat servis, atau bantuan tepi jalan 24-jam, hubungi Pasukan Perkhidmatan Pelanggan KSM di 1300 88 0133 atau e-mel [email protected].
The post Kia Kembali Ke Malaysia Melalui Penyertaan Langsung Kia Corporation appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/12/kia-kembali-ke-malaysia-melalui-penyertaan-langsung-kia-corporation/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Retain Sosma Fortifying Malaysia S National Security Architecture

Retain Sosma Fortifying Malaysia S National Security Architecture

papar berkaitan - pada 5/12/2025 - jumlah : 93 hits
MALAYSIA S Security Offences Act 2012 continues to occupy a contentious place in national discourse Since replacing the Internal Security Act SOSMA has been scrutinised for its implications on civil liberties with critics urging its repeal ...
Akui Kalah Dengan Malaysia Ini Kata Menteri Kewangan Indonesia

Akui Kalah Dengan Malaysia Ini Kata Menteri Kewangan Indonesia

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 113 hits
Akui Kalah Dengan Malaysia Ini Kata Menteri Kewangan Indonesia Menteri Kewangan Indonesia Purbaya Yudhi Sadewa mengakui bahawa corak pelaburan di negara itu masih belum teratur Menurut beliau Indonesia masih jauh ketinggalan berbanding bebe...
Trump Sekali Lagi Cakap Pasal Malaysia

Trump Sekali Lagi Cakap Pasal Malaysia

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 104 hits
Trump Sekali Lagi Cakap Pasal Malaysia Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyatakan hasratnya untuk melihat kereta ultra kompak dibina dan digunakan di AS selepas beliau melihat banyak model seumpamanya semasa lawatan ke Asia kira kira...
Malaysia Respects Singapore S Legal Process On Drug Cases Says Pm Anwar

Malaysia Respects Singapore S Legal Process On Drug Cases Says Pm Anwar

papar berkaitan - pada 5/12/2025 - jumlah : 117 hits
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim and Singapore Prime Minister Lawrence Wong speak at their joint session during the 12th Malaysia Singapore Leaders Retreat at The Ritz Carlton Millenia Singapore December 4 2025 Bernama picSINGAPORE D...
Maxim Gets Full Apad Approval To Operate E Hailing In Malaysia

Maxim Gets Full Apad Approval To Operate E Hailing In Malaysia

papar berkaitan - pada 5/12/2025 - jumlah : 91 hits
Maxim E hailing Malaysia has received a final approval letter from the Land Public Transport Agency to continue its e hailing operations nationwide KUALA LUMPUR Maxim E hailing Malaysia has received a final approval letter from the Land Pub...
Dua Ribu Rakyat Malaysia Bentuk Kod Content Baharu Pendedahan Daripada Laporan Perundingan Awam

Dua Ribu Rakyat Malaysia Bentuk Kod Content Baharu Pendedahan Daripada Laporan Perundingan Awam

papar berkaitan - pada 5/12/2025 - jumlah : 127 hits
Dua Ribu Rakyat Malaysia Bentuk Kod Content Baharu Pendedahan Daripada Laporan Perundingan Awam Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia hari ini mengeluarkan dapatan Perundingan Awam Kebangsaan 2025 sempena semakan Kod Kandu...
Isu Tng Buka Mata Keperluan Platform Alternatif Di Malaysia

Isu Tng Buka Mata Keperluan Platform Alternatif Di Malaysia

papar berkaitan - pada 5/12/2025 - jumlah : 197 hits
Seperti semua sedia tahu kini sedang hangat diperkatakan tentang isu akaun salah seorang pengguna e dompet TnG yang digantung Alasan yang diberikan oleh TnG setakat ini dilihat tidak cukup jelas dan menimbulkan kekeliruan kepada pengguna te...
Kerajaan Malaysia Bantu Naik Taraf Klinik Madani Di Riau Indonesia

Kerajaan Malaysia Bantu Naik Taraf Klinik Madani Di Riau Indonesia

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 130 hits
Kerajaan Malaysia Bantu Naik Taraf Klinik Madani Di Riau Indonesia UALA LUMPUR 3 Dis Kerajaan Malaysia telah menaik taraf sebuah klinik di Pusat Tahfiz Ma had Tafaqquh Riau Indonesia yang dinamakan sebagai Klinik Madani untuk manfaat para p...
Thailand Kemboja Setuju Hentikan Semua Tembakan Berkuat Kuasa Petang Jumaat Trump

Cross Country Contenders 5 Custom Bmws We D Ride Coast To Coast

Hiburan Kim Seri Eina Bakal Dipenjara Di Korea Kakak Ipar Luah Rasa Di Threads Kau Yang Ambil Duit Play Victim Lagi

Najwa Latif Feat Akwa Arifin Tiga Chord

Mampukah Jambatan Melaka Indonesia Direalisasikan Atau Sekadar Projek Gajah Putih Baharu

Unnecessary Fury Over Sunway Square Mall S Pet Friendly Policy Only Gives Muslims A Bad Name

Majlis Pernikahan Erra Fazira Dan Mr E

Khasiat Petai Yang Ramai Tidak Tahu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Usop Nasi Kerabu Sarap

Beg Kalis Air Terbaik Untuk Simpan Dokumen Penting Ketika Banjir

Nanjing Niushoushan Cultural Park

Resepi Telur Bungkus Spesial Sedap Dan Mudah

Pokok Air Mata Pengantin

Ketika Akhlak Diuji