Khir Toyo Tak Setuju Dan Curiga Pas Jemput Bersatu Dalam Muafakat Nasional



SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo mendakwa hubungan UMNO dan Pas melalui perpaduan ummah serta terbinanya Muafakat Nasional (MN), ada udang di sebalik batu.

Sambil menyifatkan hayat Barisan Nasional (BN ) kini di hujung tanduk, beliau mendakwa desakan Pas supaya menjemput Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyertai MN dilihat beliau sebagai gerakan awal untuk memecahkan penguasaan UMNO sebagai parti terbesar orang Melayu.

Desakan tersebut juga dakwanya, tidak lebih daripada memerah limau ke atas luka dialami UMNO akibat penubuhan Bersatu yang merupakan replika UMNO selain tindakan parti itu mengambil ahli Parlimen parti terbesar orang Melayu berkenaan dengan cara 'mencuri di siang hari'.

“Apa perasaan Pas jika parti Parti Amanah Negara (Amanah) juga diminta menyertai Muafakat Nasional dengan alasan yang sama demi perpaduan Melayu? Adakah Pas sanggup menerimanya?

“Pas wajar cuba memahami situasi dilalui oleh ahli-ahli UMNO bila mana wakil rakyat yang dipilih lompat ke Bersatu tanpa mengambil kira pandangan mereka,” katanya.

Menurutnya, Pas baru-baru ini meneruskan usaha untuk melumpuhkan UMNO dengan cadangan supaya Perikatan Nasional (PN) didaftarkan sebagai satu gabungan politik berdaftar dan menjurus ke arah menghadapi Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15) dengan menggunakan lambang baru.

Jelasnya, ia bermaksud PN akan menggantikan BN seterusnya parti komponen BN iaitu MCA dan MIC pasti akan meninggalkan parti gabungan berkenaan.

“Ini terbukti bila mana ketua- ketua parti dari Sabah yang dulunya komponen BN telah dijemput sekali dalam mesyuarat PN baru baru ini, begitu juga dgn MCA dan MIC.

“Kedudukan UMNO akan jadi sama tarafnya dengan parti lain walaupun hanya mempunyai ahli yang boleh dihitung dengan jari,” katanya menerusi kenyataan dimuat naik di Facebooknya hari ini.

Beliau berkata, UMNO dan Pas sepatutnya menguatkan MN dan menjadi blok terkuat dalam pembentukan kerajaan selepas PRU akan datang seperti mana dilakukan parti-parti politik di Sarawak.

Katanya, ahli politik Sarawak bertindak bijak dengan mewujudkan blok mereka sendiri demi perjuangan rakyat Sarawak.

“MN sewajarnya membuat tawaran supaya Bersatu kembali kepada UMNO malah tidak salah jika MN juga membuat tawaran sama pada Amanah untuk kembali kepada Pas. Situasi sebegini akan menunjukkan bahawa orang Melayu ingin benar-benar bersatu dan menjadi peneraju politik negara, tidaklah bersatu di luar tetapi berpecah di dalam.

“Mendaftarkan PN sama sahaja dengan memberi sijil kematian pada BN, juga melumpuhkan kekuatan UMNO. Akan tidak ada parti besar untuk orang Melayu, penguasaan orang Melayu dalam politik akan jadi lemah dan tidak akan ada lagi satu parti memiliki kerusi terbanyak dalam Parlimen,” katanya.

Jelasnya, kesannya nanti tidak akan ada kerajaan yang stabil selepas ini kerana mana-mana kerajaan akan tumbang bila mana ada parti yang keluar dari gabungan mengikut selera parti itu.

“Situasi kita hadapi hari ini akan kekal walaupun selepas PRU akan datang. Orang politik sibuk mengurus parti mereka untuk melompat, pemimpin parti pula sibuk berebut jawatan manakala rakyat tercengang, bingung hidup terus dalam kesempitan.

“Situasi bersatu di luar, berpecah di dalam ini tidak akan menguntungkan orang Melayu malah negara juga akan bermasalah kerana kerajaan yang akan wujud adalah kerajaan tidak stabil,” katanya.

Terdahulu beliau berkata, MN menjadi blok kuat dalam pembentukan kerajaan PN dan sokongan MN membolehkan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri kelapan.

Katanya, semua akur ‘kumpulan’ Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadi pembelot kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menjadi perancang utama untuk Muhyiddin mengemudi tampuk pemerintahan negara.

MR :  Khir Toya tak boleh beza antara AMANAH dan BERSATU dalam kerajaan PN


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/07/khir-toyo-tak-setuju-dan-curiga-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Pas Bertemu Bentuk Jawatankuasa Muafakat Nasional Peringkat Negeri

Umno Pas Bertemu Bentuk Jawatankuasa Muafakat Nasional Peringkat Negeri

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 383 hits
UMNO Pas bertemu bentuk jawatankuasa Muafakat Nasional peringkat negeriBIAR pun telah mempunyai gabungan dan kerjasama dalam Perikatan Nasional dua parti terbesar orang Melayu dan Islam UMNO dan Pas terus memperkukuhkan jalinan dalam Muafak...
Muafakat Nasional Pas Umno Bakal Muncul Kuasa Politik Digeruni Dan Disegani

Muafakat Nasional Pas Umno Bakal Muncul Kuasa Politik Digeruni Dan Disegani

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 221 hits
June 25 2020KUALA LUMPUR Muafakat Nasional PAS UMNO bukan semata mata untuk memperjuangkan kepentingan Islam dan Melayu tetapi akan menjadi kuasa politik yang digeruni dan disegani Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan berkata visi alternati...
Muafakat Nasional Alu Alukan Bersatu Sertai Gabungan

Muafakat Nasional Alu Alukan Bersatu Sertai Gabungan

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 303 hits
Muafakat Nasional sentiasa mengalu alukan penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia menganggotai gabungan itu Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya sentiasa terbuka untuk mengadakan perbincangan berhubung pe...
Muafakat Nasional Setuju Muhyiddin Jadi Calon Pm Pru15

Muafakat Nasional Setuju Muhyiddin Jadi Calon Pm Pru15

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 316 hits
by on Annuar Musa mengesahkan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa MN bersetuju untuk menamakan Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri untuk PRU15 KUALA LUMPUR Muafakat Nasional yang melibatkan parti UMNO dan PAS telah seb...
Umno Nak Lelong Kawasan Parlimen Pada Bersatu Pas

Umno Nak Lelong Kawasan Parlimen Pada Bersatu Pas

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 315 hits
BARU baru ini tersebar senarai calon Perikatan Nasional untuk PRU15 Ada yang mengatakan ianya PALSU PRU15 lambat lagi tak mungkin senarai tersebut betul Tetapi di dalam politik ada macam macam HELAH Tetapi kalau diteliti senarai itu mungkin...
Muafakat Nasional Perkukuh Ikatan Perbanyak Aktiviti Kegiatan Politik Di Peringkat Akar Umbi

Muafakat Nasional Perkukuh Ikatan Perbanyak Aktiviti Kegiatan Politik Di Peringkat Akar Umbi

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 330 hits
Setiausaha Agung Jawatankuasa Perunding Muafakat Nasional Tan Sri Annuar Musa berkata taklimat Pembentukan Jawatankuasa MN peringkat negeri dan kawasan parlimen yang diadakan hari ini adalah bertujuan untuk mengaktifkan kegiatan politik di ...
Muafakat Nasional Telah Membuktikan Dirinya

Muafakat Nasional Telah Membuktikan Dirinya

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 287 hits
Salleh Said Keruak 1 Pilihan raya kecil DUN Chini telah membuktikan bahawa gabungan UMNO dan PAS menerusi Muafakat Nasional adalah sangat berkesan 2 Kredit kepada kemenangan ini haruslah diberi kepada kerjasama erat antara UMNO dan PAS dan ...
Prk Chini Kerjasama Muafakat Nasional Dan Perikatan Nasional Hasilkan Kejayaan Luar Biasa Najib

Prk Chini Kerjasama Muafakat Nasional Dan Perikatan Nasional Hasilkan Kejayaan Luar Biasa Najib

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 355 hits
Astro Awani Julai 05 2020Mohd Sharim diumumkan memenangi kerusi DUN itu dengan mendapat 13 872 undi BernamaPEKAN Kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini disifatkan sebagai manifestasi kerjasama parti...
Siapa Yang Lulus Buku Itu Pemuda Muafakat Nasional

Siapa Yang Lulus Buku Itu Pemuda Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 452 hits
Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Mohamed Nizham Abdullah Hamidi bersama EXCO Pemuda UMNO Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo dan Penolong Setiausaha Pemuda Pas Mohd Faizudin Zai menunjukkan laporan polis yang telah dibuat mengena...
Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Patut Tak Boleh Daftar

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan

Attacks On Govt By Minority Groups Need To Be Curbed Zahid



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Welcome 2024

Akhirnya Berjaya Cara Betulkan Kalendar Hijrah Ramadan Di Iphone Untuk Tahun 2024

Pengalaman Masuk Hospital Kpj

Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo