Khianat Sebelum Pru 15 Senang Tapis Calon Berintegriti



Pengkhianatan yang berlaku biar pun pedih untuk dihadapi tetapi ada hikmahnya bagi parti menapis calon-calon yang benar-benar berkualiti dan bekerja untuk rakyat untuk dipersembahkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 akan datang.
Bagi Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, tapisan penting agar calon-calon yang dipilih menjadi Ahli Parlimen yang benar-benar berintegriti dan memuaskan hati rakyat dalam perkhidmatan mereka.
“Pada saya ada hikmah di sebalik pengkhianatan Xavier dan rakan-rakan terhadap parti. Yang lebih penting lagi mereka mengkhianati mandat rakyat pada PRU yang lepas.
“Namun tentunya ia membantu PKR menapis parti kami daripada unsur-unsur yang boleh dikompromi.
“Justeru dalam kita membuat persiapan menuju PRU 15 tentulah kita boleh memanfaatkan peluang ini menampilkan barisan calon lebih mantap dan berintegriti. Pada masa sama juga saya meminta maaf bagi pihak parti kepada penyokong yang meletakkan kepercayaan terhadap kita.
“Kita akan tetap perpegang teguh pada janji untuk menegakkan integriti dan keadilan serta berusaha bersungguh-sunguh memulihkan ekonomi dan berjuang menentang politik kotor,” katanya dipetik Astro Awani.
Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu tidak menolak percubaan ‘menarik’ Ahli Parlimen parti lawan terus-menerus berlaku sejak kebekalangan ini kerana kerajaan Perikatan Nasional begitu tersepit untuk mengekalkan kuasa.
“Hal ini saya fikir rakyat semua dapat menilai dan faham. Dalam usaha kita untuk memulihkan keadaan negara daripada pandemik Covid 19 sepatutnya kerajaan memberikan tumpuan kepada memulihkan ekonomi negara
“Tetapi itu tidak berlaku malahan kerajaan dilihat membeli atau mengugut Ahli Parlimen nyatakan sokongan. Ini amat dikesali kerana kita tahu pengkhianatan seperti ini menunjukkan kerajaan tidak stabil dan mereka berbuat apa sahaja untuk kekal berkuasa,” katanya lagi.
Menjawab soalan langkah-langkah yang telah dilakukan oleh KEADILAN dalam menyokong Ahli-ahli Parlimen yang ditawarkan untuk melompat, Shamsul menegaskan parti sentiasa memberi sokongan sebagaimana yang diberikan kepada Ahli Parlimen Sekijang.
“Kalau kita tengok contoh yang berlaku kepada Ahli Parlimen Sekijang, SPRM minta kita buat laporan, kita buat laporan. Kita beritahu kepada rakyat seluruh kepimpinan parti bersama-sama Ahli Parlimen Sekijang.
“Soal dalaman parti itu (alasan berkhianat) tidak perlu dijadikan sebagai isu. Kalau ada dibangkitkan, itu alasan cukup remeh bertujuan menjustifikasikan tindakan mereka,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/31740

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Mahu Lebih 70 Peratus Rakyat Malaysia Menerima Vaksin Covid 19 Sebelum Pru 15

Dap Mahu Lebih 70 Peratus Rakyat Malaysia Menerima Vaksin Covid 19 Sebelum Pru 15

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 347 hits
KUALA LUMPUR Parti Tindakan Demokratik menggesa kerajaan menangguhkan pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke 15 sehingga lebih 70 peratus rakyat Malaysia menerima vaksin COVID 19 Gesaan itu dibuat dalam satu kenyataan bersama oleh Setiausaha Agun...
Calon Pru 15 12 Tokoh Akademik Bakal Ditampilkan Putra

Calon Pru 15 12 Tokoh Akademik Bakal Ditampilkan Putra

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 351 hits
12 orang tokoh akademik bergelar profesor jurutera aero angkasa serta jurutera awam antara calon yang bakal ditampilkan oleh Parti Bumiputra Perkasa Malaysia atau PUTRA pada Pilihan Raya Umum kelima belas Presiden putra Datuk Ibrahim Ali be...
Bersatu Sahkan Terima Surat Umno Tidak Mahu Bersama Dalam Pru 15

Bersatu Sahkan Terima Surat Umno Tidak Mahu Bersama Dalam Pru 15

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 469 hits
malaysiadateline com Bersatu mengesahkan mereka menerima surat Umno yang memaklum parti itu tidak akan bersama Bersatu dalam pilihan raya umum akan datang Sehubungan dengan itu kata Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin ahli M...
Survei Kata Bn Pilihan Utama Pru 15 Ini

Survei Kata Bn Pilihan Utama Pru 15 Ini

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 263 hits
Barisan Nasional menjadi pilihan utama pengunjung dalam kaji selidik Siapakah pilihan anda dalam PRU 15 yang dijalankan oleh portal UtusanTV Dalam tempoh 24 jam kaji selidik yang dimuatkan dalam portal UtusanTV mulai pukul 8 21 pagi semalam...
Bersatu Anggap Keputusan Umno Mahu Minta Cerai Menjelang Pru 15 Beri Implikasi Besar

Bersatu Anggap Keputusan Umno Mahu Minta Cerai Menjelang Pru 15 Beri Implikasi Besar

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 383 hits
PUTRAJAYA Parti Pribumi Bersatu Malaysia berpendirian keputusan UMNO yang mahu minta cerai menjelang PRU 15i memberi implikasi besar terhadap kerjasama antara kedua dua parti itu pada masa hadapan Justeru Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri...
Ppbm Pandang Serius Keputusan Umno Tidak Mahu Bekerjasama Dalam Pru Hamzah Zainuddin

Ppbm Pandang Serius Keputusan Umno Tidak Mahu Bekerjasama Dalam Pru Hamzah Zainuddin

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 459 hits
PPBM memandang serius surat Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengenai keputusan Ahli Majlis Tertinggi Umno untuk tidak bekerjasama dengan partinya dalam pilihan raya umum ke 15 akan datang Setiausaha Agung PPBM Hamzah Zainudin berkata demik...
Pas Umno Perkukuhkan Muafakat Nasional Pahang Untuk Persiapan Menangi Pru 15

Pas Umno Perkukuhkan Muafakat Nasional Pahang Untuk Persiapan Menangi Pru 15

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 507 hits
KUANTAN PAS UMNO Negeri Pahang bersetuju memperkemaskan lagi penyusunan gerak atur kerja bersepadu Muafakat Nasional Pahang sebagai persiapan menghadapi PRU15 akan datang Sehubungan itu satu pertemuan mahabah melibatkan kepimpinan daripada ...
Pru 15 Muhyiddin Bakal Bertempur Dengan Banyak Pencabar Di Pagoh

Pru 15 Muhyiddin Bakal Bertempur Dengan Banyak Pencabar Di Pagoh

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 270 hits
ARIF ATANTan Sri MuhyiddinYassin akan menempuh persaingan sengit di Parlimen Pagoh jika kawasan tersebut berdepan dengan pertarungan pelbagai penjuru pada Pilihan Raya Umum ke 15 Pengarah Strategik DAP Senator Liew Chin Tong berkata Preside...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin

Ramadan 2025 Malaysia

For Revenge Feat Wira Nagara Kala Luka Berpesta Chord