Khasiat Petai Belalang Untuk Kesihatan


 Bilangan penduduk Malaysia mengalami masalah kencing manis atau diabetes semakin meningkat.
Penyakit diabetes harus dikawal kerana ia menjurus kepada komplikasi penyakit yang lebih berbahaya seperti penyakit jantung, kegagalan fungsi buah pinggang, angin ahmar, penyakit saraf dan hilang penglihatan.
Selain ubatan-ubatan moden, terdapat juga ramuan tradisional berasaskan herba dan tumbuhan ubatan yang digunakan untuk mengawal kenaikan paras gula serta glukosa dalam darah bagi pesakit diabetik.
Antara pokok yang telah lama digunakan di kalangan masyarakat tempatan untuk menjaga kesihatan ialah petai belalag.
Pokok petai belalang ini adalah pokok liar dan banyak tumbuh di belukar dan semak samun. Pokoknya boleh mencapai ketinggian hingga 10 meter.
Buah petai belalang berbentuk pipih seperti buah petai cuma bijinya kecil dan buahnya juga nipis.
Buahnya berwarna hijau ketika muda dan akan berubah menjadi perang apabila matang. Sangat mudah membiak dengan benih iaitu dari bijinya.
Petai belalang atau nama saintifiknya Leucaena leucocephala daripada keluarga kekacang yang berasal dari Amerika Tengah.
Biji matang petai belalang dilaporkan digunakan secara tradisi untuk merawat dan mengawal penyakit seperti bengkak buah pinggang, kecacingan serta diabetes. Bijinya kaya dengan protein, polisakarida, tannin dan asid amino.
Secara tradisinya biji petai belalang yang telah matang direbus dan kemudiannya diminum air rebusan tersebut.
Namun, terdapat juga kaedah makan terus biji petai belalang yang masih muda dan lembut.
Buat petai belalang yang masih muda pula dimakan bersama kulit dan bijinya sebagai ulam.
Buahnya yang masih muda sedap di buat ulam cicah sambal belacan atau sambal kelapa. Kalau tak nak makan mentah, boleh di celur sekejap.
Pucuk pokok petai belalang sedap di buat masak lemak cili api campur udang atau seumpamanya.
Bijinya sedap di buat sambal tumis sepertimana buah petai yang biasa. Cuma petai belalang ni bijinya kecil dan sedikit liat dan keras. Baunya pun tak sekuat seperti buah petai biasa.
Antara khasiat petai belalang adalah merawat masalah buah pinggang. Caranya ialah dengan mengeringkan sejumlah petai belalang. Setelah itu masukkanlah petai-petai yang telah dijemur kering itu ke dalam air panas.
Minumlah ia setelah membiarkan seketika. Bagi sesiapa yang ada masalah buah pinggang tu, bolehlah cuba. Setelah beberapa kali meminumnya, boleh jumpa doktor untuk diperiksa.
Pokok petai belalang boleh digunakan untuk mengubati penyakit kencing manis. Daunnya yang matang diambil segenggam dan direbus bersama 3 cawan air.
Biarkan kering hingga tinggal 1 cawan. Minumlah secawan sehari sekali selama 1 minggu.
Untuk masalah kayap, rebus pucuk daun petai belalang dengan tawas. Air rebusan itu digunakan untuk mandi dan membersihkan badan.
Berkesan juga untuk merawat batuk dan demam campak. Daun-daun muda di tumbuk bersama beras kemudian di tampal pada kerongkomg untuk meredakan batuk. Boleh juga disapu pada seluruh badan untuk mengubati kudis campak.
Daun petai belalang juga berkesan untuk mengatasi masalah kelemumur atau kulit bersisik. Daunnya dibakar manakala abunya dicampur dengan minyak kelapa sebelum digosok ke kulit kepala. 
Balut dengan plastik pembalut rambut dan biarkan selama sejam sebelum dibilas dengan air bersih. 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://biroteguhnegara.blogspot.com/2021/11/def.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
14 Khasiat Dan Manfaat Madu Untuk Kesihatan Kita

14 Khasiat Dan Manfaat Madu Untuk Kesihatan Kita

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 272 hits
Sejak zaman purba lagi madu telah digunakan dalam bidang makanan dan ubat Apakah khasiat dan manfaat madu untuk kesihatan Dalam artikel ini saya akan kongsikan kepada anda 14 kebaikan untuk kesihatan Khasiat Madu Untuk KesihatanBerikut adal...
10 Khasiat Arabic Gum Untuk Kesihatan Yang Kita Perlu Tahu

10 Khasiat Arabic Gum Untuk Kesihatan Yang Kita Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 449 hits
Arabic Gum atau gam Arab merupakan lelehan kering yang diperolehi dari cabang cabang Acacia Senegal Ia juga dikenali sebagai Gum Acacia Kordofan Gum Gum Senegal Acacia Vera Gummi Africanum Gummae Mimosae kher Sudan Gum Arabic Somali Gum Yel...
Kesan Jerebu Kepada Kesihatan

Kesan Jerebu Kepada Kesihatan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 193 hits
Tahukah anda bahawa jerebu boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan untuk jangka panjang Tahap jerebu yang melanda negara KINI berada dalam keadaan yang amat membimbangkan sehinggakan beberapa tempat telah pun diisyhtiharkan darurat Kin...
7 Bentuk Tahi Ini Menggambarkan Tahap Kesihatan Anda

7 Bentuk Tahi Ini Menggambarkan Tahap Kesihatan Anda

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 593 hits
Bentuk tahi menggambarkan tahap kesihatan andaJangan tipu Masa korang berak pasti saja akan curi curi tengok tahi korang tu kan Nah daripada asyik menengok tanpa mengerti apa apa apa kata jadikan panduan ini untuk mengetahui maksud di sebal...
Youtube Sembunyi Jumlah Dislike Jaga Kesihatan Mental Pencipta Kandungan

Youtube Sembunyi Jumlah Dislike Jaga Kesihatan Mental Pencipta Kandungan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 361 hits
YouTube Sembunyi Jumlah Dislike Jaga Kesihatan Mental Pencipta Kandungan LAMAN video paling popular YouTube mengumumkan akan menyembunyikan jumlah dislike orang ramai pada sesebuah video yang dimuat naik di platformnya mulai semalam Syarika...
Petua Kesihatan Melalui Air Dan Buah Buahan

Petua Kesihatan Melalui Air Dan Buah Buahan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 225 hits
Perkongsian kali ini adalah jenis buah buahan yang bagus untuk kesihatan Disertakan sekali dengan carta pilihan buah buahan untuk dijadikan jus yang sihat 1 Item 1 GanjaranGabungan terbaik untuk Jus yang berkhasiatBuahan Anti Kanser Cubalah...
Black Garlic Dan Manfaatnya Kepada Kesihatan

Black Garlic Dan Manfaatnya Kepada Kesihatan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 217 hits
Baru baru ini aku membeli bawang hitam sebagai suka suka untuk mencuba Wau bila aku kupas ja bawang hitam ni teruja juga la nak sumbat kedalam mulut Ok dibawah ini aku kongsikan serba sedikit kisah bawang hitam ni Jom baca lembut dan kenyal...
Tanda Tanda Kesihatan Pada Tubuh Badan

Tanda Tanda Kesihatan Pada Tubuh Badan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 213 hits
1 Sakit di bahagian bahu Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang 2 Kebas tangan Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar 3 This is a content summary only Visit my website for full links...
Kesan Alkohol Terhadap Kesihatan

Kesan Alkohol Terhadap Kesihatan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 237 hits
Setelah menjalankan kempen anti merokok Tak Nak Kementerian Kesihatan kini mengorak langkah mengadakan kempen anti alkohol pula Ini bertujuan bagi memberikan kesedaran tantang bahaya alkohol Alkohol bukan sahaja boleh memabukkan tetapi juga...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak

Lima Individu Pukul Lelaki Oku Di Kemaman Didenda


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Koleksi Anuarfaizal Dan Royal Sembilan Di Cimb Merah Meriah Raya

Malaysia Iran Agree To Strengthen Bilateral Ties

Vips Dnaa Not About Issue Of Numbers

Siti Kasim Snubs Teo Kok Seong For His Slave Mentality By Wanting To Uphold Ketuanan Melayu

Makan Masakan Thai Di Arked Niaga Padang Besar Perlis

Drama Deejay Kampung