Black Garlic Dan Manfaatnya Kepada Kesihatan
Baru-baru ini aku membeli bawang hitam sebagai suka suka untuk mencuba. Wau bila aku kupas ja bawang hitam ni ,teruja juga la nak sumbat kedalam mulut. Ok dibawah ini aku kongsikan serba sedikit kisah bawang hitam ni.Jom baca..
lembut dan kenyal
APA ITU
BAWANG HITAM?
Bawang hitam adalah dari asalnya dari bawang putih yang menerusi proses penapaian dalam pemanasan pada suhu tertentu yang dikaitkan dengan reaksi Maillard.
Pertama kali digunakan sebagai bahan makanan dalam masakan Asia, terutamanya di Jepun, Thailand dan Korea.
Namun kini mula mendapat perhatian di negara barat, terutamanya di Amerika Syarikat bukan sahaja kerana manfaat kesihatannya yang tinggi, tetapi juga di dalam bidang masakan.
BAGAIMANA BAWANG HITAM DIHASILKAN?
Bawang hitam dihasilkan menerusi proses pemanasan dan kelembapan. Mentol disimpan dalam persekitaran yang dikawal oleh kelembapan dari 80% hingga 90% pada suhu diantara 60°C hingga 90°C untuk tempoh selama 30 hingga 90 hari.
Tiada bahan tambahan mahupun pengawet digunakan untuk proses ini, ianya hanyalah tindakbalas semulajadi Maillard.
Rasanya manis-masam seolah buah prune dan tidak berbau seperti bawang putih mentah.
SIAPA YANG BOLEH MAKAN BAWANG HITAM?
Dalam ratusan kajian pakar pemakanan dan kesihatan semuanya menunjukkan pelbagai kesan positif kepada kesihatan kerana sumber antioxidan yang sangat tinggi.
Ianya adalah sumber semulajadi seperti buah-buahan mahupun sayuran dan tiada had umur mahupun jantina untuk menikmati kebaikan bawang hitam.
Digalakkan dimakan ketika perut kosong dan dielakkan sewaktu dimakan sebelum tidur kerana membekalkan tenaga yang tinggi.
Namun sebarang pengambilan tidak teratur dan sepatutnya, perlu dirujuk kepada penasihat kesihatan ataupun doktor anda.Makan sebiji sehari cukuplah (nasihat peribadi saya)
Keberkesanan Bawang Hitam (black garlic) juga diperakui oleh pesakit tekanan darah tinggi, kolestrol, kencing manis, kanser mahupun virus flu
Bagi yang buat pertama kali merasai Bawang Hitam (black garlic) ini pasti. tidak menyangka ianya merupakan bawang.Rasanya sedikit manis malah bau bawang putih juga tiada malah ada yang kata rasanya seperti buah prune tetapi bagi aku tak,cuma teksturnya mungkin.Jadi nak makan pun senang siap boleh kunyah sebab best ja rasa.
Ratusan journal kajian tentang proses fermentasi Bawang Hitam telah dijalankan.Banyak penemuan tentang khasiat bawang hitam ditemukan.
Komposisi antioksidan bawang hitam(black garlic) yang sangat tinggi memberi rantaian impak kesihatan seperti anti-kanser, menurunkan tekanan darah tinggi, kencing manis, anti-virus, serangan strok, anti-kolestrol, mencerna lemak,menghaluskan kulit dan banyak lagi.
SEDIKIT NASIHAT..
Lepas makan jangan lupa minum sedikit air sebab ada yang kata badan akan panas sedikit (logik jugala nama pun bawangkan).Jangan makan berlebihan cukuplah satu ulas atau dua sahaja.Bagi pesakit jantung dan darah rendah sila rujuk pakar runding kesihatan dulu.Bagi pesakit buah pinggang sila ambil mengikut dos yang sesuai dan kuantiti air yang diperlukan badan mengikut saranan doktor.
Untuk makluman aku tidak menjual bawang hitam ini, so jangan mintak link macamana nak order ye. Aku cuma share manfaat jer.
Oklah sehingga berjumpa lagi..
#infosihat #bawanghitam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://peluangtercipta.blogspot.com/2021/07/black-garlic-dan-manfaatnya-kepada.html