Kesan Alkohol Terhadap Kesihatan


Setelah menjalankan kempen anti-merokok "Tak Nak", Kementerian Kesihatan kini mengorak langkah mengadakan kempen anti-alkohol pula. Ini bertujuan bagi memberikan kesedaran tantang bahaya alkohol.

Alkohol bukan sahaja boleh memabukkan, tetapi juga mampu memudaratkan kesihtan diri sekirangnya diamalkan berterusan. Ia umpama kombinasi dadah dan racun kepada badan kita. Malahan hampir setiap agama di dunia ini turut melarang tabiat tersebut di kalangan para penganutnya.

Kesan ketagihan akibat meminum alkohol bekannya bergantung kepada jenis alkohol tetapi jumlah yang diminum pada satu-satu masa. Pada dasarnya terdapat dua kesan yang ketara pada penagih alkohol iaitu kesan jangka pendek dan jangka panjang. Kesan jangka pendek pengambilan alkohol lebih kurang satu botol besar menjadikan seseorang itu kurang daya koordinasi seperti tidak boleh berjalan dengan betul dan tidak boleh membuka pintu. Dalam masa yang singkat ini juga boleh menyebabkan Hangover. Hangover lazimnya disebabkan oleh keracunan alkohol, bahan lain dalam alkohol dan tindakbalas ketagih alkohol. Tanda-tanda hangover alkohol termasuklah sakit kepala, loya, muntah, cirit-birit, gangguan pergerakan usus dan menggeletar selama 8-12 jam kemudian.

Kesan jangka panjang akan dirasai selepas meminumnya selama beberapa bulan atau tahun. Kesan utama adalah seperti sakit jantung, hati atau penyakit dalam perut. Bila situasi ini berlaku mereka akan kurang selera makan, kekurangan vitamin, jangkitan penyakit, mati pucuk atau kekurangan haid. Kematian awal adalah lebih kerap pada orang yang kuat minum, terutamanya daripada sakit jantung atau hati, radang paru-paru, kanser, keracunan alkohol yang teruk, kemalangan, pembunuhan, dan pembunuhan diri.

Kesan pada otak
Selepas minum, alkohol akan meresap dari usus kecil ke dalam darah. Alkohol terus dibawa ke jantung yang kemudiannya mengepam darah beralkohol tadi ke seluruh tubuh. dari sini ia terus meresap ke dalam otak dan seterusnya ke urat saraf. Otak merupakan salah satu organ penting yang dimiliki oleh manusia kerana otaklah yang mengawal segala pergerakan dan perlakuan seseorang dan dengan kemasukan bahan asing ini ke dalamnya ia akan mempengaruhi pergerakan dan kelakuan peminumnya.

Menyebabkan berlakunya penindasan kawasan-kawasan yang biasanya mengawal maruah dan disiplin diri sehingga peminum mula marasa kurang sifat malu, fikiran bercelaru, dan pergerakan pula agak tidak terkawal.

Kurang keupayaan dari segi belajar, membentuk idea spontan, menumpukan fikiran, dan membuat pertimbangan yang teliti. Semakin kuat otak tertindas sehinggakan boleh menyebabkan tidak sedarkan diri dan seterusnya kematian.

Kesan pada hati
Setiap kali seorang peminum meminum alkohol, hati akan mengalami kecederaan (mendapat luka). Sel hati akan mati dan menjadi parut. Parut ini akan mengurangkan kemampuan hati untuk berfungsi dengan sempurna. Parut yang serius akan menyebabkan hati tidak dapat berfungsi langsung. Keadaan ini disebut sirosis hati dan boleh membawa maut.

Bengkak hati (hepatitis) juga boleh berlaku disebabkan oleh lebihan toksik alkohol. Pada mulanya ia menyebabkan hati mengembang dan lama kelamaan saluran darah akan mengecut. Ini menyebabkan darah tidak dapat mengalir ke hati dengan sempurna dan akhirnya saluran darah akan membengkak lalu pecah. Pada peringkat kritikal, penghidap hepatitis akan mengalami muntah darah dan najis mereka akan bercampur dengan darah.

Kesan pada perut
Alkohol menyebabkan kerengsaan perut (gastrik) yang akhirnya boleh membawa kepada ulser. Gabi mereka yang memang menghadapi ulser perut, sakitnya akan menjadi semakin teruk.

Kesan pada saraf
Boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sindrom Wernicke-Korsakoff dan kerosakan sel-sel otak, yang seterusnya membawa kepada kompilasi psikiatri. Peminum boleh mengalami halusinasi pendengaran, amnesia, paranoia, depresi, dan kecenderungan membunuh diri.

Kesan pada janin
Peminum alkohol kronik yang sedang hamil boleh menyebabkan kandunganya mempunyai ciri-ciri kecacatan seperti kekurangan berat badan, saiz kepala yang terlalu kecil berbanding tubuh, kurang penyelarasan otot, keadaan muka yang rata, dan lemah sendi-sendi

Bertindak dengan pelbagai sistem dan organ tubuh. Contohnya, kesan terhadap sistem peredaran tubuh menyebabkan darah lebih banyak dialirkan ke kulit. Ini menyebabkan kulit peminum menjadi kemerah-merahan dan perpeluhan juga meningkat. Pengepaman jantung juga bertambah pantas dan kuat seperti individu yang sedang melakukan senaman. Kepada penghidap penyakit jantung, mereka mempunyai kemungkinan diserang penyakit itu.

Lebih cenderung membuang air kecil dengan kerap kerana etanol boleh merencat hormon penahan kencing.

Mungkin mengalami anemia, hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah), dan ketandusan vitamin.

Boleh meningkatkan risiko kanser sebanyak 15 kali terutamanya pada bahagian mulut dan tekak.

Boleh juga menimbulkan pelbagai masalah sosial. Masalah ketagihan alkohol boleh merosakkan hubungan persahanbatan, kehilangan pekerjaan, hutang, simpanan keluarga dihabiskan, masalah rumah tangga, penganiyaan, penderaan, keruntuhan moral dan sebagainya.

Oleh itu hindarilah dari meminum minuman tersebut kerana jelas keburukan alkohol jauh mengatasi kebaikannya.

Kesan alkohol pada Manusia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://musafircyber.blogspot.com/2012/10/kesan-alkohol-terhadap-kesihatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kesan Jerebu Kepada Kesihatan

Kesan Jerebu Kepada Kesihatan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 168 hits
Tahukah anda bahawa jerebu boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan untuk jangka panjang Tahap jerebu yang melanda negara KINI berada dalam keadaan yang amat membimbangkan sehinggakan beberapa tempat telah pun diisyhtiharkan darurat Kin...
Gajet Kesan Terhadap Kanak Kanakdan Remaja

Gajet Kesan Terhadap Kanak Kanakdan Remaja

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 185 hits
Akademi Pediatrik Amerika dan Persatuan Pediatrik Kanada menyatakan kanak kanak dari umur 0 2 tahun tidak sepatutnya didedahkan pada teknologi 3 5 tahun dibenarkan hanya sejam sehari dan 6 18 tahun hanya dua jam sehari Bagaimanapun kanak ka...
Gambar Kesan Penggunaan Steroid Terhadap Wanita

Gambar Kesan Penggunaan Steroid Terhadap Wanita

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 207 hits
Steroid selalu dikaitkan dengan lelaki yang terlalu idamkan berbadan sado Tapi jarang kita lihat steroid digunakan oleh seorang wanita Apakah kesan steroid terhadap wanita bagi jangka masa pendek dan jangka masa panjang Sebelum SteroidJangk...
Kesihatan Emosi Cara Memperbaikinya

Kesihatan Emosi Cara Memperbaikinya

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 176 hits
Kesihatan emosi adalah bahagian penting dari keseluruhan kesihatan kita Sangat penting untuk menjalani kehidupan yang utuh seimbang dan puas Ini bermaksud merasa senang bahagia mengalami emosi positif seperti cinta kegembiraan atau belas ka...
Khasiat Buah Teen Dan Kesihatan

Khasiat Buah Teen Dan Kesihatan

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 154 hits
KHASIAT BUAH TEEN DAN KESIHATANBuan Teen adalah salah satu keajaiban alam kepada manusia Rasa buahnya yang tiada tandingan buah Teen telah menyumbang kebaikan yang banyak kepada manusia sejak beribu tahun yang lampau Ia tidak lokek untuk me...
Jawatan Kosong Terkini Kementerian Kesihatan Malaysia Mohon Sebelum 18 November 2021

Jawatan Kosong Terkini Kementerian Kesihatan Malaysia Mohon Sebelum 18 November 2021

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 303 hits
Jawatan Kosong Terkini Kementerian Kesihatan Malaysia Mohon Sebelum 18 November 2021 Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Mingguan Kerja Buat makluman pe...
Brendan Gan Semakin Kuat Lawan Kanser Gesa Masyarakat Buat Pemeriksaan Kesihatan

Brendan Gan Semakin Kuat Lawan Kanser Gesa Masyarakat Buat Pemeriksaan Kesihatan

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 273 hits
Brendan Gan Foto Facebook Brendan Gan Jangan ragui saya melawan kanser Brendan Gan Jeneral tengah Harimau Malaya dan Selangor FC Brendan Gan yang kini menjangkau umur 33 tahun menjelaskan beliau semakin pulih daripada penyakit kanser dihada...
Tanda Tanda Kesihatan Pada Tubuh Badan

Tanda Tanda Kesihatan Pada Tubuh Badan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 203 hits
1 Sakit di bahagian bahu Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang 2 Kebas tangan Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar 3 This is a content summary only Visit my website for full links...
Manfaat Buah Oren Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

Manfaat Buah Oren Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 208 hits
Assalamualaikum pembacaku yg comel dan hebat sekalian oo hebat haha hari ni nita nak bagitau nita da baca satu chapter dalaam buku Rasulullah is my Doctor okey kredit nak diberikan kepada Alifah F pemilik buku ni mungkin org dah biasa denga...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation