Khasiat Kangkung Dan Resipi Stir Fried Pak Boong
Khasiat Kangkung.
Kangkung atau nama santifiknya Ipomoea aqatica adalah sejenis sayuran yang popular di kalangan penduduk Asia Tenggara, terutama Malaysia dan Indonesia. Ia juga mudah dan cepat tumbuh, sekitar 4-6 minggu ia akan cepat membesar.menjadi menu alternatif tidak kira di rumah mahupun restoran. Kangkung juga mudah dan murah didapati di Nusantara ini.
Selain digunakan sebagai bahan masakan, kangkung juga digunakan sebagai bahan untuk kesihatan.
Khasiat Kangkung
Boleh Tajamkan Penglihatan
Selain daripada lobak merah, ramai yang tidak sedar bahawa kangkung juga mampu penamajamkan penglihatan kita. Sayur ini mempunyai vitamin A yang tinggi, iaitu 6300 IU, lebih tinggi daripada sayur bayam. Daripada kajian sains yang dilakukan, semakin tinggi hijau sayur itu,semakin tinggi bertakaroni di dalam sayur tersebut.
Kaya Dengan Vitamin B dan C
Kandungan vitamin B dan omega yang tinggi ada pada kangkung mampu memberi kesegaran kepada dan memulihkan stress
Mengikut kajian, kandungan vitamin C yang ada pada kankung adalah
lebih tinggi daripada buah-buahan yang terdapat di pasaran. Secara tidak
langsung Ia dapat membantu meningkatkan antibody pada badan kita
Jelas dan nyata bahawa sayur kangkung banyak memberi faedah dan manfaat kepada kita walaupun ada yang beranggapan sebaliknya. Kangkung juga mudah dan murah untuk didapati. Marilah kita bersama-sama mengamalkan makan kangkung untuk kebaikan kita bersama.
Sumber: http://www.wom.my/kesihatan/petua-pemakanan/khasiat-kangkung/
Resipi Stir- fried ‘Pak Boong’
Stir-fried ‘Pak Boong
Resipi Asal : Marions Thailand
Stir-fried ‘Pak Boong’ atau kat sini panggil kangkung goreng. Resipi mudah sebab guna kangkung, bawang putih, cili merah, sos tiram, sos ikan dan gula.
Potong kangkung dalam 5cm. Masukkan ke dalam mangkuk. Kemudian potong kasar 4 biji bawang putih. Potong 3 biji cili merah. Masuk sekali ke dalam mangkuk. Selepas itu campur 3 sudu besar sos tiram, 1 sudu besar sos ikan dan 2 sudu kecil gula.
Panaskan 2 sudu minyak.
Campur semua bahan lepas tu goreng dengan api besar selama 1-2 minit. Boleh tambah 1 sudu besar lagi sos ikan ketika menggoreng.
The post Khasiat Kangkung dan Resipi Stir-fried ‘Pak Boong’ appeared first on cikpinz.com.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.cikpinz.com/khasiat-kangkung/