Khasiat Dan Kebaikan Susu Ibu


Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.

Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin.


Teknologi moden cuba meniru merumus susu formula agar menyamai susu ibu. Namun sehingga kini khasiat dan kebaikan yang terkandung di dalam susu ibu tidak dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Antara kebaikan susu ibu adalah ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar. Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.

Susu ibu bersih dan bebas bakteria. Selain itu ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri. Sekiranya si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut akan hadir di dalam susu ibu.

Kita kerap melihat bayi kecil menangis tanpa henti berjam-jam lamanya. Besar kemungkinan perutnya kembung. Sekiranya bayi menyusui ibu sepenuhnya pada usia tiga bulan, masalah ini dapat diatasi. Ini kerana terdapat bahan dinamakan bifudus factor membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus membiak dan menentang bakteria yang menyebabkan diarrhea atau cirit-birit. Selain diarrhea, susu ibu berjaya menentang jangkitan penyakit biasa seperti eczema, lelah dan sembelit.

Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Susu tepung akan masam selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun bayi tidak menetek beberapa hari. Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar dan bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.

Dan kajian dari Holland menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk pertumbuhan sistem tumpuan nervous.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://musafircyber.blogspot.com/2014/06/khasiat-dan-kebaikan-susu-ibu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahukah Anda 1 Khasiat Susu Ibu

Tahukah Anda 1 Khasiat Susu Ibu

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 251 hits
Khasiat susu ibu antaranya mengandungi lemak protein dan omega 3 yang mana ia mudah untuk dihadamkan dan kaya dengan antibodi Ia mampu melindungi bayi anda dari penyakit merbahaya
Susu Ibu Khasiatnya Tidak Ternilai

Susu Ibu Khasiatnya Tidak Ternilai

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 151 hits
Kelahiran bayi bermulanya detik indah kehidupan Rumah tangga anda dilimpahi cahaya Kehadiran si manja mengeratkan jalinan kasih suami isteri Kini tanggungjawab anda berdua menyempurnakan hidupnya Menyusukan bayi dengan susu sendiri adalah p...
Khasiat Air Kelapa Untuk Ibu Mengandung

Khasiat Air Kelapa Untuk Ibu Mengandung

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 175 hits
KHASIAT AIR KELAPA UNTUK IBU MENGANDUNGKHASIAT AIR KELAPA UNTUK IBU MENGANDUNG Mengandung merupakan fasa memenatkan bagi para ibu pelbagai cabaran dan dugaan yang terpaksa dihadapi untuk melahirkan zuriat Kalau diklinik kesihatan memang ban...
Susu Ibu Menyelamatkan Nyawa

Susu Ibu Menyelamatkan Nyawa

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 146 hits
Risiko kematian bayi dan kanak kanak kecil di negara membangun meningkat 10 hingga 15 kali bagi mereka yang tidak menyusu badan pada usia tiga bulan pertama Kebanyakan kematian berpunca penyakit cirit birit yang serius Kajian pula menunjukk...
Susu Kambing Penuh Kebaikan

Susu Kambing Penuh Kebaikan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 137 hits
Kebaikkan susu kambing yang kaya dengan khasiat serta mengandungi protien enzim dan mengandungi faktor anti penuaan antiarthritis serta antibarah Ia juga mengandungi antibodi yang bloeh digunakan info for everyone info menarik dan pelik ser...
Hatinya Secantik Wajahnya Ibu Pelakon Kanak Kanak Dedah Kebaikan Jun Somin

Hatinya Secantik Wajahnya Ibu Pelakon Kanak Kanak Dedah Kebaikan Jun Somin

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 348 hits
Melihatkan peribadinya di Running Man semuanya pasti boleh agak bahawa Jun So min merupakan seorang yang baik hati dan ceria Malah kebaikannya itu turut dikongsikan oleh seorang ibu pelakon kanak kanak di set penggambaran drama pendek Heeso...
Anak Tolak Direct Feed Masuk Usia 3 Bulan Bukan Sebab Tak Nak Susu Ibu Ini Jawapanya

Anak Tolak Direct Feed Masuk Usia 3 Bulan Bukan Sebab Tak Nak Susu Ibu Ini Jawapanya

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 349 hits
Aduh kenapa pulak anak tak nak menyusu Memang risau memikirkan perkara ni kan Lebih lebih lagi masa dalam pantang si kecil elok je menyusu susu badan Bila jadi macam ni tentu sekali mama rasa sedih Opss jangan sedih sedih Mama kena kekal te...
Susu Ibu Menguntungkan Wanita

Susu Ibu Menguntungkan Wanita

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 160 hits
Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan bentuk badan asal Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan punggung Ini berita baik Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh melangsing...
Majikan Pun Galakkan Penyusuan Susu Ibu

Majikan Pun Galakkan Penyusuan Susu Ibu

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 141 hits
Haaa ni nak share kenapa aku kata tempat kerja aku sangat galakkan pemberian penyusuan susu ibu neh galakkan bukan saja nampak dari segi bagi dorongan bg motivasi dan semangat kepada pekerja penyediaan tempat yg bersesuaian dan khas kepada ...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Ikan Siakap Bakar Kerabu Bunga Betik

Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord