Khasiat Air Kelapa Untuk Ibu Mengandung
KHASIAT AIR KELAPA UNTUK IBU MENGANDUNGKHASIAT AIR KELAPA UNTUK IBU MENGANDUNG | Mengandung merupakan fasa memenatkan bagi para ibu, pelbagai cabaran dan dugaan yang terpaksa dihadapi untuk melahirkan zuriat. Kalau diklinik kesihatan memang banyak kes yang dihadapi oleh ibu mengandung terutamanya, darah rendah, darah tinggi, kencing kotor, kenaikan berat badan mendadak, kurang berat badan, dan pelbagai macam lagi kes tau. Masa Mek Cah dulu masalah utama kenaikan berat badan mendadak, nasib baik selalu amalkan air kelapa ketika mengandung dapat juga membendung masalah-masalah kencing kotor dan sebagainya. Ketika mengandung memang badan terasa panas je, walaupun kipas dah no 5 tetap panas gituh. Memang normal! Kerana bagusnya air kelapa ini untuk air ketuban wajib setiap hari suruh suami belikan air kelapa tanpa gula fresh lagi tau. sekarang dah beranak memang dah tak amalkan. Grrrr Oh ya nak tahu 'CARA MENGETAHUI JANTINA BAYI DALAM KANDUNGAN' baca ni tau, mana tahu semua tu betul. Eh!
Antara khasiat air kelapa untuk ibu mengandung ialah :-
1. MELANCARKAN PENYINGKIRAN AIR KENCING
Air kelapa mengandungi pelbagai sumber mineral seperti potassium dan magnesium yang membantu melancarkan penyingkiran air kencing. Ini dapat membantu ibu membersihkan saluran usus daripada toksin di samping menghalang pembentukan batu karang atau jangkitan dan seterusnya mengurangkan risiko bersalin pramatang.
2. MINUMAN TENAGA SEMULAJADI
Simptom mual, muntah, atau cirit-birit boleh menjadikan ibu mudah letih akibat dehidrasi.
Elektrolit semulajadi yang terkandung dalam air kelapa seperti sodium, kalsium, potasssium dan fosforus sedikit sebanyak dapat mengimbangi pH tubuh serta tekanan darah. Secara tidak langsung, ia juga membantu mengembalikan tenaga dan fungsi pada otot.
3. MENYEJUKKAN BADAN
Sumber gambar : Google
Biasanya, ibu mengandung selalu terasa panas dan tak selesa sepanjang mengandung kan?Dengan sifat sejuk yang dimiliki oleh air kelapa, ibu dapat berasa lebih segar dan mengawal rasa panas pada badan akibat perubahan hormon.
4. MELEGAKAN PEDIH ULU HATI, SEMBELIT & MASALAH PENCERNAAN
Kaya dengan serat, air kelapa membantu ibu memerangi rasa pedih ulu hati, sembelit atau ketidakhadaman yang kerap berlaku akibat perubahan hormon dengan meneutralkan kandungan asid dalam perut.
5. MENINGKATKAN IMUNITI
Kandungan vitamin, mineral serta antioksidan dalam air kelapa mampu meningkatkan kekuatan pertahanan badan secara semulajadi.
Asid laurik yang terkandung di dalam air kelapa turut terbukti membunuh bakteria dan jangkitan seperti flu di samping mengekalkan bakteria baik.
6. MENGEKALKAN BERAT BADAN OPTIMUM
Air kelapa adalah rendah kalori dan lemak.
Air kelapa adalah minumam alternatif yang baik bagi menggantikan minuman manis kerana ia tidak mengandungi perasa atau pengawet tambahan. Kandungan gulanya juga rendah, selamat diminum dan tidak menyebabkan diabetes gestasi.
7. BAGUS UNTUK AIR KETUBAN
Jika air ketuban berkurangan boleh memberikan risiko kepada bayi dalam kandungan
Menurut laman kesihatan Hello Doktor, meminum air kelapa membantu mengoptimumkan tahap air ketuban pada ibu mengandung.
Faktor ini secara tak langsung melancarkan isipadu darah ibu mengandung dan menyediakan persekitaran yang baik untuk bayi dalam kandungan.
Buat para ibu yang bakal melahirkan zuriat jangan lupa amalkan '8 SURAH AMALAN UNTUK IBU MENGANDUNG'. Alhamdulillah masa mengandung Alisha Safiya dan Adam Sufi memang wajib baca surah tersebut setiap kali solat Maghrib. Malah berjaya khatam al-quran ketika mengandungkan Adam Sufi. Tetapi disebabkan induce sakit tu tak boleh bawa berbincang walaupun dan amalkan 'CARA MENERAN DENGAN BETUL KETIKA BERSALIN' . Anggap sahaja gugurnya dosa para ibu ketika melahirkan anak. Positif tau!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://hazanis.blogspot.com/2020/02/khasiat-air-kelapa-untuk-ibu-mengandung.html