Khasiat Buah Lemon Ada Yang Kita Tak Tahu
"Laymon', kata Bonda Mona. "Lemon", Razif membetulkan sebutan Bonda. Siapa yang tengok Drama Kampung People 2 mesti teringat scene ni.
Ingat lagi tak? Jenuh Razif membetulkan sebutan keluarga Mona. Sampai ke sudah tak mahu mengalah dengan sebutan yang salah
Buah lemon, barang dapur yang wajib ada. Sebabnya buah lemon ni serbaguna sangat. Bukan guna untuk masak je. Boleh guna untuk resipi/petua kecantikan dan kesihatan juga
Tak ramai yang suka minum air kosong. Sejenis Fiza suka minum air kosong dengan hirisan buah lemon. Kalau tak ada buah lemon, minum air masak semata-mata rasa macam nak muntah dan perut macam masuk angin
Nak rajin minum air masak, memang kena letak hirisan lemon. Cara Fiza minum air lemon setiap pagi. Barulah rajin sikit nak minum air masak dan ada lah perisa lemon sikit.
Jangan mengada pulak letak gula. Letak madu asli takpa, lagi sedap tu campuran lemon dan madu
Tapi iyalah, madu mahal. Cukup letak hirisan lemon pun dah okay dah. Tetamu datang, boleh hidangkan air sirap lemon atau teh o ais lemon.
Tahukah Anda? Khasiat Buah LemonDengan hanya merendamkan lemon dalam air masak dan mengamalkan minum air lemon setiap hari cukup memberi banyak manfaat pada kesihatan kita
Lemon mempunyai nutrisi yang tinggi dan diperlukan badan untuk mengekalkan kesihatan. Kaya dengan karbohidrat, serta protein, lemak dan vitamin C.
Minum jus lemon segar sangat menyegarkan dan mengekalkan gaya hidup sihat. Jus lemon minuman rendah kalori dan boleh membantu mengawal tubuh badan daripada dehidrasi.
Ini jenis yang tak suka minum air masak. Should try lah minum air masak campur dengan hirisan lemon. Air manis bergula membuatkan badan kita kurang air. Lemak juga yang bertambah nanti
Buah Lemon ni pelbagai guna
KesihatanPenghadaman : Membantu penghadaman dan sembelit dengan hanya mencampurkan beberapa titis jus lemon dalam masakan atau minuman.
Ubat demam,selsema dan batuk : Siapa sangka lemon juga mengubati demam, selsema dan batuk kerana lemon membantu mengurangkan suhuh badan melalui pengeluaran peluh
Kurangkan sakit gigi : Jus lemon juga boleh mengurangkan sakit gigi dan dapat menghentikan masalah gusi berdarah. Tambahan lagi, lemon dapat menyahkan bau mulut yang busuk
Legakan gangguan penafasan : Vitamin C yang terkandung dalam sebiji lemon dalam membantu masalah penafasan untuk jangka masa yang lama terutamanya mereka yang terkena serangan asma/semput
Megubati penyakit taun : Jus lemon boleh mengubati penyakit taun dan malaria kerana ia bertindak sebagai penapis dalam darah
KecantikanTurunkan berat badan : Dengan mengamalkan minum air lemon setiap pagi yang dicampur dengan air suam dan madu, dapat membantu mengurangkan berat badan
Merawat masalah rambut : Jus lemon dapat merawat masalah kelemumur, rambut gugur dan menyihatkan kulit kepala. Jus lemon juga dapat membuatkan rambut lebih bersinar
Masalah kulit : Jus lemon berfungsi sebagai pelindung sinar uv, mengatasi masalah jerawat dan juga ruam. Jus lemon sebagai antiseptik semulajadi yang dapat memulihkan masalah kulit. Di samping itu ia dapat melegakan sengatan sengat lebah
Merawat kesan kulit terbakar : Jus lemon dapat memudarkan parut kesan terbakar yang lama, parut kemalangan dan dapat juga mengurangkan rasa sakit
Merawat luka luaran : Disebabkan jus lemon adalah antiseptik semulajadi, ia dapat mengeringkan luka dengan cepat. Darah pun akan berhenti mengalir.
PencuciTahukah anda? Kulit lemon dan hampas lemon boleh digunakan untuk tujuan mencuci. Kulit dan hampas boleh digunakan untuk mencuci sinki atau table top yang kotor. Jika rendam kulit lemon, dan air tersebut boleh digunakan untuk mop lantai
Serbaguna sangat buah lemon ni. Kaya dengan khasiat semulajadi dan berguna untuk kesihatan, kecantikan dan boleh digunakan sebagai agen pencuci. Walaupun kecil tapi besar manfaatnya kan
Kredit : alraudah || mediacorp
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2020/10/khasiat-buah-lemon-ada-yang-kita-tak-tahu.html