Khasiat Bismillah 5 Rumi Dan Terjemahan
Mungkin ada yang tertanya apakah fadhilat, kelebihan atau khasiat Bismillah 5 (Lima), sebenarnya setiap satu ayat suci Al-Quran mempunyai maksud atau makna yang tersendiri berserta kebaikan dan manfaat yang diperolehi oleh mereka yang mengamalkannya dengan betul.
Khasiat Bismillah 5 adalah penawar, ayat penyembuh atau syifa dan juga ayat pendinding diri dari segala penyakit yang memudaratkan berserta ia amat baik dimanfaatkan dengan mengamalkan ayat ini dalam kehidupan seharian.
Kelebihan & Khasiat Bismillah 5
Bismillah Lima sangat mudah untuk diamalkan oleh sesiapa saja dan ia sekadar memakan masa hanya beberapa minit tetapi kesan yang dialami oleh mereka yang mengamalkan dengan bersungguh-sungguh pasti akan menakjubkan selepas terbukti ia amat berkesan.
Bismillah 5 Rumi dan Terjemahan
Terjemahannya :
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan.Dengan nama Allah Yang Mencukupkan.Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik.Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Antara khasiat, kebaikan dan kelebihan Bismillah 5 seperti yang dikongsikan di laman Facebook adalah seperti yang dinyatakan di bawah:
Penawar berbagai jenis racun dan juga apa saja jenis bisa.Menghalang daripada diganggu makhluk halus, jin dan syaitan.Dapat melegakan kesan bengkak atau benjolan.Mencegah dan mengubati sakit bisa-bisa dalam badan.Mengubati penyakit gila meroyan.Dijadikan penawar kepada penyakit seperti sakit atau bisa pada tulang.Dapat mengubati segala jenis penyakit yang tidak tahu apakah punca sebenarnya.Mampu menghalang daripada bahaya atau serangan musuh.
Kaedah Rawatan Dengan Penawar Bismillah 5
1. Letakkan tangan anda di bahagian yang sakit itu.
2. Bacakan penawar Bismillah 5 sebanyak 7 kali dengan penuh keikhlasan dan khusyuk.
3. Tiupkan kepada segelas air, kemudian diberi minum atai disapukan di tempat yang sakit atau yang berkaitan.
4. Ia boleh juga disapukan ke seluruh badan jika perlu.
5. Jika ada bahagian yang sakit dan tidak mampu disentuhkan dengan tangan kerana sakit atau sebab tertentu. Anda boleh letakkan tangan anda di bahagian lain berserta dengan iktikad bahawa bahagian tersebut adalah antara tempat yang sakit.
6. Untuk sebarang kes kecemasan, anda boleh bacakan secara terus Bismillah 5 sambil dengan meletakkan tangan anda di tempat yang berkaitan dengan kesakitan.
7. Sekiranya anak anda sakit atau benjol di kepala akibat terhantuk, bacakan Bismillah 5 sebanyak sekali sambil anda tuamkan air suam atau air batu di bahagian yang benjol atau tempat yang sakit. Insya Allah ia akan dapat meredakan kesakitan.
8. Jika anak demam, bacakan ayat Bismillah Lima serta tiup pada bekas yang berisi air sebanyak 19 kali. Seterusnya lapkan badan anak dengan menggunakan air tersebut seberapa banyak sekalipun diikuti selawat ketika mengelap.
9. Jika anda sering menangis pada tengah malam, elok dibacakan Bismillah Lima ini serta dihembuskan pada ubun-ubun bayi tersebut. Ulangi sekerap yang boleh dan tidak salah jika dibaca berulang-ulang.
10. Selain itu berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW berserta ayat ini dengan berdoa kepada Allah serta meminta dan memohon supaya dapat menyembuhkan segala penyakit yang dihadapi.
Cara Mengamalkan Bismillah 5
1. Anda boleh jadikan ayat Bismillah 5 sebagai bacaan doa setiap hari dan juga amat digalakkan dibaca ketika sebelum makan dan minum ubat.
2. Amalan membaca Bismillah 5 berserta dengan bacaan Bismillah 6 sebanyak 33 kali setiap selepas menunaikan solat adalah lebih baik.
3. Jika anda mengamalkan bacaan ayat Bismillah Lima ini dengan istiqomah, ia mampu menghalang santau atau sihir dalam makanan serta minuman.
4. Sekiranya di dalam bekas makanan atau minuman yang mempunyai santau atau sihir yang dihidangkan kepada si pengamal ayat Bismillah 5, bekas tersebut akan pecah dengan sendirinya jika ia memegangnya.
5. Yakinlah dan bacalah dengan khusyuk serta tanamkan dalam diri bahawa hanya Allah saja tempat kita meminta pertolongan serta tempat kita bergantung harapan.
Semoga perkongsian khasiat Bismillah 5 dalam rumi dan jawi berserta terjemahan dapat memberi manfaat kepada anda. Amalkanlah yakin dan penuh ikhlas serta rasai kehebatannya. Insya Allah. Semoga bermanfaat. - ilmualam.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ilmualam.com/2020/04/khasiat-bismillah-5-rumi-dan-terjemahan.html