Poster Tamil Selepas 63 Tahun Merdeka Perlukah Lagi Terjemahan
Oleh Rafidahtul Aqilah Seri Lanang Pemimpin MIC tak peka isu sensitif, jangan ulangi kesilapan PH

 BANGI– Penggunaan bahasa Tamil yang bercampur dengan bahasa kebangsaan dalam  poster ucapan sambutan ulang tahun Radio Televisyen Malaysia (RTM) oleh  Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan baru-baru ini tidak boleh  dipandang sebelah mata
Felo Utama Institut Kajian Etnik (Kita)  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong  berkata, ini kerana, tindakan tersebut bertentangan dengan Perkara 152  Perlembagaan Persekutuan yang harus diakui sebagai satu kesilapan
Tegas beliau, tindakan itu juga sama sekali tidak perlu dipertahankan atas apa jua alasan
“Saya terkejut apabila pemimpin MIC  bertindak sedemikian, sedangkan MIC sebuah parti nasionalisme Malaysia  yang matang jadi tidak sepatutnya perkara itu berlaku ataupun dilakukan  oleh sebuah parti yang begitu lama ditubuhkan, sebelum merdeka, di mana  bersama-sama UMNO dan MCA melakar kontrak sosial
“Pemimpin MIC perlu belajar serta tidak  mengulangi kesilapan yang dilakukan Pakatan Harapan yang menggunakan  bahasa Mandarin dan bahasa Tamil dalam membuat kenyataan rasmi
“Nampaknya mereka tidak peka langsung  tentang perkara sebegini sensitif sehinggakan berlaku penggunaan bahasa  Tamil yang mendapat kecaman yang begitu hebat daripada pelbagai pihak,”  katanya ketika dihubungi Ismaweb.net
Terdahulu, tular poster Saravanan  memberikan ucapan ulang tahun ke-74 kepada RTM, di mana selain teks  bahasa Melayu, poster itu juga mengandungi ucapan dalam bahasa Tamil
Tindakan itu dikecam netizen yang rata-rata menganggap Saravanan bersikap seperti pemimpin kerajaan lama Pakatan Harapan (PH)
Bagaimanapun, Ketua Pemuda MIC, R  Thinalan mempertahankan tindakan berkenaan dengan menyatakan, ucapan di  dalam bahasa Melayu diberi keutamaan, dan ucapan di dalam bahasa Tamil  pula sekadar terjemahan
Mengulas lanjut, Prof Kok Seong berkata,  isu ini jika dipandang dari permukaan sahaja sememangnya dilihat kecil,  tetapi jika dikaji secara mendalam pembinaan negara bangsa Malaysia  berasaskan kepada pengetahuan dan penguasaan bahasa Melayu itu sendiri
“Setelah 63 tahun menyambut kemerdekaan  mengapa perlu ada terjemahan dalam bahasa lain, apa yang berlaku dalam  penguasaan bahasa kebangsaan sehinggakan rakyat jelata masih tidak  mengetahui bahasa negara dengan baik yang masih memerlukan terjemahan
“Jadi ini satu isu yang lebih penting  untuk kita tangani kerana kata kita gagal dalam pembentukan negara  bangsa dalam aspek-aspek tertentu khususnya aspek bahasa Melayu, di mana  masih terdapat rakyat yang tidak memahami bahasa Melayu sehingga  memerlukan terjemahan dalam siaran rasmi,” katanya lagi
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/poster-tamil-selepas-63-tahun-merdeka.html