Khalid Samad Didesak Minta Maaf Kepada Agong

PETALING JAYA: Seorang bekas menteri Kabinet yang bersepakat dengan  kerajaan Perikatan Nasional membidas Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid  Samad atas kata-kata yang menurutnya hampir mempersoalkan kredibiliti  Yang di-Pertuan Agong.
 Redzuan Yusof berkata ucapan Khalid pada satu ceramah baru-baru ini  selepas Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah perdana menteri juga  menganginkan istana mengamalkan pilih kasih kaum. 
“Siapa Khalid untuk mempersoalkan perlembagaan?” kata Redzuan, bekas menteri pembangunan usahawan. 
“Dia tidak boleh melemparkan keraguan ke atas kredibiliti Agong. Khalid Samad harus minta maaf,” katanya kepada FMT.      

Redzuan YusofKhalid dalam klip video yang tersebar di media sosial mendakwa  Pakatan Harapan, yang menamakan Anwar Ibrahim untuk memimpin kerajaan  baru, mempunyai bilangan secukupnya.
 “Tapi Agong tak yakin. Kerana apa? Kerana 100 lebih itu, hanya dalam  40 sahaja orang Melayu dan yang bukan Melayu 60 lebih,” katanya pada  satu ceramah Khamis lepas. 
Sebelum ini dilaporkan kira-kira 2/3 ahli Parlimen yang menyokong PH adalah bukan Melayu. 
Ketika PH menamakan Anwar sebagai perdana menteri, gabungan itu ada  sekurang-kurangnya 92 ahli Parlimen dari DAP, PKR, dan Amanah. Daripada  jumlah tersebut, 59 bukan Islam, sementara hanya 33 Melayu/Islam. 
Redzuan berkata Muhyiddin ada lebih dari cukup akuan berkanun yang menyokongnya sebelum bertemu Agong. 
Ucapan Khalid juga mengundang kritikan daripada bekas perdana menteri  Najib Razak, mengatakan bekas menteri Wilayah Persekutuan itu “tidak  bertanggungjawab”.
  “Ia boleh menghasut bukan Melayu membenci Yang di-Pertuan Agong.”
MR :  Tak ada yang nak report polis atau saman aje..
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/khalid-samad-didesak-minta-maaf-kepada.html