Pm Bakal Pesalah Rasuah Berdepan Hukuman Lebih Berat


Mohamad Fadli
-January 29, 2019 11:55 AM

Dr Mahathir (tengah) ketika melancarkan Pelan Anti-Rasuah Nasional (NACP) 2019-2023, hari ini.
PUTRAJAYA:  Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata walaupun kerajaan mengambil tindakan membawa pelaku rasuah yang lalu ke muka pengadilan, satu pelan dibuat untuk mencegah rasuah.

Dr Mahathir berkata Pelan Anti-rasuah Nasional yang dirangka untuk 2019 hingga 2023 bagi memastikan kesalahan rasuah masa lalu tidak berulang dan tidak berlaku lagi untuk masa depan.

“Pelan ini juga satu pernyataan yang tegas dari kerajaan sekarang, iaitu pesalah yang lalu telah dan sedang kita kejar dan akan kita hukum, manakala perasuah sekarang dan masa depan akan berdepan dengan tindakan yang lebih tegas.

“Ia satu bukti tindakan yang kita ambil terhadap perasuah-perasuah yang lalu bukanlah satu tindakan berlandaskan dendam atau benci,” katanya selepas melancarkan Pelan Anti-rasuah Nasional (NACP) 2019-2023.

Turut hadir dalam majlis ini Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ismail Abu Bakar dan Ketua Pengarah GIACC, Tan Sri Abu Kassim Mohamad.

NACP merupakan pelan yang dibangunkan khusus untuk dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun dibangunkan oleh Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah, Jabatan Perdana Menteri (GIACC) dengan kerjasama agensi kerajaan.

Pelaksanaan pelan ini dibuat berdasarkan 22 strategi yang akan diberi keutamaan bagi 5 sektor utama. Pelan ini mengandungi 115 inisiatif anti rasuah merangkumi 6 sektor utama iaitu politik, perolehan awam, penguatkuasaaan undang-undang, pentadbiran sektor awam, perundangan dan kehakiman serta tadbir urus korporat.

Dr Mahathir berkata kerosakan yang berlaku kepada negara sebelum ini amat besar dan tidak boleh dibiarkan supaya sesiapa yang merancang untuk melakukan rasuah tidak akan terlepas dan hukumannya adalah lebih berat dan tegas.

Beliau berkata Pelan Integriti Nasional (PIN) yang diperkenalkan dalam 2004 yang memberi fokus kepada pembudayaan integriti dalam kalangan masyarakat tidak berupaya menyekat budaya rasuah.

Katanya, rasuah semakin menjadi-jadi selepas sehingga negara digelar sebagai kleptokrasi, satu label yang amat memalukan.

“Kleptokrasi bermakna sebuah kerajaan yang dipimpin oleh perasuah dan pencuri harta negara yang mengeksploitasi harta negara dan rakyat untuk kepentingan peribadi.

“Label ini bukan dicipta oleh saya atau kerajaan yang saya pimpin. Ianya disebar oleh media-media luar negara setelah badan-badan berkuasa dari negara luar mendapati pemimpin yang lalu terbabit di dalam pengubahan wang haram, rasuah dan penipuan secara berleluasa di satu tahap yang belum pernah terjadi sebelum itu,” katanya.

Beliau menambah NACP adalah gagasan masa depan di mana ahli pentadbiran kerajaan sekarang akan mendepaninya.

Pelan itu, katanya, mengambil pandangan dan maklum balas daripada semua ketua setiausaha kementerian, ketua jabatan selain perbincangan dengan pelbagai pihak yang difikirkan mampu membantu kerajaan dalam usaha menangani rasuah.

Beliau berkata penilaian itu juga setelah melalui semakan kumpulan pakar daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu melalui United Nations Convention Against Corruption (UNCAC) juga kita perolehi.

“Yang paling penting bagi saya ialah pelan ini menilai risiko rasuah di peringkat akar umbi dan memberi fokus kepada 6 bidang yang dikenal pasti sebagai bidang keutamaan yang cenderung kepada rasuah.

“Bidang-bidang tersebut adalah perolehan awam, penguatkuasaan undang-undang, tadbir urus politik, tadbir urus korporat, pentadbiran sektor awam dan bidang perundangan dan kehakiman,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/01/pm-bakal-pesalah-rasuah-berdepan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azeez Berdepan 12 Tuduhan Rasuah Pengubahan Wang Haram

Azeez Berdepan 12 Tuduhan Rasuah Pengubahan Wang Haram

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 334 hits
Diterbitkan Hari ini 11 17 tengahari Anggota Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM144 6 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur...
Sengketa Bitcoin 4 Termasuk Adik Exco Pemuda Umno Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati

Sengketa Bitcoin 4 Termasuk Adik Exco Pemuda Umno Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 440 hits
Seorang ahli peniagaan dilarikan dan ditemui mati di pekarangan lobi sebuah hospital swasta di Jalan Ampang 3 Januari lalu Kini empat lelaki didakwa termasuk adik kepada seorang Exco Pemuda UMNO kerana kes tersebut Mereka ialah Tariq Hussin...
Makan Malam Lebih Awal Atau Tidak Sama Sekali Dapat Membantu Turunkan Berat Badan

Makan Malam Lebih Awal Atau Tidak Sama Sekali Dapat Membantu Turunkan Berat Badan

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 326 hits
Hasil penelitian ini menyebut bahwa seseorang dengan berat berlebih yang makan pada siang hari dan berpuasa di malam hari ternyata lebih sedikit mengalami kelaparan Selain itu lemak yang ada di tubuh mereka juga terbakar lebih banyak pada m...
Tiada Lagi Duka Lara Ustazah Hilang Bakal Mengajar Lebih Hampir Dengan Kediaman

Tiada Lagi Duka Lara Ustazah Hilang Bakal Mengajar Lebih Hampir Dengan Kediaman

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 259 hits
ALOR SETAR Jabatan Pendidikan Negeri Kedah bersedia untuk membantu guru Pendidikan Islam Nurfarhana Ibrahim 27 yang dilaporkan hilang sebelum ditemui selamat di Ibu Pejabat Polis Kuala Kangsar Perak 17 Januari lalu untuk ditempatkan semula ...
Nak Elakkan Makan Makanan Berat Waktu Malam Cuba Cara Ini Untuk Kenyang Lebih Lama Rileks Media

Nak Elakkan Makan Makanan Berat Waktu Malam Cuba Cara Ini Untuk Kenyang Lebih Lama Rileks Media

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 514 hits
Memang Ajaib Tak rasa nak makan malam apabila amal meminum minuman ini Kalau begini berat badan pun cepatlah turun tak percaya cubalah sendiri Nak kurus tapi bila malam makan tak ingat Ini kegagalan besar kita yang nak berdiet Sebabnya bila...
Bpn Prabowo Sandi Program Tax Amnesty Lebih Kepada Tutup Lubang Gali Lubang

Bpn Prabowo Sandi Program Tax Amnesty Lebih Kepada Tutup Lubang Gali Lubang

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 199 hits
Mardani mengatakan program tax amnesty dalam beberapa hal justru memberikan edukasi buruk bagi masyarakat Sebab adanya program ini akan membuat kecemburuan sosial terutama bagi mereka yang patuh terhadap wajib pajak
Tiada Yang Lebih Baik Dari Manogaran Untuk Wakili Penduduk Cameron Highlands

Tiada Yang Lebih Baik Dari Manogaran Untuk Wakili Penduduk Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 234 hits
Berdasarkan sambutan dan kehadiran lebih 1 000 orang dalam program perjumpaan bersama warga Sungai Koyan dekat sini hari ini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yakin bahawa Pakatan Harapan akan menumbangkan BN di Prk Cameron Highlands ...
Kemenkeu Anggaran Penerimaan Cpns 2019 Berpotensi Lebih Besar

Kemenkeu Anggaran Penerimaan Cpns 2019 Berpotensi Lebih Besar

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 222 hits
Direktur Jenderal Anggaran Kementerian Keuangan Askolani mengatakan pemerintah belum mengkaji besaran dana yang dibutuhkan untuk pengadaan CPNS tahun ini Meski demikian besaran anggaran diprediksi lebih besar dari pada tahun lalu
Tkn Jokowi Beli Sabun Lebih Baik Daripada Beli Kuda Impor

Tkn Jokowi Beli Sabun Lebih Baik Daripada Beli Kuda Impor

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 333 hits
TKN Jokowi Beli Sabun Lebih Baik daripada Beli Kuda Impor Menurutnya Jokowi hanya berusaha memotivasi rakyat agar semakin giat berproduksi Lagipula sabun yang dibeli memang untuk digunakan oleh seluruh jajaran TKN Jokowi Ma ruf Amin dan dik...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage