Khaled Mahu Mp Diberi Kebebasan Sokong Atau Tolak Belanjawan



(Malaysiakini) – Semua ahli parlimen wajar diberi kebebasan dan ruang untuk membuat pendirian sama ada menyokong, menolak atau berkecuali semasa Belanjawan 2021 diundi minggu depan, kata seorang pemimpin kanan Umno.
Menyatakan pandangannya hari ini Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin berkata, tiada sebab mengapa ahli parlimen didesak membuat pemilihan secara en bloc (berkumpulan) ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekarang tidak dibentuk melalui kerjasama rasmi, teratur dan kemas.
“Atas dasar itu, saya percaya setiap ahli parlimen perlu diberi kebebasan dan ruang untuk membuat pilihan dan mengundi secara peribadi berdasarkan conscience untuk menyokong, berkecuali atau menolak Belanjawan 2021,” katanya.
Isu Belanjawan 2021 semakin menarik perhatian ramai ketika nasibnya bakal menentukan hayat kerajaan PN dan kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.
Ketika kedudukan sebenar sokongan diterima ahli parlimen Pagoh itu sebagai perdana menteri terus menjadi persoalan, wujud sekurang-kurangnya dua kumpulan berbeza dalam Umno.
Ketika sebahagian daripadanya menawarkan sokongan bersyarat kepada kerajaan – dan disindir pemimpin PAS sebagai laksana hikayat Puteri Gunung Ledang – sebahagian yang lain pula bertegas mahu parti mereka memberikan sokongan kepada belanjawan berkenaan.
Antara tokoh kanan yang mahu ahli parlimen diberi kebebasan membuat pilihan ialah Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
Setiausaha BN Annuar Musa berkata, kenyataan dibuat Tengku Razaleigh bersifat peribadi kerana mengikut sistem whip, ahli parlimen mesti membuat pendirian berdasarkan arahan yang dikeluarkan seperti menyokong semua rang undang-undang dibawa kerajaan.
Mohamed Khaled berkata sokongan bersifat en bloc ke atas sesuatu usul parlimen tidak semestinya mencerminkan kekuatan parti.
Sebaliknya, kata bekas menteri besar Johor itu, parti akan dianggap tidak mempunyai kepelbagaian idea, kepelbagaian pendirian dan kebebasan untuk menyatakan pendirian yang demokratik.
Menurutnya jika seseorang ahli parlimen itu yakin peruntukan dan inisiatif dalam Belanjawan 2021 memerlukan pembaikan atau tidak menepati kepentingan golongan sasaran, mereka wajar menyatakan pendirian tersebut walaupun berbeza dengan pendirian parti atau en bloc.
“Berbeza pendirian bukan pengkhianatan tetapi menurut tanpa akal adalah sebesar-besar khianat.
“Rakyat tidak memilih seorang ahli parlimen untuk menjadi wakil yang terpisah dari denyut nadi pemilih mereka,” katanya.
Tambah Mohamed Khaled Belanjawan 2021 mempunyai banyak kebaikan tetapi ia juga memerlukan penyelarasan semula untuk menjadikan ia lebih baik.
“Insya-Allah jika ia dilakukan, ahli parlimen akan menggunakan nurani baik mereka untuk mengundi dengan demokratik demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/11/21/khaled-mahu-mp-diberi-kebebasan-sokong-atau-tolak-belanjawan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya 13 Ahli Parlimen Sokong Tolak Belanjawan 2021

Hanya 13 Ahli Parlimen Sokong Tolak Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 539 hits
Pembangkang memutuskan untuk tidak mendedahkan bilangannya di Dewan Rakyat hari ini selepas sekumpulan ahli Parlimen Umno memutuskan untuk menyokong Belanjawan 2021 ketika undian pertama Walaupun mereka menyuarakan bantahan menerusi undi su...
Surat Ku Li Bukti Wujud Gerakan Tolak Usul Belanjawan 2021

Surat Ku Li Bukti Wujud Gerakan Tolak Usul Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 370 hits
Surat kiriman Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah kepada 220 ahli Parlimen bertajuk Usul Tidak Percaya kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam dipercayai sebahagian gerakan terancang bagi menolak usul Belanjawan...
Belanjawan 2021 Jangan Ugut Ph Hanya Sokong Belanjawan Lawan Covid 19 Anwar

Belanjawan 2021 Jangan Ugut Ph Hanya Sokong Belanjawan Lawan Covid 19 Anwar

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 303 hits
Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak perlu membuat kenyataan mengugut pembangkang untuk mendapatkan sokongan meluluskan Belanjawan 2021 yang dibentangkannya pada 6 November lalu Ketua Pembangkang Parlimen Malays...
Saya Dan Rakan Rakan Ambil Ketetapan Tolak Belanjawan 2021

Saya Dan Rakan Rakan Ambil Ketetapan Tolak Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 404 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 7 24 pmDr Mahathir MohamadKurang daripada 24 jam sebelum nasib Belanjawan 2021 dijadual ditentukan kedudukannya bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan dia dan rakan rakan membuat ...
Amanah Tak Akan Sokong Belanjawan 2021 Jika Kekal Apa Yang Ada

Amanah Tak Akan Sokong Belanjawan 2021 Jika Kekal Apa Yang Ada

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 374 hits
Mohamad ke Kelantan hari ini bagi merasminkan Konvensyen AMANAH Kelantan Parti Amanah Negara tidak akan menyokong Belanjawan 2021 pada hari pengundian di Dewan Rakyat nanti jika ia kekal dengan apa yang ada Presidennya Mohamad Sabu berkata ...
Pejuang Bagi 12 Syarat Nazri Pula Nyatakan Kesediaan Sokong Belanjawan

Pejuang Bagi 12 Syarat Nazri Pula Nyatakan Kesediaan Sokong Belanjawan

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 349 hits
Parti Pejuang Tanah Air memberi 12 syarat kepada kerajaan Perikatan Nasional sebelum ahli parlimen parti itu menyokong Belanjawan 2021 Mukhriz Mahathir yang juga presiden penaja Pejuang berkata pihaknya nekad untuk menolak Belanjawan 2021 s...
Ku Li Tak Sertai Bahas Belanjawan Selagi Usul Tolak Muhyiddin Tidak Dibentang

Ku Li Tak Sertai Bahas Belanjawan Selagi Usul Tolak Muhyiddin Tidak Dibentang

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 385 hits
November 23 2020 Tengku Razaleigh Hamzah enggan menyertai perbahasan Belanjawan 2021 selagi usul tidak percaya terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri dibentangkan di Dewan Rakyat PETALING JAYA Tengku Razaleigh Hamzah memaklumkan ...
Najib Bakal Tolak Belanjawan 2020

Najib Bakal Tolak Belanjawan 2020

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 551 hits
Najib Bakal Tolak Belanjawan 2020 Bekas perdana menteri Najib Razak berkata dirinya sanggup dilemparkan gelaran yang tidak baik demi membela nasib rakyat yang terjejas akibat Covid 19 Malah katanya sejak dahulu lagi dia sudah menerima berma...
Sokong Belanjawan 2021 Bukti Setia Parti Pada Titah Agong

Sokong Belanjawan 2021 Bukti Setia Parti Pada Titah Agong

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 376 hits
ismaweb netDahulukan kepentingan rakyat negara pendekatan asas Al Sultan AbdullahBANGI 6 Rabiulakhir 1442H Ahad Islam menekankan pendekatan supaya mendahulukan kepentingan umum berbanding individu atau kumpulan tertentu Pendekatan itu juga ...
Klinik Kesihatan Perlis Ditutup Sementara Akibat Banjir Perkhidmatan Dipindahkan

Ltat Kembali Strategik Pengurangan Pendedahan Dalam Affin

Pgdm Participates In Segi University S Sosure Media 2025 Campaign With The Theme Be So Sure Be So Safe

Ageing With Dignity The Future Of Elderly Care In Malaysia

Kl East Mall Meraikan Ulang Tahun Ke 5 Penuh Aktiviti Menarik

Siapa Bagi Kebenaran Pembinaan Tol Di Genting Ipk Tv 24 11 2025

Pgdm Sertai Kempen Sosure Media 2025

Cara Mengelak Sihir Melalui Makanan Dan Minuman Amalan Dan Doa Pendinding Diri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Smk Syed Sirajuddin Perlis Dan Sk Convent Father Barre Kedah Juara Junior Innovathon 2025

Komitmen Dan Semangat Ubaidullah Bawa Harimau Malaya B 23 Ke Puncak

Trafik Penumpang Di Lapangan Terbang Mahb Mencatat Meningkat Drastik Pasca Pandemik

Garmin Venu 4 Dijual Pada Harga Rm2 399

Sentuhan Madani Buat Urusan Rakyat Lebih Cepat Beri Nafas Baharu Kepada Peniaga

Kes Serang Wartawan Polis Tahan Seorang Individu