Khairy Cadang Kertas Putih Kkm Reformasi Sistem Kesihatan


BERNAMA

Menurut Khairy, sistem kesihatan perlu dipastikan kalis masa depan menerusi peruntukan sewajarnya dan mencukupi.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata beliau mencadangkan penyediaan satu kertas putih kementerian kesihatan (KKM), bagi membolehkan reformasi sistem kesihatan negara dapat dibuat terutama dalam memastikan ia kalis masa depan.
Jelasnya perkara itu telah disuarakan kepada Bahagian Perancangan KKM untuk dibentangkan di Parlimen bagi mendapatkan sokongan bipartisan, sama ada wakil rakyat daripada kerajaan ataupun daripada pembangkang.
“Saya cadangkan sebagai strategi pelaksanaan adalah penubuhan suruhanjaya reformasi kesihatan yang boleh bertanggungjawab kepada Parlimen, dan suruhanjaya ini adalah badan pelaksana kepada segala perubahan dan reformasi yang telah pun dipersetujui bersama, dalam kertas putih.
“Ini bagi memastikan apabila menteri baru datang, tidak akan ada apa-apa perubahan, sebab KKM dan menteri fokus kepada dasar dan pelaksanaan dasar,” katanya pada Majlis Amanat Tahun Baru 2022 di Dewan Serbaguna KKM di Putrajaya.
Mengulas lanjut, Khairy berkata sistem kesihatan negara perlu dipastikan kalis masa depan, dengan memastikan segala keperluan kesihatan awam dipenuhi menerusi peruntukan sewajarnya dan mencukupi kepada KKM.
Jelasnya peruntukan mencukupi untuk KKM menerusi belanjawan negara adalah amat penting, dalam memastikan negara bersedia dalam menghadapi sebarang situasi luar jangka dan beban rawatan dalam jangka panjang.
“Kita perlu membina kes bahawa penjagan kesihatan memerlukan lebih banyak peruntukan. Selalunya kita akan hantar keperluan kita kepada Perbendaharaan namun kita perlu mengambil peluang, di mana negara berhutang kepada sistem kesihatan awam negara. Sekali dalam generasi ini peluang untuk kita minta apa sepatutnya, selayaknya diberikan kepada KKM,” katanya.
Jelasnya reformasi dalam sistem kesihatan negara juga tidak seharusnya hanya tertumpu kepada aspek peruntukan secukupnya, tapi juga melibatkan pembiayaan penjagaan kesihatan dengan memikirkan bagaimana beban kesihatan ini boleh dikongsi bersama dengan rakyat.
“Apakah kita masih akan mengamalkan sistem subsidi untuk semua tanpa mengira pendapatan, ataupun kita akan beralih kepada satu sistem di mana mereka yang mampu bayar, boleh bayar lebih sedikit daripada apa yang mereka bayar sekarang,” katanya.
Dari segi teknologi, Khairy ingin melihat hospital awam pertama dengan 5G di Malaysia akan menjadi rujukan kepada hospital-hospital di kawasan luar bandar yang juga boleh menggunakan 5G bagi melaksanakan prosedur-prosedur yang selama ini tidak boleh digunakan kerana ketiadaan teknologi 5G.
“Saya mahu supaya hospital dan kemudahan-kemudahan kita lebih mesra alam sekitar menggunakan teknologi hijau. Banyak bangunan baharu kita telah memenangi indeks bangunan hijau dan sebagainya, tetapi kita perlu sebagai sebuah kementerian, kita perlu komited untuk lebih lestari,” katanya.
Menyentuh aspek industri perubatan tempatan, Khairy berkata KKM juga seharusnya terlibat dalam pembangunan industri berkenaan secara menyeluruh dan jelas, yang melibatkan farmaseutikal, peralatan dan pelancongan kesihatan.
“Manakala dari segi kajian dan penyelidikan. Saya mahu NIH (Institut Kesihatan Negara) menjadi pusat kecemerlangan antarabangsa, di mana bukan hanya kajian-kajian yang dihasilkan boleh diguna pakai di Malaysia, tetapi menjadi rujukan kepada negara-negara lain.
“Saya juga ingin memberi fokus kepada TCM (Perubatan Tradisional dan Komplementari) dari segi penyelidikan. TCM adalah satu perkara yang dekat dengan hati masyarakat kita. Tetapi perlu lebih diarusperdanakan di peringkat antarabangsa,” katanya.
Berhubung aspek keantarabangsaan KKM pada masa hadapan, beliau mahu memperkukuhkan lagi peranan Malaysia di peringkat antarabangsa, terutamanya mengambil pengajaran daripada pandemik Covid-19 dan kepentingan rangkaian antarabangsa untuk mempelajari kaedah baharu bagi mengurus pandemik dan kesihatan awam.
“Kami mahu pinjamkan lebih ramai pegawai kita ke organisasi antarabangsa,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/khairy-cadang-kertas-putih-kkm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awani Ringkas Reformasi Sistem Pendidikan Perlu Disegerakan Pasukan Khas Rangka Ppn 2 0

Awani Ringkas Reformasi Sistem Pendidikan Perlu Disegerakan Pasukan Khas Rangka Ppn 2 0

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 194 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini S...
Selepas Kesihatan Bapa Merosot Dr Asri Gesa Kkm Tangguh Beri Dos Penggalak

Selepas Kesihatan Bapa Merosot Dr Asri Gesa Kkm Tangguh Beri Dos Penggalak

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 190 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE January 19 2022Selepas berkongsi keadaan kesihatan bapanya yang semakin merosot Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin meminta Kementerian Kesihatan Malaysia menangguh pemberian dos penggalak vaksin Covid 19 di...
Kes Azam Baki Bukan Peribadi Tetapi Kerosakan Sistem

Kes Azam Baki Bukan Peribadi Tetapi Kerosakan Sistem

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 268 hits
Kes yang berlingkar di sekitar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki bukanlah isu peribadi tetapi berpotensi memberi kesan buruk kepada seluruh sistem pentadbiran Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrah...
Sandiaga Uno Ungkap Sistem Bubble Jadi Skema Yang Diterapkan Di Motogp Mandalika

Sandiaga Uno Ungkap Sistem Bubble Jadi Skema Yang Diterapkan Di Motogp Mandalika

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 139 hits
Menurut Sandiaga Indonesia adalah negara hukum yang sudah menerapkan pengendalian pandemi COVID 19 sesuai dengan kaidah terbaik
Taklimat My Sistem 2

Taklimat My Sistem 2

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 230 hits
Assalamualaikum dan hai kawan kawan Pagi tadi saya sempat menghadiri Taklimat My Sistem 2 di Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah Taklimat di PPD Kuala PilahTaklimat telah di sampaikan oleh Tuan Megat Affandi Hj IsmailSebelum balik sempat ...
Lactel Kids Yogurt Untuk Kanak Kanak Snek Berkhasiat Dan Bagus Untuk Sistem Pencernaan

Lactel Kids Yogurt Untuk Kanak Kanak Snek Berkhasiat Dan Bagus Untuk Sistem Pencernaan

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 161 hits
Assalamualaikum Lumrah kalau anak anak suka makan snek Tapi kita sebagai ibu perlu pandai pilih snek ringan yang berkhasiat untuk anak anak Bagi memastikan Thaqif mendapat makanan berkhasiat harian yang betul Fiza berikan dia Lactel Kids Yo...
Perketatkan Sistem Jangan Sampai Sijil Vaksin Palsu Terus Berleluasa

Perketatkan Sistem Jangan Sampai Sijil Vaksin Palsu Terus Berleluasa

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 215 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Terus amalkan SOP kita pun dah ragu ragu orang sebelah kita vaksin ke tidak BANGI Perbuatan individu tidak bertanggungjawab menjual atau menggunakan sijil vaksinasi palsu ketika negara masih berdepan pandemik...
Polis Siasat Kehilangan Pendawaian Sistem Amaran Banjir Di Gemas

Polis Siasat Kehilangan Pendawaian Sistem Amaran Banjir Di Gemas

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 348 hits
Polis berkata stesen amaran banjir yang dibina sejak 15 tahun lalu itu tidak dilengkapi apa apa penggera atau kamera litar tertutup namun berada dalam keadaan baik dengan kali terakhir diselenggara pada 8 Dis tahun lepas Ga
Pemberantasan Korupsi Tak Efektif Bila Sistem Politik Berbiaya Mahal Tidak Diubah

Pemberantasan Korupsi Tak Efektif Bila Sistem Politik Berbiaya Mahal Tidak Diubah

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 125 hits
Maka itu Luqman mendorong kesadaran semua pihak untuk melakukan perubahan sistem politik Untuk melakukan pemberantasan korupsi secara mendasar Dibutuhkan kesadaran seluruh pihak untuk melakukan pemberantasan korupsi secara mendasar dengan m...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Tiada Apa Yang Salah Atau Nak Dimalukan Ramlah Ram Tak Kisah Jika Digelar Penyanyi Tiktok