Khairul Aming Masih Solo Tidak Risau Bakal Isteri Tak Pandai Masak
Siapa sahaja yang tidak kenal personaliti dan chef media sosia, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman yang sering berkongsi video masakan di platform media sosial miliknya seperti TikTok, Twitter dan Instagram.
(📸 ©ohmymedia.cc)
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)
Setiap video resepi masakan dimuat naik oleh influencer kelahiran Kota Bharu, Kelantan pasti mendapat perhatian ramai dan dicuba terutama pada bulan Ramadan.
Untungnya bakal isteri Khairul Aming..
Bakal memasuki usia 31 tahun pada September ini, Khairul Amin menyatakan dia tidak meletakkan pernah meletakkan syarat mencari calon isteri yang pandai memasak seperti dirinya.
Dia yang juga seorang usahawan berkata, dirinya bersifat terbuka untuk menggalaskan tanggungjawab di dapur memandangkan sudah mempunyai kemahiran memasak sejak kecil lagi.
“Jadi, untunglah dia (bakal isteri) tak perlu memasak..biar saya yang ke dapur. Sejak kecil saya memang suka masak. tiada masalah.
“Sampai kadang-kadang dekat rumah, mak saya tak masak.. saya yang masak! Saya tidaklah sampai nak interview pasangan tanya pandai masak atau tidak. Benda boleh belajar,”ujarnya.
View this post on Instagram A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming)
Tiada masalah, dia boleh belajar memasak
Tambah Khairul Aming, ia tidak menjadi satu kesalahan sekiranya bakal isterinya tidak pandai memasak kerana perkara itu boleh dipelajari seperti mana orang ramai belajar menerusi video perkongsian resepinya di media sosial.
“Kalau saya boleh kongsi video orang memasak, jadi dia (bakal isteri) pun boleh belajar juga,”katanya lagi.
Dalam pada itu, Khairul Aming yang ditemu bual oleh mStar berkata dirinya masih solo dan belum bersedia untuk menamatkan zaman bujang kerana sibuk menguruskan karier sebagai content creator dan perniagaannya.
View this post on Instagram A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming)
Khairul Aming sibuk, belum sedia cari calon
Namun, calon Content of The Year bagi Anugerah TikTok Awards 2023 itu bersifat terbuka untuk membuat pengumuman sekiranya dia mahu mendirikan rumah tangga.
“Buat masa ini, saya belum bersedia untuk mencari pasangan kerana saya masih penat untuk menyeimbangkan tentang dunia content creator dan perniagaan.
“Saya baru tiga tahun berniaga, ada dua tiga kilang untuk dijaga. Buat masa sekarang saya fokus kepada kerjaya terlebih dahulu.. apabila sudah tiba masanya, nanti saya umumkan bila nak makan nasi minyak (kahwin).
“Status saya sekarang masih single tapi belum available. Saya pasti umumkan berita gembira (perkahwinan) kepada orang ramai kerana kalau tak umum boleh jatuh fitnah,”jelasnya.
View this post on Instagram A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming)
Sementara itu, Khairul Aming menitipkan pesanan buat semua content creator di luar sana untuk meletakkan batasan terutama bercerita mengenai kehidupan peribadi secara umum, selain menegaskan dirinya mahu menjaga privasi keluarga.
Sumber: mStar (Ain Norman), Instagram @khairulaming
SOURCE:
ohmymedia.cc
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://beritaup2date.blogspot.com/2023/08/khairul-aming-masih-solo-tidak-risau.html