Khairuddin Pengundi Nak Wakil Rakyat Berakhlak Menyatukan


malaysiakini.com
Shakira Buang
Diterbitkan: Nov 10, 2022 9:11 AM
Masuk hari kelima kempen PRU15 semalam, Khairuddin Aman Razali yang mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Nerus di bawah tiket BN berkata apa yang rakyat mahukan adalah wakil pemimpin yang berakhlak, serta yang bersifat menyatukan.

"Rakyat mahu orang yang mempunyai idea, mempunyai akhlak kerana kita ini berada dalam zaman orang menyatu bukan zaman memecah. Kita mencantum bukan mencarik.

"Sepanjang tempoh negara dilanda wabak Covid-19 kita (kerajaan) telah menunjukkan keprihatinan kepada rakyat dengan peruntukan berjuta-juta ringgit dalam tempoh setahun.

"Jadi, saya rasa rakyat melihat apa yang kita usahakan,"katanya ketika ditemui di program tinjauan mesra bagi mendekati peniaga dan pengunjung Pasar Malam Serdang, di Kuala Terengganu, semalam.

Khairuddin berkata disebabkan itu juga dia secara konsisten memperjuangkan apa yang disifatkannya sebagai perpaduaan ummah.

"Saya perjuangkan perpaduan ummah, saya tidak ada tolak ansur dalam bab ini dan disebabkan kita satukan semua orang tak kira dari parti apa pun mesti bersatu atas nama keluarga Malaysia," tegasnya.
Dia yang merupakan bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS juga membangkitkan prinsip walak, atau kesetiaan, yang cukup sinonim dengan pati itu, dengan berkata Umno dan BN juga menerapkan perkara sama.

"Setiap ahli mana-mana parti akan memberikan walak atau pun kesetiaan kepada parti. PAS guna pendekatan walak, Umno pula guna perkataan setia tapi dua-dua sama saja.

"Tapi itu adalah kesetiaan dia kepada parti...tinggal lagi dia mungkin beralih arah kerana faktor peribadi calon, khidmat, keluarga dan pelbagai. Itu akan menentukan siapa yang akan menang," katanya yang menjadi ahli parlimen Kuala Nerus sejak 2013.

Yakin penyokong tegarnya di Kuala Nerus kekal setia dengannya, Khairuddin bagaimanapun mengharapkan peranan yang telah dimainkannya sepanjang menjadi wakil rakyat di situ akan menjadi faktor kemenangannya kali ini.
"Ada jumlah undi yang besar melibatkan orang yang belum buat keputusan, antaranya anak-anak dan mereka yang menilai dari sudut khidmat.

"Seperti yang saya katakan, pertaruhan saya adalah khidmat saya. Kalau saya jenis tak turun padang, duduk rumah tidur itu mungkin saya bimbang dan takut.

"Tapi saya dari dulu, dari awal menjadi wakil rakyat pada tahun 2013 sampai sekarang saya tak berhenti turun padang," katanya.

'Belum kena maki'

Walaupun disorak penyokong PAS ketika hari penamaan calon pada Sabtu lalu, Khairuddin memaklumkan kempennya setakat ini berjalan dengan baik, tanpa sebarang insiden tidak diingin.

"Saya selama ini, turun padang, jumpa orang macam biasa orang sambut, terima dan bercakap dengan saya, sembang dan tak ada lagilah yang maki saya.

"Atas kapasiti apa pun dulu saya dengan PAS, saya mesra BN. Sekarang saya BN, saya juga mesra PAS. Semua rakan saya, dalam politik ini, politik baru ini politik mencantum, bukan politik mencarik.

"Rakyat sudah penat dengan pergaduhan dan perbalahan, tinggal lagi siapa dia yang boleh bagi khidmat yang terbaik, itu adalah pilihan rakyat," katanya lagi.

Pada PRU14, Khairuddin menewaskan calon BN Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad dan calon PKR Abdullah Muhammad dengan majoriti 8,447 undi.

Pada PRU15 kali ini, Khairuddin berdepan dengan calon bekas partinya, Dr Alias Razak dan dua lagi calon iaitu Suhaimi Hasnim dari PH dan Azaha Wahid dari Pejuang.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/khairuddin-pengundi-nak-wakil-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parti Dah Nak Kojol Baru Tunjuk Jihad Prihatin Rakyat

Parti Dah Nak Kojol Baru Tunjuk Jihad Prihatin Rakyat

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 278 hits
Selepas pembubaran parlimen rakyat memang tunggu harga naik melambong lambong Kalau ada kuasa rakyat memang nak paksa harga biar melambong ke langit rakyat rindukan harga barang yang melonjak naik Rakyat sangat kecewa dan marah kalau harga ...
Platform Bantu Netizen Pilih Wakil Rakyat Ppim Samudera My 04 11 2022

Platform Bantu Netizen Pilih Wakil Rakyat Ppim Samudera My 04 11 2022

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 252 hits
KUALA LUMPUR 04 November 2022 Persatuan Pengguna Islam Malaysia akan menyediakan sebuah platfom khas bagi melibatkan peranan netizen dan rakyat khususnya para pengundi dalam menilai setiap calon yang bertanding dalam PRU 15 ini Ini berikuta...
Eizlan Yusof Ahmad Idham Amp Lando Zawawi Antara Selebriti Bakal Rebut Jawatan Wakil Rakyat

Eizlan Yusof Ahmad Idham Amp Lando Zawawi Antara Selebriti Bakal Rebut Jawatan Wakil Rakyat

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 201 hits
Bahang kehangatan Pilihan Raya Umum ke 15 semakin terasa apabila banyak parti telah mengumumkan nama calon yang bakal bertanding pada 19 November ini Lebih menarik lagi PRU pada kali ini sangatlah meriah dengan kehadiran beberapa selebriti ...
Duduk Di Kl Jadi Wakil Rakyat Di Sini Macam Mana Warga Emas Dakwa Nurul Izzah Tak Buat Kerja Tetapi Dibidas Netizen

Duduk Di Kl Jadi Wakil Rakyat Di Sini Macam Mana Warga Emas Dakwa Nurul Izzah Tak Buat Kerja Tetapi Dibidas Netizen

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 208 hits
Tular laporan media mengenai kenyataan seorang wanita warga emas yang mengkritik calon PH Nurul Izzah yang didakwa tidak membawa sebarang perubahan pada kawasan Permatang Pauh sepanjang tempohnya berkhidmat Dah dekat nak pilihan raya baru d...
Kalau Kj Sendiri Dah Kata Umno Sesat Takkan La Pengundi Nak Undi Juga

Kalau Kj Sendiri Dah Kata Umno Sesat Takkan La Pengundi Nak Undi Juga

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 239 hits
Parti sudah sesat saya reformis Umno kata KJFMT ReportersPETALING JAYA Calon Barisan Nasional Sungai Buloh Khairy Jamaluddin menggelar dirinya sebagai reformis Umno selain mendakwa parti itu sudah sesat dan perlu kembali ke pangkal jalan Ka...
Nak Pilih Tok Penghulu Pun Mesti Orang Berakhlak Kata Muhyiddin

Nak Pilih Tok Penghulu Pun Mesti Orang Berakhlak Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 454 hits
agendaily com14 11 2022Barisan kepemimpinan Perikatan Nasional dilihat bersih dan tidak tercemar dengan kes kes jenayah serta salah laku Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu perlu memilih pemimpin yang mempunyai akhlak baik dan terpuji un...
Ramai Gf Zaman Hiphop Bukan Jenayah Wanita Ugut Nak Bongkarkan Rahsia Caprice Tak Goyang

Ramai Gf Zaman Hiphop Bukan Jenayah Wanita Ugut Nak Bongkarkan Rahsia Caprice Tak Goyang

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 187 hits
Semalam digemparkan dengan satu video viral di TikTok seorang wanita menyatakan hasratnya untuk membongkar sisi gelap penyanyi rap Caprice Sedia maklum Caprice memang seorang yang tidak gentar untuk meluahkan pendapat serta membongkarkan 82...
Hut Pmi Ke 77 Wakil Wali Kota Pasuruan Tekankan Pentingnya Pegang Teguh Prinsip

Hut Pmi Ke 77 Wakil Wali Kota Pasuruan Tekankan Pentingnya Pegang Teguh Prinsip

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 194 hits
Menurut Adi PMI yang berusia 77 tahun masih eksis karena masih memegang prinsip Usia 77 tahun tentu usia yang tidak muda lagi sehingga banyak dinamika yang melingkupi PMI untuk bisa berperan kegiatan kemanusiaannya imbuhnya
Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura

The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Rena Monrovia When You Transport Something By Car Definitive Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart

Ministry To Support Digitalisation Efforts At Temples Nationwide

Pastor Koh S Wife Hopes Court Judgment Will Bring Some Closure

T25d24 Aina Buat Hal Di Sekolah Kebangsaan

10 Tahun Di Alam Maya Akhirnya Bertemu Juga

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord